You are on page 1of 5

Sejak kemerdekaan, pelbagai usaha telah diimplementasikan untuk

mengisi kemerdekaan. Dasawarsa ini, negara kita telah menempa kejayaan yang
unggul di persada antarabangsa sehingga setaraf dengan negara-negara maju.
Seiringan dengan itu, sistem pendidikan yang merupakan asas pembangunan
negara menjadi isu yang dipandang berat untuk mengekalkan kejayaan ini. Kita
sedia maklum bahawa, kerajaan memerlukan kepakaran hasil daripada sistem
pendidikan untuk membawa negara ke arah cemerlang dan gemilang. Jadi,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah digubal untuk mencapai hasrat
tersebut. Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, setiap aktiviti pendidikan
diadakan bagi mencapai inti pati utama dalam FPK, iaitu melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Usaha ini
adalah penting untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan kepada negara.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa, insan yang seimbang dan harmonis
merupakan kunci prima untuk menentukan kejayaan negara kita. Dalam
membincangkan strategi merealisasikan FPK, usaha yang paling intensif ialah
menitikberatkan aktiviti kokurikulum dalam sekolah. Kokurikulum di sekolah telah
menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia dan menjadi satu
kegiatan yang diwajibkan kepada setiap pelajar di semua sekolah menengah dan
sekolah rendah. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) telah menyatakan
bahawa semua pelajar hendaklah digalakkan supaya mengambil bahagian yang
lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum. Setiap pelajar perlu menyertai satu badan
beruniform, satu sukan atau permainan dan satu kelab atau persatuan di sekolah
kerana penyertaan ini akan menjadikan mereka seorang yang seimbang dan
harmonis secara tidak langsung.

Bertitik tolak dari hakikat ini, pasukan unit beruniform di sekolah akan
mendidik pelajar semangat bekerjasama antara rakan sebaya apabila menyertai
aktiviti unit beruniform. Pada masa kini, aktiviti kemasyarakat sering diabaikan
sama ada dalam kalangan pelajar, mahupun dalam kalangan masyarakat. Oleh

1
sebab itu, aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform akan menyemai semula
aktiviti kemasyarakatan seperti bekerjasama, tolong menolong agar
menghidupkan suasana kehidupan bertoleransi terutama masyarakat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sebagai contoh, aktiviti perkhemahan
mengajar pelajar erti hidup bekerjasama dengan bersama-sama mendirikan
khemah, mencari kayu api untuk kegunaaan memasak, dan menjalankan
sebarang aktiviti lain sepanjang program berkenaan dijalankan. Pelajar bekerja
dalam kumpulan dan saling membantu serta berusaha menyelesaikan masalah
yang rumit tanpa mengira bangsa dan agama. Tuntasnya, kita telah dimaklumkan
bahawa aktiviti unit beruniform dapat mengembangkan emosi seseorang pelajar
iaitu mereka menunjukkan sifat perpaduan serta saling membantu dan
bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Selain itu, mereka juga belajar
mengawal perasaan negatif apabila berhadapan dengan pelbagai masalah dalam
kehidupan.

Jika ditelusuri secara mendalam, aktiviti unit beruniform juga dapat


menyemai sifat intelek dalam diri pelajar. Hal ini demikian kerana setiap unit
beruniform tidak kira sekolah menengah atau sekolah rendah, terdapat ahli-ahli
jawatankuasa tertinggi untuk mengusahakan seluruh pasukan tersebut. Dalam
konteks ini, jika seseorang pelajar itu melibatkan diri dalam unit beruniform ini
secara aktif, dia akan diberi peluang untuk menjadi ketua kumpulan atau
pengerusi pasukan unit beruniform tersebut. Dengan ini, sifat kepemimpinan
dapat dipupuk secara tidak langsung. Seseorang pemimpin yang berjaya perlu
memiliki keupayaan berfikir bagi meneruskan hidup dan berdikari serta
kemampuan berinteraksi dengan orang lain. Oleh itu, intelek seseorang pelajar
akan berkembang kerana mereka dilatih berfikir secara kritis, sentiasa berkongsi
maklumat dan berupaya dalam memberikan bantuan dan idea yang bernas.
Mereka juga senantiasa memperbaiki diri dan berusaha mengembangkan ilmu
yang ada dalam diri.

Sejajar dengan konteks perbicaraan, Kelab dan Persatuan dalam sekolah


juga menyumbang kepada jatuh bangunnya inspirasi kita tercapai. Kelab dan

2
Persatuan boleh dibahagikan kepad dua kategori. Pertama, berasaskan sesuatu
mata pelajaran dan bertujuan untuk menambahkan minat dan kemahiran pelajar
dalam mata pelajaran itu. Sebagai contohnya, Persatuan Sejarah yang
menitikberatkan sejarah pra-kemerdekaan negara dan cerita pejuang
kemerdekaan supaya benih patriotik dapat disemai dalam jiwa pelajar. Kedua,
kelab atau persatuan yang berunsur hobi bertujuan menarik minat dan memberi
ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang yang tertentu. Contohnya, Persatuan
Senifoto, Persatuan Muzik dan sebagainya. Serentak dengan itu, bukan sahaja
ilmu pelajar akan bertambah, malahan bakatnya dalam sesuatu bidang dapat
dicungkil. Natijahnya, persatuan dan kelab juga dapat mengembangkan intelek
seseorang pelajar melalui proses pembelajaran termasuk penguasaan
kemahiran asas 3M.

Dari kaca mata yang lain, rohani pelajar dapat dikembang sejajar dengan
intelek melalui penyertaan dalam persatuan dan kelab. Kesedaran tentang Tuhan
sebagai pencipta alam semesta dan benda-benda di sekeliling terus ditegaskan
dalam persatuan agama. Melalui pendidikan agama, semangat sayang kepada
Tuhan serta sifat-sifat yang taat kepada suruhan Tuhan akan diperkukuhkan.
Seterusnya, pelajar akan berjumpa peribadi yang baik melalui bimbingan agama
dan mengamalkan nilai-niai murni serta berakhlak mulia dalam kehidupan
seharian. Maka, dengan ini prinsip dalam FPK iaitu kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan akan tercapai. Di samping itu, Kelab Leo dan Persatuan
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dapat mengembangkan sifat emosi dalam diri
seseorang pelajar. Sebagai contoh, Kelab Leo memiliki sifat kasih sayang dan
senantiasa menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik seperti
Rumah Anak Yatim manakala ahli dalam PRS bertanggungjawab untuk memberi
nasihat dan panduan supaya konflik emosi dalam diri pelajar dapat diselesaikan
dengan baik.

Jika kita yakin bahawa kesihatan ialah akses kejayaan, maka aktiviti
bersukan menjadi kunci primanya. Pada senario ini, permainan dan sukan yang
diperuntukkan dalam kokurikulum sekolah dapat menyumbang dalam melahirkan

3
pelajar yang sihat. Sukan adalah diwajibkan di semua sekolah yang merupakan
satu saluran yang berkesan untuk menanam semangat kesukaan, memupuk
persefahaman serta perpaduan di kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana
pelajar bekerjasama tanpa mengira bangsa untuk menangkul kejayaan. Dengan
ini, sifat emosi dapat diterapkan sekali lagi. Kita sangat arif bahawa unsur jasmani
memberi tumpuan kepada perkembangan anggota-anggota tubuh badan dengan
cekap dan sihat. Sehubungan itu, kokurikulum sekolah telah membekalkan
peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam pelbagai jenis sukan dan memberi
latihan olahraga dan aktiviti fizikal yang lain untuk membina daya tenaga, daya
tahan, ketangkasan dan pergerakan yang cekap. Sebagai contohnya, sekolah
telah melahirkan athlete elit yang berpotensi tinggi melalui program pertandingan
sukan di dalam dan di luar negara seperti MSSM.

Intihalnya, kokurikulum dalam sekolah iaitu unit beruniform, persatuan dan


kelab serta sukan dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis melalui
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Potensi-potensi yang ada pada individu harus
dikembangkan secara bersepadu dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama
lain. Pelajar yang bijak adalah tidak seimbang tanpa ada norma-norma
kemanusiaan seperti kasih sayang sesama manusia dan menghormati orang lain.
Begitu juga dengan potensi lain iaitu potensi rohani dan jasmani dalam satu-satu
aktiviti tidak boleh dipisahkan dengan kemahiran bersosial semasa bermain
secara berpasukan seperti sifat-sifat kerjasama dalam permainan. Semua potensi
ini seharusnya berkembang secara menyeluruh dan bersepadu untuk
membentuk pelajar yang sempurna. Secara keseluruhannya, pihak sekolah perlu
mempertingkatkan kualiti pengurusan ko-kurikulum dan sukan dengan usaha
memperkembangkan lagi potensi individu, membentuk sahsiah, membantu
pertumbuhan jiwa bermasyarakat, meningkatkan mutu disiplin para murid bagi
memperkukuhkan integrasi di kalangan mereka.

4
RUJUKAN

Lee, K. (2016). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Shah Alam, Malaysia:


Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mok, S. S. (2008). Pengurusan kokurikulum dan pendidikan sukan. Perak,


Malaysia: CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn.Bhd.

Othman, M. K. (2010, Februari 13). Peranan Sekolah dan Guru dalam


Pembangunan Nilai. Didapatkan dari myjurnal:
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/23385/Artikel_9.PDF

You might also like