You are on page 1of 8

Pemantapan Nilai Integriti Individu sebagai Teras Pembangunan Staf

Berkualiti
Pemantapan Nilai Integriti Individu sebagai Teras Pembangunan Staf Berkualiti[1]

Jamiah Manap, Prof. Dr. Hj. Azimi Hj. Hamzah, Prof. Madya Dr. Ezhar Tamam, Prof. Madya
Dr. Sidek Mohd. Noah, Dr. Amini Amir Abdullah Dr. Norizan Yahaya, Halimah Alma Othman
dan Hanina Halimatus Saadiah Hamsatun

Universiti Putra Malaysia, 43400, UPM Serdang, Selangor

ABSTRAK

Staf berkualiti tinggi merupakan aset utama kejayaan sesebuah organisasi. Bagaimanapun,
kehakisan nilai integriti di kalangan staf mengakibatkan wujudnya pelbagai kepincangan
pentadbiran dan salah laku di sektor kerajaan mahupun swasta (Mustafar Ali, 2004 dan M.
Kamal Hasan, 2004). Sehubungan itu, kerajaan mengambil inisiatif untuk memantapkan nilai
integriti dengan melancarkan Pelan Integrasi Nasional di samping pelbagai dasar kerajaan
sedia ada yang telah digubal dari masa ke semasa (Mustafar Ali, 2004). Menyedari
kepentingan integriti sebagai teras pembangunan staf berkualiti, kertas kerja ini akan
mengupas definisi, kerangka konseptual integriti dan nilai-nilai integriti. Ini selaras dengan
matlamat negara bagi mewujudkan masyarakat yang bermoral, beretika, beriman, bertakwa
dan berbudi pekerti luhur. Kertas kerja ini juga turut mengemukakan cadangan bagi
memantapkan nilai integriti individu. Sorotan literatur digunakan sebagai metod asas kajian
dalam kertas kerja ini.

Kata Kunci: Nilai integriti dan pembangunan staf

Individul Integrity Value Enhancement As The Basis of The Development of High Quality
Staff

ABSTRAC

A high quality staff is the most valuable asset of a successful organization. However, a lack
of integrity values among staff contributes to many administrative problems and wrongdoings
in the government and private sectors (Mustafar Ali, 2004 and M. Kamal Hasan, 2004). In
response, the Malaysian government has taken the initiative to inculcate integrity values by
implementing the National Integrity Plan in addition to several other related government
policies. (Mustafar Ali, 2004). Knowing the importance of integrity as the foundation of high
quality staff, this paper lays out the definition, conceptual framework and values associated
with integrity. This is in-line with the nation's vision towards developing a moral and ethical
society with strong religious beliefs and high conscientiousness. The paper also puts forth
suggestions to enhance individual integrity values. Literature review was used as the central
method of research.

Keywords: Integrity value and staff development

PENDAHULUAN

Negara sedang dilanda dekadensi moral dan etika yang parah (M. Kamal Hasan, 2004).
Kehakisan nilai dalam masyarakat dicerminkan oleh kakitangan awam dengan wujudnya
jenayah kolar putih, gejala sosial, rasuah, diskriminasi, penindasan dan penyalahgunaan
kuasa (Mustafar Ali, 2004, M. Kamal Hasan, 2004). Kepincangan ini berlaku akibat manusia
kini dipengaruhi oleh unsur materialistik dan mengabaikan nilai agama (M. Kamal Hasan,
2004). Justeru, Malaysia telah melancarkan pelbagai dasar, kempen dan slogan untuk
mengukuhkan integriti masyarakat (Mustafar Ali, 2004). Antaranya Rukun Negara,
penerapan nilai-nilai murni, piagam pelanggan, penggunaan tanda nama, penggubalan kod
etika, hari bertemu pelanggan, manual prosedur kerja dan fail meja, sistem pengurusan
akauntabiliti dan integriti, modul pengurusan integriti, laporan perisytiharan harta, program
nilai murni, pusingan tempat kerja, Tonggak Dua Belas dan kepimpinan melalui tauladan
(Mustafar Ali, 2004).

Pelan Integriti Nasional (PIN) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 23 April
2004. Pelan tersebut bertujuan membangunkan masyarakat beretika dan dapat
membezakan antara perkara yang betul dan salah manakala matlamat jangka panjang PIN
adalah memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu membentuk masyarakat yang
mempunyai ciri-ciri moral dan etika yang kukuh, mempunyai nilai keagamaan dan
kerohanian yang kukuh serta berbudi pekerti luhur (Kadir Dikoh, 2004 dan Mustafar Ali,
2004).

PIN merupakan dasar payung dan pelan induk untuk menggubal strategi dan memberi hala
tuju bagi semua sektor masyarakat supaya mereka dapat bekerjasama serta mengambil
bahagian secara langsung dalam usaha memantapkan nilai etika dan integriti (Kadir Dikoh,
2004 dan Mustafar Ali, 2004). Justeru „Tekad 2008‟ dikemukakan iaitu:
1. Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan
2. Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi
kerenah birokrasi
3. Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan
4. Memantapkan institusi keluarga
5. Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat

Strategi pelaksanaan dan pelan tindakan PIN merangkumi lapan komponen institusi
masyarakat dan negara iaitu institusi keluarga, komuniti, masyarakat sivil (pertubuhan
bukan-kerajaan), institusi sosiobudaya, institusi agama, institusi ekonomi, institusi politik dan
institusi pentadbiran. Keberkesanan dan penentu kejayaan PIN merangkumi lapan
komponen utama iiatu kesediaan individu untuk berubah, kepimpinan berteladan, pendidikan
berterusan & berulang, komunikasi berkesan, kesediaan individu untuk berubah, kecukupan
& kecekapan sumber, kerangka perundangan berkesan & kehakiman bebas, kerjasama
jentera politik & pentadbiran serta persekitaran budaya yang kondusif (Mustafar Ali, 2004).

Menyedari kepentingan dan komitmen negara terhadap pengukuhan integriti sebagai asas
pembangunan sumber manusia berkualiti, kertas kerja ini akan membincangkan tentang
definisi, kerangka konseptual dan nilai integriti secara menyeluruh dalam usaha menjana
sumber manusia dengan kualiti bertaraf dunia.

LATAR BELAKANG INTEGRITI

Integriti merupakan satu konsep yang kompleks (Widang & Fridlund, 2003). Integriti berasal
daripada perkataan latin: „integer‟ yang bermaksud menyeluruh, sempurna dan kesatuan
yang teguh (Widang & Fridlund, 2003). Pendefinisian terhadap istilah integriti boleh
diklasifikasikan kepada empat perspektif iaitu ketekalan nilai peribadi, komitmen terhadap
nilai peribadi, komitmen terhadap nilai komuniti dan komitmen terhadap nilai-nilai murni
(Stanford Encyclopedia of Philosophy, 2004).

Pellegrino (1990), merujuk integriti sebagai tahap/keadaan keseimbangan di antara ruang


pribadi (privacy), autonomi and nilai individu. Roberts (1994), pula memberikan takrifan yang
lebih mudah iaitu kesatuan di antara komitmen sepenuhnya kepada nilai yang dipegang
dalam setiap ucapan dan tindakan seseorang. Takrifan Roberts (1994) selari dengan
Musschenga (2001) yang menakrifkan integriti sebagi konsistensi dan koherensi dalaman
keyakinan seseorang dengan penyataan dan tindakannya (Musschenga, 2001).

Integriti merupakan konsep penting dalam pentaakulan etika (Widang & Fridlund, 2004)
kerana integriti berkait rapat dengan pembentukan dan pengukuhan etika yang baik
(Mahathir Mohamad, 2004) serta melaksanakan perkara yang betul (Musatafar Ali, 2004).
Justeru, integriti juga didefinisikan sebagai kepercayaan terhadap komitmen dan
kemampuan seseorang memelihara moral diri tanpa sebarang kompromi (Gross, 2001).
Integriti juga menerangkan elemen tingkahlaku pekerja dan kejayaan yang melibatkan
urusan yang adil, kejujuran dan kebolehpercayaan di tempat kerja (Mehrabian, 2000).

Peranan dan Kepentingan Integriti di Kalangan Staf

Integriti merupakan elemen penting kesejahteraan staf. Kajian terdahulu mendapati integriti
mempunyai hubungan yang positif dengan kesejahteraan individu (Widang & Fridlund,
2003), kesejahteraan komuniti dan kesejahteraan organisasi (Ones et. Al., 2003). Integriti
membentuk staf yang mempunyai tingkah laku yang baik (Ones et. Al., 2003 dan Mikulay &
George, 2001) dan bebas daripada tingkah laku kaunter produktif (Mikulay & George, 2001).
Antara tingkah laku kaunter produktif tersebut adalah mencuri, vandalisme, memanjangkan
waktu rehat tanpa kebenaran dan ponteng kerja (Mikulay & George, 2001). Sebaliknya,
kelemahan integriti akan menyumbang kepada keruntuhan nilai moral dan kerosakan
sesuatu profesyen pekerjaan (Hardingham, 2004). Sehubungan itu, Mikulay dan George,
2001 mencadangkan pengambilan individu berintegriti tinggi untuk meminimumkan kadar
kaunter produktif di tempat kerja (Mikulay & George, 2001).

Integriti mempengaruhi kejayaan emosi, kejayaan kerjaya dan kewangan, kejayaan kerja,
kejayaan perhubungan dan kejayaan fizikal staf (Mehrabian, 2000). Kejayaan emosi
merupakan pengaruh untuk menjadi gembira, puas hati atau tenang dan sebaliknya risau,
cemas, kecewa, marah atau tidak berpuas hati (Mehrabian, 2000). Kejayaan kerjaya dan
kewangan didefinisikan dalam konteks kejayaan kerja dan keupayaan mengawal kebiasaan
perbelanjan dan simpanan yang mencukupi untuk masa depan dan kerjaya seseorang
(Mehrabian, 2000). Kejayaan kerja didefinisikan dalam aspek produktiviti tinggi, keseronokan
bekerja, dedikasi terhadap tugas dan optimis terhadap kerjaya seseorang berbanding
kebiasaan kerja yang teruk dan tidak dapat dipercayai, hubungan yang buruk dengan rakan
sekerja dan penyelia, kecenderungan melakukan aktiviti yang dilarang di tempat kerja dan
sikap menganggap kerja sebagai satu paksaan (Mehrabian, 2000). Kejayaan dalam
perhubungan didefinisikan dalam konteks kepuasan umum, keharmonian dan hubungan
yang menggembirakan dengan rakan, rakan sekerja, saudara mara dan pasangan
berbanding hubungan yang dipenuhi dengan konflik, pertentangan, kekecewaan, perpisahan
dan kesengsaraan. Kejayaan fizikal didefinisikan dalam aspek kebiasaan berorientasikan
kesihatan (seperti senaman berterusan, diet yang sihat dan rehat yang mencukupi) dan
penjagaan kesihatan yang minima berlawanan dengan pengabaian kesihatan dengan
kekurangan nutrisi, penyalahgunaan arak, tembakau dan penagihan dadah serta kekerapan
pergantungan terhadap penjagaan kesihatan akibat penyakit kesilapan sendiri (Mehrabian,
2000).

Pembentukan Integriti Staf

Individu bertanggungjawab terhadap pembentukan integriti diri mereka. Menurut Aristotle,


individu adalah bermoral apabila melakukan tindakan yang betul kerana mengetahui
tindakan itu adalah betul secara konsisten dan sebati dengan dirinya (Wakin, 1996). Oleh itu,
Aristotle berpendapat adalah sangat penting untuk membentuk nilai moral yang baik melalui
kebiasaan dan latihan (Wakin, 1996). Individu juga perlu mempunyai keberanian untuk
menentukan sempadan untuk mempertahankan diri daripada perkara yang merosakkan
dirinya sediri dan nilai yang dipegang (Widäng & Fridlund, 2003). Koonce (1998), pula
menyarankan agar individu menyerlahkan kreativiti, tidak terlalu serius sehingga kehilangan
sense of humor, melakukan perkara yang betul, tidak bersifat taksub kepada pribadi tertentu
dan mendengar pendapat orang lain (Koonce, 1998) untuk menjana integriti diri mereka.

Komuniti dan organisasi mempengaruhi pembangunan integriti. Komuniti mempengaruhi


integriti professional kerana komuniti profesion tersebut terlibat dalam setiap tahap
pembangunan profesional (Wakin, 1996). Komuniti menentukan kelayakan dan standard
kecekapan ahli (Wakin, 1996). Integriti boleh dikekalkan dengan mewujudkan persekitaran
kerja yang selamat dan hukuman yang berterusan (Mikulay & George, 2001). Pembangunan
integriti juga memerlukan perubahan dalam budaya organisasi dan pendidikan dengan
menumpukan kepada pembentukan moral komuniti (Hardingham, 2004). Pendapat ini
selaras dengan Musschenga (2001), yang menekankan kepada pendidikan sebagai
pendekatan utama pembangunan integriti untuk memahami falsafah dan kepentingannya
serta menjadikannya sebagai sebahagian daripada identiti diri.

M. Kamal Hasan (2004), mengemukakan penyelesaian kepada kemelut integriti dalam


konteks pribadi.dan konteks organisasi atau jabatan. Menurutnya, dalam konteks peribadi,
individu perlu mengawal hawa nafsu, menyucikan hati, bertaqwa kepada Allah serta
memantapkan aqidah dan akhlak tepuji. Organisasi pula perlu mematuhi kod etika Ikrar
Integriti Perkhidmatan Awam, berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan mewujudkan
mekanisme penyeliaan yang efektif. Beliau kemudiannya menyimpulkan, secara dasarnya
integriti terbentuk daripada kekuatan rohani dan kesucian aqidah tauhid (M. Kamal Hasan,
2004).

Nilai-Nilai Integriti

Oleh kerana kajian integriti ini dibuat dalam konteks staf di Malaysia, nilai-nilai murni tersebut
adalah nilai-nilai murni yang dikongsikan bersama oleh rakyat Malaysia. Nilai tersebut adalah
nilai dan etika perkhidmatan awam Malaysia kerana kakitangan perkhidmatan awam adalah
cermin dan tauladan kepada masyarakat Malaysia khususnya dalam konteks kerjaya. Nilai-
nilai ini dikongsikan bersama di dalam pelbagai kempen dan dasar-dasar yang digubal oleh
kerajaan serta diwartakan melalui perantaraan media massa dan program-program khusus
di seluruh Negara. Nilai dan etika perkhidmatan awam terkandung dalam Tonggak Dua
Belas iaitu, menghargai masa, ketekunan membawa kejayaan, keseronokan bekerja,
kemuliaan kesederhanaan, ketinggian peribadi, kekuatan sifat baik hati, pengaruh teladan,
kewajipan menjalankan tugas, kebijaksanaan berhemat, keutamaan kesabaran, peningkatan
bakat dan nikmat mencipta (Institut Tadbiran Awam Negara, 1994). Tonggak Dua Belas
berasaskan tujuh teras etika perkhidmatan awam iaitu: berazam meningkatkan mutu
perkhidmatan, bekerja dengan penuh tanggungjawab, berusaha mengikis sikap
mementingkan diri, bekerja dengan penuh muhibbah dan kemesraan, bekerja ke arah
memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara, bekerjasama dalam membenteras
kelemahan serta musuh negara dan berpegang teguh kepada ajaran agama (Institut
Tadbiran Awam Negara, 1994). Nilai dalam Tonggak Dua Belas merangkumi Etika Teras
Perkhidmatan Awam, Nilai Murni Profesional, Etika Pentadbiran Awam serta Nilai dan Etika
Perkhidmatan Awam: nilai peribadi asas, nilai mengutamakan pelanggan, nilai kepimpinan,
nilai profesionalisme, nilai produktiviti/kualiti dan nilai-nilai keagamaan.

Kesemua nilai-nilai murni tersebut dapat diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu kesucian
hati (purity), amanah (trustworthiness) dan kebijaksanaan dalam berfikir dan bertindak
(wisdom). Jadual 1 menunjukkan nilai dan etika perkhidmatan awam berasaskan tiga
klasifikasi tersebut. Kesemua nilai-nilai ini adalah penting untuk memastikan pencapaian misi
dan visi negara untuk melahirkan sumber manusia yang mempunyai kualiti bertaraf dunia.
Jadual 1: Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam

Kesucian Hati
Amanah
Kebijaksanaan
Teras Perkhidmatan Awam
Berpegang teguh kepada ajaran agama
Meningkatkan mutu perkhidmatan, bertanggungjawab memajukan pemikiran rakyat dan
pembangunan negara, bekerjasama membenteras kelemahan & musuh negara
Tidak mementingkan diri, bekerja penuh muhibbah & kemesraan

Tonggak Dua Belas

Ketinggian peribadi dan baik hati


Menghargai masa dan ketekunan menjalankan tugas, pengaruh teladan
keseronokan bekerja, nikmat mencipta, peningkatan bakat kreatif, kemualiaan
kesederhanaan, kebijaksanaan berhemat dan kesabaran

Nilai Murni Profesional


Ikhlas
Adil, amanah, bertanggungjawab, dedikasi, tekun dan berdisiplin

Etika Pentadbiran Awam


Jujur, benar dan sopan
Adil dan berani
Pemaaf, sabar, tenang, mudah didampingi dan simpati

Nilai-Nilai Peribadi Asas


Ikhlas,
Amanah, bersih, ertanggungjawab,
berdedikasi, berdisiplin, bekerjasama dan tekun
Sederhana
Kesucian Hati
Kebertanggungjawaban (Amanah)
Kebijaksanaan

Nilai Mengutamakan Pelanggan

Berbudi mulai, bersabar, sopan santun dan peramah

Nilai-nilai Kepimpinan
Adil
Berani dan syura

Nilai-nilai Profesionalisme

Jujur, neutraliti, akauntabiliti dan berkecuali


Berilmu, kreatif, inovatif, integriti, neutraliti, intelektual,

Nilai-nilai Produktif/ Kualiti


Produktiviti dan kualiti

Nilai-nilai Keagamaan
Bersyukur dan Beriman
Bertakwa

Perbincangan dan Cadangan

Kertas kerja ini memfokuskan kepada definisi, kerangka konseptual dan nilai-nilai integriti
yang perlu diterapkan sebagai asas pembangunan staf. Fokus ini diberikan setelah
menyedari kepentingan integriti kepada kesejahteraan dan kejayaan individu, organisasi dan
negara. Perbincangan dimulakan dengan pendefinisian terhadap konsep integriti. Integriti
dalam konteks kertas kerja ini didefinisikan sebagai:

“pengetahuan, kesedaran, penghayatan dan pegangan teguh kepada nilai-nilai murni secara
konsisten yang disertai komitmen sepenuhnya terhadap nilai-nilai tersebut dalam setiap
perkataan dan tindakan untuk mencapai kecemerlangan diri dan organisasi”.

Definisi tersebut kemudiannya dikembangkan kepada model integriti untuk memahami


konsep integriti secara lebih menyeluruh. Rajah 1 menunjukkan model integriti yang
merangkumi empat komponen penting iaitu ilmu, motif atau niat yang betul, penghayatan
nilai-nilai murni dan komitmen terhadap nilai tersebut.

Ilmu merupakan teras utama integriti. Ilmu dalam konteks ini adalah pegetahuan dan
kefahaman tentang falsafah, nilai, kepentingan dan tujuan integriti dengan jelas dan
mendalam. Ilmu ini kemudiannya akan memberikan kesedaran untuk menghayati nilai
integriti bagi mencapai kecemerlangan diri dan organisasi. Motivasi yang kuat dan matlamat
yang teguh ini kemudiannya akan mendorong individu untuk menghayati nilai-nilai integriti
secara mendalam dan menjadikan ianya sebagai nilai yang sebati dengan dirinya. Apabila
nilai tersebut telah sebati dengan jiwa individu, individu akan berusaha untuk memberikan
komitmen sepenuhnya terhadap nilai yang dipegang dalam setiap tutur kata dan
tindakannya. Oleh itu, individu dikatakan mempunyai integriti yang tinggi apabila tindakannya
selaras dengan nilai-nilai murni yang dipegangnya.

RAJAH 1
Model Integriti

Definisi dan model integriti yang dibincangkan hampir mempunyai persamaan dengan
akhlak. Akhlak sepertimana integriti adalah nilai yang telah kukuh sebati dalam diri individu
dan diikuti dengan komitmen sepenuhnya terhadap nilai tersebut sehingga ianya menjadi
tabiat kebiasaan. Perbezaan diantara keduanya adalah pada piawaian dan motif nilai
tersebut. Piawaian integriti adalah berasaskan nilai etika yang diterima sebagai nilai yang
positif dan baik secara universal (nilai-nilai murni atau moral virtues). Piawaian nilai akhlak
pula berpaksikan kepada nilai yang telah termaktub di dalam Al-Quran dan sunnah. Motif
integriti adalah kesejahteraan sejagat (universal peace) manakala motif akhlak adalah
keredaan Allah SWT. Sehubungan itu, kerangka konseptual integriti tidak dapat lari daripada
membicarakan persoalan akhlak kerana nilai akhlak bersifat mutlak dan terdapat
perkongsian nilai di dalam kedua-dua aspek tersebut (aspek integriti dan akhlak).

Berasaskan model integriti yang dikemukakan, terdapat empat peringkat dalam proses
pembentukan integriti iaitu ilmu (knowledge), motif (motive) atau niat, penghayatan
(internalization) dan komitmen (commitment) atau amalan. Sehubungan itu, dalam usaha
untuk memantapkan integriti staf, empat aspek di bawah perlu diambil kira:
1. ilmu dan kesedaran
a. mengetahui misi dan visi organisasi
b. mengetahui peranan staf kepada pencapaian matlamat organisasi
c. mengetahui spesifikasi tugas dengan jelas
d. mengetahui matlamat, kepentingan dan falsafah setiap nilai murni kepada diri dan
organisasi

2. menetapkan motif atau matlamat yang ingin dicapai


a. menetapkan niat dan matlamat diri
b. memastikan matlamat diri selari dengan matlamat organisasi
c. menetapkan nilai-nilai murni yang ingin dihayati dan diamalkan
3. penghayatan nilai-nilai murni
a. menjadikan nilai-nilai murni sebagai nilai diri
b. membincangkan setiap nilai yang dihayati
c. menggalakkan orang lain mengamalkan nilai-nilai murni
4. komitmen/amalan
a. mengaplikasikan nilai-nilai murni di tempat kerja
b. mengaplikasikan nilai-nilai murni di mana sahaja

Nilai-Nilai Integriti

Nilai-nilai integriti dalam konteks kajian ini adalah nilai-nilai murni yang perlu diketahui,
dihayati dan diadaptasikan di dalam kehidupan seharian oleh staf dalam organisasi untuk
menjamin kesejahteraan dan kejayaan organisasi tersebut. Sehubungan itu, nilai-nilai
integriti disenaraikan dalam Jadual 2 dicadangkan sebagai nilai integriti yang perlu dihayati
bersama. Setiap nilai integriti tersebut dikategorikan kepada lapan jenis nilai iaitu nilai
amanah, nilai bijaksana, nilai terminal, nilai instrumental, nilai pusat, nilai pinggiran, nilai
eksplisit dan nilai implisit. Nilai amanah adalah nilai wajib yang membolehkan individu
menyempurnakan amanah atau tanggungjawab yang diberikan.

Jadual 2: Matrik Nilai Integriti Mengikut Jenis Nilai

Nilai bijaksana merupakan nilai yang memerlukan kebijaksanaan individu dalam berfikir dan
bertindak untuk mencapai misi dan visi organisasi. Nilai terminal merupakan tujuan akhir
(end states) sesuatu tingkahlaku seperti nilai kehidupan selesa, kemanan, kebebasan,
kebahagiaan, keharmonian dan kejayaan organisasi (Nelson, 2004). Nilai instrumental
merupakan cara bertingkah laku (ways of behaving) seperti nilai rajin, dedikasi, bersopan,
jujur dan pemaaf (Nelson, 2004). Nilai utama atau pusat merupakan nilai utama yang paling
penting terhadap organisasi. Nilai sekunder atau pinggiran merupakan nilai pengembangan
daripada nilai-nilai teras tersebut seperti syukur, sabar, sederhana, bersopan dan adil. Nilai
eksplisit merupakan nilai luaran individu manakala nilai implisit pula merupakan nilai
dalaman individu. Berasaskan jadual di bawah, 19 nilai amanah, 22 nilai bijaksana, lima nilai
terminal, 37 nilai instrumental, 10 nilai pusat, 32 nilai sekunder, 17 nilai eksplisit dan 31 nilai
implisit dikenalpasti daripada nilai-nilai integriti tersebut.

Dalam kajian ini, lima nilai teras telah dipilih iaitu berilmu, beriman, amanah, ikhlas dan
tenang kerana ianya merupakan teras untuk mencapai kejayaan hidup. Oleh itu, kelima-lima
nilai teras ini dikongsikan bersama bagi setiap sub elemen kejayaan di bawah (kejayaan
emosi, hubungan, fizikal dan kerja). Selain daripada lima nilai teras tersebut, setiap sub
elemen kejayaan yang juga tergolong sebagai nilai terminal memerlukan nilai-nilai
instrumental untuk mencapai matlamatnya. Kejayaan emosi memerlukan individu berfikiran
positif, pemaaf, baik hati dan bersyukur. Kejayaan fizikal memerlukan individu bersifat ceria,
tertib dan cergas. Kejayaan hubungan memerlukan individu bersifat adil, sederhana, benar,
mesra, penyayang, bekerjasama, beradab sopan, bertimbangrasa, ithar (mementingkan
orang lain) dan sabar. Kejayaan kerja pula memerlukan individu mempunayi nilai kreatif,
inovatif, berani, tegas, berhemat, teliti, produktif, tekun, syura, bertanggungjawab, adil,
berdisiplin, berdedikasi, berketerampilan dan berkepimpinan.

Kerangka Konseptual Integriti

Berasaskan sorotan literatur yang dibuat, model pemantapan integriti dicadangkan untuk
memahami kerangka konseptual pemantapan integriti secara lebih meluas dan menyeluruh.
Rajah 2 menunjukkan hubungan di antara integriti staf, penilaian integriti, strategi
pemantapan integriti dan motif utama integriti. Status integriti staf dapat diukur melalui alat
ukuran psikologi, rekod kakitangan dan status produk atau perkhidmatan yang diberikan
serta beberapa aspek lain. Maklumat yang tentang profail integriti staf membolehkan
organisasi mengenalpasti strategi berkesan untuk mengukuhkan integriti staf. Staf yang
dikenalpasti mempunyai integriti yang lemah perlu dibantu melalui program-program latihan
ke arah pemantapan ilmu, iman dan akhlak serta mekanisme pentadbiran, penyeliaan dan
latihan yang berkesan diperingkat organisasi. Ini kerana kedudukan integriti yang lemah
boleh mengakibatkan tsunami di dalam organisasi. Tsunami dalam konteks ini adalah
kerosakan sumber manusia dan material yang mengakibatkan kualiti dan produktiviti
organisasi terjejas. Staf berintegriti tinggi pula perlu dilibatkan dalam program tersebut untuk
memperkukuhkan lagi integriti mereka disamping membantu staf lain mengukuhkan integriti
dengan menunjukkan teladan yang baik dan perhubungan yang membina. Oleh itu, proses
pemantapan berlaku lebih cepat kerana faktor persekitaran kerja memberikan pengaruh
yang besar terhadap integriti

RAJAH 4
Cadangan Model Pemantapan Integriti

Model Pemantapan Integriti Staf individu. Pengukuhan nilai integriti ini akhirnya akan
melahirkan staf berintegriti tinggi di dalam organisasi. Integriti yang tinggi di kalangan staf ini
kemudiannya akan membolehkan mereka mencapai kecemerlangan diri dengan mempunyai
kualiti yang tinggi samada dalam aspek fizikal, psikososial mahupun intelek. Staf yang
berkualiti tinggi ini seterusnya menjadi pemangkin kepada pencapaian cemerlang misi dan
visi organisasi.

Pengukuhan integriti adalah proses yang berterusan kerana nilai individu boleh berubah
mengikut masa dan situasi. Justeru, individu perlu mengambil inisiatif untuk mengukuhkan
integriti mereka manakala organisasi perlu melakukan pemantauan, menyediakan
persekitaran yang membina untuk memupuk nilai integriti dan mewujudkan mekanisme
penyeliaan yang berkesan dari masa ke semasa.

Pemantapan nilai integriti memerlukan masa yang lama dan komitmen yang padu,
sehubungan itu organisasi digalakkan mengambil tindakan proaktif dengan pemilihan staf
berintegriti tinggi ke dalam organisasi. Tindakan proaktif ini membolehkan risiko kepincangan
tingkah laku dan pentadbiran dapat dikurangkan kerana staf yang tidak mempunyai integriti
berkecenderungan mempengaruhi staf lain untuk melakukan kesilapan yang sama samada
secara langsung atau tidak langsung.

You might also like