You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG

LUMADAN
BEAUFORT, SABAH
KERTAS KERJA
PROGRAM GURU PENYAYANG
&
JOM KE SEKOLAH
PERINGKAT SEKOLAH
13.02.2017
KERTAS KERJA
PROGRAM GURU PENYAYANG & JOM KE SEKOLAH 2017

1. PENGENALAN

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan


bersifat belas kasihan. Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat
kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every
child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,
mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan
sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang
perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap
masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru
dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarat.

2. MATLAMAT

Program Guru Penyayang diadakan bertujuan supaya guru dapat mengamalkan dan
membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

3. OBJEKTIF

Di akhir program, diharap murid dapat:


3.1 menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru;
3.2 menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah;
3.3 menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan
menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada
sekolah.

4. SASARAN

Semua murid prasekolah hingga murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Ladang


Lumadan, Beaufort, Sabah.

5. TARIKH

13 Februari 2017

6. TEMPAT
Tapak perhimpunan Sekolah Kebangsaan Ladang Lumadan.

7. AHLI JAWATAN KUASA

PENGERUSI : Arshad bin Muslim (Guru Besar)


TIMBALAN PENGERUSI : Suhaili bin Patera (PK HEM)
NAIB PENGERUSI : Osman bin Latip (PK Pentadbiran)
Saimon bin Senang (PK Kokurikulum)
PENYELARAS : Krishnaveni A/P Achebabu
SETIAUSAHA : Mohfuzoh Binti Abu Hasan
PENGACARA MAJLIS : Siti Aminah Bt A. Rahman
BACAAN DOA : Mohammad Azman bin Sabar
IKRAR MURID : Mohamad Zulafdhal bin Mohd Sari (Ketua Pengawas)
PERSIAPAN TEMPAT : Suhaili bin Patera
AJK PA SYSTEM/SIARAYA : Abd.Gais Bin Abd. Sikal
: Mohammad Azman bin Sabar
KAWALAN MURID : Guru Bertugas Mingguan
AJK GURUGAMBAR : Julianah binti Zainal
AJK CENDERAHATI : Lisah Binti Chong Vui Fah
Yasni Binti A Zainal
Jaliah Bte Puteh
Norni Bt. Nyompa
Jamilah Bte Hamis @ Ahmeed
Rukia Bt. Gapar @ Gaffar
AJK BANNER DAN GIMIK : Krishnaveni A/P Achebabu
Rohana Binti Awang Asal
Julianah Binti Dondong
Aslinda Binti Ali
Maimunah Husin
DOKUMENTASI : Mohfuzoh Binti Abu Hasan
BUKU PROGRAM : Krishnaveni A/P Achebabu
8. KAEDAH PELAKSANAAN

Program Guru Penyayang dan Jom Ke Sekolah dilaksanakan dengan menyediakan


beberapa aktiviti sepanjang tahun 2017. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan
adalah seperti berikut:
 Program mentor-mentee (sasaran: murid tahun 6)
 Program Jom Ke sekolah – Guru bertugas mingguan mengalu-alukan
kedatangan murid di hadapan pagar sekolah setiap pagi.
 Pemberian kad hari jadi dan hadiah kepada murid-murid dan juga guru-guru
pada hujung minggu setiap bulan.
 Pemotongan kek pada setiap tiga bulan kepada murid-murid dan guru-guru
yang menyambut hari jadinya. (Mac, Jun, September & November)
 Pemberian wang tunai kepada kelas yang mencapai prestasi yang tertinggi
dalam kehadiran pada setiap bulan.

9. TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI

13.02.2017 7.00 pagi


 Semua murid berkumpul di tapak perhimpuan
 Nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah
 Kata aluan oleh pengacara majlis
 Bacaan Doa
 Ucapan PK Pentadbiran (Osman bin Latip) &
pelancaran program guru penyayang
 Ucapan PK HEM (Suhaili bin Patera) & pelancaran Jom
Ke Sekolah
 Bacaan ikrar kehadiran murid oleh ketua pengawas
 Nyanyian lagu “Jom Ke Sekolah”
 Penyampaian hadiah & kad hari jadi - murid & guru
bulan Januari 2017
 Majlis bersurai

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA PERBELANJAAN


1. Fail untuk Program Mentor-mentee RM0.50 X 20 = RM 10.00
2. Kad hari jadi dan hadiah RM0.50 X 150 = RM 75.00
3. Kek RM50.00 X 4 = RM200.00
4. Banner – Program Guru Penyayang RM40 X 1 = RM 40.00
Jom Ke Sekolah RM108 X 1 = RM108.00

JUMLAH RM433.00

11. PENUTUP

Program ini diharap dapat memberi manfaat serta objektif tercapai kepada semua
murid Sekolah Kebangsaan Ladang Lumadan.

Disediakan oleh: Diluluskan oleh:

You might also like