You are on page 1of 3

Bahaya Merokok

Poster Poster Bunting


.PDF .AI .PDF .AI .PDF

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

Kanak-kanak juga dikategorikan sebagai perokok pasif. Ini kerana kanak-kanak menyedut asap
rokok basi yang disebarkan oleh perokok. Akibatnya, kanak-kanak yang terdedah kepada asap
rokok basi mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Di antara
masalah kesihatan yang mungkin dialami adalah batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan
telinga.

Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat

Kanak-kanak adalah permata hati kita. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan
persekitaran yang kondusif bagi menjamin keselesaaan dan kesihatan kanak-kanak. Di antara
langkah yang boleh diambil bagi memastikan kanak-kanak tidak terdedah keapda asap rokok
adalah;

 Jangan merokok di dalam rumah/kereta yang mempunyai kanak-kanak


 Jangan pegang kanak-kanak tanpa membasuh tangan selepas menghisap rokok
 Jangan dukung kanak-kanak selepas menghisap rokok. Mendukung kanak-kanak hanya boleh
dilakukan selepas mandi dan menukar baju selepas menghisap rokok.
 Jangan merokok dihadapan kanak-kanak. Perkara ini bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak
kepad bahaya asap rokok malah mendedahkan kanak-kanak kepada tingkahlaku yang tidak
sihat.
 Jangan meneruskan tingkahlaku merokok jika kanak-kanak kerap sakit. Tunjukkan rasa
tanggungjawab kepada kanak-kanak.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

Kesan merokok terhadap kesuburan lelaki

Tingkahlaku merokok akan mengakibatkan gangguan pada tahap kesuburan lelaki. Di


antara gangguan yang mungkin berlaku adalah;

 Mati pucuk yang mana saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersebut.
 Kualiti sperma terganggu sehingga mengakibatkan kesukaran untuk mendapatkan zuriat
mahupun zuriat yang kurang sempurna
 Lemah tenaga batin kerana terjadi gangguan pada lemampuan menghasilkan ereksi.

Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang
pasangan anda.

Merokok Mengakibatkan Strok

 Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di
Malaysia. Salah satu penyakit yang dikaitkan dengan kesan merokok adalah Strok (Angin
Ahmar)
 Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
 Kerosakan ini disebabkan oleh kesan nikotin yang menjadikan salur darah akan menjadi tebal
dan sempit sehingga menyukarkan aliran darah
 Akibatnya, sebahagian badan mungkin menjadi lumpuh dan mengakibatkan maut.

Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok

Oleh itu, anda seharusnya;

 Jangan merokok kerana merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).Lakukan aktiviti
yang sihat seperti bersukan mahupun melakukan hobi harian.
 Alihkan keinginan untuk merokok dengan berfikir secara positif.
 Banyakkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan

Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

Merokok juga dikaitkan dengan serangan jantung. Statistik Kementerian Kesihatan


Malaysia menunjukkan bahawa merokok adalah faktor risiko utama bagi penyakit bahaya
dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Malangnya 50% golongan lelaki di Malaysia
adalah perokok.

Sayangkan Jantung Anda

Oleh itu, anda seharusnya;

 Berhenti merokok kerana merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.


 Jauhkan diri daripada asap rokok basi
 Lakukan aktiviti fizikal seperti bersukan
 Sentiasa berfikiran positif

Fakta Membimbangkan Akibat Merokok

 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.


 Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari
kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
 Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
 Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.

Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan


kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
Punca penyakit adalah asap rokok yang mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan
53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser.

Asap rokok . Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.

Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru

Perkara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan kanser paru-paru

 Berhenti merokok atau jangan mula merokok.


 Elakkan diri daripada perokok
 Elakkan pergi ke tempat-tempat yang boleh mendedahkan anda kepada asap rokok basi
 Amalkan cara hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal dan berfikiran positif

Keluarga Anda dan Orang Tersayang

Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa
anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan
terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda
akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.

You might also like