You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KARAK SETIA

28600 KARAK, PAHANG DARUL MAKMUR


NO. TEL : 09 2311078 NO. FAX : 09 2311006
E-MAIL: cea0059smkkaraksetia@gmail.com

KERTAS KERJA
RIMUP DAN MAJLIS SAMBUTAN
HARI RAYA AIDIL FITRI
1440 H/ 2019

Tarikh:
19 JUN 2019 (RABU)
Masa:
12.00 tengah hari - 2.00 petang

Tempat:
Dewan Terbuka & Kantin
SMK Karak Setia

Anjuran:
Unit Kokurikulum, Kelab Guru dan Staf
SMK Karak Setia
dengan kerjasama PIBG SMK Karak
Setia

1 | muka surat
KERTAS KERJA
RIMUP DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA
1440 H/ 2019
PERINGKAT SMK KARAK SETIA
28600 KARAK, PAHANG DARUL MAKMUR

1. PENGENALAN

Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan program


yang dilaksanakan bagi melibatkan semua kaum di sekolah. Bagi SMK Karak Setia
yang mempunyai peratus kaum Melayu 90% dan 10% kaun India tetapi program
RIMUP amat penting untuk dilaksanakan. Unit Kokurikulum serta Kelab Guru Dan
Staff SMK Karak Setia dengan kerjasama PIBG SMK Karak Setia, mengambil
inisiatif untuk mengadakan program sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah
bagi tahun 2019 / 1440 hijrah. Program RIMUP turut digabungkan bersama Program
Sarana Ibubapa bertujuan menggalakkan penglibatan ibubapa dalam program yang
melibatkan anak-anak pelajar. Melalui jamuan, kaum lain juga dapat menikmati
keunikan hidangan makanan tradisional Hari Raya kaum Melayu dan bersama –sama
menikmati juadah Hari Raya. Oleh itu semangat hidup bersama –sama dalam sebuah
masyarakat majmuk di samping hormat menghormati perlu dipupuk sejak di bangku
sekolah lagi agar para pelajar dapat menghormati kaum lain dalam realiti hidup
bermasyarakat.

2. OBJEKTIF:
1) Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati
2) Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain
walaupun berlainan agama dan bangsa.
3) Menerapkan integrasi kaum dalam hidup bermasyarakat.
4) Merapatkan Ukhwah antara Warga SMKKS.

3. TARIKH PELAKSANAAN
19 Jun 2019 (15 Syawal 1440 H)- Rabu

4. TEMPAT
Kantin, Dewan Terbuka SMK Karak Setia

5. SASARAN
Semua pelajar, guru, kakitangan dan PIBG SMK Karak Setia

2 | muka surat
6. ANJURAN
Unit Kokurikulum, Kelab Guru dan Staf SMK Karak Setia dengan kerjasama PIBG
SMK Karak Setia

7. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


(Rujuk Lampiran 1)

8. TENTATIF PROGRAM
(Rujuk Lampiran 2)

9. IMPLIKASI KEWANGAN
(Rujuk Lampiran 3)

10. PENUTUP
Tuntasnya Rimup dan Sambutan Aidilfitri 2019 akan dapat berjalan dengan lancar
serta memberi manfaat kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam program
dan aktiviti yang telah dirancang. Program yang telah diatur pastinya melatih pelajar
dalam menguruskan diri dan organisasi di samping menyemai sifat murni seperti
bertanggungjawab, saling menghormati, jujur, amanah, kesungguhan, kreatif, inovatif,
kritis dan proaktif.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………… …………………………………….
[MOHD FITRI BIN SALEH] [HASSAN BIN ISMAIL]
Setiausaha, GPK Kokurikulum,
Unit Kokurikulum, SMK Karak Setia,
SMK Karak Setia, 28310 Triang,
28310 Triang, Pahang Darul Makmur.
Pahang Darul Makmur.

Diluluskan oleh:

…………………………………………..

3 | muka surat
LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Puan Hilmun Binti Mohamad (GPK Pentadbiran)


Timbalan Pengerusi : En Hassan Bin Ismail (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi I : Puan Rohani binti Mustafa (GPK HEM)
Penyelaras Program : Encik Mohd Fitri Bin Saleh
& Setiausaha
Bendahari : Encik Mohd Izuddin Bin Che Khalid

JAWATANKUASA PELAKSANA :

J/K Sambutan : Semua Pentadbir


Juru Acara dan Persembahan : Puan Siti Norhafizah Binti Hassan

JK Persiapan Tempat : Encik Azmi Bin Othman


: Puan Mariani Binti Khamis

JK Jemputan : Puan Rohani Binti Mustafa


: Puan Hilmun Binti Mohamad

JK Siar Raya / Persembahan : Encik Abdul Razak bin Yaakob


Karaoke
: Unit Siar Raya

Juru Foto / Dokumentasi : Encik Mohd Fikri Bin Hasbollah

JK Pamplet : Puan Ainatul Jannah Binti Azian

JK Jamuan Guru/ VIP : Puan Surya Binti Awang

J/K Jamuan Pelajar/ Kebersihan & Keceriaan Tapak:

1) Unit Beruniform Kadet Polis (Tingkatan 1)


- Puan Siti Rohaya Binti Aboullah
- Puan Ainatul Jannah Binti Azian

2) Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah (Tingkatan 2)

4 | muka surat
- Puan Shahira Alia Binti Mohd Nazir
- Encik Muhammad Izuddin Bin Che Khalid

3) Unit Beruniform Puteri Islam (Tingkatan 3)


- Puan Hajah Hasni binti Ismail
- Puan Nurul Aainaa Binti Azmi

4) Unit Beruniform Kadet Koreksional (Tingkatan4)


- Puan Mary Nalini a/p R.A Joseph
- Encik Belly @ Shafiee Bin Tumingan
- Puan Norzihan Binti Roaini

5) Unit Beruniform PBSM (Tingkatan 5)


- Puan Norihan Binti Abdullah
- Puan Zaidatul Waini Binti Mohd Ampandi
- Encik Arzukarnain Bin Abdullah

J/K Minuman : Puan Zarina Binti Puteh


: Unit Pengawas

J/K Bacaan Doa : Encik Ismail Iskandar Bin Ibrahim

JK Kawalan Disiplin Pelajar : Semua Guru

5 | muka surat
LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM

Masa Tentatif Program


11.30 pagi Semua Pelajar Berkumpul di Dewan Terbuka
Taklimat Penyelaras Program
12.00 tengahari Pelajar berkumpul di booth masing-masing
Ketibaan Tetamu jemputan
Ucapan aluan Pengerusi Majlis
Bacaan doa
Ucapan Pengetua
Jamuan Raya
Selingan ucapan selamat hari raya/lagu raya-guru-pelajar
1.45 petang Gotong Royong Kebersihan
2.00 petang Majlis Bersurai

6 | muka surat
LAMPIRAN 3

IMPLIKASI KEWANGAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM) SUMBER


1. Peruntukan Jamuan
a) Jamuan Pelajar RM 4.00 X 168 orang 672.00 Lain-lain sumbangan
b) Jamuan Guru dan staf RM10.00 x 26 orang 260.00 Kelab Guru
c) Minuman dan buah- RM 200.00 200.00 PIBG
buahan
d) Menu Tambahan RM 300.00 300.00
(Lemang, Satay, Cendol
atau lain-lain yang
sesuai)
RM 1,432.00

7 | muka surat
8 | muka surat

You might also like