You are on page 1of 5

Nota Oh My Geography (OMG)

Murid yang sentiasa bersyukur dengan nikmat alam  :


__________________________________
Tingkatan : _______________
Sifat Fizikal Bumi

Ada empat sistem fizikal bumi iaitu :

1. Atmosfera Lapisan udara yang menyelebungi bumi dan


terkandung pelbagai jenis gas, debu, habuk, asap
dan wap air

2. Litosfera Lapisan luar bumi yang terdiri daripada pelbagai


jenis batuan dan mineral

3. Hidrosfera Meliputi semua bahagian air yang wujud di bumi


merangkumi air, laut, air tasik, air sungai, air
bawah tanah, paya dan litupan ais.

4. Biosfera Kawasan yang didiami semua benda hidup iaitu


manusia + tumbuhan + haiwan yang melibatkan
bahagian kerak bumi dan atmosfera.
Struktur Bumi

a. Dua lapisan iaitu sial dan sima  _____________

b. Meliputi dua pertiga jisim bumi _____________

c. Lapisan bumi yang paling dalam _____________


Benua, Lautan, Laut Utama dan Selat
Kesan Pergerakan Kerak Bumi

1 Hanyutan Benua Pencapahan atau pemisahan plat


menyebabkan berlakunya perubahan
kedudukan benua. Berlaku dengan sangat
perlahan.

2 Gunung Lipat Berlaku apabila terdapat daya mampatan


kerak bumi. Tolakan dan himpit dua plat
menyebabkan kerak bumi termampat dan
membentuk banjaran gunung lipat.

3 Gunung bongkah Berlaku apabila kerak bumi tergelincir. Plat


bumi di dataran dan lautan tergelincir
kerana daya mampatan.

4 Gempa bumi Berlaku apabila dua plat bumi bertembung


dan menghasilkan gegaran dan daya
tekanan. Gempa bumi di kawasan dasar
laut menghasilkan tsunami.

5 Gunung berapi Salah satu plat bumi terjunam ke bawah


dan bertemu lapisan mantel. Proses ini
membentuk mahma dan lava. Plat yang
terangkat akibat pertembungan membentuk
gunung dan rekahan. Cecair magma akan
keluar memenuhi rekahan pada plat bumi
dan akhirnya membentuk gunung berapi.

You might also like