You are on page 1of 6

KEBERKESAN PENGGUNAAN TEKNIK

PEMBELAJARAN BERKOPERATIF MODEL PLACEMAT


CONSENSUS DALAM PENULISAN KARANGAN
PELAJAR TAHAP SATU
1 2
Norwahdah Alias and Zamri Mahamod
1
Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Utara, Kementerian Pendidikan Malaysia
Norwahdahalias@gmail.com
2
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
d-zam@ukm.edu.my

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan berdasarkan kaedah kajian kuasi eksperimen untuk melihat sejauh manakah keberkesanan teknik
pembelajaran koperatif model Placemat Consensus dalam penulisan karangan bahasa Melayu pelajar tahap satu.
Eksperimen ini memakan masa hampir sebulan dan sampel kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar tahun tiga
Cempak, Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang yang terletak di negeri Selangor. Dalam kajian ini,
pelajar kelas rawatan telah didedahkan dengan teknik pembelajaran koperatif model Placemat Consensus. Setiap pelajar
telah diberikan dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra dijalankan untuk menilai tahap pencapaian tiap-
tiap pelajar sebelum proses rawatan dijalankan. Manakala ujian pasca dijalankan adalah untuk menilai perbezaan
pencapaian pelajar selepas rawatan diberikan. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science
(SPSS) versi 21. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat min, sisihan piawai, kekerapan , peratusan dan statistik
inferens untuk melihat ujian t bagi menjawab kesemua hipotesis kajian. Dapatan kajian yang pertama menunjukkan
bahawa terdapat perbezaan yang signifikan markah penulisan karangan antara ujian pra dan ujian pasca dengan nilai–t =-
11.771 dan sig =0.00 (p<0.05). Manakala dapatan kajian yang kedua, mendapati bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan dalam markah pencapaian penulisan karangan antara ujian pra dan ujian pasca dengan nilai–t =-12.042 dan
sig =0.00 (p<0.05). Begitu juga dapatan kajian yang ketiga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan
peratusan pencapaian penulisan karangan antara ujian pra dan ujian pasca dengan nilai–t = -9.204 dan sig =0.00
(p<0.05). Hasil dapatan kajian mendapati bahawa kaedah pembelajaran koperatif telah berjaya memperlihatkan
peningkatan pelajar dalam markah, isi dan perenggan pelajar dalam penulisan karangan.

ABSTRACT
This study was conducted based on the quasi experimental study method to see how effective the cooperative learning
technique of the Placemat Consensus model was in the writing of the Malay language essay writing. The experiment took
nearly a month and the sample of this study was composed of 30 students year Three Cempaka of Sekolah Kebangsaan
Pelabuhan Utara, Port Klang located in the state of Selangor. In this study, treatment class students were exposed with
cooperative learning techniques of the Placemat Consensus model. Each student has been given two types of tests ie pre
test and post test. Pre-test is conducted to assess the level of achievement of each student before the treatment process is
conducted. While post-test is to evaluate the difference in student achievement after treatment is given. The data were
analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 21. Descriptive statistics were used to see the
mean, standard deviation, frequency, percentages and inferential statistics to see the t test to answer all the hypotheses of
the study. The findings of the first study showed that there were significant differences between the pre test and the post
test with the t-value = -11.771 and sig = 0.00 (p <0.05). While the second finding finds that there is a significant
difference in the score of writing essay writing between pre test and post test with t = -12.042 and sig = 0.00 (p <0.05).
Similarly, the findings of the third study show that there is a significant difference in the percentage of writing
achievement between pre test and post test with t-value = -9.204 and sig = 0.00 (p <0.05). The findings of the findings
show that the cooperative learning method has succeeded in expanding the students' scores, grades and paragraphs in
writing.
Kata kunci: koperatif, pembelajaran, pencapaian, penulisan karangan

PENGENALAN

Aktiviti menulis karangan memerlukan idea dan pengolahan ayat yang baik dan gramatis. Dalam kalangan murid yang
bijak mengarang, mudah untuk murid-murid meluahkan atau melahirkan idea dalam masa yang singkat. Walau
bagaimanapun, tidak semua murid dapat melahirkan idea dan menulis karangan dengan baik. Hal ini sejajar dengan
pandangan Yahya (2005) dan Ahmad Khair (2005) yang menyatakan bahawa penguasaan kemahiran menulis bukan
hanya bergantung kepada bakat semata-mata tetapi dipengaruhi juga oleh kaedah pengajaran yang berkesan.

118
Ini amat bersesuaian dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang menekankan beberapa objektif
yang perlu dicapai oleh murid dalam pembelajaran bahasa. Walau bagaimanapun, ianya adalah lebih menekankan
objektif penulisan yang perlu dikuasai oleh murid. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM 2012) menekankan antara
objektif dalam KSSR bagi penulisan iaitu murid dapat menguasai kemahiran (i)pramenulis dengan betul, (ii) menulis
secara mekanis dengan betul dan kemas, (iii) membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat yang betul, (iv) menulis
imlak dengan tepat, (v) mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan
menggunakan bahasa yang santun, (vi) menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul, (vii) mengedit
dan memurnikan hasil penulisan.

PENYATAAN MASALAH

Bahasa Melayu telah menjadi subjek yang wajib lulus di semua peringkat persekolahan di negara kita dengan
terlaksananya Laporan Razak pada tahun 1961 dan disebabkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan, maka telah banyak masa diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran tersebut di peringkat persekolahan.
Banyak masa yang telah digunakan untuk mengajar kemahiran menulis dan mengarang di bilik darjah iaitu selama enam
tahun di sekolah rendah , lima hingga tujuh tahun di sekolah menengah dan empat tahun di peringkat universiti. Namun,
masih ramai pelajar yang lemah dalam kemahiran tersebut terutamanya apabila melibatkan peperiksaan atau ujian di
sekolah.

Raminah Hj. Sabran (1989), menyatakan pelajar sepatutnya berkebolehan menghasilkan penulisan yang baik.
Namun demikian, mereka tidak mampu menghasilkan karangan yang baik kerana terdapat banyak aspek dalam penulisan
yang belum lagi mereka kuasai. Kebanyakan para pelajar hanya menulis tanpa perancangan dan strategi yang sesuai.
Masalah ini akan semakin meruncing sekiranya guru hanya menggunakan pendekatan pembelajaran tradisional yang
sehala. Guru yang lemah dalam merancang kaedah pembelajaran mengajar karangan berkemungkinan besar pelajar
lemah dalam menghasilkan karangan yang baik.

Guru bahasa melayu perlu memainkan peranan penting dalam memastikan murid-murid mengusai kemahiran
belajar menulis karangan. Ini selari dengan saranan (Abd. Ghafar 2012;Mohd Yususf 2000; Abd. Fatah 1998; Leonard &
Karen 1996) yang menyatakan guru perlu kreatif dan berinovatif dalam menjana idea, konsep dan strategi baru untuk
mempertingkat amalan berkesan dalam pengajaran. Menurut Kamisah (2011) perlunya kajian bagi membangunkan
kaedah yang bersesuaian untuk memantapkan kemahiran menulis. Dapatan Kamisah (2011) mengukuhkan kajian
Marohaini dan Zulkifli (1997) yang menyatakan penekanan pengajaran kemahiran mengarang perlu melibatkan kaedah,
strategi dan teknik yang sesuai. Selain itu, dalam kajian yang dijalankan oleh Norul Azman (2014), tentang sejauh
manakah keberkesanan pengajaran bahasa Melayu dengan menggunakan kaedah koperatif dalam mengajar tajuk
karangan jenis fakta untuk murid-murid sekolah rendah mendapati penulisan murid lebih baik dan tersusun.

Menurut Norul Azman (2014) lagi, sejauh manakah keberkesanan pengajaran bahasa Melayu dengan
menggunakan kaedah koperatif dalam mengajar tajuk karangan jenis fakta untuk murid-murid sekolah rendah mendapati
penulisan murid lebih baik dan tersusun. Dapatan Salha Mohamed Hussain (2014), pula menunjukkan keberkesanan
pembelajaran koperatif dalam meningkatkan motivasi pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu. Dapatan kajian yang
dijalankan oleh Nurul Huda (2014), tentang kesan kaedah pembelajaran koperatif terhadap pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Matematik di UTHM pula menunjukkan pelajar-pelajar yang menjalankan pembelajaran koperatif
mendapat keputusan yang lebih baik berbanding pelajar yang melalui pembelajaran tradisional.

Teknik pembelajaran koperatif teams games tournament telah dibentuk oleh penyelidik dari John Hopkins.
Menurut Slevin 1982 dalam Zamri 2014, konsep item dalam teknik TGT ialah ganjaran kumpulan, tanggungjawab
individu dan pelung yang sama. Siti Nornadirah (2013) menyatakan bahawa bermain merupakan suatu pendekatan
terancang, dan berstruktur bagi memberikan peluang kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa belajar dalam suasana
yang tidak begitu formal, menyeronokkan dan bebas. Hal ini dapat disokong daripada artikel yang ditulis oleh Zakiah,
Aldiana dan Yeoh (2011) yang mengatakan bahawa belajar melalui bermain merupakan aktiviti yang membolehkan
kanak-kanak meneroka hubungan, menambah pengetahuan dan meningkatkan keyakinan.

Ia disokong dengan dapatan kajian oleh Lau Gim Ling (2012) menunjukkan bahawa penggunaan kaedah bermain
sambil belajar didapati berjaya meningkatkan minat serta penglibatan peserta kajian dalam pembelajaran Sains, sekaligus
meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran sains. Menurut Zamri (2014) ganjaran diberikan berdasarkan
pencapaian semua ahli dalam sesuatu kumpulan. Zamri (2014) juga menjelaskan TGT sama seperti STAD pada asasnya
tetapi ujian, kuiz dan pembentangan telah digantikan dengan permainan akademik yang dijalankan setiap minggu.
Namun begitu semasa permainan sedang berlangsung, ahli kumpulan tidak dibenarkan membantu rakan yang terlibat
dalam permainan itu. Oleh hal demikian, fokus utama dalam kaedah pembelajaran koperatif ini adalah melalui
permainan.

119
Kebanyakan kajian-kajian lepas yang telah dilakukan oleh pengkaji dengan menggunakan pembelajaran koperatif
dalam penulisan karangan menjurus kepada pelajar-pelajar tahap dua iaitu pelajar tahun empat, lima dan enam.
Sedangkan pelajar-pelajar tahap satu iaitu tahun tiga telah mula mempelajari penulisan karangan berdasarkan Sukatan
Pembelajaran tahun Tiga. Seharusnya, murid-murid ini perlu dilentur seawal tahap satu lagi agar murid ini apabila
mereka memasuki tahap dua, mereka telah pun ada pengetahuan sedia ada bak kata pepatah ‘melentur buluh biar dari
rebungnya’ Justeru, kajian ini akan mengkaji keberkesanan model Placemat Consensus dalam penulisan karangan
kepada pelajar tahap satu khususnya untuk murid tahun tiga. Seterusnya, kajian ini juga akan melihat keberkesanan
pembelajaran koperatif teori placemat consensus dalam penambahbaikan markah penulisan, isi penulisan dan perenggan
karangan murid.

OBJEKTIF KAJIAN

Objketif khusus kajian ini ialah:

1. Mengenal pasti perbezaan markah antara ujian pra dan ujian pasca dalam penulisan karangan pelajar yang
menjalani pembelajaran berkoperatif model Placemat Consensus.
2. Mengenal pasti perbezaan daripada segi penulisan isi karangan antara ujian pra dan ujian pasca dalam penulisan
karangan pelajar yang menjalani pembelajaran berkoperatif model Placemat Consensus
3. Mengenal pasti perbezaan dalam bentuk pemerengganan antara ujian pra dan ujian pasca dalam penulisan
karangan pelajar yang menjalani pembelajaran berkoperatif model Placemat Consensus.

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan kajian ini saya merangka beberapa soalan iaitu:

1. Adakah terdapat perbezaan markah antara ujian pra dan ujian pasca dalam penulisan karangan pelajar yang
menjalani pembelajaran berkoperatif model Placemat Consensus?
2. Adakah terdapat perbezaan daripada segi penulisan karangan antara ujian pra dan ujian pasca dalam karangan
pelajar yang menjalani pembelajaran koperatif model Placemat Consensus?
3. Adakah terdapat perbezaan dalam bentuk pemerengganan antara ujian pra dan ujian pasca dalam karangan pelajar
yang menjalani pembelajaran koperatif model Placemat Consensus ?

HIPOTESIS KAJIAN

Soalan di atas menguji hipotesis null iaitu:

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara markah ujian pra dan ujian pasca dalam karangan pelajar yang
menjalani pembelajaran koperatif model Placemat Consensus

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara isi karangan ujian pra dan ujian pasca dalam karangan pelajar yang
menjalani pembelajaran koperatif model Placemat Consensus

Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara perenggan karangan ujian pra dan ujian pasca dalam karangan
pelajar yang menjalani pembelajaran koperatif Placemat Consensus.

METODOLOGI

Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen yang melibatkan pelajar-pelajar bilik darjah yang sedia ada. Dalam kajian ini,
pelajar-pelajar tahun tiga iaitu kelas 3 Cempaka telah dibahagikan kepada enam kumpulan . Kaedah eksperimen yang
dijalankan ini menggunakan reka bentuk ujian pra dan ujian pasca yang disarankan dan dimajukan oleh Wiesrma
(2000:133).

Reka bentuk kajian pelajar yang terlibat ialah pelajar tahun Tiga Cempaka yang dijadikan kelas eksperimen.
Pelajar-pelajar ini juga didedahkan dengan pembelajaran koperatif dan juga diajar dalam kelas semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Ujian pra terlebih dahulu dijalankan ke atas pelajar-pelajar ini untuk menguji dan mengukur
kebolehan mereka. Kemudian pelajar-pelajar kelas ini diajar dan didedahkan dengan pembelajaran sebanyak lapan kali
pertemuan dan diakhiri dengan ujian pasca. Bentuk-bentuk item di dalam ujian pasca adalah serupa seperti dijalankan di
dalam ujian pra, namun itemnya bukan item yang sama. Dapatan daripada eksperimen ini merupakan keputusan terhadap
ujian kali ini. Dalam kajian ini strategi pembelajaran koperatif yang digunakan merupakan pemboleh ubah kekal
manakala pencapaian pelajar pemboleh ubah bersandar.
120
Populasi sasaran pengkaji dalam kajian ini ialah populasi yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah iaitu pelajar
tahun tiga di sebuah sekolah di daerah Pelabuhan Klang. Gorgensen (1989) menyatakan bahawa pemilihan tempat kajian
adalah mustahak bagi memastikan kejayaan yang dijalankan. Dalam hal Spradley (1980) pula menyatakan bahawa
seorang pengganti itu mempunyai sebab-sebab tersendiri untuk menentukan pemilihan tempat kajiannya sebagaimana
yang telah dinyatakan sebelum ini. Tujuan utama kajian ini dijalankan untuk melihat kesan pembelajaran koperatif dalam
penulisan karangan pelajar tahun tiga.oleh itu, menerusi kahian ini sampel telah dipilih membabitkan seluruh kumpulan
secara rawak. Sampel kajian menggunakan murid yang sedia ada di dalam kelas yang ingin dikaji.

Oleh itu bagi memenuhi keperluan kajian ini pengkaji memilih 30 orang pelajar tahun tiga di sekolah di Sekolah
Rendah Pelabuhan Utara. Pengkaji memilih tempat kajian ini kerana pengkaji juga berkhidmat di sekolah ini. Pemilihan
tempat kajian ini adalah berdasarkan kriteria pemilihan tempat kajian yang telah dicadangkan oleh Sparley (1980).
Menurut beliau salah satu kriteria pemilihan tempat ialah tempat tersebut mestilah mudah dikunjungi oleh pengkaji dan
tidak kompleks bagi menjimatkan masa penyelidikan.

Ujian pasca bertujuan untuk melihat setakat manakah keberkesanan pembelajaran koperatif yang telah dijalankan
oleh pengkaji. Soalan yang diberikan adalah dalam bentuk karangan jenis kreatif. Pengkaji akan mengendalikan kelas
eksperimen ini. Sebanyak satu soalan yang akan dikemukakan dan masa yang diperuntukkan selama 40 minit bagi
memperoleh markah.

Selepas ujian dijalankan, semua data dikumpulkan pada perjumpaan terakhir iaitu selepas 6 kali pertemuan
dengan pelajar. Pengumpulan ini dilakukan sendiri oleh pengkaji. Segala data akan dianalisis secara deskriptif dalam
bentuk peratusan. Sewaktu menilai sesebuah karangan, selalunya pihak guru cuba memberi gred atau markah, sebaliknya
di dalam penilaian perkara yang lebih penting ialah untuk membantu para pelajar sedar kekuatan atau kelemahan sesuatu
karangan yang mereka hasilkan.

Setelah ujian pra dan pasca dikumpulkan, proses penganalisisan data bermula. Program Komputer Statistical
Package For Sciences (SPSS) versi 12 telah digunakan. Penggunaan program komputer ini mampu memaparkan data
dalam bentuk statistik deskriptif. Untuk menguji hipotesis kajian, ujian t digunakan bagi menentukan sama ada
terdapatnya perbezaan yang signifikan antara pembelajaran koperatif dan pembelajaran tradisional. Hasil analisis
terhadap ujian pra dan ujian pasca membolehkan kesimpulan diambil berhubung dengan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang lebih efektif.

ANALISIS DATA

Bagi mendapatkan maklumat dan jawapan terhadap soalan 1, pengkaji telah memeriksa dan menganalisis serta menilai
karangan pelajar mengikut skema pemarkahan bahasa Melayu kertas Kertas II, Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
Pengkaji telah memberi markah karangan pelajar dalam bentuk peratusan. Analisis dan tafsiran data daripada karangan
pelajar pada peringkat ujian pra dan ujian pasca dilakukan untuk memastikan prestasi pelajar dalam penulisan karangan.
Kemudian pengkaji telah membandingkan perbezaan prestasi pada peringkat ujian pra dan ujian pasca.

DAPATAN KAJIAN

Di samping itu, bagi mendapatkan maklumat dan jawapan terhadap soalan 2, pengkaji telah memeriksa dan menilai serta
membuat pemilihan isi daripada setiap perenggan dalam karangan pelajar. Setiap isi dilihat dari bilangannya dan
bagaimana isi itu dikembangkan dengan lengkap dalam setiap perenggan. Setiap isi dilihat juga adalah lengkap
dihuraikan berserta contoh untuk pelengkapnya. Isi yang kurang, bercampur aduk dan tidak juga dikelaskan mengikut
gred yang diberikan. Pengkaji juga menilai setiap markah isi dengan baik, sederhana, cukup dan lemah bagi setiap isi
dalam setiap perenggan. Pengkaji juga turut membandingkan perbezaan prestasi dalam ujian pra dan ujian pasca.

Bagi mendapatkan maklumat dan jawapan terhadap soalan 3 pula, analisis dan tafsiran data daripada karangan
pelajar pada peringkat ujian pra dan ujian pasca dilakukan untuk melihat struktur pemerengganan dalam karangan
pelajar. Penanda wacana dilihat sama ada bersesuaian atau tidak dalam karangan. Adakah pelajar boleh membuat
karangan menggunakan penanda wacana yang betul dan setiap perengan ada kesinambungannya. Pengkaji juga melihat
setiap perenggan yang dibauat cukup untuk huraian isi

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara markah ujian pra dan ujian pasca dalam karangan pelajar yang
menjalani pembelajaran koperatif model think pair share.

Analisis ujian–t bebas digunakan untuk mengenal pasti perbezaan peratusan pencapaian penulisan karangan ujian Pra dan
ujian Pasca. Hasil analisis ujian –t bebas tersebut seperti jadual 3. Jadual 3 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
121
yang signifikan markah penulisan karangan kumpulan rawatan antara ujian pra dan ujian pasca dengan nilai–t =-11.771
dan sig =0.00 (p<0.05). Dari segi min menunjukkan bahawa markah penulisan karangan ujian pasca (min=82.33 dan sp
=8.23) mempunyai markah penulisan karangan yang lebih tinggi berbanding dengan markah karangan dalam ujian pra (
min=69.50 dan sp=10.03). Ini menunjukkan hipotesis nol (HO1 ) adalah ditolak.

Jadual 1 Ujian t bebas perbezaan pencapaian markah penulisan karangan ujian pra dan ujian pasca
Ujian N min s.p nilai t Df Sig.
Pra 30 69.5000 10.03 -11.771 29 0.00
Pasca 30 82.3333 8.23

2) Adakah terdapat perbezaan ini karangan antara ujian pra dan ujian pasca dalam penulisan karangan pelajar yang
menjalani pembelajaran koperatif ?

Pada peringkat ini, pengkaji akan melihat dua aspek yang berikut:

i. Ujian pra
ii. Ujian pasca

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara isi karangan ujian pra dan ujian pasca dalam karangan pelajar yang
menjalani pembelajaran koperatif model Placemat Consensus.

Analisis ujian–t bebas digunakan untuk mengenal pasti perbezaan peratusan pencapaian penulisan karangan ujian
Pra dan ujian Pasca. Hasil analisis ujian –t bebas tersebut seperti jadual 3. Jadual 3 menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan peratusan pencapaian penulisan karangan kumpulan rawatan antara ujian pra dan ujian pasca
dengan nilai–t =-12.042 dan sig =0.00 (p<0.05). Dari segi min menunjukkan bahawa peratus penulisan karangan ujian
pasca (min=3.066 dan sp = 52083) mempunyai peratus pencapaian penulisan karangan yang lebih tinggi berbanding
dengan peratusan pencapaian karangan dalam ujian pra ( min=1.900 dan sp=6618). Ini menunjukkan hipotesis nol
(HO1) adalah ditolak.

Jadual 1: Ujian t bebas perbezaan pencapaian markah penulisan karangan ujian pra dan ujian pasca
Ujian N min s.p nilai t Df Sig.
Pra 30 1.900 6618 -12.042 29 0.00
Pasca 30 3.066 52083

3) Pada fasa ini, pengkaji akan melihat dua aspek yang berikut:

i. Peringkat ujian pra


ii. Peringkat ujian pasca

Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara perenggan karangan ujian pra dan ujian pasca dalam karangan
pelajar yang menjalani pembelajaran koperatif Placemat Consensus .

Analisis ujian–t bebas digunakan untuk mengenal pasti perbezaan peratusan pencapaian penulisan karangan ujian Pra dan
ujian Pasca. Hasil analisis ujian –t bebas tersebut seperti jadual 3. Jadual 3 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
yang signifikan peratusan pencapaian penulisan karangan kumpulan rawatan antara ujian pra dan ujian pasca dengan
nilai–t = -9.204 dan sig =0.00 (p<0.05). Dari segi min menunjukkan bahawa peratus penulisan karangan ujian pasca
(min=3.553 dan sp =5560) mempunyai perenggan karangan yang lebih tinggi berbanding dengan perenggan karangan
dalam ujian pra ( min=2.500 dan sp=6747). Ini menunjukkan hipotesis nol (HO3) juga adalah ditolak.

Ujian N min s.p nilai t Df Sig.


Pra 30 2.500 6747 -9.204 29 0.00
Pasca 30 3.553 5560

122
DAPATAN KAJIAN

Kajian ini merupakan satu analisis pencapaian yang dijalankan berasaskan kerangka teoretis kuasi eksperimen bagi
melihat keberkesanan teknik pembelajaran koperatif tehadap penulisan karangan bahasa Melayu. Pelajar tahun 3 di
sebuah sekolah rendah. Berdasarkan keputusan dan petunjuk yang diterima didapati bahawa teknik pembelajaran
koperatif telah menunjukkan kesan yang positif dan memberangsangkan ke arah mempertingkatkan keupayaan para
pelajar dalam penulisan karangan karangan dengan menggunakan teknik pembelajaran koperatif .

Teknik pembelajaran koperatif seharusnya digunakan dan dimanfaatkan oleh para guru dalam pelajaran penulisan
karangan kerana teknik ini dianggap dapat mendedahkan pelajar beberapa maklumat asas berkaitan dengan penulisan
karangan . teknik ini juga membantu para pelajar memahami cara penulisan karangan dan cara melahirkan idea dan
maklumat dengan teratur dan kemas kini melalui pembelajaran koperatif . Begitu juga setelah teknik ini digunakan
pelajar akan bekerjasama tolong menolong dan bertindak sebagai satu pasukan yang mantap tanpa mengira sebarang
perbezaan yang wujud sesama mereka.

KESIMPULAN

Kajian ini menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian tahap penulisan pelajar
namun untuk merubah persepsi terhap teknik harus dilaksanakan. Para guru perlu memahami dab membuat perancangan
yang sebaiknya sebelum mengadakan seisi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan tenik ini.

Sekiranya guru boleh mengaplikasikan pembelajaran koperatif dalam semua pelajaran akan terlahirlah warga
yang mampu berfikiran kritis, kreatif, bertanggungjawab, bersemangat berpasukan, tolong menolong dan menggalakkan
interaksi sosial di kalangan pelajar. Kesediaan para pendidik untuk mengaplikasikan pelbagai teknik merupakan sesuatu
yang sungguh bermakna. Untuk memberi keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran

RUJUKAN

Ahmad Najdi .2001. Keberkesanan Pembelajaran Secara Koperatif dalam Matapelajaran Bahasa Arab Tinggi Tingkatan
Empat. Projek Sarjana Pendidikan.Universiti kebangsaan Malaysia.

Awang Ideris Awang Daud. 2000. Pembelajaran Kooperatif: Strategi AlternatifPengajaran Pembelajaran di Peringkat
Pengajian Tinggi . Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan 2001. UKM 14-15 November.

Bahagian Pendidikan Guru 2002. Pengurusan Pembelajaran Bestari. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.

Noraini Idris. 2013. Penyelidikan dalam Pendidikan. McGraw- Hill Education. Shah Alam.

Lim Chong Hin . 2007. Penyelidikan Pendidikan Pendekatan Kuantitaif dan Kualitatif. McGraw-Hill Education. Shah
Alam.

Chua Yan Piaw. 2011. Kaedah Penyelidikan Edisi Kedua. McGraw-Hill Education. Shah Alam.

Sabitha Marican. 2006. Penyelidikan Sains Sosial Pendekatan Pragmatik. McGraw-Hill Education. Shah Alam.

Rahman Harun, Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Sharifah Nor Puteh &
Jamaludin Badusah, 2012. Teknik SALAK dalam menjana idea membina ayat dengan cepat dan efektif. Selangor.
Jurnal Pendidikan
Bahasa MelayuJPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ) ISSN 2180-4842. Vol2,Bil 2 (Nov 2012) : 84-93

Awang Sariyan. 2011. Pendidikan Bahasa Melayu Dalam Pembentukan Jati Diri Bangsa: Pengajaran Bahasa. Persatuan
Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Trengganu dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan (2012). Peranan pendidikan bahasa dalam kehidupan. Dewan Bahasa (5): 16-19.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan. 2007. Menguasai Penyelidikan
dalam Pendidikan Teori, Analisis dan Inteprestasi Data. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

123

You might also like