You are on page 1of 8

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KANOWIT

UJIAN DIAGNOSTIK
PERINGKAT DAERAH KANOWIT
TAHUN 2018

BAHASA MELAYU — PEMAHAMAN 021


JANUARI
1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, dan
D. bagi setiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda
yang telah dibuat kemudian hitamkan jawapan yang baru.
4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak


SULIT 021
BAHAGIAN A
[ 20 markah ]

Soalan 1 hingga 16
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “Segala barang keperluan perlu ____________________ letak ke dalam kereta


Cikgu Sia,” kata Norman kepada rakan-rakannya.

A) kamu
B) kalian
C) anda
D) dia

2. “Jangan buat bising, __________________ sedang bersemayam di singgahsana,”


larang Inang kepada beberapa orang pekerja istana.

A) ia
B) tuanku
C) dia
D) baginda

3. Alex _______________________ tin-tin itu sehingga kemik lalu memasukkan ke


dalam karung plastik.

A) menyepak
B) mengetuk
C) memijak
D) memicik

4. Gasing yang dilontarkan oleh Zohari berpusing dengan ______________________.

A) deras
B) laju
C) ligat
D) pantas

[Lihat halaman sebelah]

021 1 SULIT
SULIT 021
5. Penumpang-penumpang di dalam bas itu terpaksa _____________________ pada
waktu balik kerja.

A) berhimpit-himpit
B) berrebut-rebut
C) berpusu-pusu
D) berduyun-duyun

6. Rambut ibu mejadi ______________________ kerana dia telah sibuk mengemas


rumah sepanjang hari.

A) kusut-masai
B) serbah-serbih
C) compang-camping
D) haru-biru

7. Haridah menghadiahi adiknya _______________________ jenis optik yang tidak


menggunakan wayar untuk komputernya.

A) sesiku
B) kekuda
C) lelangit
D) tetikus

8. _______________________ bangunan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya


sangat unik dan menarik.

A) Papan reka
B) Reka bentuk
C) Reka cipta
D) Reka letak

9. Encik Wong _____________________ berkhidmat sebagai guru besar sebelum


beliau bersara beberapa tahun yang lalu.

A) akan
B) belum
C) sedang
[Lihat halaman sebelah]
D) pernah
021 2 SULIT
SULIT 021
10. Ah Seng telah gagal dalam pemilihan pasukan bola keranjang sekolahnya.
______________________, dia berazam untuk mencuba lagi pada tahun hadapan.

A) Oleh itu
B) Manakala
C) Walhal
D) Tatkala

11. Pak Cik Kendall telah menjumpai se__________________ kunci di atas lantai ketika
dia meronda semalam.

A) Longgok
B) gugus
C) ketul
D) ikat

12. Aktiviti gotong-royong SJK(C) Chung Hua mendapat sokongan daripada


_____________________ pihak daripada komuniti Nanga Machan.

A) segelintir
B) semua
C) beberapa
D) sekalian

13. Pesanan ibu masih ____________________ di telingaku sehingga hari ini.

A) ternganga-nganga
B) terkebil-kebil
C) terngiang-ngiang
D) terdengar-dengar

[Lihat halaman sebelah]

021 3 SULIT
SULIT 021
14. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

“Kuih nyonya yang kakak beli pagi tadi tidak boleh dimakan lagi,” kata ibu
kepada saya.

A) Ibu meningatkan kakak bahawa kuih nyonya itu tidak boleh dimakan lagi
kerana telah dibeli pagi tadi.

B) Ibu melarang saya makan kuih nyonya yang dibeli oleh kakak pagi tadi.

C) Ibu memberitahu saya bahawa kuih nyonya yang dibeli oleh kakak pagi tadi
tidak boleh dimakan lagi.

D) Ibu diberitahu oleh saya bahawa kuih nyonya yang dibeli oleh kakak pagi tadi
tidak boleh dimakan lagi.

Soalan 15 dan 16

Pilih ayat yang betul

15. A) Emak mengecilkan api semasa mereneh sup.


B) Menteri Pendidikan adalah berasal dari utara tanah air.
C) Kereta api elektrik bergerak dengan terpantas sekali.
D) Rumah Pak Abu mengelilingi pokok-pokok rambutan.

16. A) Azimah sedang menulis segelung surat kepada sahabat karibnya.

B) Puan Selmah memberikan lima tongkol jagung kepada jirannya.

C) Orang tua itu menjunjung selembar kayu api di atas kepalanya.

D) Setiap hadirin yang datang ke majlis perkahwinannya akan diberikan


segugus bunga telur.

[Lihat halaman sebelah]

021 4 SULIT
SULIT 021
Soalan 17 hingga Soalan 20
Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

SEREMBAN, Sabtu- Bandar Seremban dilanda banjir mulai semalam. Kejadian ini
berpunca daripada hujan lebat yang turun sejak beberapa hari tanpa henti.
Menurut jurucakap Bilik Geraka Banjir Daerah Seremban, Encik Tee Ming Jie,
kejadian banjir kali ini adalah lebih teruk daripada yang berlaku pada tahun lepas. Paras
banjir kali ini lebih satu meter daripada tahun lalu.
Para peniaga telah dimaklumkan lebih awal apabila siren amaran banjir berbunyi
pada awal pagi. Hal ini membolehkan peniaga-peniaga menyelamatkan barang-barang
dagangan mereka sebelum premis dinaiki air. Sehingga tengah hari, sebanyak 560
orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.
Sementara itu, pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Seremban melaporkan
bahawa sebanyak 50 anggota bomba telah dikerahkan untuk menjalankan operasi
menyelamat. Pihak Pejabat Daerah Seremban turut menghantar para pegawainya untuk
memantau operasi menyelamat dan keperluan asas di tempat pemindahan seperti
makanan, pakaian, dan ubat-ubatan.

17. Apakah punca kejadian banjir di Seremban?

A) Hujan lebat
B) Paras air banjir meningkat
C) Air hujan yang terlalu banyak
D) Peningkatan air di kawasan premis perniagan

18. Siapakah Encik Tee Ming Jie

A) Jurucakap Bilik Gerakan Banjir

B) Pegawai Bomba dan Penyelamat

C) Pegawai daerah

D) Peniaga

[Lihat halaman sebelah]

021 5 SULIT
SULIT 021
19. Apakah tujuan siren amaran banjir dibunyikan?

A) Memberikan peringatan kepada bilik gerakan


B) Memberikan amaran kepada para peniaga
C) Memberikan petunjuk kepada pegawai daerah
D) Memberikan maklumat kepada pasukan penyelamat

20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A) Kejadian banjir kali ini agak sederhana.


B) Sebanyak 500 orang mangsa telah dipindahkan.
C) Pejabat kesihatan daerah memberikan bantuan ubat-ubatan dan pakaian.
D) Sebanyak 50 orang anggota penyelamat bertugas untuk operasi
menyelamat.

KERTAS SOALAN TAMAT

021 6 SULIT
SULIT 021
Justifikasi Spesifikasi Ujian Diagnostik Bahasa Melayu
Kertas 1
Bahagian A

Soalan Jenis Soalan Jawapan R S T


1 Kata Ganti Nama B /
2 Kata Ganti Nama D /
3 Kata Kerja C /
4 Kata Adjektif C /
5 Kata Ganda A /
6 Kata Ganda A /
7 Kata Ganda D /
8 Kata Majmuk B /
9 Kata Sendi Nama D /
10 Penanda Wacana A /
11 Penjodoh Bilangan B /
12 Kata Bilangan B /
13 Kata Ganda C /
14 Ayat Sama Maksud C /
15 Ayat yang Betul A /
16 Ayat Yang Betul B /
17 Soalan Pemahaman A /
18 Soalan Pemahaman A /
19 Soalan Pemahaman B /
20 Soalan Pemahaman B /

BILANGAN ARAS 7 8 5

021 7 SULIT

You might also like