You are on page 1of 12

Nama :

Kelas :

SEKOLAH SENI MALAYSIA JOHOR


__________________________________

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 1223/1


TINGKATAN LIMA

PENDIDIKAN ISLAM
1223/1
MEI 2019
2 jam Dua Jam Sahaja
___________________________________________________________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


ARAHAN KEPADA CALON :

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A dan Bahagian B.

2. Bahagian A mengandungi 40 soalan. Jawapan hendaklah ditulis pada ruangan yang


disediakan di halaman 12.

3. Bahagian B mengandungi empat soalan subjektif. Jawab tiga soalan : Soalan 1, Soalan
2 dan mana-mana satu soalan daripada Soalan 3 atau Soalan 4. Jawapan hendaklah
ditulis dalam buku jawapan yang dibekalkan oleh pengawas peperiksaan.

4. Ceraikan kertas jawapan Bahagian A dan ikat bersama-sama dengan kertas jawapan
Bahagian B.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

1223/1 © 2018 Hak Cipta Sekolah Seni Malaysia Johor [Lihat halaman sebelah
2
1223/1
Bahagian A
[40markah]
Jawab semua soalan.

Soalan 1 hinggaSoalan 20
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Hitamkan jawapan yang tepat pada
ruang jawapan yang disediakan.

1 Yang manakah antara berikut tidak termasuk dalam bahagian syirik khafi?
A Menyembah pokok
B Bangga dengan diri sendiri
C Riak
D Takabur

 Rajin mendalami ilmu agama


 Sentiasa berzikir
 Rajin melakukan ibadat sunat

2 Pernyataan di atas merujuk kepada


A ciri-ciri wujudnya iman
B ciri orang yang bertambah iman
C syarat untuk dapat iman
D bukti iman bertambah dan berkurang

Meminta bantuan syaitan atau jin untuk kepentingan diri.

3 Perbuatan tersebut merujuk kepada amalan


A sihir
B riddah
C khurafat
D kufur

4 Berikut ialah akibat sihir terhadap individu kecuali


A membatalkan akidah
B mengelakkan kegagalan
C membazirkan harta, tenaga dan masa
D menghilangkan pergantungan kepada Allah SWT

1223/1 © 2019 Hak Cipta Sekolah Seni Malaysia Johor [Lihat halaman sebelah
3
1223/1

5 Yang berikut ialah golongan yang imannya boleh bertambah dan berkurang, kecuali
A mukmin
B salafus soleh
C ahlul bait
D nabi dan rasul

6 X dalam rajah di atas merujuk kepada


A bermalam di Muzdalifah
B melontar jamratul aqabah
C berniat ihram di miqat
D Tawaf di Baitullah

7 Antara berikut yang manakah bukan wajib haji?


A bermalam di Muzdalifah
B bermalam di Mina
C Wukuf di Arafah
D Meninggalkan larangan Ihram

 Memulakan penghidupan bayi dengan penghayatan Islam.


 Tanda kesyukuran atas kurniaan Allah SWT.

8 Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah


A tahnik
B akikah
C bercukur
D berkhatan

9 Berikut pernyataan yang benar mengenai saham.


A Saham mestilah dibahagi sama rata
B Saham terbahagi dua iaitu saham am dan saham khusus
C Saham tidak memerlukan surat perjanjian dan akad
D Saham merupakan salah satu muamalat yang diharuskan

1223/1 © 2019 Hak Cipta Sekolah Seni Malaysia Johor [Lihat halaman sebelah
4
1223/1
10 Meratapi mayat adalah dilarang dalam Islam.
Apakah maksud meratapi?
A Meraung-raung sambil melakukan perkara yang boleh menyeksakan badan
B Menangis sehingga mengalirkan air mata
C Tidak reda dengan takdir Allah SWT
D Sedih ke atas kematian tersebut

Fuad telah keluar rumah bersama beg pakaiannya dan menuju ke stesen keretapi.
Walau bagaimanapun, dia tidak tahu arah tujunya.

11 Apakah hukum musafir tersebut?


A Haram
B Harus
C Sunat
D Makruh

12 Antara yang berikut yang manakah hikmah akikah terhadap masyarakat?


A Bersyukur atas kelahiran bayi
B Mendekatkan bayi dengan penghayatan Islam
C Menggalakkan amalan bersedekah bagi ibu bapa
D Mengeratkan hubungan silaturrahim dengan jiran

Mendidik anak-anak sejak kecil dengan sifat-sifat yang positif seperti cekal dan sabar

13 Pernyataan di atas merujuk kepada


A pendidikan rohani
B pendidikan jasmani
C pendidikan intelektual
D pendidikan moral

14 Antara amalan yang digalakkan selepas kelahiran anak ialah memasukkan buah tamar atau
buah-buahan yang manis ke lelangit bayi. Amalan tersebut dinamakan
A tahnik
B tahmid
C cuci mulut
D akikah

1223/1 © 2019 Hak Cipta Sekolah Seni Malaysia Johor [Lihat halaman sebelah
5
1223/1

15 Berikut adalah bukti galakan khalifah untuk memajukan bidang sains dan teknologi pada zaman
Abbasiyah kecuali
A membina pusat penyelidikan sains
B melaksanakan aktiviti penterjemahan
C mengadakan seminar perubatan pada musim haji
D Menyediakan peruntukan yang banyak dalam bidang sains dan teknologi

16 Antara yang berikut, yang manakah tidak benar menganai Imam Malik Rahimahullah
A Lahir di Madinah
B Bapanya bernama Anas
C Terkenal sebagai tokoh falsafah
D Mengarang kitab al-Muwatta’

Menukarkan pegawai-pegawai berketurunan Umaiyah yang dilantik oleh khalifah sebelumnya

17 Pernyataan di atas ialah polisi khalifah


A Abu Bakar as-Siddik r.a
B Umar bin al-Khattab r.a
C Uthman bin Affan r.a
D Ali bin Abi Talib r.a

18 Antara kesan pembaharuan atau islah yang dibawa oleh as-Sayid Jamaluddin al-Afghani ialah
I Mengutamakan ilmu fardu kifayah
II Mendokong amalan budaya hidup barat
III Membangkitkan semangat jihad menentang penjajah
IV Mengembalikan kefahaman umat terhadap ajaran Islam sebenar

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

1223/1 © 2019 Hak Cipta Sekolah Seni Malaysia Johor [Lihat halaman sebelah
6
1223/1

19 Kita dituntut agar sentiasa menjaga adab ketika menziarahi jenazah supaya
A meringankan dosa yang ditanggung si mati
B meringankan seksaan si mati dalam kubur
C meringankan perasaan dukacita keluarga jenazah
D meringankan bebanan hutang yang ditinggalkan si mati

20 Mengapakah kita dituntut supaya melantik seorang ketua apabila bermusafir seramai tiga orang
atau lebih?
A Untuk bermesyuarat
B Memudahkan urusan
C Mengelak berlakunya perbalahan
D Mengelak berlakunya mala petaka

Soalan 21 hingga Soalan 24


Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul

21 ________________ ialah melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti.

22 ________________ Ialah menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaannya dan boleh


menimbulkan kemarahan jika dilakukan di hadapannya.

Sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat tertentu sebagai alat pemilikan

23 Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian ________________

24 Berpura-pura melahirkan ________________ sedangkan hatinya tetap kufur kepada Allah ialah
pengertian bagi nifak.

25
Syirik khafi

Jenis Syirik

Y dalam rajah di atas merujuk kepada ________________

26 Miqat yang dilakukan bermula dari bulan Syawal hingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah dikenali
sebagai miqat ________________

1223/1 © 2019 Hak Cipta Sekolah Seni Malaysia Johor [Lihat halaman sebelah
7
1223/1
27
R

Suami zalim terhadap isteri


Sebab-sebab
fasakh Suami tidak memberi nafkah

Murtad

R ialah________________

Syarat-syarat Sah Akikah

Berniat akikah Menyembelih ternakan halal S

28 S dalam carta di atas ialah ________________

29 Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah iman seseorang boleh ________________

30 Pelaburan saham menurut Islam mestilah tidak mempunyai unsur-unsur ________________

31 Bilangan kambing yang afdal diakikahkan untuk seorang bayi lelaki ialah ________________

32 Idea islah yang dibawa oleh as-Sayyid Jamaluddin Al-Afghani telah diteruskan oleh anak murid
kesayangannya iaitu ________________
33 Perlantikan ___________________sebagai khalifah mendapat tentangan golongan Bani Umaiyah.

34 Karya Imam Malik yang paling terkemuka ialah ________________

35 Khalifah ________________ialah khalifah Abbasiyah yang telah membina makmal pembedahan


pertama di pelabuhan Sungai Dajlah.

36 Faktor yang mendorong perkembangan sains dan


teknologi pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah

Galakan khalifah T Globalisasi ilmu

T dalam carta di atas ialah ________________

1223/1 © 2019 Hak Cipta Sekolah Seni Malaysia Johor [Lihat halaman sebelah
8
1223/1

37 Ketika menziarahi jenazah bukan Islam kita dilarang menyertai upacara berbentuk _____________

38 Mengucap takziah kepada keluarga jenazah tidak melebihi ___________________ hari merupakan
adab menziarahi jenazah.

39 Bermusafir dengan tujuan menziarahi saudara-mara hukumnya adalah ________________

40 Allah SWT memberi rukhsah kepada orang yang bermusafir untuk mengerjakan solat secara

________________

BAHAGIAN B
[60 markah]
Jawab tiga soalan.

Jawab Soalan 1, soalan 2 dan mana-mana satu soalan daripada Soalan 3 atau Soalan 4 .

1 (a) (i) Apakah maksud syirik [2 markah]

(ii) Jelaskan dua sebab Islam melarang perbuatan syirik. [4 markah]

(iii) Terangkan dua usaha yang perlu anda lakukan untuk menjauhi perbuatan syirik.
[4 markah]

(b) (i) Nyatakan maksud kemanisan iman. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua kelebihan mencapai tahap kemanisan iman dalam kehidupan seseorang.
[4 markah]

(iii) Terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa iman hanya terletak di hati dan tiada
kaitan dengan tingkah laku.
Kemukakan hujah anda bagi menolak pendapat tersebut. [4 markah]

1223/1 © 2019 Hak Cipta Sekolah Seni Malaysia Johor [Lihat halaman sebelah
9
1223/1

2 (a)

Gambar 1
Jemaah haji sedang melontar jamrah

(i) Namakan dua jamrah dalam ibadah haji. [2 markah]

(ii) Bilakah Jemaah haji dikehendaki melontar jamrah? [2 markah]

(iii) Nyatakan dua perkara yang dilarang ketika ihram haji. [2 markah]

(iv) Jelaskan dua hikmah mematuhi larangan dalam ihram semasa mengerjakan haji.
[4 markah]

(b) Harus bagi isteri menuntut fasakh untuk menjaga kemaslahatan kedua-dua belah pihak.
(i) Apakah maksud menuntut fasakh? [2 markah]

(ii) Terangkan dua hikmah diharuskan fasakh. [4 markah]

(iii) Fasakh disyariatkan agar dapat membela nasib wanita ekoran suami yang tidak
bertanggungjawab. Namun terdapat segelintir wanita yang tidak menggunakan
pensyariatan ini.

Mengapakah hal ini berlaku? [4 markah]

1223/1 © 2019 Hak Cipta Sekolah Seni Malaysia Johor [Lihat halaman sebelah
10
1223/1
3 (a) Saidina Ali bin Abi Talib ialah khalifah Islam yang keempat.

(i) Nyatakan sebab beliau digelar Karamalluhu Wajhah? [2 markah]

(ii) Jelaskan dua polisi pemerintahan Saidina Ali. [4 markah]

(b) As-Sayyid Jamaluddin al-Afghani terkenal sebagai tokoh idea islah.

(i) Nyatakan bentuk islah yang dibawa oleh beliau. [2 markah]

(ii) Jelaskan kesan daripada idea islah yang diperkenalkan oleh beliau. [2 markah]

(c) Menziarahi jenazah orang Islam adalah sebahagian daripada tuntutan syarak.

(i) Nyatakan dua perkara yang dilarang ketika menziarahi jenazah. [2 markah]

(ii) Terangkan dua hikmah menziarahi jenazah. [4 markah]

Kewajipan orang yang masih hidup ke atas orang yang telah mati antaranya ialah
menyembahyangkan jenazah. Walau bagaimanapun masih ramai orang yang menziarahi
kematian tetapi tidak menunaikan solat jenazah.

(iii) Huraikan hujah anda mengapakah keadaan ini berlaku? [4 markah]

4 (a) Khalifah-khalifah Abbasiyah turut berperanan penting untuk memastikan perkembangan sains
dan teknologi dalam negara berjalan pesat.

(i) Nyatakan dua tindakan yang dilakukan oleh khalifah untuk tujuan tersebut [2 markah]

(ii) Jelaskan dua kesan positif penemuan-penemuan sains dan teknologi pada zaman
Abbasiyah. [4 markah]

(b) Imam Malik sangat menghormati hadis-hadis Rasulullah SAW.

(i) Nyatakan dua contoh yang menunjukkan penghormatan Imam Malik terhadap hadis.
[2 markah]

(ii) Jelaskan sumbangan Imam Malik terhadap tamadun dunia. [2 markah]

1223/1 © 2019 Hak Cipta Sekolah Seni Malaysia Johor [Lihat halaman sebelah
11
1223/1
(c) (i) Nyatakan dua adab sebelum memulakan musafir. [2 markah]

(ii) Terangkan dua akibat terhadap seseorang yang tidak menjaga adab bermusafir.
[4 markah]

(iii) Islam menggalakkan umatnya bermusafir kerana melaluinya dapat meningkatkan


keimanan kepada Allah SWT.
Berikan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas. [4 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak & Disahkan oleh:

MOHD ABD HADI ABDULLAH SUHAIBAH MOHAMED


Ketua Panitia Pendidikan Islam Ketua Bidang Sains Kemasyarakatan
Sekolah Seni Malaysia Johor Sekolah Seni Malaysia Johor

1223/1 © 2019 Hak Cipta Sekolah Seni Malaysia Johor [Lihat halaman sebelah
12
1223/1

1223/1 © 2019 Hak Cipta Sekolah Seni Malaysia Johor [Lihat halaman sebelah

You might also like