You are on page 1of 4

Huraikan perubahan-perubahan pentadbiran yang berlaku di Negeri-

Negeri Melayu pada tahun 1874 hingga 1896.

Campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu telah mengubah sistem


pentadbiran tempatan kepada sistem pentadbiran Barat. Antara perubahan
pentadbiran yang berlaku ialah Sistem Residen yang diperkenalkan di Negeri-
Negeri Melayu bertitik tolak dari Perjanjian Pangkor di Perak pada tahun 1874,
diikuti Selangor 1875, Negeri Sembilan 1895 dan Pahang 1888. Selepas itu
diperkenalkan pula Persekutuan 1896 yang mengabungkan Neger-Negeri Melayu
seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di bawah satu gabungan
yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Pembaharuan terhadap pentadbiran tempatan telah dilakukan oleh Residen yang


menyebabkan raja dan pembesar-pembesar Melayu kehilangan kuasa. Pentadbiran
negeri diketuai oleh sultan yang dibantu oleh Residen.Residen menasihati sultan
dalam segala hal pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat resam
Melayu.

Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) ditubuhkan untuk membolehkan pegawai-


pegawai British berunding dengan sultan dan pembesar-pembesar
tempatan.tentang pentadbiran negeri, penggubalan undang-undang dan perkara-
perkara yang berkaitan dengan kepentingan orang Melayu.

Ahli-ahli Mesyuarat seramai 10 orang iaitu Residen yang berkuasa menamakan


ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri yang diluluskan oleh gabenor dan dilantik secara
rasmi oleh sultan seumur hidup. Majlis Mesyuarat Mesyuarat Negeri akan
bersidang sebanyak 7 kali setahun.

Kuasa Majlis Mesyuarat Negeri pada peringkat awala ialah menasihati sultan.
Tetapi kemudiannya bertambah seperti menggubal dan menyusun undang-undang,
menjadi Mahkamah Rayuan Tertinggi terutama berkait dengan hukuman mati yang
hanya akan mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Negeri, mengurus pencen orang
Melayu, perlantikan ketua tempatan dan pegawai-pegawai kerajaan serta
menguruskan perubahan cukai.

Residen paling berkuasa dalam MMN. Residen akan menyiapkan agenda dan
setelah berbincang dengan gabenor. Mereka akan mengusulkan sesuatu undang-
undang yang dibincangan dan MMN. Setelah perbahasan dibuat rang undang-
undang mesti ditandatangani oleh sultan setelah dipersetujui Gabenor.

Penubuhan MMN telah menyebabkan sultan hilang kuasa. Walaupun menjadi


pengerusi MMN, tetapi sultan tidak mempunyai kuasa penuh dan terpaksa
mengikut nasihat Residen. Pentadbiran negeri pula telah dibahagikan kepada
beberapa buah daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah. Pegawai Daerah
bertugas sebagai pemungut cukai, menjaga perbendaharaan daerah, menjaga dan
mengekalkan keamanan, melaksanakan keadilan dan mengawal kesihatan awam.

Bagi melicinkan pentadbiran daerah beberapa jabatan yang diketuai oleh Pegawai
British ditubuhkan. Contohnya Jabatan Kerja Raya, Jabatan Polis dan Jabatan
Perubatan. Pegawai daerah bertanggungjawab mengawal jabatan tersebut. Setiap
daerah dibahagi kepada mukim yang diketuai oleh penghulu. Penghulu dilantik
dari alangan pembesar-pembesar dan anak-anak raja tempatan. Penghulu menerima
gaji dari hasil tambahan tempatan. Tugas Penghulu ialah mengutip hasil tanah,
menyelesaikan masalah dan keselamatan Mukim. Masalah dalam Mukim
diselesaikan oleh Mahkamah Penghulu. Penghulu juga menyimpan kira-kira serta
laporan bertulis.

Tujuan British melantik penghulu daripada kalangan orang Melayu ialah untuk
memudahkan mereka menyampaikan dasar kerajaan dan mendapat maklum balas
daripada rakyat tempatan.

Pentadbiran mukim pula telah dibahagikan kepada unit yang lebih kecil iaitu
kampung yang diketuai oleh Ketua Kampung. Ketua Kampung dilantik dari
kalangan orang yang berpengaruh dan dihormati oleh masyarakat. Kapitan Cina
juga dilantik untuk melindungi dan menjaga orang Cina. Pentadbiran di peringkat
bandar juga dibentuk untuk untuk memastikan pembangunan dan kebersihan
bandar-bandar di NMB.

Pada tahun 1890, Lembaga Kesihatan telah ditubuhkan untuk menyelia dan
mentadbir bandar Kuala Lumpur. Ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai
British seperti Jurutera Jabatan Kerja Raya, Ketua Polis daerah dan individu yang
dilantik oleh Residen. Tugas Lembaga Kesihatan ialah mengeluarkan lesen
peniaga dan penjaja, menjaga kebersihan bandar dan meluluskan pelan
pembangunan.
Menurut Perjanjian Persekutuan 1896, empat buah Negeri-Negeri Melayu iaitu
Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan menjadi Negeri Melayu
Bersekutu (NMB) dengan pusat pentadbiran di Kuala Lumpur.Persekutuan telah
mengukuhkan lagi pentadbiran British di Negeri-Negeri Melayu apabla kuasa raja
masih tidak dapat dikukuhkan.

NMB ditadbir oleh Residen Jeneralyang bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya


Tinggi atau Gabenor Negeri-Negeri Selat. Sulta dikehendaki mengikut nasihat
dalam semua hal kecuali yang berkaitan dengan agama Islam. Residen Jeneral
beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Jawatan Residen masih dikekalkan tetapi mereka tidak boleh bertindak sesuka
hatidan mesti melaksanakan arahan Residen Jeneral.

Sultan masih berkuasa di negeri masing-masing dan bersetuju memberi bantuan


kepada negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat Residen Jeneral.
Sultan akan menggangotai Majlis Persidangan Raja-Raja atau DURBAR yang
berperanan membincangkan perkara-perkara untuk kepentingan bersama.
DURBAR dianggotai oleh empat orang Raja-Raja Melayu, Empat Orang Residen
British, Pesuruhjaya Tinggi dan Ketua Setiausaha.

Melalui DURBR Sultan Idris telah membuat teguran dan mencadangkan supaya
dentralisasi dilaksanakan kerana pemusatan kuasa yang berlebihan oleh
Persekutuan.

MMN akan menjalankan tugas seperti biasa tetapiperkara yang berkaitan anggaran
belanjawan tahunan dan draf undang-undang diserahkan kepada Gabenor melalui
Residen Jeneral untuk disahkan.

Jabatan Persekutuan telah ditubuhkan di Kuala Lumpur dan ketua-ketuanya


berperanan untuk memberi arahan dan menyelaraskan tugas-tugas di keempat-
empat buah negeri. Ketua Persekutuan bertanggungjawab kepada Residen Jeneral.

Jabatan-jabatan yang ditubuhkan seperti Jabatan Kehakiman, Polis, Suruhanjaya


Tanah dan Galian, Nazir-Nazir Sekolah, Ketua Akauntan dan Ketua Juru ukur .

Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) 1909 ditubuhkan untuk menggantikan


DURBAR akibat bantahan Raja-Raja Melayu. MMP sepatutnya berfungsi sebagai
badan penasihat kepada sultan. Tetapi sultan hanya menjadi ahli biasa dan tidak
mempunyai kuasa mempengerusikan mesyuarat MMP ataupun membatalkan usul-
usul yang dibentangkan.

MMP mempunyai kuasa melebihi had dan MMN hanya berfungsi dalam perkara
yang berhubung dengan adat-istiadat dan agama Islam sahaja.MMP gagal
mengembalikan kuasa sebenar kepada sultan dan kuasa dipusatkan kepada
Pesuruhjaya Tinggi. Oleh itu desakan semakin kuat agar dasar desentralisasi atau
pengagihan kuasa dilaksanakan secepat mungkin.

Kesimpulannya,perubahan-perubahan pentadbiran yang berlaku telah


mengukuhkan lagi kedudukan British di Negeri-Negeri Melayu. Kuasa sultan dan
Majlis Mesyuarat Negeri semakin diketepikan terutama dengan pengenalan Negeri
Melayu Bersekutu yang akhirnya membawa desakan sultan agar kuasa mereka
dikembalikan melalui dasar pengagihan kuasa

You might also like