You are on page 1of 10

1.

0 SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA

Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara pada sekitar tahun


1400. Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, kerajaan
Majapahit telah menguasai kawasan Srivijaya termasuk Palembang. Penguasaan ini
ditentang oleh Raja Palembang dan puteranya, Parameswara. Demi mengembalikan
kedaulatan bangsa dan negara, Parameswara telah berusaha membebaskan
Palembang daripada Majapahit, tetapi tidak berjaya.

Jesteru itu, Parameswara terpaksa berundur hingga sampai ke Temasik yang


diperintah oleh Temagi dan Siam telah menerima kedatangaannya. Namun, oleh
kerana kedudukan geografi Temasik yang strategic, Parameswara telah membunuh
Temagi untuk menjadi Pemerintah Temasik. Siam telah mengatur serangan balas dan
menyebabkan Parameswara dan pengikutnya melarikan diri ke Muar sebelum sempat
serangan dilancarkan. Perjalanan seterusnya adalah melalui Sening Ujung dan Bertam
menuju ke utara yang membawa mereka tiba ke sebuah perkampungan nelayan yang
penduduknya terdiri daripada orang Melayu, orang laut dan orang asli.

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya


beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403.
Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun
1409[1] apabila Parameswara berkahwin dengan seorang puteri yang berasal daripada
Pasai. Agama Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka
oleh Sultan Muzaffar Syah.
Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad
sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis,Alfonso de Albuquerque pada
1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir di zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah II pula
telah menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

Pemerintahannya itu kemudiannya berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah


pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16.
Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi
sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini
dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa apabila beliau berkata, "Sesiapa yang
menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of
Malacca has his hand on the throat of Venice.)

Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju
adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan
Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain
dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula.
Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka,
berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.
1.0.1 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAKA

Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) telah menaiki takhta.
Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka telah menjadi sebuah pangkalan luar
yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan lagi hubungan diplomatik dengan
Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po untuk
dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut kedatangan Puteri Hang
Li Po, Sultan Mansur Shah telah menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan
pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Puteri Hang Li Po tiba di Melaka pada
tahun 1458 bersama-sama 500 dengan orang pengiring.

Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya
kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara
pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai
orang Baba dan Nyonya.

Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak


kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian
besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan.
Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang
Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.
1.0.2 KEJAYAAN MELAKA

Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan


Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar
kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah
muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa
besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan
sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat
perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan
perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih
tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk
mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan
kemudahan infrastruktur yang moden.

Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di


bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan
daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang,
Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan
nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan
dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka
sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis
serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16
Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan
Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi
juga dari segi perluasan wilayah.

Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat
dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan,
menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan
juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat
lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka
adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi
asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan
pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

1.0.3 KEJATUHAN MELAKA

Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai
kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara.
Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan
Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami
rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi
beliau juga seorang mangsa keadaan.

Ayahandanya (Sultan Alaudin Riayat Shah) mangkat pada usia yang masih
muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal pada awal
abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari
Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama
yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh
kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis
dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya
mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis
diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.

2.0 KEBUDAYAAN MELAYU ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA


2.0.1 PENGENALAN

Kebudayaan dan peradaban adalah satu kesatuan yang kompleks yang mengandungi
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang – undang, adat – resam dan
lain – lain kebolehan manusia dan kebiasaan yang didapati oleh manusia sebagai
anggota sesuatu masyarakat. Dalam konteks budaya Melayu tradisional secara
keseluruhannya dan akan mencerminkan keseluruhan hidup masyarakat. Masyarakat
Melayu di rantau dunia Melayu. Masyarakat Melayu biasanya dilihat dari dua aspek,
pertama, budaya tradisional yang wujud di istana atau digelar sebagai ‘tradisi istana’
atau ‘budaya istana’ yang juga disebut sebagai ‘Court Tradision’ atau ‘ Court
culture’. Ada juga diistilahkan sebagai ‘Great Tradition’. Kedua ialah budaya dan
tradisi yang wujud di kalangan rakyat atau disebut sebagai ‘budaya rakyat’ atau
‘tradisi rakyat’ atau ‘folk tradition’ atau ‘folk culture’. Ada juga diistilahkan sebagai
‘little tradition’.

Kebudayaan kedua – dua golongan Melayu Melaka secara keseluruhannya akan


dipaparkan melalui cara hidupnya, sejarahnya, kebudayaannya dan juga
kepercayaannya. Sumber kebudayaan melayu Melaka dapat dilihat dalam catatan –
catatan lalu seperti:

 Sejarah melayu
 Hikayat Hang Tuah
 Tufat al – Nafis
 Hikayat Raja – raja Pasai
 Di Jawa terdapat Nagarakartagama dan Praratun
 Di Sunda terdapat Babad Prahyingan
 Di Sulawesi terdapat La Galilo
Di antara contoh buku sejarah dan kebudayaan Melayu lama (biasanya terdapat dalam
tulisan Jawi kerana buku – buku ini ditulis setelah datangnya pengaruh budaya Arab
atau Islam)

Sumber – sumber ini menggambarkan budaya hidup orang – orang nusantara pada
zamannya. Budaya mereka banyak kekal hingga kini walaupun terdapat beberapa
unsur budaya asing masuk kedalam masyarakat lama ini.

Sungai Melaka banyak menyimpan sejarah peradaban kerajaan Melayu Melaka Tun Sri
Lanang dalam sejarah melayu telah memperlihatkan kepada generasi hari ini cara dan
gaya hidup masyarakat istana dan masyarakat umum secara keseluruhannya pada
zaman itu. Begitu jugs penulis atau pencatat luar seperti Cina, Portugis, Belanda
Inggeris, Siam dan sebagainya banyak membicarakan tentang budaya orang – orang
Melayu Melaka khasnya dan di rantau ini bermula dari kerajaan –kerajaan sebelum
Parameswara hingga kini.

Budaya sesuatau masyarakat biasanya dinamik, ia tidak static. Namun, demikian ia


berlaku dengan pelbagai cara sama ada secara cepat atau lambat. Budaya yang static
adalah budaya lesu dan tidak mahu berkembang. Budaya Melaka berubah dengan
cepat akibat dari pengaruh budaya asing atau melalui kontak sonial. Dari segi pakaian
misalnya, jenis pakaian, material yang digunakan, fashion yang digemari juga berubah
selepas kedatangan saudagar –saudagar kain dari Gujerat India dan batik dari Jawa.
Akibat dari pertembungan budaya ini bukan saja berbeza dari fizikal tetapi juga dari segi
gaya pemikiran.

Seluruh nusantara pernah dipengaruhi oleah peradaban Hindu –Buddha. Kerajaan


Melayu Melak termasuk kerajaan awal Melaka adalah dipengaruhi oleh budaya dan
peradaban Hindu. Peradaban yang dating dari luar banyak mempengaruhi budaya dan
gaya hidup gologan istana. Perubahan politik, ekonomi dan social telah membawa
perubahan kepada golongan tersebut.

APabila Parameswara membuka Melayu, beliau dan pengikut – pengikutnnya masih


meneruskan tradisi dan budaya kerajaan Srivijaya yang dipengaruhi oleh kebudayaan
Hindu – Buddha. Pada tahun 1409 beliau telah berkahwin dengan Puteri Raja Pasai
lalu masuk Islam. Tindakan beliau memeluk Islam telah memberikan impak yang sangat
mendalam kepada budaya dan tradisi ‘The Great Tradition’ di Melaka. Setelah beliau
menganut agama Islam, pembesar – pembesar istana yang lain turut mengikut langkah
beliau. Begitu juga dengan keluarga – keluarganya yang lain. Contoh ini
memperlihatkan yang perubahan budaya dan tradisi bermula dari istana dan ianya
berlaku dengan cepat.
Ukiran dari salah satu panel candi ini menggambarkan tradisi dan budaya Hindu –
Buddha

Apabila Parameswara membuka Melaka, beliau dan pengikut – pengikutnya masih


meneruskan tradisi dan budaya Srivijaya yang dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu –
Budhha. Pada 1409 beliau telah berkahwin dengan Puteri Raja Pasai lalu masuk Islam.
Tindakan beliau memeluk Islam telah memberikan impak yang sangat dalam kepada
budaya dan tradisi ‘The Great Tradition” di Melaka. Setelah beliau menganut agama
Islam, pembesar – pembesar istana yang lain turut menuruti langkah beliau. Begitu
jugaahli keluarga yang lain. Contoh ini diperlihatkan pada parubahan budaya dan tradisi
dari istana dan ianya berlaku dengan cepat.

Tradisi dan budaya rakyat jelata turut dipengaruhi oleh budaya luar ‘social contact’.
Rakyat jelata di Melaka memiliki corak budaya yang tersendiri. Mereka berada dalam
budaya yang sangat ringkas. Artifak yang ditemui oleh ahli arkeologi menggambarkan
keindahan, keharmonian dan perasaan yang mendalam tengtang budaya mereka.
Gelang, rantai dan aksesori. Ini menunjukkan yang mereka sudah ada rasa indah dan
mereka memerlukan kecantikan. Budaya yang ringkas ini juga dipengarhi oleh budaya
luar tetapi dengan kadar yang lambat. Ini adalah kerana mereka menetap jauh daripada
kawasan istana. Mereka tinggal dalam kelompok mereka sendiri yang menerima
tempias urbanisasi.

Kehadiran pengaruhan Hindu – Buddha di rantau ini lebih banyak memberi kesan atau
mengubah budaya dan tradisi istana dan juga rakyat. Pengarah agama Islam pula yang
dating selepas itu juga telah banyak membawa perubahan kepada tradisi dan budaya
rakyat jelata Melaka.

Sejarah Melayu menulis bahawa pengislaman beramain – ramai di Melaka di mulakan


oleh sultannnya lalu diikuti oleh pembesar – besarnya dan kemudian rakyat jelata. Ini
adalah di atas perintah rajanya. Mengikut B. Harrison dalam artikelnya Muslim World
“… The adoption of Islam by the Malay princes meant, therefore, that in the course of
time the whole race became Muslim. Psychologically, the people look upon their chiefs
and nobles as a good example to be followed, and so when a chief, or a noble embrace
Islam, the people followed suit…”

Islam menggangap semua orang bersaudara dan status seseorang yang ingin
menganuti Islam tidak kepada golongan istana shaja. Islam tidak mementingkan kasta
atau darjat tetapi ia mementingkan unsur – unsur kemaknusiaan yang berdasarkan
pemikiran yang rasional. Islam titak tertumpu kepada hal – hal ketuhanan sahaja malah
ia meliputi hidup masyarakat itu. Melaka telah menjadi pusat kebudayaan,
kesusasteraan, perundagan dan tasauf selain daripada sebuah pusat perkembangan
dan penyebaran agama Islam di rantau dunia Melayu. Dengan secara tidak langsung
peradaban dan kebudayaan Islam telah menular ke seluruh tanah Melayu.

Melaka adalah sebuah pusat perdagangan yang didatangi oleh berbagai bangsa dan
keturunan telah menerima pengaruh tersebut. Akibat daripada proses pertembugan itu
ada unsur – unsur budaya asal yang terus kekal da nada yang hilang da nada juga
yang mengalami pengubahsuaian. Kadangkala wujud dua fenomena yang sama. Walau
apa pun caranya kita akan lihat berbeza tetapi atas satu fenomena yang sama. Walau
apa pun caranya kita akan lihat manifestasi corak kebudayaan Melaka secara
keseluruhannya.

You might also like