You are on page 1of 2

ROTI GULUNG BLUEBERY

Bahan-bahan ( 1 happy family )

* Bahan A
* 500 ml susu segar/fresh milk
* 8 keping roti (gardenia/high 5)
* jem blueberry secukupnya (saya guna jem blackcurrent)

* Bahan B
* 4 s/b gula halus
* 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
* 2 biji telur ayam
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 s/b tepung jagung
* 1 ktk (kecil) kismis hitam*(optional) (saya tak letak)

* Bahan C-kuah (saya tak buat dan hanya jodohkan dengan Hershey's Syrup)

* 1 tin susu cair


* 1 sudu teh esen vanilla
* 2 s/b tepungkastad
* 2 s/b gula

* parutan keju (optional)


Cara-cara

1. Sapukan setiap kepingan roti dengan jem blueberry, gulungkan dan susun dalam loyang.
Tuangkan susu dalam loyang dan rendam selama setengah jam. (Saya rendam sekejap jer
sambil sediakan bahan B)
2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dengan bahan A yang
telah direndam. Jirus-jirus sedikit supaya agak sebati.
3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit atau hingga masak (Saya bakar 1 jam bagi garing
sikit.. hehe. Selepas 40 minit membakar saya parutkan keju cheddar di atasnya). Biarkan
sebentar sebelum disejukkan dalam peti ais.
4. Kacau rata bahan sos vanilla (C) dan masakkan di atas api yg sederhana sebentar.
5. Sejukkan sos dan tuangkan di atas puding semasa menghidang.

You might also like