You are on page 1of 1

Budaya mempengaruhi pendidikan di Malaysia

Budaya merupakan salah satu komponen yang dapat kita pelajari dalam interaksi tamadun
antara tamadun Cina, Melayu dan India. Persilangan budaya antara tamadun ini telah
memberi kesan dalam aspek pendidikan dalam tamadun Melayu iaitu Malaysia. Alat muzik
merupakan salah satu perkara positif interaksi antara tamadun India dan Cina. Alat muzik
dan struktur muzik India diasimilasikan dalam tamadun Cina. Menurut Abu Hassan, 2010
beberapa jenis peralatan muzik (konghou, pipa) dan struktur muzik yang mengandungi tujuh
nota setiap tala diperkenalkan ke China daripada India atau Parsi. Muzik dan tarian India
telah menjadi tarian yang popular di istana dan dalam kalangan bangsawan Cina (Anis
Syazwani Fadzil, 2010).

Pertembungan antara tamadun Cina, Melayu dan India telah memberi interaksi
negatif dari segi pendidikan. Di Malaysia terdapat sekolah vernakular yang telah
memisahkan pelajarnya dari segi bahasa pengantar di sekolah. Menurut Noriati A. Rashid et
al., (2016), setiap sekolah vernakular mempunyai orientasi kurikulum, kaedah pengajaran
dan pembelajaran serta organisasi yang berbeza. Oleh itu, perpaduan kaum sukar dicapai
dan masih lagi terdapat segelintir individu yang bersikap mementingkan diri sendiri. Perkara
ini akan memberi kesan negatif dalam pendidikan di Malaysia kerana tidak terdapat
keseragaman dalam bidang pendidikan di Malaysia. Tambahan pula, sekolah vernakular
atau Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) ini dibiayai sendiri dan kerajaan hanya menyediakan
tempat dan guru sahaja.

You might also like