You are on page 1of 16

TAMBAHAN / PINDAAN

Ruang Perkara Muka Surat

B25A & BA25A Hadiah wang kepada institusi / organisasi / 5


tabung yang diluluskan

B25B & BA25B Hadiah wang bagi aktiviti sukan yang diluluskan 5
oleh Menteri Kewangan

B33 Pengecualian berdasarkan peningkatan 6&7


pendapatan bercukai perniagaan

Bahagian M Maklumat pembahagian hak kepada 13


benefisiari
Nota ini bertujuan membantu badan amanah melengkapkan Borang TA bagi Tahun Taksiran 2017.
Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi
Tahun Taksiran 2017 adalah benar, lengkap dan betul. Biarkan kosong sekiranya ruangan yang
disediakan adalah tidak berkenaan.
Semua helaian kerja, rekod dan dokumen tidak perlu disertakan semasa pengembalian Borang TA
KECUALI bagi kes pembayaran balik di mana badan amanah dikehendaki mengemukakan helaian
kerja berikut yang boleh dicetak dari Buku Panduan Borang TA di Portal Rasmi Lembaga Hasil
Dalam Negeri Malaysia (LHDNM):-
(i) HK-6 berkenaan tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain); dan
(ii) HK-8 / HK-9, jika berkenaan, berhubung dengan potongan cukai yang telah dibuat di negara
asing.
Walau bagaimanapun, ianya perlu disimpan selama tujuh (7) tahun bermula dari akhir tahun dalam
mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk
tujuan rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.
Gunakan pen mata bulat berwarna hitam. Isikan semua ruang yang berkenaan dengan HURUF
BESAR. Bahagian C, CA dan D perlu diisi dengan nilai sen. Lain-lain bahagian yang melibatkan
amaun hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja.

Contoh: Pendapatan Bercukai (ruang B32) RM 180,246.65


Cukai Kena Dibayar (ruang CA4) RM 65,927.98
B32 PENDAPATAN BERCUKAI
<>_>>_>>_>>?
, ,1 8 0 , 2 4 6
CA4 CUKAI KENA DIBAYAR
->>_>>_>>_>?
, , 6 5 , 9 2 7 .9 8

MAKLUMAT ASAS
1 dan 2 Isikan maklumat yang berkenaan sebagaimana didaftarkan.

KEDUDUKAN CUKAI
Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata, badan amanah dinasihatkan supaya mengisi
Bahagian ini dengan betul berdasarkan pengiraan cukai yang telah dibuat sehingga Bahagian D di
muka surat 8 Borang TA 2017. Isikan satu petak sahaja dengan menandakan ‘X’ dalam petak yang
berkenaan.

BAHAGIAN A: MAKLUMAT BADAN AMANAH


A1 hingga A15 Isikan maklumat yang berkenaan sahaja.
Ruang Perkara Keterangan
A1 Mastautin Di Isikan ‘1’ dalam petak yang disediakan sekiranya badan amanah
Malaysia bermastautin di Malaysia atau ‘2’ jika tidak.
A2 Negara Mastautin Sila rujuk kod negara di muka surat 14 nota penerangan ini atau
senarai yang lengkap di Lampiran E Buku Panduan Borang TA.
Contoh: Jika badan amanah bermastautin di Malaysia, masukkan kod
negara yang berkenaan seperti berikut:-

<?
MY

A3 Tempoh Tarikh mula dan tutup tempoh perakaunan badan amanah. Sila rujuk
Perakaunan contoh-contoh di ruang A4.
A4 Tempoh Asas Tempoh asas bagi tahun taksiran semasa. Jika badan amanah baru
beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan
tutup tempoh asas yang betul di ruang A4.

-1-
Contoh 1: Badan amanah yang baru beroperasi
Akaun pertama: 1.5.2016 hingga 31.3.2017 (11 bulan)
Akaun kedua: 1.4.2017 hingga 31.3.2018 (12 bulan)
Ruang A3 dan A4 perlu diisi seperti berikut:-
Tahun Tempoh Tempoh
Taksiran Perakaunan Asas
2017 01/05/2016 - 31/03/2017 01/05/2016 - 31/03/2017 (11 bulan)
2018 01/04/2017 - 31/03/2018 01/04/2017 - 31/03/2018 (12 bulan)
Contoh 2: Badan amanah yang baru beroperasi
Akaun pertama: 1.2.2016 hingga 30.4.2017 (15 bulan)
Akaun kedua: 1.5.2017 hingga 30.4.2018 (12 bulan)
Isi ruang A3 dan A4 seperti berikut:-
Tahun Tempoh Tempoh
Taksiran Perakaunan Asas
2017 01/02/2016 - 30/04/2017 01/02/2016 - 30/04/2017 (15 bulan)
2018 01/05/2017 - 30/04/2018 01/05/2017 - 30/04/2018 (12 bulan)
Contoh 3: Pertukaran tempoh perakaunan
Akaun sedia ada: 1.3.2015 hingga 28.2.2016 (12 bulan)
Akaun berikutnya: 1.3.2016 hingga 31.12.2016 (10 bulan)
1.1.2017 hingga 31.12.2017 (12 bulan)
Ruang A3 dan A4 perlu diisi seperti berikut:-
Tahun Tempoh Tempoh
Taksiran Perakaunan Asas
2016 01/03/2015 - 28/02/2016 01/03/2015 - 28/02/2016 (12 bulan)
2017 01/03/2016 - 31/12/2017 01/03/2016 - 31/12/2017 (22 bulan)
Contoh 4: Pertukaran tempoh perakaunan
Akaun sedia ada: 1.7.2015 hingga 30.6.2016 (12 bulan)
Akaun berikutnya: 1.7.2016 hingga 31.5.2018 (23 bulan)
1.6.2018 hingga 31.5.2019 (12 bulan)
Isi ruang A3 dan A4 seperti berikut:-
Tahun Tempoh Tempoh
Taksiran Perakaunan Asas
2016 01/07/2015 - 30/06/2016 01/07/2015 - 30/06/2016 (12 bulan)
2017 01/07/2016 - 31/05/2018 01/07/2016 - 30/06/2017 (12 bulan)
2018 01/07/2017 - 31/05/2018 (11 bulan)
2019 01/06/2018 - 31/05/2019 01/06/2018 - 31/05/2019 (12 bulan)
Contoh 5: Pertukaran tempoh perakaunan
Akaun sedia ada: 1.1.2015 hingga 31.12.2015 (12 bulan)
Akaun berikutnya: 1.1.2016 hingga 31.05.2016 ( 5 bulan)
1.6.2016 hingga 31.05.2017 (12 bulan)
Isi ruang A3 dan A4 seperti berikut:-
Tahun Tempoh Tempoh
Taksiran Perakaunan Asas
2016 01/01/2016 - 31/05/2016 01/01/2016 - 31/05/2016 ( 5 bulan)
2017 01/06/2016 - 31/05/2017 01/06/2016 - 31/05/2017 (12 bulan)
A5 No. Majikan Nombor rujukan E majikan (jika berkenaan).
A6 Tarikh Mula Tarikh badan amanah bermula operasi.
Beroperasi
A7 Kelulusan Isikan ‘1’ sekiranya badan amanah mendapat kelulusan pengecualian
Pengecualian cukai. Isikan ‘2’ jika tidak mendapat kelulusan pengecualian cukai atau
Cukai sekiranya permohonan untuk pengecualian cukai belum diluluskan.

-2-
A8 Penyimpanan Ini merujuk kepada penyimpanan rekod yang mencukupi seperti
Rekod dikehendaki dalam peruntukan ACP 1967. Tandakan ‘1’ dalam petak untuk
‘Ya’ jika mematuhi. Sekiranya tidak mematuhi, tandakan ‘2’ dalam petak
untuk ‘Tidak’.
A9 No. Kelulusan Nombor kelulusan pengecualian cukai (jika ada).
Pengecualian Cukai
A10 Layak Menuntut Isi ‘1’ untuk ‘Ya’ sekiranya badan amanah layak menuntut cukai input
Cukai Input daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Daripada Jabatan Isi ‘2’ jika badan amanah tidak layak menuntut, tidak menuntut atau
Kastam Diraja tidak berkenaan.
Malaysia
A11 No. Pendaftaran Isikan nombor pendaftaran Cukai Barang & Perkhidmatan seperti
Cukai Barang & didaftarkan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Perkhidmatan
A12 Alamat Alamat yang digunakan untuk berurusan dengan LHDNM.
Surat-menyurat
Badan Amanah
A13 Alamat Premis Alamat di mana perniagaan utama dijalankan.
Perniagaan
A14 Alamat Di Mana Isikan ‘1’ dalam petak yang disediakan sekiranya rekod badan amanah
Rekod Badan disimpan di alamat surat-menyurat seperti di ruang A12; atau ‘2’ jika
Amanah Disimpan disimpan di alamat premis perniagaan seperti di ruang A13. Isikan ‘3’
jika tidak disimpan di alamat seperti di ruang A12 dan A13.
A15 Alamat Lain Nyatakan alamat di mana rekod badan amanah disimpan sekiranya ruang
A14 = 3.
A16 Maklumat Isikan ruang A16a hingga ruang A16e berkenaan maklumat pemegang
Pemegang amanah. Sekiranya badan amanah mempunyai lebih daripada 2
Amanah pemegang amanah, sila senaraikan mengikut format dari ruang A16a
hingga ruang A16e dan kemukakan bersama Borang TA.
A17 Nama Bank Sekiranya badan amanah layak menerima pembayaran balik daripada
A18 No. Akaun Bank LHDNM, nyatakan nama bank dan nombor akaun di bank berkenaan
supaya bayaran boleh dikreditkan ke akaun bank badan amanah tersebut.
BAHAGIAN B: PENDAPATAN BERKANUN DAN JUMLAH PENDAPATAN
Jika A1 = 1, isi Bahagian B dan C bagi badan amanah yang BERMASTAUTIN di Malaysia.
Bahagian BA dan CA tidak perlu diisi.
B1 hingga B3 PERNIAGAAN
Keuntungan yang diperoleh dari menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian, profesion dan setiap
pengilangan, duga niaga atau usaha bercorak perdagangan dikenakan cukai. Perolehan dan keuntungan
termasuk terimaan kasar daripada penjualan barang-barang dan terimaan dari pemberian perkhidmatan.
Sekiranya badan amanah mempunyai lebih daripada 3 perniagaan, sila jumlahkan dan masukkan
pendapatan berkanun perniagaan 3 dan seterusnya ke ruang B3. Sila senaraikan mengikut format
B1 dan B2 bagi setiap perniagaan dan kemukakan lampiran bersama Borang TA.
Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1 / Amaun N dari Helaian Kerja HK-1C / Amaun L dari Helaian
Kerja HK-1D, Buku Panduan Borang TA.
B4 hingga B6 PERKONGSIAN
Pembahagian keuntungan / kerugian yang diperoleh dari menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian,
profesion dan setiap pengilangan, duga niaga atau usaha bercorak perdagangan dikenakan cukai.
Sekiranya badan amanah mempunyai lebih daripada 3 perkongsian, sila jumlahkan dan masukkan
pendapatan berkanun perkongsian 3 dan seterusnya ke ruang B6. Sila senaraikan mengikut format
B4 dan B5 bagi setiap perkongsian dan kemukakan lampiran bersama Borang TA.
Amaun E / G / J dari Helaian Kerja HK-1B, Buku Panduan Borang TA.

-3-
ELAUN MODAL
Dibenarkan sebagai ganti kepada tuntutan susut nilai ke atas aset yang digunakan dalam
perniagaan. Kadar elaun bergantung kepada jenis aset.
Helaian Kerja HK-1.2 hingga HK-1.2A dari Buku Panduan Borang TA boleh dirujuk sebagai panduan
untuk membuat pengiraan.
B8 RUGI PERNIAGAAN BAWA HADAPAN
Kerugian perniagaan / perkongsian dari tahun terdahulu yang belum ditolak dan dibawa ke tahun
semasa untuk ditolak daripada agregat pendapatan berkanun perniagaan dan perkongsian.
Amaun B dari Helaian Kerja HK-1.3, Buku Panduan Borang TA.
Jika amaun di ruang B8 melebihi amaun di ruang B7, isikan amaun seperti di ruang B7 dalam ruang ini.
B10 DIVIDEN
Pendapatan berkanun daripada dividen yang boleh dikenakan cukai.
B11 FAEDAH DAN DISKAUN
Faedah
Faedah ialah wang yang dibayar bagi penggunaan wang atau pembahagian keuntungan kepada
pemiutang yang dianggap diterima oleh peminjam atau penghutang dari penggunaan wang tersebut.
Pendapatan daripada faedah hendaklah dimasukkan sebagai pendapatan kasar apabila diterima
bagi tempoh asas di mana pendapatan itu pertama kali boleh diterima.
Amaun E dari Helaian Kerja HK-5, Buku Panduan Borang TA.
Diskaun
Pendapatan ini berpunca daripada pelaburan seperti bil perbendaharaan, bil pertukaran dan nota janji.
B12 SEWA, ROYALTI
Sewa
Penerimaan dari sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot dan lain-lain.
Amaun E dari Helaian Kerja HK-4B, Buku Panduan Borang TA.
Royalti
Royalti bermaksud:-
(a) apa-apa jumlah yang dibayar sebagai bayaran untuk penggunaan atau hak untuk
menggunakan:
(i) hakcipta, hasilkerja-hasilkerja seni atau saintifik, paten reka bentuk atau model, pelan
proses rahsia atau formula, jenama atau pita untuk siaran radio atau televisyen, filem
wayang gambar, filem atau pita video atau apa jua cara penghasilan semula jika filem atau
pita itu telah digunakan atau akan digunakan atau dihasil semula di Malaysia atau harta
atau hak lain yang serupa;
(ii) pengetahuan atau maklumat tentang hal-hal teknikal, perindustrian, perdagangan atau
pengetahuan pengalaman atau kemahiran saintifik;
(b) pendapatan yang diperoleh dari pemindahan milik atas mana-mana harta, pengetahuan atau
maklumat yang disebut dalam perenggan (a) definisi di atas.
Amaun H dari Helaian Kerja HK-5, Buku Panduan Borang TA.
B13 ANUITI DAN BAYARAN BERKALA LAIN
Anuiti
Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat pelaburan yang melayakkan pelabur menerima
bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh.
Bayaran Berkala Lain
Bayaran yang dibuat berulang kali pada masa-masa tertentu.
B14 APA-APA PEROLEHAN ATAU KEUNTUNGAN LAIN
Pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas.
Helaian Kerja HK-6 perlu dikemukakan bersama Borang TA sekiranya pendapatan ini melayakkan badan
amanah menuntut bayaran balik seperti di ruang C7 berhubung tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain).

-4-
B15 TAMBAHAN MENGIKUT PERUNTUKAN PERENGGAN 43(1)(c)
Perolehan berikut dianggap sebagai pendapatan dan diambil kira di peringkat pendapatan agregat.
Perolehan ini berkaitan dengan perbelanjaan operasi mencarigali di bawah Jadual 4 ACP 1967.
 Perolehan ini boleh diambil kira dalam pengiraan cukai jika tuntutan perbelanjaan-perbelanjaan
tersebut telah dibuat.
 Rujuk kepada perenggan 43(1)(c) dan perenggan 16 Jadual 4 untuk membuat pengiraan
pendapatan yang perlu diambil kira dalam menentukan pendapatan agregat.
B18 RUGI PERNIAGAAN TAHUN SEMASA
Kerugian perniagaan tahun semasa boleh ditolak daripada pendapatan agregat tahun semasa.
Contoh: Kerugian perniagaan pada tahun 2017 boleh ditolak daripada pendapatan agregat bagi
tahun 2017.
Pindahkan amaun E dari Helaian Kerja HK-1.3 ke ruang ini.
Amaun di ruang B18 adalah terhad kepada amaun di ruang B17. Jika amaun di ruang B18 melebihi
amaun di ruang B17, isikan amaun seperti di ruang B17 dalam ruang ini.
B20 PERBELANJAAN MENCARIGALI – JADUAL 4 DAN PERENGGAN 44(1)(b)
Perbelanjaan yang ditanggung dalam mencari atau mendapat akses kepada simpanan galian dalam
suatu kawasan yang layak, boleh dituntut sebagai potongan.
Masukkan baki yang tidak boleh diserap (jika ada) ke ruang J3.
B22 ANUITI KENA BAYAR / BAYARAN BERKALA
Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau surat ikatan amanah yang melayakkan waris
atau benefisiari menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh.
B24 hingga B29 DERMA / HADIAH / SUMBANGAN / ZAKAT
Hadiah Wang Kepada Kerajaan / Kerajaan Tempatan [subseksyen 44(6) ACP1967]
Hadiah wang kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan
Hadiah Wang Kepada Institusi / Organisasi / Tabung Yang Diluluskan
[Proviso subseksyen 44(6) ACP1967]
Hadiah wang tunai kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan oleh Ketua
Pengarah Hasil Dalam Negeri adalah dihadkan kepada perbezaan di antara antara 7%
pendapatan agregat di B17 dengan jumlah potongan di bawah subseksyen 44(11 B)
dan subseksyen 44(11C).
Hadiah Wang Bagi Aktiviti Sukan Yang Diluluskan Oleh Menteri Kewangan Terhad
[subseksyen 44(11 B) ACP1967] kepada 7%
Hadiah wang tunai bagi aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. daripada
Amaun yang dibenarkan adalah perbezaan di antara 7% pendapatan agregat di Pendapatan
B17 dengan jumlah potongan di bawah proviso subseksyen 44(6) dan Agregat
subseksyen 44(11C). di B17
Hadiah Wang Atau Kos Sumbangan Manfaat Bagi Projek Berkepentingan Negara
Yang Diluluskan Oleh Menteri Kewangan [subseksyen 44(11C) ACP1967]
Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat bagi projek berkepentingan negara yang
diluluskan oleh Menteri Kewangan. Amaun yang dibenarkan adalah perbezaan di
antara 7% pendapatan agregat di B17 dengan jumlah potongan di bawah proviso
subseksyen 44(6) dan subseksyen 44(11B).
Hadiah Artifak, Manuskrip Atau Lukisan [subseksyen 44(6A) ACP1967]
Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah Muzium Malaysia atau Ketua Pengarah Arkib Negara.
Hadiah Wang Untuk Kemudahan Perpustakaan Atau Kepada Perpustakaan
[subseksyen 44(8) ACP1967]
Hadiah wang tunai yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan
awam, perpustakaan sekolah / institusi pengajian tinggi.
Perenggan 34(6)(g) ACP1967 tidak terpakai jika tuntutan telah dibuat di bawah subseksyen 44(8).

-5-
Hadiah Lukisan Kepada Balai Seni Lukis Negara Atau Balai Seni Lukis Negeri
[subseksyen 44(11) ACP1967]
Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai seni lukis negeri berdasarkan
pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri.

Zakat Perniagaan
Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di B17.

B31 PEMBAHAGIAN KEPADA BENEFISIARI YANG BERMASTAUTIN


Pembahagian yang ditetapkan bagi setiap benefisiari mengikut syarat-syarat wasiat atau surat ikatan
amanah. Walau bagaimanapun, tolakan hanya dibenarkan sekiranya benefisiari berkenaan
bermastautin di Malaysia dalam tempoh asas.
B33 PENGECUALIAN BERDASARKAN PENINGKATAN PENDAPATAN BERCUKAI PERNIAGAAN
Rujuk Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No.2) 2017 [ P.U. (A) 117/2017 ] untuk syarat-syarat
kelayakan dan pengiraan.

Galakan cukai ini berkuatkuasa bagi tahun-tahun taksiran 2017 dan 2018 sahaja; dan terpakai
kepada badan amanah yang bermastautin di Malaysia.

Bagi tujuan menentukan amaun peningkatan pendapatan bercukai perniagaan, mana-mana kerugian
atau elaun yang tidak diserap dalam tahun taksiran itu dan tahun taksiran sebaik sebelum tahun
taksiran itu, adalah TIDAK diambil kira.

Pengiraan Pengecualian Pendapatan Bercukai Berdasarkan Peningkatan Pendapatan Bercukai


Perniagaan
Sekiranya badan amanah mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan dan punca selain perniagaan,
badan amanah perlu membuat pengiraan bahagian pendapatan bercukai daripada punca perniagann sahaja
seperti di perenggan 1 dan 2 sebelum membuat perbandingan untuk mendapatkan amaun peningkatan
pendapatan bercukai daripada punca perniagaan.

1) Pengiraan Pendapatan Bercukai Perniagaan Tahun Taksiran (TT) 2017

Pendapatan Berkanun Perniagaan

X Pendapatan Bercukai = A Pendapatan Bercukai Perniagaan

Pendapatan Agregat

2) Pengiraan Pendapatan Bercukai Perniagaan TT 2016

Pendapatan Berkanun Perniagaan

X Pendapatan Bercukai = B Pendapatan Bercukai Perniagaan

Pendapatan Agregat

3) Pengiraan Peningkatan Pendapatan Bercukai Perniagaan ( A – B ) =

A-B X 100
4) Pengiraan Peratusan Peningkatan Pendapatan Bercukai Perniagaan = B

Amaun Dari Ruang 3

X 100 = %
Amaun B

-6-
5) Pengurangan kadar cukai pendapatan berdasarkan peratusan kenaikan pendapatan bercukai berbanding
TT sebelumnya
Kadar Cukai Pendapatan Yang
Peratus Kenaikan Pendapatan Bercukai Kadar Cukai Pendapatan
Berbanding TT Sebelumnya Selepas Pengurangan Layak Berdasarkan Peratusan
Peningkatan Pendapatan Bercukai
5.00% – 9.99% 23%
10.00% – 14.99% 22%
> Perniagaan Di Ruang 4

15.00% – 19.99% 21%


20.00% dan ke atas 20%
Nota: Tiada pengurangan kadar cukai pendapatan jika peratus kenaikan pendapatan bercukai
berbanding TT sebelumnya adalah kurang daripada 5%.

6) Pengiraan Amaun Pendapatan Bercukai Perniagaan Yang Dikecualikan

Kadar Cukai
Amaun Dari Amaun dari
( Ruang 3 X 24% * ) – ( Ruang 3 X Yang Layak
Dari Ruang 5
)
X Amaun Dari Ruang 3

Amaun Dari Ruang 3 X 24% *

= Pindahkan amaun ini ke Ruang B33 di Borang TA

* 24% adalah kadar cukai pendapatan badan amanah bagi tahun taksiran semasa.

BAHAGIAN C: CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK


C1 CARA PENGIRAAN CUKAI
Contoh:
PENDAPATAN BERCUKAI selepas pengecualian di ruang B34: RM 65,500
Cukai atas RM 65,500 pada kadar 24% = RM 15,720.00
Masukkan jumlah cukai di ruang C1 Borang TA.
C2 TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN-LAIN)
Amaun B dari Helaian Kerja HK-6 (Buku Panduan Borang TA).
Sila kemukakan Helaian Kerja HK-6 bersama Borang TA jika badan amanah layak menuntut bayaran
balik seperti di ruang C7 berhubung tolakan cukai seksyen 110 ke atas pendapatan lain yang
berkenaan.
Tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain) TIDAK termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di
bawah seksyen 107A ACP1967.

C3 PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 132


Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai
telah dikenakan di negara asal.
Rujuk Lampiran F (Buku Panduan Borang TA) untuk senarai negara-negara yang telah memeterai
Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali dengan Malaysia.
Gunakan Helaian Kerja HK-8 (Buku Panduan Borang TA) untuk senaraikan pendapatan, cukai yang
dipotong di negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 132. Pindahkan amaun B dari
Helaian Kerja tersebut ke ruang ini.
Simpan dokumen asal mengenai pendapatan dan cukai yang dikenakan di negara asal dengan
teratur untuk tujuan semakan.
Rujuk kepada peruntukan Jadual 7 ACP 1967 untuk membuat pengiraan kredit.

-7-
C4 PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 133
Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai
telah dikenakan di negara asal yang TIDAK memeterai Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali
dengan Malaysia.
Gunakan Helaian Kerja HK-9 (Buku Panduan Borang TA) untuk senaraikan pendapatan, cukai yang
dipotong di negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 133. Pindahkan amaun B dari
Helaian Kerja tersebut ke ruang ini.
Simpan dokumen asal berkenaan pendapatan dan cukai yang dikenakan di negara asal dengan
teratur untuk tujuan semakan.
Rujuk kepada peruntukan Jadual 7 ACP 1967 untuk membuat pengiraan kredit.

BAHAGIAN BA: PENDAPATAN BERKANUN DAN JUMLAH PENDAPATAN


Jika A1 = 2, isi Bahagian BA dan CA bagi badan amanah yang TIDAK BERMASTAUTIN di
Malaysia. Bahagian B dan C tidak perlu diisi.
BA1 hingga BA30 Sila rujuk penerangan untuk Bahagian B (kecuali faedah dan royalti) dari muka
surat 3 hingga 6 Nota Penerangan ini.
Bagi badan amanah yang tidak bermastautin di Malaysia, pendapatan faedah,
royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4 A dan pendapatan lain yang
berkenaan adalah dikenakan cukai atas jumlah kasarnya pada kadar selain
daripada 24%.
BA31 hingga BA31d Pendapatan Kasar Yang Tertakluk Kepada Kadar Cukai Lain
Bahagian ini merangkumi pendapatan seperti faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah
seksyen 4A dan pendapatan lain yang tertakluk kepada kadar cukai selain daripada 24%. Jenis
pendapatan ini dikenakan cukai atas jumlah kasarnya pada kadar yang ditetapkan dalam Perjanjian
Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK - Sila rujuk Lampiran F Buku Panduan Borang TA) atau
Akta Cukai Pendapatan 1967, jika tiada PPPDK.
Sekiranya pendapatan tersebut melayakkan badan amanah menuntut bayaran balik seperti di ruang
CA5 berhubung tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain), Helaian Kerja HK-6 (Buku Panduan Borang
TA) perlu dikemukakan bersama Borang TA.
BA31a Faedah
Isikan jumlah pendapatan kasar faedah yang dikenakan cukai.
BA31b Royalti
Masukkan jumlah pendapatan kasar royalti yang dikenakan cukai.
BA31c Pendapatan Kelas Khas Di Bawah Seksyen 4 A
Pendapatan kelas khas terdiri daripada amaun yang diterima sebagai:
balasan bagi perkhidmatan yang diberi berkaitan dengan penggunaan harta atau hak-hak yang
dipunyai oleh, atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, mesin-mesin atau alat-alat lain
yang dibeli daripada seseorang bukan pemastautin;
balasan bagi nasihat, bantuan atau perkhidmatan-perkhidmatan teknikal yang diberi berkaitan
dengan pengurusan teknikal atau pentadbiran apa-apa perusahaan, ventur, projek atau skim
saintifik, perindustrian atau perdagangan; atau 
sewa atau bayaran-bayaran lain yang dibuat di bawah apa-apa perjanjian atau persetujuan untuk
mengguna apa-apa harta alih.
BA31d Pendapatan Lain
Pendapatan lain yang tidak dinyatakan di atas.
Masukkan jumlah kasar pendapatan lain yang dikenakan cukai pada kadar selain daripada 24%.

-8-
BAHAGIAN CA: CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK
CA1 hingga CA1g PENGIRAAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN
Contoh: Badan amanah bermastautin di Singapura
Kadar Cukai Cukai Yang Dikenakan
Jumlah di ruang BA30: RM 105,500 24% RM 25,320.00
Pendapatan kasar faedah di ruang BA31a: RM 80,300 15% RM 12,045.00
Pendapatan kasar royalti di ruang BA31b: RM 250,000 10% RM 25,000.00
Darab amaun pendapatan bercukai dari ruang BA30 dengan kadar cukai 24% dan masukkan hasil
pengiraannya di ruang CA1a Borang TA seperti berikut:-
Pengiraan Cukai Kadar (%) Cukai Yang Dikenakan

CA1a CUKAI ATAS KADAR 24% (BA30 x 24%) 24% ->>_>>_>>_>?


, , 2 5 , 3 2 0 .0 0
Pendapatan Kasar Yang Tertakluk Kepada Kadar Cukai Lain
Amaun pendapatan bercukai dari ruang BA31a hingga ruang BA31d yang tertakluk kepada kadar
cukai selain daripada 24%, dimasukkan ke ruang CA1b hingga ruang CA1e (yang mana berkenaan)
mengikut kadar cukai seperti ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK
- Sila rujuk Lampiran F Buku Panduan Borang TA) atau Akta Cukai Pendapatan 1967, jika tiada
PPPDK.
Pengiraan Cukai Kadar (%) Cukai Yang Dikenakan
Pendapatan kasar tertakluk kepada kadar cukai lain
CA1b
<>_>>_>>_>>?
, ,2 5 0 , 0 0 0 10%
->>_>>_>>_>?
, , 2 5 , 0 0 0 .0 0
CA1c
<>_>>_>>_>>?
, , 8 0 ,3 0 0 15% ->>_>>_>>_>?
, , 1 2 , 0 4 5 .0 0
CA3 TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN-LAIN)
Amaun B dari Helaian Kerja HK-6 (Buku Panduan Borang TA).
Sila kemukakan Helaian Kerja HK-6 bersama Borang TA jika badan amanah layak menuntut bayaran
balik seperti di ruang CA5 berhubung tolakan cukai seksyen 110 ke atas pendapatan lain seperti
faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4 A dan pendapatan lain yang berkenaan.
Tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain) TIDAK termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di
bawah seksyen 107A.
BAHAGIAN D: KEDUDUKAN CUKAI
Cukai kena dibayar adalah dari ruang C6 bagi badan amanah yang BERMASTAUTIN di Malaysia
atau ruang CA4 jika TIDAK BERMASTAUTIN. Masukkan amaun bayaran ansuran yang telah dibuat
bagi pendapatan tahun semasa ke ruang D2. Jika masih ada baki cukai yang kena dibayar seperti di
ruang D3, bayaran boleh dibuat melalui:-
 kaunter CIMB Bank Berhad (CIMB), Public Bank Berhad (PBB), Malayan Banking Berhad
(Maybank), Affin Bank Berhad (ABB), RHB Bank Berhad (RHB), Bank Simpanan Nasional (BSN)
dan Bank Rakyat dengan menggunakan slip bayaran yang disediakan oleh bank.
 perbankan internet PBB, Maybank, Hong Leong Bank, Citibank, RHB & Alliance Bank Malaysia
Berhad dan perbankan telefon Maybank.
 Auto Teller Machine (ATM) PBB dan Maybank.

 ByrHASiL melalui FPX (Financial Process Exchange) di Portal Rasmi LHDNM,


http://www.hasil.gov.my.
 ByrHASiL melalui kad kredit Visa, Mastercard & American Express di
http://byrhasil.hasil.gov.my/creditcard/.
 kaunter bayaran LHDNM dengan menggunakan slip pengiriman bayaran (CP207) yang
dilampirkan bersama Borang TA. 

-9-
 pos ke alamat LHDNM seperti dinyatakan di belakang CP207; atau
 Pos Malaysia Berhad (Kaunter dan Pos Online).

PERINGATAN
Selepas selesai pengiraan cukai dari Bahagian B atau BA hingga Bahagian D, badan amanah
diingatkan supaya mengisi bahagian ‘Kedudukan Cukai’ di muka surat 1 Borang TA 2017 dengan
menandakan ‘X’ dalam satu petak yang berkenaan sahaja.

BAHAGIAN E: PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM DILAPORKAN


Pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum dilaporkan.
Gunakan lampiran berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.
BAHAGIAN F: PELUPUSAN ASET DI BAWAH AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976
F1 Melupuskan aset di Merujuk kepada aset yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta
bawah Akta Cukai Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.
Keuntungan Harta Isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ sekiranya ada melupuskan aset
Tanah 1976 atau ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.
F2 Melaporkan pelupusan Isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ jika telah melaporkan pelupusan
tersebut kepada berkenaan kepada LHDNM atau ‘2’ jika tidak. Sekiranya belum
LHDNM dilaporkan, sila hubungi cawangan LHDNM yang mengendalikan fail
cukai pendapatan badan amanah berkenaan (pelupus).
Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi LHDNM,
http://www.hasil.gov.my.
BAHAGIAN G: MAKLUMAT PENDAPATAN PERNIAGAAN
G1 KERUGIAN
G1a Baki kerugian tahun Kerugian perniagaan / perkongsian tahun semasa yang tidak diserap.
semasa Amaun F dari Helaian Kerja HK-1.3 (Buku Panduan Borang TA).
G1b Baki kerugian tahun Baki kerugian tahun sebelum yang tidak diserap.
kebelakangan Amaun C dari Helaian Kerja HK-1.3 (Buku Panduan Borang TA).
G1c Kerugian hantar G1a campur G1b
hadapan Amaun G dari Helaian Kerja HK-1.3 (Buku Panduan Borang TA).
G2 ELAUN MODAL
G2a hingga Elaun modal yang dituntut dalam pengiraan pendapatan berkanun perniagaan dan
G2f perkongsian.
Elaun Diserap
Elaun modal yang diserap dalam tahun semasa.
Amaun K5 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun K4 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun Q5 dari Helaian
Kerja HK-1C / amaun N5 dari Helaian Kerja HK-1D (Buku Panduan Borang TA)

Baki Hantar Hadapan


Amaun K6 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun K5 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun Q6 dari Helaian
Kerja HK-1C / amaun N6 dari Helaian Kerja HK-1D (Buku Panduan Borang TA)

G3 MAKLUMAT CUKAI PEGANGAN


Helaian Kerja HK-11 dalam Buku Panduan Borang TA boleh digunakan untuk pengiraan.
G3a Seksyen 107A Bayaran kontrak dalam tempoh asas kepada kontraktor bukan
pemastautin. Kadar cukai pegangan mengikut ACP 1967:

- 10 -
10% atas jumlah kasar berhubung cukai yang kena atau boleh
dibayar oleh kontraktor tersebut
campur
3% atas jumlah kasar berhubung cukai yang kena atau boleh
dibayar oleh pekerja-pekerja kontraktor tersebut.
G3b Seksyen 109 Bayaran faedah / royalti dalam tempoh asas kepada seseorang
bukan pemastautin. Mengikut Bahagian II Jadual 1 ACP 1967,
kadar cukai pegangan adalah 15% atas jumlah kasar untuk faedah
dan 10% atas jumlah kasar bagi royalti. Sila rujuk Lampiran F Buku
Panduan Borang TA untuk kadar mengikut Perjanjian Pengelakan
Pencukaian Dua Kali.
G3c Seksyen 109A Bayaran dalam tempoh asas berkenaan dengan perkhidmatan
yang dilaksanakan di Malaysia oleh seseorang penghibur awam.
Kadar cukai pegangan adalah 15% atas jumlah kasar (Bahagian II
Jadual 1 ACP 1967).
G3d Seksyen 109B Bayaran jenis kelas khas dalam tempoh asas di bawah seksyen 4A
kepada seseorang bukan pemastautin
Kadar cukai pegangan seperti ditetapkan dalam Bahagian V
Jadual 1 ACP 1967 iaitu 10% atas jumlah kasar kecuali jika
terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian
Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Sila rujuk Lampiran F Buku
Panduan Borang TA).
G3e Seksyen 109F Bayaran kepada seseorang bukan pemastautin berhubung
pendapatan di bawah perenggan 4(f) ACP 1967 adalah tertakluk
kepada cukai pegangan pada kadar 10% atas jumlah kasar seperti
ditetapkan dalam Bahagian XIII Jadual 1 ACP 1967.

G3a hingga G3e JUMLAH KASAR DIBAYAR


Jumlah bayaran kasar yang dibuat sebelum apa-apa tolakan.
JUMLAH CUKAI YANG DIPEGANG DAN DIREMIT KEPADA LHDNM
Peraturan dan prosedur membuat bayaran kepada Unit / Cawangan Pungutan
LHDNM hendaklah dipatuhi.
BAHAGIAN H: PERBELANJAAN KHAS, POTONGAN SELANJUTNYA
DAN POTONGAN DUA KALI
H1 hingga H5 Gunakan kod tuntutan yang disediakan di muka surat 14 dan 15 nota penerangan ini.

BAHAGIAN J: TUNTUTAN INSENTIF


J1 ELAUN JADUAL 7A
Insentif ini berkenaan dengan projek menjalankan perniagaan penternakan ayam dan itik yang
menukar daripada sistem reban terbuka kepada sistem reban tertutup; atau membesarkan sistem
reban tertutup sedia ada yang diluluskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (perenggan
1C dan subperenggan 8(d) Jadual 7A ACP 1967).
Insentif ini boleh dituntut sekiranya terdapat baki elaun Jadual 7 A yang belum diserap sepenuhnya
(perenggan 4 Jadual 7A).
Rujuk kepada perenggan 3 Jadual 7A dan Helaian Kerja HK-1B / HK-1C dalam Buku Panduan
Borang TA (yang mana berkenaan) berkenaan cara pengiraannya.
Simpan dokumen asal berhubung dengan perbelanjaan modal yang layak serta borang permohonan
dan pengiraan elaun tersebut untuk semakan.

- 11 -
J2 ELAUN PENINGKATAN EKSPORT PERKHIDMATAN
Rujuk kepada Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 9) 2002 [P.U. (A) 57/2002] dan
Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (Pindaan) 2006 [P.U. (A) 275/2006] untuk menentukan
kelayakan dan Helaian Kerja HK-1B / HK-1D dalam Buku Panduan Borang TA (yang mana
berkenaan) untuk membuat pengiraan.
J3 PERBELANJAAN JADUAL 4

Baki perbelanjaan yang tidak dapat diserap sepenuhnya dalam tahun semasa (baki hantar hadapan)
hendaklah dimasukkan ke ruang ini

BAHAGIAN K: MAKLUMAT KEWANGAN BADAN AMANAH (PERNIAGAAN UTAMA)


K1 Kod perniagaan
Isikan kod perniagaan (Rujuk Lampiran G Buku Panduan Borang TA) bagi perniagaan utama
sahaja. Jika mempunyai lebih daripada satu perniagaan utama, isikan kod perniagaan untuk
perniagaan yang mempunyai perolehan terbesar.

K1A Jenis aktiviti perniagaan


Nyatakan jenis aktiviti perniagaan berkenaan dalam petak yang disediakan.

K2 Jualan atau perolehan


Jumlah pendapatan kasar perniagaan utama, K1 termasuk pendapatan terakru daripada
jualan, fi dan terimaan lain.
K3 Stok awal
Stok awal barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.
K4 Belian dan kos pengeluaran
 Jumlah belian kasar tolak diskaun, pulangan keluar dan rebat berkaitan dengan
perniagaan utama, K1.
 Kos pengeluaran daripada Akaun Pengilangan.
K5 Stok akhir
Stok akhir barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.
K6 Kos jualan
Jumlah ( K3 campur K4 tolak K5 ). Isikan ‘0’ jika tiada.
K7 Untung / Rugi kasar
K2 tolak K6. Tandakan ‘X’ jika nilai negatif (rugi).
K8 Perniagaan lain
Jumlah pendapatan kasar perniagaan daripada punca selain daripada K1.
K9 Dividen
K10 Faedah dan diskaun Pendapatan kasar daripada punca berkenaan.
K11 Sewa, royalti dan premium
K12 Pendapatan lain
Jumlah pendapatan kasar daripada semua punca bukan perniagaan yang tidak disenaraikan
di atas.
K14 Perbelanjaan
ke Amaun seperti dalam Akaun Untung Rugi.
K21 K14 :Faedah Pinjaman
Jumlah semua perbelanjaan faedah kecuali faedah sewa beli dan faedah pajakan.

- 12 -
K20A :Cukai input yang tidak boleh dituntut daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Ini merujuk kepada amaun cukai input yang telah ditentusahkan oleh Jabatan Kastam
Diraja Malaysia (JKDM) selepas pengauditan sebagai tidak layak dituntut
daripadanya. Amaun cukai input yang telah ditentusahkan sebagai tidak layak
dituntut ini boleh dibenarkan sebagai perbelanjaan dibawah ACP1967. Masukkan
amaun / bahagian amaun cukai input tersebut yang berkaitan dengan perbelanjaan
bagi tahun taksiran semasa.
K23 Untung / Rugi bersih
Amaun seperti dalam Akaun Untung Rugi. Tandakan ‘X’ jika nilai negatif (rugi).
K24 Perbelanjaan yang tidak dibenarkan
Amaun F1 dari Helaian Kerja HK-1, HK-1C atau HK-1D (Buku Panduan Borang TA).
K25 Aset Tetap
ke Nilai buku bersih seperti dalam Kunci Kira-Kira.
K28
K30 Pelaburan
Kos pelaburan dan simpanan tetap
K31 Aset Semasa
ke Jumlah seperti dalam Kunci Kira-Kira
K36
K39 Liabiliti
ke Jumlah seperti dalam Kunci Kira-Kira
K41
K43 Modal dan Dana
ke Jumlah seperti dalam Kunci Kira-Kira
K48
BAHAGIAN L: MAKLUMAT PENDAPATAN YANG DIKECUALIKAN
Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya badan amanah mempunyai punca pendapatan yang
dikecualikan cukai pendapatan dalam tahun semasa.
BAHAGIAN M: MAKLUMAT PEMBAHAGIAN HAK KEPADA BENEFISIARI
M1 Isikan maklumat bagi setiap benefisiari yang menerima pendapatan daripada badan amanah.
ke Sekiranya badan amanah mempunyai lebih daripada enam (6) benefisiari, sila senaraikan
M6 mengikut format M1 hingga M6 dan kemukakan bersama Borang TA.
Butiran Hak: Nyatakan bahagian hak setiap benefisiari dalam peratusan (%) mengikut
pembahagian oleh pemegang amanah seperti dibenarkan / ditetapkan dalam
wasiat atau surat ikatan badan amanah.
NOTA:
Helaian Kerja HK-12 (Buku Panduan Borang TA)
– Helaian kerja ini boleh digunakan untuk tujuan penyimpanan rekod oleh badan amanah.
Helaian Kerja HK-12A (Buku Panduan Borang TA)
– Badan amanah boleh gunakan helaian kerja ini untuk menyedia dan menyerah kepada
setiap benefisiari bagi membolehkan mereka melapor pendapatan dan mengemukakan
Borang Nyata masing-masing kepada LHDNM dalam tempoh yang ditetapkan.
– Gunakan helaian kerja yang berasingan untuk setiap benefisiari.
AKUAN PEMEGANG AMANAH
Borang nyata yang tidak ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses. Surat
Pemberitahuan Borang Nyata Tidak Lengkap akan dikeluarkan kepada tuan sebagai makluman.
Penggunaan cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan
dalam mengemukakan semula borang nyata tersebut kepada LHDNM.

- 13 -
MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI
 Nombor kelulusan ejen cukai adalah nombor kelulusan yang diberikan kepada ejen cukai yang
diluluskan di bawah subseksyen 153(3) ACP 1967.
 Bahagian ini perlu diisi dan ditandatangani oleh ejen / wakil cukai yang menyediakan borang nyata
berkenaan.

KOD NEGARA
Berikut adalah kod bagi sebahagian daripada negara-negara yang dikenal pasti. Tuan boleh merujuk
kepada Lampiran E Buku Panduan Borang TA untuk senarai yang lengkap.
Negara Kod Negara Kod Negara Kod
Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH
Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA
Brunei BN Japan JP Singapore SG
Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA
Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK
China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW
Denmark DK Malaysia MY Thailand TH
Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB
India IN New Zealand NZ United States US
Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN
Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of
KOD TUNTUTAN
PERBELANJAAN KHAS / TUNTUTAN LAIN
Kod Tuntutan
101 Perbelanjaan untuk pekerja kurang upaya, atau belanja pengubahsuaian / penambahbaikan
premis perniagaan bagi kemudahan pekerja kurang upaya
102 Terjemahan atau penerbitan buku yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
103 Perbelanjaan perpustakaan (maksimum RM100,000)
104 Perbelanjaan kebajikan
105 Perbelanjaan pusat penjagaan kanak-kanak untuk pekerja sendiri
106 Penubuhan kumpulan kesenian yang diluluskan
107 Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian, kebudayaan atau warisan tempatan serta negara-
negara asing:
 terhad kepada RM300,000 bagi penajaan kesenian, kebudayaan atau warisan negara asing
 terhad kepada RM700,000 bagi keseluruhan perbelanjaan
110 Perbelanjaan penyelidikan saintifik
114 Perbelanjaan yang berhubung dengan teknologi maklumat
116 Sumbangan bagi membiayai pengubatan atau rawatan penyakit serius
117 Latihan amali kepada individu bukan pekerja
121 Potongan bagi hadiah komputer peribadi baru dan / atau fi langganan jalur lebar bulanan
kepada pekerja (Tahun Taksiran 2008 hingga 2010)
122 Kos membangunkan laman jaring
133 Perbelanjaan yang dilakukan bagi pembangunan dan pematuhan kursus baru oleh Institusi
Pendidikan Tinggi Swasta
137 Potongan bagi pelaburan dalam syarikat berstatus Bionexus

- 14 -
140 Potongan bagi perbelanjaan sebelum memulakan perniagaan yang berhubungan dengan
pengambilan pekerja
141 Potongan bagi manfaat dan pemberian daripada majikan kepada pekerja
144 Perbelanjaan pendaftaran cap dagangan dan paten (Tahun Taksiran 2010 hingga 2014)
146 Potongan bagi sumbangan kepada Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat
(Kumpulan Wang PPS)
148 Potongan bagi perbelanjaan fi francais
154 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan faedah dan kos sampingan dalam
memperoleh pinjaman bagi projek terbengkalai
157 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan yuran kesetiausahaan dan yuran pemfailan
cukai
POTONGAN SELANJUTNYA
Kod Tuntutan
201 Premium insurans bagi pengimportan kargo yang diinsuranskan dengan syarikat insurans
yang diperbadankan di Malaysia [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 220/2012]
202 Penggajian bagi pekerja hilang upaya
204 Premium insurans bagi pengeksportan kargo yang diinsuranskan dengan syarikat insurans
yang diperbadankan di Malaysia [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 219/2012]
205 Bayaran pengangkutan bagi eksport keluaran berasaskan rotan dan kayu (tidak termasuk
kayu gergaji dan veneer) [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 218/2012]
208 Premium insurans bagi kredit eksport
212 Bayaran pengangkutan dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia
216 Potongan bagi promosi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (Tahun Taksiran 2008
hingga 2015)
217 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan saraan pekerja
218 Potongan bagi kos latihan kepada pekerja (Tahun Taksiran 2009 hingga 2012)
219 Potongan premium bagi insurans kredit eksport berasaskan konsep takaful
221 Potongan bagi penyediaan taman asuhan kanak-kanak
224 Potongan bagi kos yang berhubungan dengan latihan untuk pekerja bagi pelaksanaan Cukai
Barang dan Perkhidmatan (Tahun Taksiran 2014 dan 2015)
POTONGAN DUA KALI
Kod Tuntutan
301 Perbelanjaan hasil untuk penyelidikan yang diluluskan
302 Sumbangan wang tunai kepada institut penyelidikan yang diluluskan atau bayaran bagi
penggunaan perkhidmatan institut atau syarikat penyelidikan yang diluluskan, syarikat
penyelidikan dan kemajuan atau syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak
306 Perbelanjaan untuk menggalakkan eksport perkhidmatan profesional
317 Potongan bagi sumbangan tunai kepada Dana Bantuan Pelajar Miskin 1Malaysia (Tahun
Taksiran 2012 hingga 2017)

- 15 -

You might also like