You are on page 1of 1

Jawapan:

1. Sabtu & Ahad cuti x?


- Cuti (kursus dan rawatan hanya diberikan pada waktu bekerja hari isnin hingga jumaat).
2. Bila waktu perlu hadir ke kelas/ rawatan? Malam ada kelas ke?
- Waktu kelas/rawatan hanya diberikan mengikut waktu pejabat (8 a.m – 5 p.m). Malam tiada
aktiviti.
3. Sy baca smlm, hr pertama sy akan diiperiksa & akan diberikan rawatan & kursus voka yg sesuai
atau boleh pilih?
- Yer.. hari pertama cik akan diperiksa oleh doctor dan dibawa untuk orientasi di dalam TRRC.
Waktu itu doctor akan menerangkan tentang rawatan yg akan diterima. Berkenaan kursus voka..
cik boleh pilih atau pun ditentukan oleh doctor. Cuma untuk kursus voka hanya satu sahaja yang
diberikan kerana untuk memastikan cik focus dalam satu-satu bidang.
4. Ada elaun?
- Ada (Elaun menjalani rehab/EMR).
- Diberikan kepada OB yang tidak pernah mendapat sebarang faedah daripada perkeso dan OB
yang disahkan tidak ilat.
- Untuk ini cik layak untuk mendapat EMR (RM20.00 sehari)
- Tiada elaun perjalanan.
5. Boleh beli makanan di luar?
- Boleh.
6. Ada kemudahan transport?
- Public transport rasanya susah.
- Di dalam trrc ada kemudahan buggy.
7. Untuk ke TRRC kali pertama disediakan pengangkutan atau dapat claim atau perlu pergi sendiri?
- Perkeso ada menyediakan van untuk menghantar OB ke TRRC mengikut jadual perjalanan yang
telah disusun.
- Tiada claim boleh dibuat kerana pihak perkeso ada menyediakan kemudahan penghantaran.
- Digalakkan untuk pergi sendiri kerana lebih cepat dan selesa, tetapi claim duit perjalanan tidak
boleh dituntut.
8. Jarak hostel ke kelas/ klinik – jalan kaki atau ada transport?
- Dalam lingkungan 100 meter daripada hostel ke tempat rawatan/kursus.
9. Hostel ada lift?
- Ada
10. 1 hostel 2 orang bilik share atau x?
- Bilik share 2 orang.

Sy boleh ke sana utk survey dulu atau dptkan gambar?

- Boleh jika mendapat kelulusan pihak rehab.


- Perlu mengemukakan surat sebab untuk melakukan survey.
- Berkenaan gambar OB perlu berhubung dengan pusat rehab untuk mendapatkannya di atas
budi bicara mereka.

You might also like