You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LAYANG

69000 GENTING HIGHLANDS, PAHANG

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KECEMERLANGAN UPSR


BIL. 2 TAHUN 2019

Tarikh : 8 April 2019 (Isnin)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Gerakan SK Sri Layang

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan


1. Pn. Naziah binti Ahmad Guru Besar ( Pengerusi )
2. Pn. Zaimah binti Anuar GPK Pentadbiran
3. En. Mohd Zuraidi bin M M Aboo Jubar S/U
4. En. Muhammad Amri bin Haji Osman AJK
5. En. Asrolafandi bin Mohd Ab Suki AJK
6. En. Mohd Hairun Nizam bin Muhammad Saman AJK
7. En. Muhammad Faizal bin Saadon AJK
8. Pn. Siti Amirah binti Mohammad Rodzizan AJK
9 . Pn. Siti Aisyah binti Hassan AJK
10. En. Mohd Hafiszan bin Mohd Nor (Urusan Rasmi) AJK

Turut Hadir
1. Tiada

Tidak Hadir (Bersebab)


1. Tiada

Urus Setia Mesyuarat :


1. En Mohd Zuraidi bin M M Aboo Jubar S/U Unit Kecemerlangan

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Ucapan aluan daripada pengerusi (Guru Besar) – mengucapkan terima kasih
kepada semua Ahli Jawatankuasa yang dapat hadir ke mesyuarat kali kedua.

1.2 Pengerusi meminta semua guru Subjek UPSR agar dapat menghabiskan
kandungan pelajaran mengikut perancangan.

1.3 Pengerusi juga mengharapkan kelas tambahan berjalan dengan


Mengambil kira kedudukan dan kualiti murid.

1.4 Pengerusi mahu guru melaksanakan modul untuk murid sederhana.

1.5 Pengerusi mahu semua guru Tahun 6 membimbing murid untuk seimbang
dalam semua aspek penilaian yang ada bagi PPSR.

1.6 Pengerusi mengharapkan ramai murid yang mendapat 6A namun ianya mesti
selari dan seimbang dengan aspek-aspek lain seperti MTM 100%.

1.7 Pengerusi menyatakan akan masuk ke kelas Tahun 6 bagi pemantauan


pelaksanaan PAK 21.
1.8 Semua modul yang ada mestila digunakan selepas guru selesai
menghabiskan sukatan pelajaran.

1.9 Pengerusi meminta analisa peperiksaan pertama dan mahu ianya diperhalusi
bagi mengetahui potensi individu murid untuk panduan peningkatan
akademik.

1.10 Pengerusi juga menyatakan kualiti mesti hadir daripada semua subjek.

1.11 Intervensi perlu dilakukan bagi semua subjek berdasarkan kertas peperiksaan
murid bagi menentukan tindakan susulan yang boleh diambil.

1.12 Ujian pengesanan dijalankan mengikut ketetapan yang dirancang dan


dipersetujui bersama.

1.13 Pengerusi meminta semua guru untuk meletakkan TOV dan ETR di belakang
Fail Rekod Mengajar.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kecemerlangan Bil. 2 tahun 2019
adalah seperti berikut :
Cadangan : En. Mohd Hairun Nizam b Muhammad Saman
Sokongan : Pn. Siti Aisyah bt Hassan

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Tiada perkara berbangkit.

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN


4.1 Analisa PKSR 1 / Pengesanan UPSR
4.1.1 Terdapat beberapa orang murid yang lemah di mana mendapat Gred E.
Seramai 5 orang murid dikenalpasti mendapat banyak Gred E.
Senarai murid adalah seperti berikut;
1. Muhammad Azim Aiman b Aizam
2. Muhammad Syameer Fauzan b Jamri
3. Nur Atikah Yasmin bt Mohd Rezuan
4. Nurul Ariyana An-Najwa Muhammad bt Abdullah
5. Dania Safiya bt Abdullah
Tindakan:Makluman

4.1.2 En. Amri memberitahu masalah ini berlaku terutama untuk subjek
Matematik adalah kerana belum ada latih tubi untuk proses pengiraan
disebabkan kandungan pelajaran yang belum habis.
Tindakan:Makluman

4.1.3 En. Amri juga memaklumkan ada di kalangan murid yang kerap kali tidak
menyiapkan latihan yang diberikan guru. Berlaku untuk semua subjek..
Tindakan:Semua Guru UPSR

4.1.4 En. Amri mencadangkan agar murid yang bermasalah supaya diambil
nama dan diserahkan kepada Guru Besar.
Tindakan:Semua Guru UPSR
4.1.5 Pn. Zaimah memaklumkan murid yang bernama Nurul Ariyana An-Najwa
bermasalah dalam kehadiran.
Tindakan:Makluman

4.1.6 Pn. Rosyati memaklumkan Ibu Bapa Nurul Ariyanan pernah hadir ke
sekolah bagi memaklumkan mengenai masalah kehadiran.
Tindakan:Makluman

4.2 Ujian Pengesanan Tahun 6 / Permuafakatan Ibu Bapa Kali ke-2


4.2.1 Pn. Zaimah memaklumkan tarikh Ujian Pengesanan Tahun 6 adalah
ditetapkan pada 13 – 15 Mei 2019.
Tindakan:Makluman

4.2.2 Pn. Zaimah memberitahu tarikh untuk Majlis Permuafakatan Ibu Bapa
Kali ke-2 adalah diputuskan pada 9 April 2019.
Tindakan:Makluman

4.3 Program Kecemerlangan UPSR/Kem Kecemerlangan Sahsiah dan Rohani UPSR


4.3.1 Pn. Zaimah memaklumkan kelas tambahan dalam cuti sekolah akan
dijalankan mengikut perancangan dan guru-guru boleh maklumkan pada
ibu bapa lebih awal.
Tindakan:Semua Guru Subjek UPSR

4.3.2 Pn. Zaimah meminta agar program mentor-mentee dapat dijalankan


dengan lebih proaktif dan hanya melibatkan guru-guru yang tidak
mengajar subjek UPSR.
Tindakan:Semua Guru Subjek UPSR

4.3.3 Unit Bimbingan dan Kaunseling memaklumkan insentif peningkatan


markah UPSR akan diberikan pada 16 April 2019 untuk Ujian Sumatif 1.
Pn. Siti Aisyah memaklumkan semua murid Tahun 6 akan menerima insentif
untuk Ujian Sumatif 1.
Tindakan:Makluman

4.3.4 Bengkel teknik menjawab soalan UPSR telah diadakan oleh Panitia
Bahasa Sains.
Tindakan:Makluman

4.3.5 Ahli Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk mengadakan Bengkel


Teknik Menjawab Soalan secara berkelompok dalam bulan Julai 2019
secara berkelompok.
Tindakan:Makluman

4.3.6 GPK Pentadbiran minta semua panitia untuk mencari penceramah lebih
awal bagi melancarkan pelaksanaan program.
Tindakan:Makluman

4.3.7 Program Solat Hajat kali pertama akan dijalankan mengikut perancangan
dan dibuat serentak dengan Majlis Berbuka Puasa Tahun 6.
Tindakan:Makluman
4.3.8 Program Bacaan Yaasin dan Solat Hajat pada tahun ini sekali lagi mendapat
tajaan daripada Masjid Yayasan Mohamed Noah. Sehubungan itu program
akan diadakan di masjid. Mohon semua warga SK Sri Layang ke sana.
Tindakan:Makluman

4.3.9 Pn. Zaimah memaklumkan guru-guru subjek UPSR boleh memohon untuk
membeli buku akiviti jika ada yang sesuai dan ingin digunakan. Termasuk
buku dari Terengganu.
Tindakan:Guru Subjek UPSR

4.3.10 Kem Kecemerlangan Sahsiah dan Rohani UPSR 2019 akan diadakan
pada 26 – 27 April 2019 di Janda Baik, Pahang. Maklumat lanjut akan
dibentangkan pada Program Permuafakatan Ibu Bapa Kali Kedua nanti.
Tindakan:Makluman

4.4 Kewangan
4.4.1 Pn. Zaimah memaklumkan telah mendapat sumbagan darpada beberapa
pihak. Jumalah sebenar akan dimaklumkan setelah debentangkan dalam
mesyuarat EXCO.
Tindakan:Makluman

4.4.2 Pn. Zaimah minta agar diwar-warkan berkaitan mencari sumbagan dan
Penyelaras Kecemerlangan memberitahu beberapa salinan kertas kerja
telah diedarkan kepada pihak tertentu namun belum mendapat maklum
balas.
Tindakan:Makluman

4.4.3 Pn. Siti Amirah memaklumkan jumlah kutipan Sumbagan Kecemerlangan


UPSR murid Tahun 6 yang terkumpul akan dibentangkan kepada pihak
pentadbir dan dimaklumkan kemudian kepada jawatankuasa.
Tindakan:Makluman

4.4.4 Pn. Zaimah memberitahu keutamaan sumbangan murid adalah untuk


membeli buku.
Tindakan:Makluman

5 HAL-HAL LAIN
5.1. GPK Pentadbiran memohon semua guru Tahun 6 agar sama-sama dapat
membantu untuk menyedarkan murid-murid Tahun 6 supaya bergerak lebih
awal dan memberi kesedaran tentang kepentingan pencapaian dalam PPSR
2019.
Tindakan:Makluman

5.2. GPK Pentadbiran maklumkan pencerapan guru akan dijalankan mengikut


kesesuaian dan masa yang ditentukan oleh pihak pentadbir sekolah.
Tindakan:Makluman
6. PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditanggukan pada jam 3.40 petang.
6.2 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat.
6.3 Mesyuarat seterusnya akan dijalankan pada bulan Julai. Makluman akan
diberikan.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

......................................................... ..........................................
(MOHD ZURAIDI B M M ABOO JUBAR) (NAZIAH BINTI AHMAD)
Setiausaha Kecemerlangan UPSR Guru Besar
SK Sri Layang, Genting Highlands SK Sri Layang,Genting Highlands

Tarikh : 9 April 2019

You might also like