You are on page 1of 16

MAC 2019 KELUARAN 02/19

BULETIN KEJAYA DIWARTA, SEJARAH TERCIPTA

Tanggal 22 Februari 2019 menjadi tarikh keramat buat


pasukan Buletin KEJAYA apabila secara rasminya keluaran
ulung Buletin KEJAYA telah dilancarkan kepada semua
warga SK Kelebang Jaya.

Buletin KEJAYA ini telah memuatkan berita-berita


berkaitan aktiviti-aktiviti dan peristiwa yang melibatkan guru-guru dan murid-murid SK Kelebang
Jaya untuk dapat dikongsi bersama oleh semua warga SK Kelebang Jaya. Oleh itu, semua detik
manis kejayaan dan kebanggaan mutiara SK Kelebang Jaya akan menjadi jentikan semangat
kepada murid-murid yang lain.

Selain itu, Buletin KEJAYA juga akan cuba memaparkan idea-idea kreatif oleh penulis-
penulis yang sedia berkongsi karya-karya tulisan mereka di ruangan sudut karya murid yang dise-
diakan untuk mereka yang menghantar karya penulisan atau lukisan
mereka kepada siding redaksi Buletin KEJAYA.

Pihak Buletin KEJAYA juga tidak ketinggalan menyediakan ru-


angan kuiz untuk murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2 menjawab. Pihak
kami ada menyediakan hadiah-hadiah kepada setiap pemenang yang
dipilih secara rawak. Kesemua pemenang kuiz akan diumumkan di
perhimpunan rasmi serta diberikan hadiah yang disediakan.

Pihak kami sangat berharap agar Buletin KEJAYA yang ditawar-


kan pada harga RM 1.50 ini akan mendapat sambutan oleh semua war-
ga SK Kelebang Jaya. Ayuh kita menjadi warga yang sedia menerima
pembaharuan untuk mencapai kejayaan.

1
MEMBUDAYAKAN PERATURAN & SIKAP SOPAN SEBAGAI AMALAN
Bidang pendidikan bukan sahaja menyemaikan ilmu akademik di dalam diri setiap murid tetapi
ialah untuk melahirkan setiap insan yang seimbang dari jasmani emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

Demi melahirkan insan yang mempunyai sahsiah yang baik, pihak pentadbiran SK
Kelebang Jaya telah cuba menerapkan budaya-budaya baik seperti berikut :

1. Memberi salam sambil memegang dada dengan tangan kanan sambil menundukkan sedikit
badan sebagai tanda hormat. Budaya ini dilakukan setiap kali murid-murid SK Kelebang Jaya
memberikan salam kepada guru, staf, pelawat serta sesiapa sahaja yang mereka temui.

2. Budaya memegang tangan juga diwujudkan untuk mengu-


rangkan murid-murid SK Kelebang Jaya berlari-lari dan juga
berjalan secara berterabur apabila bergerak keluar ke bilik-
bilik khas ataupun aktiviti luar.

3. Bagi mengatasi masalah pelawat-pelawat yang sering


mengganggu perjalanan pembelajaran di bilik darjah, pihak
sekolah telah mewujudkan pas-pas pelawat mengikut urusan
yang hendak diuruskan oleh para ibu bapa/penjaga. Seba-
rang urusan yang melibatkan guru dan murid SK Kelebang
Jaya, pihak ibu bapa disarankan untuk pergi ke pejabat.

Pihak pejabat akan memanggil


guru atau murid ke pejabat dengan
menggunakan kemudahan inter-
com. Semoga setiap peraturan dan
budaya ini dapat disematkan di
dalam diri semua warga SK
Kelebang Jaya.

2
BOLA BALING : GEMBIRA DALAM DUKA

Pada 13 Februari 2019 telah diadakan Kejohanan Bola Baling Peringkat Antara Zon
Daerah Kinta Utara yang telah diadakan di Unit Sukan JPN Perak. Pasukan bola baling
lelaki dan perempuan SK Kelebang Jaya telah layak menyertai kejohanan tersebut
selaku johan zon A.

Kejohanan yang menggunakan format pertandingan kalah keluar itu telah


melibatkan pasukan yang menjadi johan dan naib johan setiap zon. Sebanyak 12
pasukan lelaki dan 12 pasukan perempuan telah bertanding merebut gelaran juara
Daerah Kinta Utara.

Pasukan perempuan SK Kelebang Jaya yang turun sebagai juara bertahan


telah gagal mempertahankan kejuaraannya setelah tewas diperingkat suku akhir.
Harapan untuk mencatatkan kejuaraan hatrik telah musnah walaupun harapan yang
sangat tinggi jurulatih dalam kejohanan ini.

Kekecewaan yang dialami oleh pasukan perempuan telah ditebus oleh


pasukan lelaki apabila pasukan lelaki SK Kelebang Jaya telah berjaya merampas
semula gelaran johan yang dimenanginya pada tahun 2016 daripada pasukan SK
Tanjung Rambutan yang merupakan juara bertahan untuk tahun 2017 dan 2018.

3
PERHIMPUNAN BULANAN KO-KURIKULUM KALI PERTAMA

Tarikh : 18 Feb. 2019 (Isnin)

Matlamat Aktiviti :
Membudayakan amalan pemakaian pakaian rasmi unit beruniform Pengakap, Bulan
Sabit Merah Malaysia (BSMM), Pandu Puteri, Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja
Sekolah (TKRS) pada setiap Minggu Ke-3 setiap bulan melibatkan semua guru dan murid.

444
PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH & PENYAMPAIAN HADIAH
KEHADIRAN KELAS TERBAIK
Tarikh : 18 Februari 2019 (Isnin)
Tempat : Dataran SKKJ
Masa : 7.30 pagi - 8.00 pagi

…………………………………………………………………...

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2019

Nama Aktiviti : Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Peringkat Daerah
Larut Matang Selama 2019.
Tarikh : 23 Februari 2019
Tempat : Dewan Kuliah Utama ADTEC, Taiping Perak.
Anjuran : PSS SK All Saints, Kamunting, Perak.
Penglibatan : 9 orang Pengawas Pusat Sumber dari SK Kelebang dan dua orang guru
iaitu Pn. Rosmaliza bt Mohamad dan Pn. Normizal bt Mat Yashim.

55
KILAUAN PERMATA BOLA BALING SKKJ DI KEJOHANAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK

Seramai 4 orang pemain bola baling SK Kelebang Jaya telah dipilih untuk mewakil
pasukan daerah Kinta Utara ke Kejohanan Bola Baling peringkat Majlis Sukan Sekolah
Perak yang telah diadakan pada 22 hingga 24 Februari 2019 di Kompleks Sukan Tapah.

Muhammad Haziq Zaqwan telah mewakili pasukan lelaki (L12) manakala Nur
Batrisyia Husna, Nur Hayatun Nufus dan Aleeya Safiya telah mewakili pasukan per-
empuan (P12). Pemilihan pemain ini adalah berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh
mereka di peringkat zon dan daerah serta mereka juga perlu menghadiri pemilihan
pusat yang telah diadakan pada 19 Februari 2019.

Pasukan lelaki yang hadir dengan gelaran johan telah berjaya mempertahan-
kan gelaran tersebut buat kali kelima berturut-turut sejak tahun 2015. Pasukan ini telah
memenangi kesemua perlawanan. Dalam perlawanan akhir, Kinta Utara telah Berjaya
menewaskan Manjung dengan keputusan 13-10.

Bagi pasukan perempuan pula, kekalahan pada perlawanan pertama telah


menjadi pengajaran buat mereka untuk bergelar naib johan kejohanan. Dalam perla-
wanan akhir, pasukan Kinta Utara telah gagal menyaingi kehebatan pasukan Kerian
apabila tewas dengan jaringan 14-2. Pasukan Kerian merupakan juara bertahan bagi 5
tahun berturut-turut. Walau apapun syabas diucapkan kepada semua pemain.

6
MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH ZON A DAN FESTIVAL NASYID
SEKOLAH-SEKOLAH KELOMPOK 1

Tarikh: 23 Februari 2019 (Sabtu)


Tempat : SK Kelebang Jaya
Pencapaian Sekolah :
1. HAFAZAN (PEREMPUAN) - JOHAN : NORQUDWATUN MARSHA BT MOHD
ARIF SYAH (6A)
2. TILAWAH AL-QURAN (LELAKI) - NAIB JOHAN : MUHD. AMRIEN FAWWAZ B
MOHD AZRIL (5A)
3. NASYID - TEMPAT KEEMPAT : ZAYN MUTA’ABID

7
PROGRAM SINAR PAGI

Hari : Selasa, Rabu dan Khamis


Masa : 7.00 -7.30 pagi
Sasaran : Murid-murid Tahun 6 yang lemah mata pelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

…………………………………………………………………...

AKTIVITI DI "SPEAKING CORNER"

Kelas: 5 Anggun, Tarikh: 25 Feb. 2019 (Isnin)

88
PENYERAHAN WANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Tarikh : 26 Februari 2019 (Selasa)


Tempat : Dewan Terbuka SKKJ
Masa : 11.00 pagi - 2.00 petang

99
LATIHAN KEBAKARAN SIRI 1/ 2019
Nama Aktiviti : Latihan Kebakaran Siri 1/2019
Tarikh : 27 Februari 2019 (Rabu)
Masa : 9.15 pagi

10
10
SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN FEBRUARI - TAHAP 2

11
11
AKTIVITI TAHAP SATU @ SESI PETANG

12
12
SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN JANUARI & FEBRUARI
TAHAP 1 (SESI PETANG)

13
13
Pantun - Menuntut Ilmu.

Kemumu ditengah pekan


Dihembus angin jatuh kebawah
Jika ilmu tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah.

Tumbuh melata sipokok tebu


Ditepi pasar jualan daging
Banyak harta tidak berilmu
Bagai rumah tidak berdinding.

Padi segemal kepuk dihulu


Sirih dihilir merakap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar
Diwaktu senja takut buaya
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya.

Pinang seulas diatas meja


Jangan makan sambil berdiri
Orang yang malas hendak bekerja
Pasti menyesal dikemudian hari.

Wan Fatin & Husnina


6 Cemerlang

Cikgu

Dari hatinya terbit seberkas kasih


Dari jiwanya mengalir sebutir mutiara ilmu Dalam dirinya bercambah
Dalam rohnya muncul segugus benih harapan
segugus kerdipan kemuliaan kepada anak-anak didik
Buat anak-anak bumi tercinta Menjadi insan yang soleh,
Yang dambakan satu harapan Di dunia dan akhirat
Meniti jambatan ilmu
Dunia dan akhirat. Terima kasih CIKGU
Engkaulah ratu dari segala ratu
Dari riak air mukanya terbit Engkaulah puteri dari segala puteri
sesuci wajah yang tenang Dan engkaulah jua yang membenihkan
Dari perbuataannya tergambar Jiwa kami dengan segala kematangan
perilaku seorang guru Dalam menempuh sejalur jalan kehidupan
Berjiwa murni Yang penuh berliku ini.
Mendidik anak bumi tercinta
Yang dambakan segugus harapan Saffiya Auni Bt Mohd Shaharil
Menjadi insan yang cemerlang 6 Anggun
Gemilang dan terbilang.

14
14
:: SEHARI SELEMBAR BENANG ::

15
15
Find the hidden objects based on the clues below. Color the object.
Pass up your answer before 15 April 2019.

Name : _______________________________________ Class : _________________

PENCIL SHOE PIE

TORCHLIGHT RULER BOOK

ENVELOPE SPOON RING

16
16

You might also like