You are on page 1of 1

BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

2019

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019, Kerajaan bersetuju untuk


memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta
penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan untuk
menyambut Hari Raya Aidilfitri 2019.

Bantuan khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 0.8 juta pesara
Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran
sebanyak RM225. Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 24
Mei 2019.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara


Kerajaan ini melibatkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM855
juta.

PEJABAT PERDANA MENTERI


PUTRAJAYA
16 MEI 2019

You might also like