You are on page 1of 4

TEKS PENGERUSI MAJLIS

MINGGU AKADEMIK 2019

1 Terima kasih saya ucapkan kepada pengerusi majlis.


Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh dan
selamat sejahtera saya ucapkan kepada:

 Puan pengetua, Puan Teresa Chan Jei Chiang


2  GKMP Bahasa, Puan Sunita Sharma
 Penolong Kanan Petang, Puan Shanthy A/P V.
Balakrishan
 Guru-guru yang dihormati dan murid-murid SMK
Assunta
Untuk pengetahuan semua, sepanjang minggu ini iaitu
bermula pada hari ini 17/6/2019 hingga 21/6/2019
akan diadakan Minggu Akademik peringkat SMK
Assunta.
3
Tema Minggu Akademik pada tahun ini adalah:
‘Kreativiti dan Inovasi Melestarikan Pembelajaran Alaf
ke-21’

4 Minggu akademik adalah gabungan Bidang Bahasa,


Bidang Teknik Dan Vokasional, Bidang Sains dan
Matematik serta Bidang Kemanusiaan. Keempat2
bidang ini penting dalam sistem pendidikan sekolah
kita.
Antara objektif pelaksanaan Minggu Akademik adalah
untuk membuka peluang kepada semua murid untuk
mengaplikasi semua ilmu yang telah dipelajari apabila
5
menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan yang
menarik.

Murid-murid akan dapat menimba ilmu melalui aktiviti-


aktiviti yang telah direka oleh setiap panitia dan pada
6 masa yang sama mengambil bahagian dalam pelbagai
aktiviti-aktiviti tersebut.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Dengan itu, saya mempersilakan Puan Teresa Chan


7 Jei Chiang, Pengetua SMK Assunta untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Minggu Akademik 2019. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Teresa atas


ucapan perasmian sebentar tadi.
8 Tanpa melengahkan majlis, marilah kita bersama-
sama menyaksikan gimik persembahan sempena
Minggu Akademik 2019 daripada murid-murid
Tingkatan 1, Persatuan ELDS dengan tajuknya It,s
Never Late to Change.

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid itu tadi.


Untuk pengetahuan semua, persembahan itu tadi di
bawah bimbingan Dr. Ranjitha. Terima kasih juga
diucapkan kepada beliau.

9 Pada minggu ini juga kita akan menyaksikan beberapa


aktiviti yang akan dijalankan. Antaranya seperti:
 Program Jom Sihat daripada Panitia PJK
 Pertandingan Kuiz, Sajak dan Syarahan bagi
Panitia Bahasa Melayu
 Literature in Action bagi Panitia Bahasa Inggeris
 Pertandingan Bercerita bagi Panitia Bahasa Tamil
 Pertandingan Kaligrafi bagi Panitia Bahasa Cina
 Pameran Teknologi Hijau bagi Panitia Sains
 Pertandingan Reka Bentuk Produk daripada
Panitia RBT
 Game Scratch daripada Panitia ASK
 Bengkel Kerja Lapangan daripada Panitia
Geografi
 Pertandingan Mewarna daripada Panitia
Pendidikan Seni Visual
 Kuiz Sejarah daripada Panitia Sejarah
 Treasure Hunt Math, Poligon Dance dan Teka
bilangan item daripada Panitia Matematik

Dengan pelbagai aktiviti yang akan diadakan,
penyertaan murid-murid amat dialu-alukan.
Sebelum saya sudahi majlis, saya mewakili unit
kurikulum mengucapkan juataan terima kasih kepada
semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam Pelancaran Minggu Akademik pada
tahun ini.
10

Maka, saya serahkan semula copong ini kepada


saudari pengacara majlis.

Sekian, terima kasih.

You might also like