You are on page 1of 1

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai kaedah “Rekenrak”


dalammeningkatkan kemahiran menolak dengan mengumpul semula dikalangan
murid tahun satuyang terdiri daripada 7 orang . Selain itu, penyelidikan ini turut
memberi peluang kepada saya menambah baik amalan keguruan saya dalam
matapelajaran Matematik berhubung dengan kemahiran dan kaedah dalam
kemahiran menolak dengan mengumpul semula. Kesukaran memahami
mengumpul semula menyebabkan murid-murid kurang mahir dalam menyelesaikan
kemahiran menolak. Satu perancangan tindakan dibuat bagi meningkatkan kemahiran
menolakdengan mengumpul semula dengan menggunakan Kaedah rekenrak. Sesi
bimbingan dijalankan selama 4 minggu pada setiap hari Rabu selama satu jam bagi
setiap sesi. Ia dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Maklumat
daripada pemerhatian ,temubual dan soal selidik menunjukkan terdapat peningkatan
dari segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam Matematik. Setelah
kajian tindakan dilakukan, keputusan Ujian Pos menunjukkan peningkatan prestasi
dimana kesemua murid sasaran saya dapat menjawab soalan dengan betul. Secara
keseluruhannya, kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan kualiti amalan
pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam meningkatkan kemahiran menolak
dengan mengumpul semula dengan menggunakan Kaedah Rekenrak

You might also like