You are on page 1of 14

1.

0 PENDAHULUAN

Asas sesebuah kerajaan terawal di dunia wujud dengan kewujudan tamadun yang
membawa kepada pecahan ciri-ciri tamadun antaranya ialah wujudnya penempatan kekal,
mempunyai sistem pemerintahan, kemunculan bahasa dan tulisan, kewujudan agama dan
kepercayaan,wujud pengkhususan pekerjaan dan kewujudan sistem perundangan (Harris
Anuar, 2010). Mengikut Kamus Dewan (1991), perkataan tamadun bererti kebudayaan,
kemajuan dan peradaban

Tamadun merupakan pencapaian dan perkembangan manusia secara evolusi melalui


beberapa fasa .Secara umumnya, tamadun bermaksud pencapaian atau kemajuan dalam
aspek kerohanian dan jasmani sesuatu masyarakat yang memberi fokus dari sudut ilmu dan
fizikal. Menurut. Syed Muhammad Naquib Al Attas, tamadun berasal daripada perkataan
‘maddana’ dan berasal daripada perkataan ‘din’ yang bermaksud agama (al-Attas, 1992:1-
33). Konsep tamadun merupakan kayu ukur perkembangan masyarakat ke tahap yang lebih
baik dan maju dalam segenap aspek.

Tamadun India bermula tahun pada 2350-3000 S.M di lembah sungai Indus dan
merupakan sebuah tamadun awal yang masih kekal sehingga ke hari ini. Tamadun India
dapat dibahagikan kepada beberapa tahap berlandaskan kepada zaman pemerintahan . Dari
segi lokasi, India boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu India Utara dan India Selatan.
Kedua–dua bahagian India tersebut mempunyai perbezaan segi aspek bahasa, budaya serta
amalan keagamaan. Tamadun India yang kaya dengan kepelbagaian budaya kesenian dan
cara hidup masyarakatnya telah mempengaruhi kehidupan masyarakat dunia.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif-objektif sepanjang kajian ini:

1. Kajian ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang kegemilangan Islam di India

2. Kajian ini juga menambah ilmu pengetahuan tentang kesan kegemilangan Islam di India
kepada masyarakat di seluruh dunia

3.0 PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah kegemilangan Islam di India?

2. Apakah kesan kegemilangan Islam di India kepada masyarakat di seluruh dunia?

4.0 KAEDAH

Semasa membuat kerja kursus tersebut, saya telah mencari maklumat

daripada buku rujukan, buku teks, dan melalui Intenet. Terlebih dahulu, saya membaca buku

teks untuk memahami pengetahuan tentang Tamadun India. Kandungan dalam buku teks

mudah difahami, saya boleh dapat maklumat yang penting kerana maklumat dalam buku teks

sangat ringkas dan padat.

.Selain itu, saya juga mencari maklumat melalui Internet. Internet terdapat banyak

website dan esei tentang Tamadun India. Kesimpulannya, haruslah cari banyak sumber

semasa membuat kerja kursus tersebut supaya dapat mencari maklumat yang lengkap dan

juga boleh menambah pengetahuan diri sendiri.


5.0 PERBINCANGAN

5.1 Pengenalan

Tamadun India merupakan tamadun tertua di dunia dan mampu bertahan hingga hari ini.
Berdasarkan bukti arkeologi Tamadun India mula bertempat di sekitar Lembah Sungai Indus
pada sekitar tahun 3000 S.M. Tamadun ini bersifat dinamik dengan penerimaan dan penyerapan
idea-idea baru dari luar yang mempunyai kelebihan. Oleh kerana sifatnya yang dinamik tamadun
ini mampu bertahan dalam jangka masa yang panjang dan mewujudkan pelbagai sumbangan
daripada pelbagai bidang. Di samping itu, pengisian tamadun India memiliki kesinambungan
yang jelas, yang bermaksud segala yang diamalkan semasa zaman kegemilangan tamadun India
seperti seni bina, nilai keagamaan dan sistem pentadbiran masih kekal dan diterima pakai oleh
masyarakat hari ini.

Secara umumnya tamadun India terbahagi kepada tiga tahap pemerintahan iaitu Zaman
Awal atau Hindu(100 00 S.M-1000 S.M), Zaman Pertengahan(1200-1750 Masihi) dan Zaman
Penjajahan Barat yang bermula pada tahun 1750 Masihi. Kajian ini akan mengfokuskan sejarah
awal kedatangan Islam di India dan sumbangan Islam dalam Tamadun India. Pemerintahan Islam
di India yang berabad lamanya telah membawa kesinambungan keunikkan budaya dalam
tamadun India hingga hari ini. Setelah berakhirnya zaman Awal, kegemilangan Tamdun India
diteruskan dengan Zaman Pertengahan sekitar abd ke-8 dan dikatakan zaman ini merupakan satu
fasa penting dalam tamdun India. Hal ini demikian kerana, fahaman dan unsur Islam telah mula
memasuki India melalui perdagangan terutamanya di bahagian Utara. Bermula daripada period
ini juga Islam telah memasuki India sama ada melalui jalan darat mahupun jalan laut.1 Bukan itu
sahaja, kehadiran Islam masa itu juga telah mewujudkan satu kuasa dominan Islam di India
Utara serta menutup ruang pemerintahan kuasa tempatan terutamanya Hindu. Islam juga telah
meletakkan batu asasnya pada 706 Masihi/87 Hijrah melalui Muhammad al-Qasim yang telah
menguasai wilayah Sind.2 Period inilah menjadi fokus penulisan ilmiah ini.
Setelah hampir 600 abad kegemilangan pemerintahan Islam, bermulanya kebangkitan
Eropah di India. Kedatangan kuasa-kuasa Eropah yang dimulakan dengan Portugis pada tahun
1498 telah membuka ruang baru kepada India.3 Namun begitu, ini tidak bermakna pengisian-
pengisian Islam yang terbina sekian lama terhapus begitu sahaja. Hal ini demikian kerana, Islam
di India telah berlangsung dalam satu jangka masa yang panjang dan wujud sumbangan terhadap
pelbagai elemen seperti kepercayaan, akidah, pemerintahan dan nilai masyarakat.

5.2 Kegemilangan Tamadun Islam Di India

Kedatangan Islam ke India terbahagi kepada dua tahap. Tahap yang pertama ialah antara
abad ke-8 hingga abad ke-10 iaitu Islam dibawa masuk melalui aktiviti perdagangan oleh
pedagang-pedagang Arab. Kemasukan pedagang dan peniaga Islam ke India dengan membawa
pengaruh yang kuat telah menarik penduduk-penduduk sekitar kawasan pantai memeluk Islam.
Bermula sejak itu, agama Islam tersebar ke India seawal tahun 712 Masihi bukan sahaja
melalui perdagangan tetapi perkhawinan dan dakwah. Bukan itu sahaja, jalan dagangan lautan
dan daratan yang menghubungkan India dengan Asia Tengah merupakan jalan utama dalam
proses menyebarkan agama Islam.

Pada tahap kedua pula dapat dilihat apabila bermulanya kemasukan kumpulan-kumpulan
muslim yang berketurunan Turki, Afghan dan Monggol ke India. Pada ketika itu, penakluk-
penakluk dari Turki telah menakluki bahagian Barat Laut India dan terbentuk ibu kotanya di
Ghaznah, Afghanistan. Kemudian bermula pula serangan oleh tentera Mahmud Al-Ghaznawi ke
atas India sekitar abad ke-11. Serangan ini telah membuahkan hasil dengan terbentuknya
kerajaan Islam yang pertama di India iaitu Kerajaan Subaktigin yang turut dikenali sebagai
kerajaan Ghazni.
Kerajaan Subaktigin yang memerintah sekitar tahun 1004-1186 Masihi telah menguasai
sebahagian besar India Utara dan pada masa pemerintahan Sultan Mahmud.
Dalam pemerintahan kerajaan Subaktigin, terdapat dua pemerintahan yang hebat iaitu kerajaan
Ghaznawi dan kerajaan Ghuri. Semasa pemerintahan Ghaznawi, serangan sebanyak 17 kali yang
dilancarkan oleh Sultan Mahmud Al-Ghaznawi ke India. Peristiwa ini merupakan sumbangan
besar Islam dalam Tamdun India kerana dianggap sebagai pembukaan jalan pemerintahan
kerajaan yang seterusnya.

Peringkat kedua kedatangan Islam selepas kerajaan Subaktigin diteruskan oleh


Kesultanan Delhi. Pemerintahan ini telah berkuasa selama 320 tahun yang bermula dari tahun
1206-1526 Masihi. Pemerintah-pemerintahnya berasal daripada golongan hamba yang diberi
kedudukan tinggi semasa Sultan Muhammad Ghuri lagi.5 Antara pemerintahan yang terlibat
ialah Dinasti Hamba(1206-1290M), Dinasti Khalji(12901320M), Dinasti Thugluq(1320-1412M)
dan Dinasti Lodi(1451-1526M). Pada akhir zaman pemerintahan dinasti Hamba oleh Maizudin
Qaiqubah berlakunya pergolakan. Hal ini demikian kerana, Qaiqubad mengambil alih
pemerintahan nendanya ketika berusia 17 tahun yang masih belum matang dalam pentadbiran
dan politik.

Pemberontakan rakyat semasa akhir pemerintahan dinasti Hamba telah menaikkan


kedudukan ketua perang iaitu Fairuz Shah yang berketurunan Khalji dan bermulanya penguasaan
dinasti Khalji. Antara peristiwa besar yang berlaku ketika zaman Khalji(1290-1321M) ialah
serangan oleh bangsa Mongol pada tahun 1292 Masihi terhadap India. Namun begitu, Sultan
Jalaluddin Khalji telah berhasil menewaskan dan mengusir tentera-tentera Mongol keluar dari
India dan segelintir tentera Mongol terus menetap di India dan memeluk agama Islam.
Pemerintahan Islam terakhir dalam Tamadun India sebelum kedatangan Barat ialah
Empayar Mongol/dinasti Mughul yang bertapak selama lebih kurang 400 tahun. Pemerintahan
yang lama ini telah menjadikan Empayar Mughal sebuah kuasa yang dominan dalam sejarah
Tamadun India. Hal ini demikian kerana, dalam period ini pelbagai kegemilangan telah dicapai
dalam mewarnai Tamdun India. Semasa pemerintahan Akhbar juga pentadbiran kerajaan adalah
mengikut sistem pemerintahan Arab dan Parsi iaitu sistem Islam. Penyususan sistem
pemerintahan yang sistematik ini telah menjadi kesinambungan dan panduan kepada
pemerintah-pemerintah Mongol seterusnya.

5.2 Kesan Kepada Masyarakat Di Seluruh Dunia

5.2.1 Keagamaan

a) Zaman Kerajaan Ghaznawi Sultan Mahmud Ghaznawi (998-1030 M). Kesan islam pada masa
ini ialah Sultan Mahmud menekankan penyebaran dakwah oleh itu pembinaan pusat keagamaan
dilaksanakan. Masjid-masjid dan institusi pengajian di bina supaya penyebaran agama islam
lebih jelas dan mencapai matlamat untuk melahirkan pelapis ummah yang cemerlang. Ibu Kota
Ghaznah merupakan pusat keagamaan dan penyebaran ilmu termasuk tasawuf, perundangan
islam dan di banjiri ulama pada ketika itu seperti Ibn Nasr Al-Farabi.

b) Zaman Kerajaan Ghuri (1150-1206) Selain itu, terdapat juga kesan islam dalam aspek agama
kepada tamadun India iaitu pada zaman pemerintahan Muhammad Ghuri. Bagi menjamin
kelancaran dakwah islamiah beliau melantik seorang ulama iaitu Fakharuddin Al-Razi sebagai
penasihat. Muhammad Ghuri juga terkenal iaitu seorang ilmuan islam yang mempunyai rasa
tanggungjawab dalam menyebarkan ajaran islam di kalangan masyarakat India yang
kebanyakannya pada masa itu beragama Hindu-Buddha. Oleh sebab itu beliau menguatkan
angkatan tentera bukan atas dasar penaklukan sematamata tetapi lebih bersifat hormat. Buktinya,
mana-mana wilayah yang telah ditakluki dikembalikan semula dengan cara yang baik dengan
bersyarat membayar ufti.

c) Dinasti Hamba (Mamluk) Kesultanan Delhi (1206-1290 M ) Qutubuddin Aibaq juga turut
menyumbang pada zaman pemerintahannya dari aspek keagamaan. Hal ini jelas kerana
Qutubudin Aibaq turut dianggap sebagai pembangun kerohanian dan mentaliti ummah. Bagi
menggalakkan penyebaran agama islam pembinaan masjid- masjid dan surau dilaksanakan
sebagai tempat beribadat selain berfungsi sebagai tempat menimba ilmu. Antara masjid
peninggalannya sejarahnya ialah Qutub Minar yang menjadi lambang kemasyhurannya pada
zaman itu.

d) Dinasti Tughluq ( 1321-1414 M) Pada Zaman pemerintahan zaman ini, Ghiasuddin Tunghluq
meningkatkan pembangunan rohani dan spiritual atau keagamaan banyak masjid-masjid dan
pusat-pusat pengajian didirikan agar rakyat dapat menimba ilmu agama dengan baik dan
sempurna. Baginda juga dalam menarik minat rakyat mencintai ilmu agama turut mendampingi
ulamaulama. Segala permasalahan yang ingin diputuskan baginda kan turut meminta pendapat
dan nasihat daripada para ilmuan. Hal ini menjadi contoh kepada rakyat jelata dan seterusnya
dakwah islam dapat berkembang dengan meluas seluruh dunia.

5.2.2 Ekonomi Dan Kewangan

Melihat tamadun di India, aspek ekonomi juga memainkan peranan yang amat penting, ia mesti
juga ditinjau bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang India. Sewaktu ini ekonomi India
melambung naik. Di mana pertanian yang meupakan perusahaan utama India, terdapat juga
perdagangan dalam negeri dan luar negeri yang aktif. Wilayah Sind dan Punjab merupakan
wilayah-wilayah pertanian yang utama yang bukan sahaja menghasilkan tanaman makanan
seperti gandum dan sekoi, tetapi juga menghasilkan tanaman wang seperti tebu dan kapas.
Sebahagian besar darinya adalah diusahakan oleh orang-orang Islam. Negara yang terlibat dalam
perdagangan dengan kerajaan Monggol seperti China, Negara-negara Asia Tenggara, Tanah
Arab, Parsi, Portugal dan England serta Belanda. Oleh itu tersebarnya agama islam semasa
berdagang kerana interaksi orang islam India dengan negara lain. Antara barang perniagaan di
India pada zaman dahulu seperti Kapas, Kain sutera, Gading gajah, Wangi-wangian, Lada
Hitam, Rempah ratus, Tekstil, Gandum, Tebu dan Tembaga. Ialam juga telah memperkenalkan
beberapa sistem ekonomi di India, antaranya ialah

SISTEM MAKSUD

Jizyah Cukai dikenakan ke atas individu yang bukan Islam yang berlindung di negara
Islam

Kharaj Cukai ke atas tanah pertanian yang telah dirampas sama ada melalui peperangan
atau damai ke atas orang bukan islam

Zakat Mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu
apabila cukup syarat –syaratnya.

Baitulmal Institusi kewangan yang bertanggungjawab mentadbir cukai.

Ufti persembahan (wang, bunga emas dsb) yg diberikan oleh negara-negara kecil kpd
negara-negara besar sbg tanda mengakui kebesaran dan kekuasaannya
5.2.3 Sosial Dan Budaya

Harga diri dan perikemanusiaan. Islam terlebih dahulu dianuti oleh golongan kasta
rendah(sudra). Mereka merasakan Islam telah mengangkat harga diri dan nilai kemanusiaan dari
ditindas dan diperhambakan dari golongan kasta tinggi. Hak asasi dan martabat wanita. Kaum
wanita Hindu yang masuk Islam di beri hak asasi sebagai wanita yang bebas dan terhormat.
Sebelumnya wanita yang kematian suami tidak berhak hidup, mereka harus membakar diri
bersama mayat suaminya (sutee). Islam juga telah menghadiahkan kebersihan kepada kaum
India, penganut Hindu menganggap kotoran sebahagian ibadah yang menyampaikan seseorang
hamba ke alam nirwana.

5.2.4 Seni Bina

Dalam karya Asirbadi Lal Srivastava, Medieval Indian Culture membincangkan tentang seni
bina yang dihasilkan oleh pemerintah-pemerintah Islam yang menggabungkan ciri-ciri bina
Hindu dan Islam(seni bina Indo-Islam). Raja-raja Islam telah banyak membangunkan kilang-
kilang, sekolah, rumah sakit, sistem jalanraya dan senibina yang sangat hebat seperti tajmahal.

a) Zaman Kesultanan Delhi Bangunan-bangunan yang dibina melambangkan seni bina Islam.
Contohnya pembinaan Masjid Quwwat-ul-Islam yang melambangkan seni bina Delhi terawal.
Masjid ini dibesarkan oleh pemerintah-pemerintah seterusnya iaitu Iltutmish(1203M.) dan
Alauddin Khilji (1296M.-1316M.)
b) Zaman Moghul Pencapaian kemuncak seni bina pada Zaman Moghul ialah zaman
pemerintahan Akhbar. Baginda ialah penaung kepada perkembangan seni bina di India yang juga
menggabungkan seni bina Hindu dan Muslim. Dalam bidang seni bina, Akbar cuba
mengintegrasikan unsur-unsur Muslim dan Hindu, dan mewujudkan stall Mughal seperti yang
digambarkan dalam Masjid di Fatehpur Sikri.

Shah Jahan, pemerintah Zaman Moghul yang amat meminati bidang seni bina. Bidang seni bina
mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan baginda. Bangunan yang terkenal iaitu Taj
Mahal dibina atas arahan Shah Jahan untuk memperingati isteri kesayangannya.

5.2.5 Bahasa Dan Kesusasteraan

Selepas empayar Kushan runtuh, India mengalami perpecahan sehingga tahun 320 masihi yang
menyaksikan kemunculan Dinasti Gupta yang diasaskan oleh Chandra Gupta. Semasa
pemerintahan Samudragupta, empayar ini meliputi seluruh India Utara dan juga India Selatan.
Selain perluasan kuasa zaman Gupta, menyaksikan perkembangan pesat dalam bidang kesenian,
kesuassteraan , sains , dan juga matematik.

Dari sudut pencapaian bahasa terdapat lebih 325 bahasa dan 750 loghat tapi 14 sahaja jadi
bahasa utama dan diperakui oleh perlembagaan. Antaranya, Hindi, Tamil, Punjabi, Malayalam
dan lain-lain. Bahasa IndoArya: Sanskrit seperti Hindi, Kashmiri dan lain-lain. Bahasa Dravida:
Telegu, Tamil, Malayalam dan lain-lain. Terdapat juga bahasa Urdu, bahasa Inggeris.
Melalui aspek kesusasteraan juga boleh membawa kepada pencapaian tamadun Kesultanan
Delhi. Pada masa ini. Kesultanan Delhi amat berminat pada seni dan juga sastera. Diantara ahli
Sastera yang terkenal pada masa ini ialah Amir Khusrau di zaman pemerintahan Ghiyasudin
Balban. Selain daripada itu juga, terdapat lagi sejarawan yang terkenal seperti Ziauddin Barani
yang merupakan pengarang Tarikh Firuz Syahi yang mengisahkan pemerintahan Dinasti Khilji
dan juga Tughluq terutama dalam zaman Firuz Syah Tughluq (1351-1388). Karya sastera
terutamanya puisi dalam bahasa Parsi dan Urdu banyak diterbitkan. Selain itu ilmu sejarah juga
telah dititikberatkan. Masjid bukan sahaja berfungsi sebagai tempat beribadat tetapi juga sebagai
tempat menimba ilmu pengatahuan. Syah Jehan dan Aurengzeb memainkan peranan yang
penting dalam hal ini.

5.2.6 Ilmu Pendidikan

Kecemerlangan dalam ilmu pengetahuan antara elemen penting dalam setiap tamadun. Tidak
dinafikan penerokaan yang dibuat oleh sarjana India telah memberi inspirasi kepada sarjana
dunia yang lain untuk memperkembangkannya menjadi ilmu yang lebih mantap. Elemen agama
turut merupakan unsur penting dalam setiap perkembangan ilmunya.

Ilmu-ilmu Islam telah berkembang di tanah India dengan subur, dari kerana itu lahirlah ulama-
ulama besar bertaraf antarabangsa yang mempunyai ilmu yang luas dan mendalam contohnya
ilmu hadis. Imam Ahmad b Abdul rahim (Syah Waliyullah al Dahlawi). Kebangkitan Gerakan
Islam.Dua gerakan Islam yang sangat ketara diperingkat antarabangsa, iaitu gerakan ‘jamaah
Islamiah’ dan ‘gerakan Tabligh’. Gerakan-erakan inilah yang mewarnai kebangkitan Islam di
bumi India dan antarabangsa sampai kehari ini.
Banyak madrasah telah ditubuhkan dan juga zawiyah telah tah dan juga individu. Alaudin Khilji
adalah antara tokoh yang terkemuka dalam pembinaan intitusi pendidikan Tamadun India. Beliau
membina banyak pusat pendidikan seperti maktab (kuttub) dan madrasah sebagai tempat belajar
bagi anak-anak islam. Di samping itu masjid juga dibina bukan sahaja semata-mata untuk tempat
beribadat tetapi juga sebagai tempat untuk menimba ilmu pengetahuan. Di samping itu
memberikan pendidikan agama, intitusi pendidikan ini juga telah memeberikan pelajaran-
pelajaran lain seperti perubatan, astronomi, matematik dan sebagainya.

5.2.7 Bidang Matematik

a) Sistem Angka Sistem angka sifar(dikenali juga sebagai sunya). Mempelopori penggunaan
sistem nombor 0 hingga 9. Konsep sifar ini menjadi asas kpd angka kosong dalam sistem
matematik hari ini. Pesat di zaman yang dikenali sebagai sulvasutra (aturan tali). Aktiviti
matematiknya berdasarkan aturan kiraan tali. Matematik berkembang pada waktu ini kerana
keperluan agama (pemujaan dan pengorbananan). Diperkenalkan pada zaman Gupta. Sebelum
adanya konsep sifar hanya nombor positif sahaja yang diketahui. Setelah nombor sifar ditemui
wujudlah nombor negatif yang kita kenali sekarang ini. Sifar atau kosong ini diwakili oleh titik
yang dikenali sebagai Pujyam. Konsep kosong juga dikenali sebagai Shukla dan Shubra. Orang
Arab kemudiannya memanggilnya Siphra atau sifr.

b) Geometri Mencapai tahap cemerlang apabila ia menjadi asas penting dalam senibina.
Digunakan secara meluas terutama dalam merangka mandala. Bentuk-bentuk geometri juga telah
digabungkan dengan bentuk tumbuhan dan menjadi hiasan kuil-kuil di seluruh India. Aryabhata
telah menulis dalam Aryabhaliyam tentang teori-teori geometri. Aryabhata turut berjaya mengira
dengan tepat jumlah hari dalam setahun iaitu 365 hari. Beliau juga membuktikan bumi berputar
di atas paksinya dan gerhana pula disebabkan bayang bumi.
5.2.8 Astronomi Dan Kalendar

Brahmagupta telah memperkenalkan hukum graviti dan berjaya menghitung dengan tepat ukur
lilit bumi. Varahamitra pula menulis buku Panchasiddhantika atau lima aliran astronomi yang
menjadi bahan rujukan di sekolah-sekolah. Jyotisa atau ilmu kaji bintang adalah salah satu
bahagian utama Rig Veda. Ia merupakan perkiraan astronomi yang digunakan pada zaman awal
menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan. Berdasarkan perkiraan astronomi
muncul kalendar matahari. Orang India berjaya menemui tujuh planet tanpa bantuan teknologi
peralatan. Planet-planet tersebut ialah Matahari, Bulan, Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah, Zuhal
dan dan kemudian 2 lagi iaitu Rahu dan Kethu (pusat tenaga) yang berada pada arah
bertentangan 180 darjah. 27 bintang (nakshatra) ditemui dan mempercayai bintang dan planet ini
mempengaruhi kehidupan manusia. Kepercayaan inilah yang menjadi asas bagi kemunculan
astrologi.

5.2.9 Bidang Perubatan

Ilmu perubatan India bermula pada zaman Vedik sebagai seni ilmu sihir. Unsur-unsur perubatan
seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi
dan perubatan binatang , telah wujud sebelum tahun Masihi. Teks-teks perubatan India seperti
Caraka (kurun pertama hingga ke-2) dan Susruta (kurun ke 4) dianggap setaraf dengan
Hippocrates dan Galen.
6.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, sepanjang pemerintahan Islam yang memakan masa hampir 600
abad telah banyak sumbangan Islam dalam pembinaan tamadun India. Peningalan Islam telah
menjadi kesinambungan sehingga hari ini walaupun selepas kemasukan Zaman Penjajahan Barat
ketika itu telah membawa perubahan bukan sahaja di India malah dirasai di peringkat global.
Antaranya ialah dalam aspek ekonomi, pentadbiran, seni bina, kesusateraan, pendidikan, sosial
dan budaya dan keagamaan dan keagamaan. Islam masih berkembang maju di negara India pada
masa kini dan merupakan agama kedua terbesar di India. Islam kukuh di India terutamanya di
daerah Kashmir, Assam dan lain lain lagi. Pada tahun 2001, populasi yang penganut agama
Islam di India ialah 138 juta penduduk di seluruh India. Sesungguhnya agama Islam telah
memberikan pelbagai kesan yang sangat mendalam dalam pelbagai aspek di negara India. Di sini
kita dapat menyaksikan interaksi Islam antara tamadun berlaku dengan pesat di India.
Sumbangan Islam di India juga bersifat menyeluruh iaitu meliputi aspek fizikal dan spiritua

You might also like