You are on page 1of 2

Sukatan

1. Salah faham konsep


 Tidak menyelesaikan operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian
unit-unit ukuran seperti isi padu, ukuran panjang, timbangan dan masa kerana kesilapan
konsep.
 Konsep yang sama dengan penambahan nombor bulat

2. Tidak menghafal rumus


 Menghalang murid-murid daripada melakukan proses kerja matematik dengan baik

3. Tidak dapat membeza antara dua bacaan unit piawai


 Murid tidak memahami unit kecil berbanding unit besar

4. Tidak menganggar, mengukur dan mencatat dalam unit piawai yang betul

Panjang
1. Kesukaran: Membuat pengukuran objek menggunakan unit bukan piawai di kalangan
murid tahun 1.
 Murid tidak mengukur dari hujung ke hujung pensel dan tidak menyusun klip kertas secara
berterusan (rapat) dalam satu garis lurus.

2. penukaran unit kilometre (km) kepada meter (m), meter (m) kepada sentimeter (cm) dan
sentimeter (cm) kepada millimetre (mm). Ini disebabkan terlalu banyak formula
pernukaran unit harus diingatkan.

3. Tidak dapat membuat sukatan dengan betul


 Membuat sukatan menggunakan pembaris bermula dari kiraan ‘1’ dan bukannya ‘0’
 Murid memikirkan bahawa setiap sukatan bermula daripada ‘1’ kerana pengiraan biasa
bermula daripada ‘1’

Isi padu
 Kesalahfahaman tentang konsep isipadu
 Bekas air yang tinggi mengandungi air yang lebih banyak berbanding air yang berada di
dalam bekas yang lebih pendek

Jisim
1. Murid menganggap objek yang lebih besar mesti lebih jisim daripada objek lebih kecil

Geometri
1. kesukaran mengenalpasti dan keliru terhadap nama-nama bentuk 2D dan 3D

2. kesukaran memahami ciri-ciri bentuk rajah

3. kesukaran membayangkan bentangan


4. kurang keupayaan visualisasi

5. bahasa yang digunakan melibatkan terminologi yang khusus dan memerlukan perhatian
dan kefahaman yang betul sebelum digunakan dengan berkesan. Kadang-kala murid
akan keliru dan tidak faham terhadap bahasa geometri, contohnya poligon, iaitu bentuk
yang mempunyai garis lurus sahaja. Begitu juga bagi terminologi geometri yang lain.
Dengan itu, guru harus memperkenalkan istilah dan bahasa Matematik daripada mudah
kepada kompleks dan mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak.

Perwakilan data
1. Miskonsepsi amaun yang tidak menentu
 tidak dapat memindahkan maklumat daripada piktograf kepada nombor.
 tidak menumpukan perhatian kepada petunjuk yang diberi di bawah piktograf iaitu
petunjuk gambar yang menunjukkan sebuah motosikal mewakili lima buah motosikal
 menganggap bahawa sebuah motosikal mewakili hanya sebuah motosikal sahaja

2. Tidak memahami konsep gundalan


 mereka tidak memahami konsep Gundalan dan tidak tahu nilai bagi gundalan (Tally) itu
sebenarnya mewakili berapakah bilangannya
 pada ruangan jumlah bilangan kereta, murid menulis jawapan berdasarkan kepada
garisan yang tidak dipotong kerana mereka menyangkakan bahawa garisan yang
dipotong merupakan bilangan yang tidak perlu dikira

3. Miskonsepsi Dalam Pengurusan Data-Carta Pai


 apabila murid-murid tidak dapat membuat agihan tentang jumlah sektor dalam carta pai
kerana mereka tidak dapat mencari persamaan antara penyebut 5 dan 10

4. Keliru jumlah bilangan dengan peratus


 Ketika diminta untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan jumlah bilangan,
sebahagian pelajar mengambil terus nombor peratus daripada carta pai tanpa membuat
pengiraan terlebih dahulu

You might also like