You are on page 1of 4

PERATURAN PERTANDINGAN

BOLA SEPAK LELAKI (11 SEBELAH)

1. AM
Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN BOLA SEPAK Karnival Sukan
MPIC 2012.

2. PENGELOLA
Pertandingan ini dikelolakan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

3. PENDAFTARAN DAN YURAN PENYERTAAN

3.1 Yuran penyertaan ialah RM350.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Lima
Puluh Sahaja). Bayaran hendaklah dibuat secara tunai atau wang
pos/deraf bank/cek di atas nama Kelab Sukan Dan Sosial MPOB.

3.2 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar tidak lebih dari lapan belas (18)
orang pemain yang terdiri dari kakitangan Jabatan/Agensi.

3.3 Pendaftaran hendaklah menggunakan borang online yang telah


disediakan.

3.4 Pemain-pemain didaftarkan hendaklah sepertimana Perkara 5.1


Peraturan Am Karnival Sukan MPIC 2012.

4. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

4.1 Tarikh dan tempat pertandingan akan diberitahu kemudian oleh


Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan MPIC 2012.

5. PERATURAN PERTANDINGAN

5.1 Masa bagi semua perlawanan adalah seperti berikut:


Separuh masa pertama : 20 minit
Masa berehat : 5 minit
Separuh masa kedua : 20 minit

5.2 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada dalam padang lima (5)
minit sebelum perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan
diberikan kepada pasukan lawan jika sesuatu pasukan gagal berada
dalam padang selepas lima (5) minit dari masa perlawanan sepatutnya
dimulakan.

5.3 Kedudukan pasukan dalam sesuatu kumpulan akan ditentukan dengan


cara undian.
5.4 Pembahagian kumpulan dan sistem pertandingan adalah seperti Perkara
7, Peraturan Am Karnival Sukan MPIC 2012.

5.6 Dalam peringkat separuh akhir dan akhir, sekiranya dua pasukan yang
bermain masih dalam kedudukan seri setelah masa sebenar tamat, maka
permainan secara “Sudden Death” akan dijalankan dalam masa
tambahan 10 minit iaitu 5 minit setiap separuh masa dengan tiada masa
rehat. “Sudden Death” bermaksud mana-mana pasukan yang
menjaringkan gol terlebih dahulu (gonden goal) akan diisytiharkan
sebagai pemenang dan permainan akan ditamatkan serta merta.

5.7 Pemberian mata ialah :


Menang : 3 mata
Seri : 1 mata
Kalah : 0 mata

5.8 Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas
yang sama, kaedah berikut digunakan bagi menentukan pasukan yang
layak ke perlawanan akhir.

5.8.1 Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan bilangan gol yang


banyak,

5.8.2 Jika masih seri pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol
terbanyak

5.8.3 Jika masih seri, tendangan penalti sebanyak lima (5) kali akan
diberikan. Pasukan yang banyak menyempurnakan tendangan
penalti akan diumumkan sebagai pemenang; dan

5.8.4 Jika masih seri sistem “Sudden Death” akan digunapakai bagi
tendangan penalti bagi menentukan pemenang.

6. PERTUKARAN PEMAIN

6.1 Sebanyak lima (5) pertukaran pemain termasuk penjaga gol dibenarkan
pada setiap perlawanan. Pertukaran pemain hendaklah dibuat melalui
pembantu pengadil pertama dan semasa bola tidak di dalam permainan.

7. KEMENANGAN PERCUMA

7.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika


pasukan lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut :-

7.1.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana


perlawanan seperti dinyatakan dalam Perkara 5.3, Peraturan Am
Karnival Sukan MPIC 2012.
7.1.2 Gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa
perlawanan sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan dalam
Perkara 10.1, Peraturan Am Karnival Sukan MPIC 2012.

7.1.3 Gagal menyediakan sekurang-kurangnya sembilan (9) pemain.

7.1.4 Menarik diri atau tidak mahu meneruskan perlawanan.

7.2 Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat tiga (3) mata
dan kiraan jaringan 2-0.

7.3 Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan


percuma kepada pasukan lawan. Jika berlaku juga keadaan sedemikian,
pasukan tersebut secara automatik terkeluar dari kejohanan ini dan
perlawanan sebelumnya dibatalkan.

8. PERATURAN AM

8.1 Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam
perlawanan sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak
dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya.

8.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya
diberikan satu (1) kad merah dalam satu (1) perlawanan dan
diperintahkan keluar padang, pemain tersebut tidak boleh bermain dalam
satu (1) perlawanan berikutnya.

8.3 Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dan diperintahkan keluar
padang dalam satu (1) perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan
bermain dalam satu (1) perlawanan berikutnya.

8.4 Mana-mana pasukan yang bertemu dengan pasukan panganjur perlu


menukar jersinya.

8.5 Sehubungan dengan itu, pasukan yang bertanding digalak menyediakan


dua (2) set jersi yang mempunyai nombor masing-masing dan berwarna
yang berlainan iaitu untuk jersi utama dan jersi simpanan. Sekiranya dua
(2) pasukan yang bertanding memakai jersi yang sama warnanya,
pasukan yang namanya tercatit kedua dalam senarai jadual perlawanan
akan menukarkan jersinya. Penjaga gol semasa bermain dalam
perlawanan akan memakai warna yang berbeza daripada kedua-dua
pasukan yang bertanding dan juga berbeza daripada Pengadil.

8.5 Semua pemain mesti memakai jersi yang lengkap dengan pelapik
tulang kering (shin guard) dan pemain akan diberi amaran serta
tidak dibenarkan bermain di dalam perlawanan tersebut. Kesalahan
yang berulang kali akan menyebabkan pasukan itu disingkir
daripada liga.
8.6 Hanya jersi bernombor 1 hingga 25 sahaja dibenarkan.

8.7 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku


kejadian yang tidak diingini terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa
dan selepas pertandingan ini dijalankan.

8.8 Jika tidak disebut di dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syarat-
syarat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persatuan
Bolesapak Malaysia (FAM) hendaklah digunakan.

9. PENGADILAN
Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan MPIC 2012 akan menyediakan pengadil
yang bertauliah sepanjang kejohanan berlangsung.

10. BANTAHAN DAN RAYUAN


Adalah seperti yang tertera di Perkara 14 dan 15, Peraturan Am Karnival Sukan
MPIC 2012.

You might also like