You are on page 1of 14

GARIS PANDUAN

FINAL PROJEK

GENIUS SKILLS TRANING CENTRE


No, 184 A & B Persiaran Pegaga,
Taman Bayu Perdana, 41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN

2. OBJEKTIF PELAKSANAAN PROJEK

3. PERJALANAN PROJEK

4. PERANAN PENYELIA DAN PELAJAR

5. SYARAT PERTUKARAN KUMPULAN DAN TAJUK

6. PEMILIHAN KUMPULAN

7. PEMILIHAN TAJUK

8. BAJET SETIAP TAJUK

9. PELAKSANAAN PROJEK

10. FORMAT BUKU LOG

11. FORMAT LAPORAN

12. PENILAIAN PROJEK

13. KRITERIA PERBENTANGAN

14. PENUTUP
PENGENALAN

Projek akhir adalah suatu projek yang ditetapkan melalui perundingan antara pelajar
dan pengajar untuk menghasilkan sesuatu projek yang melibatkan penggunaan
bahagian besar pengetahuan dan kemahiran yang telah dimiliki oleh calon untuk
mereka, membina atau menambah nilai sesuatu pekara .

Pelaksanaan Projek Tahun Akhir adalah bagi pelajar-pelajar akhir Tahap 4


Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Tempoh membuat projek tahun akhir ini di
beri selama untuk menyiapkan projek akhir ini.Para pelajar dikehendaki
membentangkan projek ini selepas tamat daripada latihan industri (LI).

Projek akhir akan memberi pelajar peluang untuk mempraktikkan pengetahuan


teori mereka untuk cuba mencari penyelesaian kepada masalah-masalah dalam
bidang kejuruteraan. Para pelajar akan dinilai dari segi kemahiran
merekabentuk, mengendalikan mesin, menyelesaikan masalah, dan
melaksanakan kerja-kerja pengurusan teknikal yang telah dikuasai.

Penyediaan laporan projek akhir adalah sangat penting, ia dilaksanakan sebagai


memenuhi salah satu syarat penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia.

OBJEKTIF PELAKSANAAN PROJEK AKHIR


Tujuan pelaksanaan projek akhir ini adalah untuk :
1. Menguji kemahiran para pelajar dalam mengaplikasi kemahiran
yang telah dikuasai.
2. Mencari penyelesaian kepada permasalahan kejuruteraan yang dihadapi
3. Memperkenalkan pelajar dengan kaedah dan prosedur kajian,
pengumpulan data dan maklumat, dan juga pembentangan hasil projek
4. Melatih pelajar membuat perbentangan projek akhir
PERATURAN PEMILIHAN KUMPULAN

Setiap projek akan dilaksanakan secara individu atau kumpulan maksimum 3


pelajar minimum 2 orang. Untuk projek berkumpulan, tugasan bagi setiap ahli
kumpulan hendaklah dinyatakan dengan jelas.

PERJ ALANAN PROJEK


Pembahagian kumpulan
Pemilihan tajuk
Pembahagian tugas
Perbincangan bersama penyelia
Mengkaji projek
Membuat laporan kertas kerja
Menghantar laporan kertas kerja
Keputusan kertas kerja diterima atau ditolak
Pembentangan kertas kerja
Persediaan projek
Menyediakan perkakasan dan perisian
Memulakan rekabentuk projek
Membina rekabentuk
Membina fungsi-fungsi
Proses pengujian dan pengubahsuaian projek
Penyediaan pembentanggan interim
Pembentangan interim
Penyediaan projek
Persembahan projek akhir
Penyerahan laporan projek
PERANAN PENYELIA DAN PELAJAR

Penyelia Projek akhir adalah terdiri daripada pengajar. Peranan dan tanggungjawab
penyelia adalah seperti berikut:

i. Memberi bimbingan dan nasihat kepada pelajar berkenaan perkara-perkara


yang berkaitan dengan Projek akhir untuk mencapai objektif yang ditetapkan.

ii. Membantu pelajar dalam membuat perancangan projek bersesuaian dengan


jenis projek yang mereka jalankan.

iii. Mengawasi segala perkembangan projek dan menilai hasil projek yang
dijalankan oleh pelajar dari semasa ke semasa, sehinggalah penyerahan
laporan.

iv. Menghadiri pembentangan projek pelajar.

v. Memberi cadangan dan nasihat kepada pelajar untuk dijadikan panduan


kepada semua pelajar.

vi. Menyemak laporan dan memastikan pelajar telah membuat pembetulan


seperti yang dikehendaki.

vii. Pelajar hendaklah sentiasa berjumpa dengan penyelia masing-masing untuk


mendapatkan nasihat dan cadangan.

viii. Setiap langkah kerja yang dilakukan hendaklah dimasukkan ke dalam buku
log projek akhir.

ix. Pelajar haruslah membuat satu perancangan sebelum melakukan satu projek
yang dipilh
PERTUKARAN TAJUK PROJEK

Pelajar yang sedang/telah menjalankan Projek akhir tetapi ingin menukar tajuk projek,
perlu mendapat kelulusan telebih dahulu. Prosedur bagi pertukaran tajuk projek adalah
seperti berikut:

i. Pelajar perlu berbincang dengan penyelia.


ii. Kelulusan permohonan akan diputuskan oleh Penyelia Projek Tahun
Akhir.
iii. Jika pelajar yang sudah 30% siap tidak dibenarkan menukar tajuk projek
iv. Penukaran projek hanya boleh dibuat seandainya peralatan dan kemudah
terlalu mahal atau baru ingin memulakan projek sahaja.
v. Projek yang mempunyai bajet yang tinggi digalakkan menukar seandainya
tiada peruntukkan.

BAJET PROJEK AKHIR

Bajet Projek akhir (bagi projek yang memerlukan pembeliaan) adalah menggunakan
peruntukkan dari kolej bagi projek yang asas sahaja.Walaubagaimanapun, bagi yang
memilih projek sistem dari syarikat adalah bajet sendiri dan dari syarikat yang inginkan.
Senarai berikut adalah :-
a.) Software
b.) Hardware
c.) E-learning
d.) Laman Web
e.) Sistem Maklumat

Projek Perisian dan produk


Projek jenis produk atau perisian yang dibangunkan mengikut kaedah-kaedah
yang sesuai. Pembangunan projek jenis ini perlulah mengabungkan teknologi-
teknologi baru dan tidak meniru sebarang ciri-ciri produk yang sedia ada di
pasaran. Perbandingan antara produk sedia ada dengan projek yang hendak
dibangunkan perlu ditunjukkan dengan jelas

Kriteria Pemilihan Tajuk

Semua projek-projek yang dibangunkan mestilah berpandukan kehendak industri dan


institute serta boleh dikomersilkan jika sesuai.
Projek-projek juga boleh mempunyai nilai-nilai ‘future upgrade’ yang mana boleh
dibuat penambahsuaian bagi meningkatkan lagi kualiti projek tersebut.
Semua hasil cipta projek hendaklah asli. Adalah menjadi SATU KESALAHAN jika
didapati pelajar meniru atau menciplak hasil dari mana-mana pihak. Pelajar akan
GAGAL sekiranya melakukan kesalahan tersebut.Pemilihan tajuk projek boleh
dilakukan dengan memilih tajuk yang disarankan oleh tenaga pengajar atau pilihan
tajuk pelajar sendiri jika mendapat persetujuan daripada tenaga pengajar atau
penyelia.

SENARAI PROJEK DAN KOS :-


BIL. PROJEK KOS
Perisian Software
1.
-CD RM 200
-Internet
2. E-Laerning
- CD
- Nota (bergantung pada subjek) RM 200
- Buku rujukan (bergantung pada subjek)
- Internet
3. Laman Web
- Internet
- Domain dan hosting
RM 300
- Software Dreamweaver (RM15)
- Software Sampingan
4. Sistem Syarikat
- Software My SQL (RM15) RM 200
- Software Database

PELAKSANAAN PROJEK

Tempoh dan masa

Membuat pelaksanan projek ini dengan masa yang diberikan oleh pengajar. Pelajar
hendaklah berjumpa penyelia untuk medapatkan nasihat dan rujukan. Pelajar
dikehendaki membentangkan kertas cadangan projek akhir mereka pada akhir
pembelajaran. Pelaksanaan PTA hendaklah dimaklumkan kepada Penyelia Projek dari
masa ke semasa.

Setiap projek akan diselia dan dipantau oleh seorang tenaga pengajar
sepanjang perjalanan dan pelaksanaan PTA dari masa ke semasa supaya segalanya
berjalan lancer
Skop projek
Pelajar digalakkan membuat perbincangan dan mendapatkan pandangan dari
tenaga pengajar sebelum menetapkan jenis projek yang akan dibangunkan. Ini turut
bergantung kepada kebolehan pelajar, kegunaan projek, skop kajian yang
bersesuaian dan realistik, berdaya saing serta mempunyai nilai-nilai komersil bagi
tujuan pemasaran (jika ada) dan beberapa lagi perkara yang perlu dipertimbangkan
sebelum keputusan muktamad dibuat.

FORMAT BUKU LOG PROJEK

Setiap pelajar diwajibkan merekod segala pembangunan dan perjalanan PTA di di


dalam buku log.Tujuan Buku Log dibangunkan adalah sebagai rujukan Penyelia
bagi memastikan kelancaran PTA dan pencapaian pelajar dari masa ke semasa.
Setiap nota, aktiviti dan langkah-langkah yang telah dilaksanakan pelajar akan
diperiksa dan ditandatangani penyelia.

Pelajar menyimpan data dan rekod berkaitan PTA mereka berdasarkan butiran-
butiran yang ditetapkan.

Format kandungan buku log

Format kandungan buku log untuk aktiviti harian adalah seperti berikut:
Tarikh: __________________
Masa:
Tempat: __________________
Rujukan (buku, jurnal, majalah, ‘website’), nota, dll: ______________________

FORMAT LAPORAN

Format laporan haruslah mempunyai tiga (3) elemen in i:-

a. Kandungan awal
b. Isi kandungan
c. Kandungan Akhir (rujukan, lampiran atau gambar
Muka Hadapan Kulit Laporan

Tajuk, nama pengarang, sesi, kursus dan institut muka hadapan salinan kulit
keras hendaklah ditaip dengan huruf besar tebal

Kertas dan Percetakan Laporan

Saiz kertas yang ditetapkan adalah kertas A4 berwarna putih dan berat ialah 80
gram. Berat kertas yang kurang daripada garis panduan yang ditetapkan adalah
tidak diterima sama sekali. Bagi tujuan percetakan, ‘printer laser’ atau ‘High
Quality Printer’ adalah dicadangkan. Jika terdapat bahan cetakan melebihi saiz A4,
ia boleh difotokopi kepada salinan lebih kecil tetapi tdak kurang daripada 50% saiz asal
cetakan

Had maksimum / minimum

Had maksimum laporan projek akhir mesti tidak melebihi 100 mukasurat termasuk isi
muka hadapan, isi kandungan, lampiran, jadual, gambarajah dan lain-lain gambar.
Untuk minimum laporan projek adalah 50 mukasurat.

Bahasa
Penggunaan bahasa hendaklah menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa melayu
sahaja. Tidak boleh bercampuran bahasa untuk membuat laporan projek ini.
Penggunaan bahasa Inggeris hendaklah menggunakan font Italc dengan
mencondongkan perkataan berikut.

Saiz Huruf
Saiz ukuran hendaklah menggunakan 1.5 line spacing, manakala ukuran nombor
mukasurat hendaklah jarak antara 55mm daripada hujung bawah ke mukasurat. Setiap
perkataan dan ayat hendaklah menggunakan huruf Arial

Ukuran Ruang (margin) dan Jarak (spacing) Isi Kandungan Laporan


Untuk tujuan penjilidan dan kekemasan, jarak minimum bagi ruang tepi muka surat
untuk setiap helaian laporan adalah seperti berikut:

Atas - 20mm Bawah - 40mm


Kanan - 25mm
Kiri - 40 mm

Kertas Cadangan (Proposal)

Semua kertas cadangan hendaklah disediakan di akhir. Kertas cadangan yang


telah diluluskan akan diserahkan kepada Penyelia Projek yang telah dilantik oleh
Penyelaras PTA untuk tujuan penilaian awal bagi melihat akan keberkesanan
projek tersebut.

OBJEKTIF PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN PROJEK

a.) Tujuan penyediaan cadangan adalah untuk :-

Membentangkan idea dan cadangan


Memastikan kesesuaian projek yang dijalankan
Menekankan kepentingan komitmen pelajar dengan Penyelia Projek
Melengkapkan sebahagian syarat

b.) Format Kertas Cadangan

 Pelajar diminta menyediakan kertas cadangan mereka mengikut format yang


telah ditetapkan.
 Kertas cadangan hendaklah disediakan dan ditaip di atas kertas A4
berwarna putih dengan berat sekurang-kurangnya 80 gram dan mengikut
ciri-ciri yang ditetapkan berikut.

a) Jenis tulisan : Arial


b) Saiz tulisan: 12 pt
c) Jarak perenggan (spacing) : 1.5 lines
d) Tajuk : 14 pt, bold
e) Sub-tajuk : 12 pt , bold
 Kertas cadangan juga dikehendaki memuatkan perkara-perkara berikut:
 Muka Depan
 Kandungan dengan mukasurat
 Abstrak
 Pengenalan

 Isi kandungan
 Penutup

SISTEM PENILAIAN

Sistem penilaian terbahagi kepada TIGA (3) elemen utama iaitu:


i. Pengurusan Projek
ii. Laporan Projek
iii. Pembentangan Projek
a. Laporan Kemajuan Projek (Buku Log)

Sepanjang perlaksanaan Projek, pelajar perlu mengemukakan perkembangan dan


rumusan kemajuan projek pada setiap kali pertemuan dengan penyelia masing-masing.
Pelajar perlu membawa bersama Buku Log pada setiap kali sesi perjumpaan bersama
penyelia.

KRITERIA PERBENTANGAN
Isi kandungan persembahan hendaklah ringkas dan padat.
Pembentangan Projek mestilah merangkumi perkara-perkara seperti berikut:
a) Tajuk projek dan nama kumpulan
b) Persembahan
c) Pengenalan projek
d) Objektif projek
e) Kelebihan projek
f) Lampiran gambar dan animasi
g) Cadangan
h) Penutup / kesimpulan

Berikut adalah penetapan tentang pembentangan projek: -


a. Pembentangan PTA akan diadakan pada selepas menjalani
peperiksaan akhir.
b. Pelajar dibenarkan membentang persembahan projek
menggunakan MS Power Point.
b. Satu salinan laporan (berkulit lembut) perlu disediakan dan dihantar

Masa perbentangan projek

Masa yang diberikan bagi setiap persembahan adalah 15 minit. Masa untuk
demonstrasi adalah 10 minit, manakala sesi soal jawab selama 5 minit.

Skema Permarkahan Projek Akhir

PERKARA DINILAI PERINCIAN PERATUSAN MARKAH

Hasil keseluruhan a.) Pengetahuan


b.) Kreativiti
c.) Komitmen 50%

d.) Kebolehgunaan
e.) Kefungsian projek

Laporan Projek a.) Kandungan


b.) Format
c.) Rujukan 25%

d.) Keseluruhan

Persembahan Projek a.) Kandungan


b.) Penggunaan AVA
c.) Persediaan
d.) Gaya penyampaian 25%
e.) Soal jawab
f.) Komunikasi
PENUTUP PROJEK

Pelaksanaan PTA adalah pentas bagi pelajar untuk mempamerkan


keupayaan mereka dalam mempraktikkan segala ilmu dan kemahiran yang
telah dikuasai bagi mengeluarkan hasil kerja yang bermutu tinggi.

Adalah menjadi harapan institut ini, agar semua graduan yang bakal
dilahirkan mempunyai daya kreativiti, inovasi dan kompetensi yang tinggi dan
dapat menyumbang tenaga untuk menjana sektor perindustrian bagi
mempertingkat ekonomi negara ini.

You might also like