You are on page 1of 3

SURAT PERJANJIAN SEWA RUMAH 2018

PERJANJIAN SEWA RUMAH

BERTARIKH PADA 11 HARIBULAN JUN, 2018

ANTARA

-----------------nama--------------------
-----------------k/p----------------------
(TUAN PUNYA RUMAH)

DAN

-----------------nama--------------------
-----------------k/p----------------------
(PENYEWA)

ALAMAT

-----------------------------------------
------------------------------------------
------------------------------------------

PERJANJIAN SEWAAN

Perjanjian Sewaan ini telah dibuat pada tarikh yang dinyatakan dalam Seksyen 1 Jadual 1
antara dua pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 2 Jadual 1 (selepas ini dinyatakan sebagai
“Tuan Punya Rumah”) di pihak pertama dan satu pihak lagi dalam Seksyen 3 Jadual 1
(selepas ini dinyatakan sebagai “Penyewa”) di pihak kedua.

ADALAH DINYATAKAN BAHAWA

1) Tuan Punya Rumah merupakan pemilik sah yang menjaga hartanah yang dinyatakan dalam
Seksyen 4 Jadual 1 (selapas ini dinyatakan sebagai “Premis”).

2) Tuan Punya Rumah telah menyerahkan dan Penyewa akan menerima Premis berserta
kelengkapan asas tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dinyatakan.

ADALAH DIPERSETUJUI

1. Berdasarkan terma dan syarat-syarat adalah dipersetujui oleh Tuan Punya Rumah dan
Penyewa untuk menerima Sewaan bagi Premis pada jangkamasa, tarikh masuk dan tarikh
tamat seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 5 (a)(b) dan (c) Jadual 1.

2. Nilai Sewaan sebulan dinyatakan dalam Seksyen 6(a) Jadual 1 dan hendaklah dibayar pada
atau sebelum tarikh yang dinyatakan dalam Seksyen 6(b) Jadual 1. Sewa hendaklah dibayar
terus ke akaun bank Malayan Banking Berhad (Maybank) Tuan Punya Rumah yang
bernombor: 1256 9532 1267 atas nama Ali Bin Abu. Slip pembayaran hendaklah disimpan
sebagai bukti pembayaran.

3. Penyewa hendaklah membayar deposit bagi Premis sebanyak dua (2) bulan Sewaan seperti
dinyatakan dalam Seksyen 7 Jadual 1 sebagai jaminan terhadap kebolehupayaan Penyewa
dalam menjaga baik Premis. Jumlah deposit adalah kekal sepanjang jangkamasa sewaan dan
hendaklah dipulangkan keseluruhannya dalam masa dua puluh (20) hari selepas tarikh tamat
sewaan atau kurang oleh Tuan Punya Rumah dan jika berlaku kerosakan pada Premis yang
disebabkan oleh kecuaian Penyewa deposit akan ditolak berdasarkan kos kerosakan.

4. Tempoh kontrak sewaan hendaklah dipatuhi seperti mana yang dinyatakan dalam Seksyen
5 (a) Jadual 1. Gagal berbuat demikian akan menyebabkan perjanjian ini terbatal dan Tuan
Punya Rumah berhak ke atas semua deposit rumah dan kemudahan asas. Tuan Punya Rumah
juga berhak terhadap Premis secara automatik.

5. Penyewa perlu memberi notis selama dua bulan untuk menamatkan sewaan setelah tamat
tempoh kontrak sewaan (1 tahun) atau 2 bulan sebelum tamat kontrak sewaan jika ingin
meneruskan tempoh sewaan.

6. Penyewa perlu membayar deposit kemudahan asas (air dan elektrik) seperti dinyatakan
dalam Seksyen 8 Jadual 1. Deposit akan dikembalikan kepada Penyewa setelah tamat tempoh
sewaan dan segala pembayaran kemudahan asas selesai selama Penyewa tinggal di dalam
Premis.

7. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB PENYEWA KEPADA TUAN PUNYA


RUMAH seperti dinyatakan :

7.1 Membayar jumlah sewaan Premis pada tarikh yang ditetapkan. Kegagalan Penyewa
membayar Sewaan selama dua (2) atau satu (1) bulan berturut-turut mengikut jumlah deposit
boleh menyebabkan perjanjian ini terbatal dan Tuan Punya Rumah berhak keatas semua
deposit rumah dan kemudahan asas. Tuan Punya Rumah juga berhak terhadap Premis secara
automatik.

7.2 Membayar segala kemudahan asas dan bil pembentungan kecuali kos selenggara yang
disediakan sepanjang tempoh sewaan Premis. Segala resit pembayaran hendaklah disimpan
sebagai rujukan.

7.3 Menjaga dan memelihara Premis dari segi peralatan yang disediakan serta persekitaran
dalam keadaan yang baik (perubahan dari segi faktor masa dan usia adalah diterima). Segala
peralatan yang disediakan hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik.

7.4 Tidak membuat atau membenarkan pengubahsuaian atau penambahan ke atas Premis,
hiasan Tuan Punya Rumah tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis atau lisan.
Setelah mendapat keizinan dari Tuan Punya Rumah, Penyewa hanya dibenarkan melakukan
pengubahsuaian atau penambahan pada kawasan yang ditentukan oleh Tuan Punya Rumah
sahaja dan segala kos perbelanjaan untuk tujuan tersebut adalah ditanggung oleh Penyewa
kecuali mendapat persetujuan oleh Tuan Punya Rumah. Penyewa mesti mengembalikan
pengubahsuaian atau penambahan kepada keadaan asal apabila diminta oleh Tuan Punya
Rumah.
7.5 Membenarkan Tuan punya Rumah atau wakil yang dilantik setelah memberi tiga (3) hari
notis terdahulu pada masa yang berpatutan atau atas persetujuan bersama melalui temujanji
untuk memasuki Premis dan memeriksa keadaan Premis tersebut yang mana Tuan Punya
Rumah berhak memberikan notis bertulis kepada Penyewa bagi memaklumkan kerja-kerja
pembaikan yang perlu dilakukan dan meminta Penyewa melaksanakannya. Dan sekiranya
Penyewa dalam masa empat belas (14) hari dari notis tersebut tidak melaksanakannya maka
tuan punya rumah bersama atau tidak bersama dengan pembaik berhak memasuki Premis
tersebut dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan segala kos pembaikan adalah
dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

You might also like