You are on page 1of 3

Definisi

Kualiti Guru

Profesion keguruan adalah kerjaya yang paling mulia dan disegani. Namun
disebabkan perubahan pada dunia globalisasi yang kian mencabar, isu kualiti dan
profesionalisme keguruan kerap diketengahkan oleh pelbagai pihak. Hal ini
menyebabkan pihak majoriti bimbang dengan kualiti proses pembelajaran dan
pengajaran di bilik darjah yang dihasilkan oleh sesetengah guru. Kualiti sesebuah
institusi pembelajaran itu dinilai dan dikait rapat dengan kualiti seorang pendidik.

Kualiti guru dapat ditakrifkan sebagai kebolehan, kemahiran, dan sikap seorang
pendidik. Terdapat empat asas penting untuk mengukur kualiti guru yang diadaptasi
dari Goe,2007. Antaranya, kelayakan, karakter, amalan dalam kelas dan
keberkesanan. Seorang pendidik akan dinilai melalui kelayakan tahap pendidikannya
dan pengalaman mengajar.

Pada zaman kini, seorang guru perlu memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana
muda. Sedangkan guru-guru veteran yang memiliki kelayakkan SPM digalakkan untuk
mngikuti kursus ataupun menyambung belajar sama ada ditaja mahupun atas
perbelanjaan sendiri.

Antara inisiatif yang dibuat atau dicadang oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti
guru ialah dengan memberi insentif khas kepada guru yang melanjutkan pengajian
peringkat ijazah sarjana dan doctor falsafah (PHD). Selain itu, guru opsyen Bahasa
Inggeris mesti mempunyai kelayakan penguasaan minimum C1 dalam kelayakan
Commom European Framework of Reference for Languages ( CEFR). Manakala guru
yang tidak dapat mencapai kehendak yang ditetapkan mesti bersedia untuk
menghadiri kursus ataupun latihan dalam talian jika perlu. Menduduki ujian MUET juga
digalakkan meskipun ia belum diwajibkan. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan
kompetensi dan kualiti seseorang guru.

Seterusnya ialah karakter guru. Kelahiran generasi yang mencapai objektif yang
ditetapkan dalam “Malaysia Education Blueprint” bergantung penuh dengan kualiti
seseorang guru. Guru yang ikhlas mengajar dan meletakkan keutamaan untuk anak-
anak murid adalah antara ciri-ciri yang menunjukkan guru berkualiti.
Sikap positif yang diamalkan di sekolah boleh meningkatkan atau menjaga prestasi
sekolah. Guru yang sanggup berkorban dan memberi sepenuh komitmen dalam
bidang pendidikan dapat membantu murid untuk Berjaya dalam pelajaran. Guru harus
mempunyai iltizam dan kesabaran yang tinggi terutamanya dalam mendidik murid
yang lemah dalam sesetengah subjek.

Meskipun perubahan yang drastik sering berlaku dalam dunia pendidikan, guru yang
berkualiti tidak harus gentar menghadapi masalah. Pada suatu ketika dahulu, guru
disanjung tinggi dalam kalangan ibu bapa namun tidak pada zaman millenium.
Justeru, kebanyakkan guru tidak seronok mengajar kerana merasakan usaha mereka
untuk mendidik anak murid menjadi celik pandai tidak dihargai. Ini boleh menjejaskan
kualiti guru di negara kita.

Terdapat banyak kes yang melibatkan guru dan ibu bapa. Misalnya, ibu bapa
membuat laporan berkenaan dengan guru yang memarahi anak mereka kerana tidak
menyiapkan kerja, guru yang memberi banyak kerja sekolah dan guru yang
mengadakan kelas tambahan. Segala usaha yang dibuat bertukar menjadi masalah
oleh kerana segelintir ibu bapa yang ingin menunjuk kuasa.
Profesionalism

Ciri-ciri guru profesionalisme

Standard Guru Malaysia ( SGM )

Tatasusila Kod Etika Profesion Guru Malaysia

You might also like