You are on page 1of 15

1.

0 PENDAHULUAN

Integrasi nasional merupakan isu penting dalam pembinaan negara Malaysia yang

berbilang etnik dan merupakan suatu proses untuk menyatupadukan pelbagai

kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghilangkan

perbezaan dan identiti masing-masing. Selain etnik Melayu, Cina dan India terdapat

etnik-etnik lain seperti Orang Asli, Kadazan, Dusun, Bidayuh dan lain-lain lagi. Ekoran

daripada Peristiwa 13 Mei 1969, Jabatan Perpaduan Negara yang kini dikenali sebagai

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Kementerian Perpaduan,

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ditubuhkan bagi menggerakkan program-program

yang boleh memupuk perpaduan dan muhibah dalam masyarakat. Antaranya ialah

program Rukun Tetangga, Sekolah Wawasan dan Program Khidmat Negara. Program-

program ini telah direka untuk menangani dan memupuk perpaduan dan integrasi

secara menyeluruh. Selain itu, perkongsian perayaan di peringkat nasional seperti

‘Kongsi Raya’ yang diwujudkan juga mempunyai tujuan yang sama. Dalam satu dekad

kebelakangan ini, kursus-kursus yang memfokuskan kepada pembelajaran dan

pemahaman budaya yang berbeza di institusi pengajian tinggi untuk menimbulkan

perasaan menghargai dan kefahaman yang lebih di kalangan mahasiswa tentang

budaya dan tamadun negara diperkenalkan. Contohnya, Kursus Tamadun Islam dan

Tamadun Asia serta pengenalan konsep Islam Hadhari. Kursus Hubungan Etnik telah

diperkenalkan pada 2006 dalam usaha untuk menangani masalah hubungan etnik yang

sering menjadi isu dalam pembangunan negara. Ianya bukan hanya memberi

pendedahan kepada konsep-konsep hubungan etnik, malah peluang untuk melakukan

1
aktiviti bersama untuk membolehkan kefahaman yang lebih mendalam bagaimana

masyarakat pelbagai etnik dapat bekerjasama dan berinteraksi. Namun, penerapan

mengenai integrasi nasional hendaklah dilakukan di peringkat awal lagi bermula di usia

kanak-kanak. Justeru, institusi kekeluargaan memainkan peranan yang penting dalam

membentuk generasi yang harmoni dan bertoleransi.

Kerajaan telah meletakkan agenda perpaduan dan integrasi nasional di kalangan

masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan kepercayaan sebagai matlamat utama

negara. Agenda ini diberi perhatian yang sewajarnya dan dijadikan sebagai asas dalam

menyediakan program di bawah ‘Pelan Tindakan Perpaduan Negara dan Intregasi

Nasional’ 2006 – 2010 (PTPNIN) yang bertujuan mengukuhkan perpaduan negara dan

integrasi nasional abad yang ke-21. Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan

menerusi penyediaan program di bawah Pelan Tindakan Perpaduan Negara dan

Integrasi Nasional untuk mengatasi masalah ini. Antaranya ialah penyeragaman sistem

pendidikan, integrasi ekonomi, penyatuan fahaman politik dan aspek-aspek sosial lain.

Selain itu dasar ekonomi baru, dasar kebudayaan kebangsaan dan Rukun Negara

dibentuk untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Konsep perpaduan dan integrasi adalah saling berkaitan tetapi merujuk kepada

proses yang berbeza. Perpaduan ialah proses penyatuan daripada semua aspek

seperti fizikal, sosial, ekonomi dan politik tetapi tidak termasuk biologikal. Integrasi pula

melibatkan penyatuan di atas termasuk aspek biologikal. Ini dibuktikan oleh pendapat

Tun Abdul Razak iaitu perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara dapat

2
disalurkan untuk memajukan negara daripada digunakan untuk menyelesaikan masalah

yang wujud daripada kepelbagaian tersebut.

3.0 OBJEKTIF

Penyediaaan kertas tugasan ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif

seperti berikut;

1) Untuk membincangkan isu-isu dan permasalahan yang timbul berkaitan dengan

integrasi nasional dalam memupuk dan memantapkan perpaduan rakyat

2) Untuk mengenalpasti implikasi-implikasi bagi isu dan permasalahan yang telah

dibincangkan

3) Untuk merencanakan dan membuat penambahbaikan serta cadangan ke arah

menyelesaikan permasalahan yang wujud

4.0 ANALISA SITUASI

Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak tentang

pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam menguruskan

perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sebuah masyarakat majmuk seperti

Malaysia. Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah

ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah

MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula

perpaduan masyarakat di negara ini pada waktu itu. Selepas pembubaran MAGERAN,

3
Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkan iaitu pada 23 Februari 1971.

Tanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduan di antara kaum di negara ini

terus diletakkan di bawah Jabatan Perpaduan Negara. Di antara 1990 – 2004, Jabatan

Perpaduan Negara telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan

Pembangunan Masyarakat sebelum diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana

Menteri dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Memandangkan hubungan etnik dan integrasi nasional adalah penting dalam

pembangunan negara dan pembentukan masyarakat, maka ianya menjadi satu bidang

kajian yang amat penting dalam sains sosial termasuk bidang pembangunan sosial.

Kajian-kajian mengenai pelbagai dimensi persoalan hubungan etnik dan integrasi

nasional dilakukan kebanyakannya oleh pensyarah dan juga pelajar Sarjana dan PhD.

Menurut antara hasil kajian, integrasi nasional boleh dianalisis menurut dua kategori

iaitu;

1) Hubungan antara etnik yang merupakan satu komponen penting pembangunan

sosial dalam pembinaan negara; dan

2) Kajian yang bersifat dalaman etnik itu sendiri, misalnya kajian tentang ritual,

budaya atau kelakuan etnik itu secara khusus, tetapi isinya mempunyai

pengajaran untuk pembangunan sosial.

Kajian-kajian mengenai hubungan etnik dan integrasi nasional menunjukkan

kepelbagaian tema yang agak menarik dan penting. Antaranya, termasuk integrasi di

kalangan pelajar, toleransi agama, pendidikan, bahasa, kebudayaan dan cara hidup,

4
sosioekonomi dan peranan media dalam menjaga dan memupuk hubungan etnik dan

integrasi nasional.

Kami telah memilih dua aspek penting yang terkandung dalam Pelan Tindakan

Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sebagai subjek untuk dibincangkan di dalam

analisa situasi kumpulan kami seperti berikut:-

4.1 Analisa situasi 1 - Sistem Pendidikan Negara melalui pengenalan konsep

Sekolah Wawasan.

Konsep Sekolah Wawasan ialah usaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang

lebih bersifat cintakan negara dengan menyatukan sekolah dalam satu sistem

pendidikan yang seragam yang dahulunya terasing antara satu sama lain untuk

mewujudkan satu pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama. Ini bermaksud

penggabungan sekolah berkenaan akan menemukan pelajar kepada satu andaian baru

dalam hidup mereka. Objektif utama pengwujudan Sekolah Wawasan ialah untuk

melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara. Sekolah

Wawasan yang dicernakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad mampu dijadikan

pemangkin dalam merealisasikan impian Wawasan 2020. Sekolah Wawasan ialah

sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain kini disatukan dalam satu

sistem pendidikan yang seragam. Apabila anak Melayu, Cina, India dan kaum lain

dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan sudah tentu akan melahirkan satu

generasi Malaysia yang mempunyai kepelbagaian dalam berbudaya. Kesan sifat

5
perkauman seperti yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 tidak akan lahir lagi dalam

diri rakyat Malaysia.

4.2 Analisa situasi 2 - Perpaduan Kaum Menerusi Konsep 1 Malaysia

1Malaysia adalah satu gagasan yang cuba dibawa oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun

Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 untuk membuktikan apabila kita

bersatu dengan semangat kerjasama tulen dan jitu antara etnik, Malaysia boleh menjadi

lebih maju dan berdaya saing di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa dengan

membina satu semangat yang dikongsi bersama antara pelbagai etnik dan agama di

kalangan rakyatnya. 1Malaysia bukanlah cubaan untuk menyamaratakan antara

pelbagai etnik keturunan atau agama di Malaysia. Ia juga bukan cubaan untuk

meninggikan sesuatu kaum ke atas kaum lain juga bukan untuk mengambil hak dari

masing-masing kaum untuk dimiliknegarakan. Jika ada cubaan untuk berbuat yang

demikian ianya pasti akan gagal kerana wujudnya kepelbagaian warna, etnik, agama,

kecekapan, kegigihan serta kapasiti masing-masing individu di negara bertuah ini.

Hakikat yang sebenar ialah apa yang hendak diterapkan adalah satu sifat saling hormat

menghormati yang tulen dan jitu dalam suasana muhibah dan apabila berlaku sesuatu

perselisihan ianya dapat dileraikan dalam suasana aman, hormat menghormati serta

situasi 'menang-menang'.

5.0 ISU DAN PERMASALAHAN

6
5.1 Isu dan permasalahan 1 - Sistem pendidikan negara melalui pengenalan

konsep Sekolah Wawasan

Hari ini masih lagi wujud sekolah bersifat perkauman. Masih ada sekolah yang

dikhaskan untuk kaum Melayu, Cina dan India. Bagaimana jika sekolah sebegini masih

wujud untuk tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang? Adakah sistem pendidikan

sedemikian mampu menjamin perpaduan antara kaum di Malaysia tetap kukuh? Ilham

yang telah dicernakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Sekolah Wawasan mampu

menjadi titian untuk mencapai matlamat penyatuan etnik yang terdapat di Malaysia

untuk mencintai negara sepenuhnya. Untuk mencapai matlamat itu, Malaysia perlu

bersedia menyediakan elemen manusia yang jauh daripada virus perosak. Bukan

mudah bagi negara memastikan keadaan sentiasa berada dalam kawalan.

Pembentukan sistem persekolahan sedemikian adalah variabel kepada pemusatan

etnik berjiwa Malaysia. Ini kerana dalam sistem itu bukan sahaja bangsa Melayu yang

akan bersekolah berkenaan tetapi akan turut terhimpun pelbagai ras dan agama.

Lantaran daripada pertemuan itu, satu wadah pendidikan akan mewujudkan

pertembungan budaya dan bangsa. Dalam penubuhan Sekolah Wawasan, kita perlu

melihat dalam konteks penggunaan kaedah pemikiran timbal balik, iaitu proses melihat

setiap perancangan yang dilakukan bagi mewujudkan elemen pertentangan atau lebih

tepat lagi wujudnya konsep pro dan kontra. Sekolah Wawasan mungkin akan mencapai

mutu pendidikan negara kita, namun adakah ia mampu mencapai matlamat itu

sepenuhnya? Konsep Sekolah Wawasan akan mewujudkan sebuah bangsa Malaysia

yang bersatu padu dan bukannya bertujuan untuk menghapuskan identiti sesuatu kaum

7
serta menghilangkan entiti SRJK. Sebarang usaha ke arah integrasi nasional dan

perpaduan kaum tidak boleh dilihat sebagai cubaan untuk membunuh atau

menghapuskan budaya, bahasa dan identiti sesuatu kaum. Dalam hal ini, semua pihak

harus meletakkan kepentingan nasional dan negara pada kedudukan yang paling

utama daripada kepentingan peribadi atau kaum masing-masing. Ini dapat dilakukan

dengan memberikan sokongan padu kepada usaha-usaha yang dapat memupuk dan

mengukuhkan hubungan kaum yang terdapat di Malaysia. Pelaksanaan Sekolah

Wawasan masih lagi di peringkat percubaan. Setakat ini, tiga buah sekolah seumpama

itu diwujudkan. Dua daripadanya ialah Sekolah Wawasan Lurah Bilut, Bentong, Pahang

dan Sekolah Wawasan Teluk Sengat, Johor. Peluang, ruang dan laluan perlu diberikan

kepada Sekolah Wawasan ini beroperasi untuk melihat kesan dan sejauh manakah

kemampuannya untuk mengukuhkan hubungan kaum serta sebelum konsep itu

direalisasikan secara menyeluruh pada peringkat yang lebih luas lagi.

5.2 Isu dan permasalahan 2 - Perpaduan Kaum Menerusi Gagasan 1 Malaysia

Ramai yang keliru dan tidak faham konsep 1Malaysia dengan mengatakan konsep ini

akan menghilangkan hak-hak istimewa bangsa Melayu. Malah dasar liberalisasi

ekonomi juga dikaitkan dengan konsep 1Malaysia, walhal ianya dua perkara yang

berbeza. Liberalisasi adalah dasar mengurus ekonomi negara untuk menarik pelabur

asing manakala konsep 1Malaysia adalah tentang ciri-ciri atau budaya bangsa

Malaysia. Setelah lebih 53 tahun kita merdeka, kita masih lagi tercari-cari satu titik

8
pertemuan antara pelbagai kaum yang selama ini dikatakan hidup secara aman dan

tenteram.Tetapi adakah realitinya sebegitu? Masih ada lagi 'sok-sek' atau cakap

belakang yang mengatakan kita masih tidak faham erti sebenar hidup bermuhibah dan

toleransi antara etnik dan agama masing-masing. Sedikit salah faham mengenai

sejarah negara kita mungkin akan menyebabkan kemarahan satu etnik yang cuba

untuk mensensasikan keadaan. Di parlimen sendiri masih terdapat pertanyaan

mengenai mengapa atau punca sesuatu bangsa itu tidak berminat untuk menyertai

pasukan beruniform. Mengapa ini terjadi? Walhal kita ini hidup sebumbung dan

senegara. Andaikata runtuh bumbung ini maka semua kita, tidak kira ahli politik atau

peniaga, wa'ima rakyat yang tidak berdosa pun akan menerima akibatnya. Setiap

individu rakyat yang cintakan keamanan, muhibah, keadilan dan kemajuan harus

menanamkan semangat ingin menjadikan kemajuan serta toleransi sebagai tiang seri

kepada kekuatan bersama agar kita semua akan dapat merasai kenikmatan hasil

perjuangan bapa-bapa kita terdahulu secara adil dan saksama.

6.0 IMPLIKASI PERMASALAHAN

Kumpulan kami telah mengkelaskan implikasi permasalahan tentang isu Sekolah

Wawasan dan 1Malaysia seperti berikut:-

6.1 Implikasi permasalahan 1 - Sistem pendidikan negara melalui pengenalan

konsep Sekolah Wawasan

9
Konsep Sekolah Wawasan merupakan suatu kaedah yang terbaik bagi merealisasikan

integrasi nasional dan menghapuskan jurang yang wujud antara kaum di negara ini

namun dalam kebaikan terdapat juga keburukannya. Sehingga hari ini, sistem

pendidikan Malaysia tidak pernah lekang daripada kemelut dalaman yang lahir daripada

ketidakupayaan murid dan institusi pendidikan itu sendiri. Memetik kata-kata

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato’ Mahadzir Mohd Khir,

istilah “gangsterisme” sudah sinonim dengan suasana pendidikan negara ini.

Pengawasan yang lebih menyeluruh dengan bilangan pelajar yang lebih ramai perlulah

difikirkan dan perancangan serta pentadbiran yang lebih teliti. Sekolah merupakan

medium pengumpulan pelajar secara pemusatan yang akan menemukan kepelbagaian

dalam budaya, agama, ras, sosial dan ekonomi setiap ahli sekolah berkenaan. Dengan

jumlah pelajar yang ramai, mampukah guru dan sekolah menghadapi tekanan bagi

memenuhi peranan mereka? Sungguhpun sekolah sedia ada masih terasing antara

satu dengan lain, institusi sekolah masih gagal mengawal keruntuhan disiplin pelajar

mereka. Jika pendidik tidak mempunyai ketahanan kendiri yang kuat, konsep Sekolah

Wawasan akan dianggap kabur dan gagal untuk melahirkan individu yang diingini oleh

negara. Apabila Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan untuk

memperkenalkan Sekolah Wawasan, timbul pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak,

baik individu, NGO, mahupun parti-parti politik. Ada yang bimbang dengan konsep

Sekolah Wawasan akan menguburkan identiti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan

(SRJK) yang didukung selama ini.

6.2 Implikasi permasalahan 2 - Perpaduan Kaum Menerusi Konsep 1 Malaysia

10
Ramai yang berpendapat konsep 1Malaysia itu mempunyai kesan bukan sahaja

terhadap politik malah meliputi keseluruhan dasar dan pentadbiran negara. Tindakan

tidak bertanggungjawab sesetengah golongan yang cuba membuat mitos dan provokasi

politik terhadap konsep 1Malaysia akan menyebabkan usaha untuk mengekalkan dan

mengukuhkan perpaduan antara kaum melalui pengenalan Konsep 1Malaysia akan

tergugat. Selain itu, penyamaan teras asas konsep 1Malaysia dengan konsep

‘Malaysian Malaysia’ akan menimbulkan kekeliruan dan percanggahan ideologi di

kalangan rakyat Malaysia. Maka dengan itu kita tidak boleh membiarkan sentimen ini

mempengaruhi keharmonian dan perpaduan antara kaum di bumi Malaysia yang

bertuah ini. Ia juga akan mengakibatkan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum

dan akan menghasilkan ketidakadilan serta ketidaksaksamaan yang akhirnya akan

mengakibatkan diskriminasi minoriti ke atas majoriti.

7.0 CADANGAN PENYELESAIAN

7.1 Cadangan penyelesaian permasalahan 1 - Sistem pendidikan negara

melalui pengenalan konsep Sekolah Wawasan

Konsep Sekolah Wawasan yang diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997 adalah

konsep untuk menggabungkan tiga sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks yang

mana para pelajarnya berkongsi menggunakan kemudahan seperti padang dan kantin

11
bagi membolehkan mereka berinteraksi serta berkomunikasi di antara satu sama lain.

Matlamat Sekolah Wawasan ini adalah untuk memperkukuh hubungan dan perpaduan

pelbagai kaum di kalangan para pelajar aliran Sekolah Rendah Kebangsaan dengan

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil. Bila dilihat matlamat dan

objektif Sekolah Wawasan ini memang mudah dituturkan di atas kertas, tetapi

perlaksanaannya jika tidak diatur dengan teliti akan kembali di takuk lama.

Perancangan yang mendalam serta perbincangan antara pelbagai pihak seperti NGO,

badan-badan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, dan lain-lain amatlah

diharapkan. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pula hendaklah memberikan

penjelasan kepada masyarakat berhubung kekeliruan dan kebimbangan yang timbul

mengenai perlaksanaan konsep Sekolah Wawasan ini melalui medium media massa.

Para pendidik juga disarankan supaya menjadikan agenda perpaduan sebagai

keutamaan dalam semua aktiviti dan program pendidikan yang dilaksanakan. Semoga

Sekolah Wawasan akan diterima semua lapisan masyarakat dan berjaya direalisasikan.

7.2 Cadangan penyelesaian permasalahan 2 - Perpaduan Kaum Menerusi

Konsep 1 Malaysia

1Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan

rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu

diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan saling menghormati,

keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. 1Malaysia juga akan

mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan

12
keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat

didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur,

bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan

tanggungjawab kepada negara. 1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir

dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya

memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi

dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada

rakyat. Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas

atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan

rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab

dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan

negara. Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup

berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi

kepentingan negara. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang

ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Semua

kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi

kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua

rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu

menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu

dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat

13
atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan

daripada kerajaan.

1Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat

membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di

kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian

nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Pemimpin dan rakyat perlu memahami

dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah

hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.

Marilah kita semua rakyat Malaysia teruskan usaha kita mengembelingkan

tenaga tidak mengira kaum dalam membantu Gagasan 1Malaysia serta berdoa kepada

yang Maha Kuasa agar diberikan kekuatan, kesabaran dan keimanan yang kukuh agar

hidup kita sentiasa mendapat hidayah, hikmah serta kemenangan di dunia dan akhirat.

8.0 RUMUSAN

Selepas 36 tahun peristiwa hitam 13 Mei berlalu, usaha-usaha bagi mengukuhkan lagi

perpaduan kaum masih diteruskan. Perpaduan yang jitu masih lagi dicari dan

pembentukan Bangsa Malaysia tetap menjadi satu agenda utama negara. Sekiranya

soal perpaduan ini tidak diberikan perhatian dan perhubungan masyarakat sentiasa

dalam keadaan yang tegang, maka sudah pasti negara berada dalam keadaan goyah

14
dan tidak stabil. Keadaan ini boleh menjejaskan kerancakan pembangunan ekonomi

negara dan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun

2020 sudah pasti terbantut.

Kesimpulannya, tanpa integrasi nasional, maka tidak akan lahirlah rakyat

berminda kelas pertama. Tidak berlakulah reformasi dan revolusi kepada sesebuah

negara, tidak wujudlah tamadun yang berwawasan, tidak mampulah rakyat Malaysia

berdaya saing kerana kesemua ini memerlukan integrasi nasional yang menjadi tunjang

kecemerlangan Negara. Justeru, setiap pihak perlulah menggembleng tenaga bagi

mencapai takrif integrasi nasional demi kecemerlangan Malaysia.

15

You might also like