You are on page 1of 4

NAMA PROGRAM : KEJOHANAN BOLA SEPAK ZON POKOK SENA

TARIKH :05HB & 06HB MAC 2019 ( SELASA DAN RABU)

TEMPAT :SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TAMPOI

1.0 PENGENALAN

Kejohanan bola sepak bawah 12 tahun merupakan antara agenda penting bagi
sesebuah institusi pendidikan dalam bidang ko-kurikulum.Sekolah Kebangsaan
Kampong Paya tidak terlepas daripada menyertai kejohanan tersebut yang menjadi
acara tahunan dalam kalendar sekolah.

2.0 RASIONAL
Aktiviti ini amat penting dalam kehidupan terutamanya di alam
persekolahan.Antaranya ialah untuk memperkukuhkan keharmonian dan
perpaduan di kalangan murid.Di samping itu,ia juga bertujuan untuk memupuk
semangat patriotisme dalam usaha membangunkan masyarakat yang berdisiplin
dan berdaya saing.
Bersukan juga mampu mengukuhkan perpaduan dan kekuatan mental dan
fizikal murid-murid.Dimana,ianya merupakan salah satu cabang integrasi
nasional dan alat penyatuan kaum yang berkesan untuk membina semangat
patriotic dan cintakan negara.Amalan gaya hidup sihat,member faedah kepada
kecergasan fizikal yang seterusnya memanfaatkan diri agar kekal
cergas,aktif,lebih sihat serta berdaya saing selain dapat meningkatkan prestasi
pembelajaran mereka.
Kesihatan mental juga akan lebih stabil di samping tekanan sentiasa dikawal
dan lebih motivasi serta berfikiran positif.Secara tidak langsung amalan sukan
dan gaya hidup sihat dalam kehidupan mampu melahirkan masyarakat minda
kelas pertama.

1
3.0 MATLAMAT
Mewujudkan generasi murid yang kekal cergas dan cerdas pemikiran melalui
aktiviti sukan.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM


4.1 Memberikan ruang kepada murid untuk menyerlahkan kemampuan diri
dalam sukan.
4.2 Meningkatkan keyakinan dan kepercayaan terhadap kebolehan diri.
4.3 Menggalakan murid mempertingkatkan usaha untuk menjadi murid yang
kekal cergas dan cerdas dalam pelajaran.
4.4 Merangsang diri murid agar sentiasa berusaha tanpa mengenal jemu.
4.5 Mengubah paradigma murid dan guru.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid yang dipilih oleh juru latih pasukan bola sepak Sekolah
Kebangsaan Kampong Paya.

6.0 PELAKSANAAN
6.1 Tarikh : 05hb & 06hb Mac 2019
6.2 Hari : Selasa dan Rabu
6.3 Tempat : Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi Pokok Sena,Kedah

7.0 KEWANGAN
Mendapat peruntukkan sumbangan daripada pihak sekolah.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Rujuk lampiran A

8.0 SENARAI NAMA PEGAWAI DAN PEMAIAN


Rujuk lampiran B

2
Lampiran A
ANGGARAN PERBELANJAAN KEJ.BOLA SEPAK
ZON POKOK SENA 2019

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1 Yuran pendaftaran peserta RM 180.00
2 Makan minum peserta 14 X RM 8.00 RM 112.00

Jumlah RM 292.00

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………… ……………………
EN.RUSLI BIN ZAKARIA ENCIK ANUAR ZAMANE BIN MAT ZEN
Setiausaha Sukan Penolong Kanan Ko-Kurikulum
SK Kampong Paya SK Kampong Paya

3
Lampiran
SENARAI NAMA PEGAWAI DAN PEMAIN BOLA SEPAK SKKP
KE KEJ.BOLA SEPAK ZON POKOK SENA 2019
BIL JAWATAN NAMA GURU
1 Pengurus Pasukan Encik Anuar Zamane bin Mat Zen
2 Jurulatih En Zubir bin Murat
3 Penolong Juru latih En Mustaffar Kamal bin Ahmadan
4 Guru Pengiring Encik Zakaria bin Ismail
5 Pembantu pengadil En Ameruddin bin Ramli
6

BIL NAMA MURID TAHUN POSISI


1 Muhd Syaakir Hafidh bin Yusri 6A Penjaga Gol
2 Muhd Izzat Shauqi bin Yahaya 4A Penjaga Gol
3 Raja Aizul Azri bin Raja Haszerin Shah 5A Pertahanan
4 Muhd Farid Izuan bin Razali 5A Pertahanan
5 Muhd Subhi bin Abu Samah 6A Pertahanan
6 Muhd Alif Haikal bin Abdullah 5A Tengah
7 Muhd Nur Amali bin Zulkifli 6A Sayap Kanan
8 Muhd Alifizham bin Jamil 4A Sayap Kiri
9 Muhd Aniq Syakir bin Anuar 6A Penyerang
10 Muhd Zaim bin Ibrahim 5A Tengah
11 Muhd Adib Hamimi bin Ahmad Ruhan Shauqi 4A Sayap Kanan
12 Muhd Hadif Hazim bin Mohd Hafiz 4A Pertahanan
13 Muhd Syabil Ikhwan bin Mohd Khir 4A Sayap Kiri
14 Muhd Farizuan bin Abu Bakar 4A Penyerang

You might also like