You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

GOTONG ROYONG PERDANA 1 / 2017

14 JANUARI 2017 (SABTU)

Anjuran :

SMK (P) PUDU


JALAN FOSS, 55200 KUALA LUMPUR

Dengan kerjasama:

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)


SMK(P) PUDU
1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan
berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor
yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang
kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi
pendidikan.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan telah
merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong Perdana bersama pihak PIBG bagi
memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid tentang
betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping
itu, aktiviti ini akan membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan
longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan
kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Alam Flora Sdh Bhd yang akan dijemput hadir
untuk memberikan perkhidmatan pembersihan dan pengangkutan perabut rosak.

Adalah menjadi harapan agar para murid, ibu bapa, guru serta warga SMK(P) Pudu akan
memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat yang
diharapkan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah,
selamat dan ceria.
2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid, ibu bapa,
pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan
penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan,
keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.
2.5 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan
aktiviti.

3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh : 14 Januari 2017 (Sabtu)


Masa : 7.30 pagi – 12.30 pagi
Pakaian Guru : pakaian sukan
Murid : T-shirt ungu 100 tahun dan seluar sukan sekolah
4.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS

4.1) PERSEDIAAN :

TAMAN ANGKAT

 Guru penasihat yang berkenaan menetapkan ahli-ahli yang akan ditugaskan membersihkan
taman angkat pada hari aktiviti gotong royong diadakan.
 Menyediakan peralatan yang diperlukan mengikut keperluan taman angkat masing-masing. Pihak
sekolah hanya menyediakan plastik sampah sahaja.
 Guru penasihat yang telah ditugaskan diminta menyelia dan berada bersama ahli-ahli sepanjang
aktiviti dijalankan.
 Jangan benarkan pelajar-pelajar yang tidak berkenaan berada di taman angkat anda.
 Pelajar-pelajar dikehendaki mencabut rumput, mengutip sampah dan menggembur tanah
sahaja. Tidak dibenarkan mengalih atau memotong pokok.
 Guru penasihat diminta memastikan tiada sebarang alat, sampah atau plastik sampah
ditinggalkan selepas aktiviti.

KELAS/ BILIK KHAS

 Perlatan membersih dan menceriakan kelas perlu dibawa sendiri oleh guru dan pelajar.
 Bagi kelas yang berkongsi, pelajar sesi pagi dan petang bertanggungjawab bersama-sama
untuk membersihkan kelas dan menceriakan papan kenyataan.
 Guru-guru yang menggunakan khidmat dan bantuan pelajar, sila pastikan pelajar tersebut tidak
bertugas di lokasi lain.
 Sekiranya guru tingkatan bertugas di lokasi lain, pastikan pelajar telah dipilih dan pembahagian
tugas telah dijalankan kepada AJK kelas masing-masing.

PAPAN KENYATAAN

 Guru penasihat kelab/persatuan, kelab permainan, badan beruniform dan badan berkhidmat
yang memiliki papan kenyataan diminta menetapkan tiga orang pelajar yang akan
bertanggungjawab untuk membersih dan mengemaskini papan kenyataan semasa aktiviti gotong
royong dijalankan.
 Pelajar-pelajar dikehendaki menyediakan bahan hiasan sebelum aktiviti gotong royong dijalankan
kerana masa yang terhad.
 Jangan benarkan pelajar-pelajar yang tidak berkenaan berada di lokasi anda.
 Sila pastikan kawasan papan kenyataan ditinggalkan dalam keadaan bersih.

PEMANTAUAN

 Pn. Teh Swee Kee : Blok C


 Pn. Shamsiah bt. Hashim : Blok A dan B
 Pn. Normah bt. Mohd Salleh : Papan kenyataan
 Pn. Rohana bt. Md. Noh : Blok D dan banglo

5.0 JAWATANKUASA AKTIVITI


Agihan Tugas mengikut kawasan:

Bilik Khas / Kawasan Guru Bertugas


Bilik Pendidikan Seni / Lukisan Pn. Mak Suet Chee
Bengkel KH Pn. Rohana bt Man
Bilik Kesihatan Pn. Norfadila bt Mohtar
Pn. Nurbaizura bt Hussain
Bilik PIBG/Kesenian Pn. Wan Noor Asyikin bt Iberahim
Bilik PAFA Pn. Nor Awalana bt Bolot
Makmal Sains Pn. Norasikin bt Mohamad
Pn. Nur Atikah bt Abdullah
Pn. Zarinayani bt Sapey
En. Muhd Faiz bin Da’aem
En. Muhammad Syafiq bin Hassan
Stor Alatan Sukan Pn. Norihan bt Hashim
Bilik POL Cik Tan Lay Choo
Wakaf Koko Pn. Lim Chiew Mun
Dewan Pn. Saraswathy a/p Subramaniam
Pn. Rohimah
Bilik Mesyuarat Pn. Norsuhada bt Che Mat Hassan
Bilik Cetak En. Hazman bin Alias
Pusat Sumber Pn. Norhana bt Mamat
Chapel Pn. Chiew Bee Pein
Bilik Koperasi Cik Lim Le Kiat
Bilik Kaunseling Pn. Nor Azalaila bt Abu Bakar
Bilik Disiplin Datin Hasna bt Hussin
Bilik Pengawas Pn. Yusnita bt Abd Aziz
Tandas Guru dan Murid Pn. Hartini bt Ibrahim
Pn. How Shook Lye
Bilik Guru En. Mohd Musa bin Shaharuddin
Pn. Siti Perwati bt Ab. Ghaffar
Kantin Pn. Azizah bt Rashid
Bilik ERT dan Bilik Masakan Pn. Hartini bt Ibrahim
Pn. Faiezah bt Hj. Shuib
Surau Pn. Madzni bt Ahmad
Pn. Rusnani bt Sirang
Bilik SPBT Pn. Noriha bt Mohd Jamal
Bilik VLE Frog Pn. Nur Fazleena bt M Yunus
Pejabat Pn. Noriyah bt Hashim
Pn. Yusni bt Hassan
Pn. Norazeela bt Mohd Razuki
Sudut Lorong PPDa Pn. Wan Noor Asyikin bt Iberahim
Bilik MBMMBI Pn. Noradzlina bt Adzhar
Bilik PdP Abad ke-21 Pn. Zaiton bt Hussin
Bilik Sejarah Pn. Azizah bt Rashid
Papan Kenyataan Pn. Norihan bt Hashim
Cik Tay Bee Ching
Galeri Warisan Pn. Norazah bt Shariff
Kolam ikan Pn. Rohimah
Kawasan banglo dan stor utama Pn. Rosmaria bt Mat Daud
Belakang blok D Cik Teoh Mooi Shi
Jurugambar Cik Ong Pui Yee
Dokumentasi Pn. Norshafiza bt Ismail
*Guru-guru diminta mencari pelajar-pelajar untuk membantu . Pastikan pelajar yang dipilih tidak
bertugas di tempat lain.

Taman Angkat Guru Bertugas


Pengawas Kantin Pn. Azizah bt Rashid
Kelab Kemahiran Hidup Pn. Ramizah bt Mohamed
Pengawas Pusat Sumber Pn. Norhana bt Mamat
Persatuan Sains dan Matematik Pn. Norasikin bt Mohamad
Skim Pinjaman Buku Teks Pn. Noriha bt Mohd Jamal
*Guru-guru diminta mencari pelajar-pelajar untuk membantu . Pastikan pelajar yang dipilih tidak
bertugas di tempat lain.

Kelas Guru Bertugas


5 Akik Cik Wan Siti Nur Aisyah bt Ab Razak
5 Intan Pn. Yap Lay Lee
5 Baiduri Pn. Nur Fazleena bt M Yunus
5 Delima En. Syed Muzaffar b Syed Yusop
5 Jed / 2 Melur Pn. Noriha bt Mohd Jamal
Pn. Nur Sabihah bt Mamat
5 Mutiara / 2 Melati Pn. Faridah bt Mohamad
Cik Aida bt Yahya
4 Akik Pn. Arifah bt Yosri
4 Intan Pn. Rosida bt Omar
4 Baiduri / 2 Melia En. Mohamad Azlan b Che Nuh
Pn. Norhasnidar bt Puteh Khazali
4 Delima / 2 Kemboja Pn. Juhaida bt Lokman
En. Wajdi b Hassan
4 Jed / 2 Kekwa Pn. Tan Ai Kim
Pn. Manimala a/p S.Alagappan
4 Mutiara / 2 Kenanga Pn. Wan Hasnora bt Wan Ibrahim
Pn. Wan Zaliha bt Wan Yusof
3 Melur / 1 Kemboja Pn. Norfadila bt Mohtar
Cik Nur Munirah Bt Ibrahim
3 Melati / 1 Kekwa Cik Lee Ping Lian
Pn. Ramizah bt Mohamed
3 Melia / 1 Kenanga Pn. Norazah bt Shariff
Pn. Nurbaizura bt Hussain
3 Kemboja / 1 Melia Pn. Tan Lean Sen
Pn. How Shook Lye
3 Kekwa / 1 Melati Guru kelas 3 Kekwa
Pn. Norsuhada bt Che Mat Hassan
3 Kenanga / 1 Melur Cik Rozita bt Ngah Mohamad
Pn Intan Izni bt Alias
Cempaka En. Mousfian b Mustaffa

6.0 TENTATIF PROGRAM


Jadual Perjalanan Aktiviti :

Masa Aktiviti
7.30-7.45 pagi Pelajar berkumpul di AJS mengikut kelas (kedatangan)
7.45-8.00 pagi Taklimat
8.00-8.10 pagi Pelajar bergerak ke tempat gotong royong yang ditetapkan.
8.10-10.00 pagi Gotong-royong
10.00-10.30 pagi Rehat
10.30 -12.20 pagi Gotong-royong(bersambung)
12.30 tgh Bersurai

7.0 SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATAN


Sumbangan diperolehi daripada:
- PIBG = RM 500.00

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


a) Guru = 68 orang
b) Ibu bapa = 52 orang
c) Staf sokongan = 7 orang
d) AJK PIBG = 10 orang
e) Jemputan = 10 orang
f) Pekerja sekolah dan Alam Flora = 18 orang
__________
Jumlah = 165 orang

9.1 Makan dan minum


a) Makan = Bihun ( 1 orang = RM2.50)
b) Minum = Sirap ( 1 x RM0.50)
Jumlah = RM3.00
Keseluruhan : 165 orang x RM3.00 = RM 495

9.2 Runcit

RM 5.00

JUMLAH BESAR : RM 495.00 + RM 5.00 = RM 500.00

Disediakan oleh : Disemak oleh:

……………………………. ……………………………………….
( ARIFAH BINTI YOSRI) (SHAMSIAH BT HASHIM)
Penyelaras, Pemantau Program,
Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan. SMK (P) Pudu.

Disahkan oleh:

…………………………….
( TEH SWEE KEE)
PK Tadbir dan Kurikulum ,
SMK (P) Pudu.

You might also like