You are on page 1of 3

HIKAYAT HANG TUAH

Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati.
Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga
ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal
dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada
tolok bandingnya.
Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang
Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Selesai menuntut ilmu, mereka
berlima kembali ke kota Melaka.
Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara (iaitu Perdana
Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato' Bendahara kagum dengan
ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil
mereka untuk bertugas di istana.
Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang
Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah
Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari. Dalam
pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi
Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang
Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya
dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi
kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari.
Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan
permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang
mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi
dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang
akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu.
Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi
gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah
disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.
Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan
keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib
Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati.
Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu),
bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima
di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal
kerana adanya keris Taming Sari di tangannya.
Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa
itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya
Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil
pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya
berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya.
PESAN MORAL :
 Janganlah cepat emosi.
 Sayangilah orang - orang di sekitar kita
 Jangan gegabah
 Jangan mudah marah
 Jangan menfitnah orang
 Janganlah iri kepada orang lain
 Jangan mudah mengambil keputusan

You might also like