You are on page 1of 6

Kelas Tuisyen Bahasa Melayu 2019

Tajuk:
Huraikan pendapat anda tentang persediaan-persediaan yang boleh dilakukan oleh
murid untuk menghadapi peperiksaan.

KANDUNGAN AYAT
(AI) Peperiksaan sangat penting kepada murid-murid di sekolah.
AYAT ISI
Hal ini demikian kerana, dengan adanya peperiksaan murid-
(AH) murid dan guru dapat mengetahui pencapaian masing-
AYAT HURAIAN masing setelah belajar dalam tempoh masa tertentu.

Contohnya, Penilaian Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran


Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
(AC) bertujuan menguji pencapaian akademik seseorang selain
AYAT CONTOH sebagai syarat untuk mereka melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi.

Namun begitu, tidak semua murid memperoleh keputusan


(AK) yang cemerlang selepas sesuatu peperiksaan diduduki
AYAT KESAN / lantaran persediaan sebelum menghadapi peperiksaan
KBAT adalah tidak maksimum.

Oleh itu, terdapat banyak persediaan yang boleh dilakukan


(AT)
oleh murid-murid untuk menghadapi peperiksaan.
AYAT TUGASAN

1 Kelas Cikgu Zainudin (1/2019)


Kelas Tuisyen Bahasa Melayu 2019
Arahan: Baca petikan di bawah dengan teliti

Pelbagai langkah penguatkuasaan dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi


mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya khususnya pada musim perayaan.
Bagaimanapun, di sebalik pelbagai inisiatif yang diambil pihak berkuasa berkenaan
nampaknya kadar kemalangan dan kematian tidak banyak berubah.
Persoalannya, adakah kegagalan penguatkuasaan ataupun sikap pengguna jalan raya itu
sendiri menyebabkan masalah ini tidak dapat diselesaikan sepenuhnya.
Ikuti temu bual MOHD FIRDAUS IBRAHIM bersama Pengarah Jabatan Siasatan dan
Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor untuk
merungkai isu ini.
Kenapa kadar kemalangan masih tinggi biarpun pelbagai langkah penguatkuasaan
ataupun kaedah digunakan PDRM bagi mengatasinya. Adakah mekanisme digunakan
tidak betul atau di manakah salahnya?
Kadar kemalangan jalan raya di Malaysia yang masih tinggi disifatkan sebagai punca
daripada sikap pengguna jalan raya itu sendiri. Sikap pengguna yang cuai merupakan faktor
utama kadar kemalangan jalan raya di negara ini berada di tahap yang membimbangkan.
Selain itu, peningkatan jumlah kenderaan yang tidak sejajar dengan pembangunan
infrastruktur jaringan jalan raya dikenal pasti sebagai antara punca utama kemalangan di
Malaysia.
Boleh terangkan sikap pengguna jalan raya yang bagaimana menyebabkan
berlakunya kemalangan?
Seperti saya terangkan tadi, saya melihat sikap pengguna jalan raya itu sendiri yang
menyumbang kepada berlakunya kemalangan.
Sikap cuai yang saya maksudkan tadi seperti penggunaan telefon bimbit ketika memandu,
minum air dan memandu melebihi kelajuan.
Boleh kongsikan punca atau faktor lain menyebabkan kemalangan?
Faktor terbabas sendiri dilihat sebagai punca utama kemalangan maut yang mana pada Op
Selamat baru-baru ini mencatatkan sebanyak 82 kes daripada 208 kes keseluruhan. Faktor
lain yang menjadi penyumbang utama kemalangan maut ialah masuk laluan bertentangan,
cuba memotong kenderaan/tukar lorong, tidak perasan ada kenderaan lain, cuai keluar dan
masuk simpang jalan, mengekori terlalu rapat kenderaan di hadapan, membuat pusingan U
dan melawan aliran trafik.
Pada pendapat tuan, adakah Op Selamat mampu mendidik pengguna jalan raya
supaya jadi berhemah, sekali gus mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya
terutama pada musim perayaan?
Penurunan jumlah kematian dalam Op Selamat 12 berbanding Op Selamat 10 dalam
tempoh sama pada tahun lalu memberi gambaran bahawa usaha bersepadu pelbagai pihak
dalam menangani isu kemalangan dan kematian di jalan raya sedikit sebanyak
menampakkan hasilnya dan mampu mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berhemah.
Pelaksanaan Op Selamat tidak boleh dipandang remeh oleh pengguna jalan raya dan orang
ramai kerana operasi pemantauan dan penguatkuasaan itu mempunyai banyak
kebaikannya selain usaha untuk menurunkan kadar kemalangan dan kematian.

2 Kelas Cikgu Zainudin (1/2019)


Kelas Tuisyen Bahasa Melayu 2019
Latihan 1:

KANDUNGAN AYAT

(AI)
AYAT ISI

(AH)
AYAT HURAIAN

(AC)
AYAT CONTOH

(AK)
AYAT KESAN / KBAT

(AT)
AYAT TUGASAN

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

3 Kelas Cikgu Zainudin (1/2019)


Kelas Tuisyen Bahasa Melayu 2019

Tajuk:
Huraikan pendapat anda tentang persediaan-persediaan yang boleh dilakukan oleh
murid untuk menghadapi peperiksaan.

KANDUNGAN AYAT
(AI/AT) Persediaan pertama yang boleh dilakukan oleh murid untuk
AYAT ISI / menghadapi peperiksaan ialah mereka perlu mengulang kaji pelajaran
AYAT TUGASAN
(AH) Hal ini demikian kerana, dengan mengulang kaji pelajaran murid-
AYAT HURAIAN murid akan mengukuhkan ingatan tentang perkara yang diajar oleh
(APA) guru dalam bilik darjah.
(AH) Kebiasaannya pelajaran yang dipelajari dalam bilik darjah beberapa
AYAT HURAIAN bulan terdahulu menjadi sukar diingati kerana gangguan pelajaran
(MENGAPA1) terkini atau masalah-masalah yang lain.

Dengan mengulang kaji pelajaran seseorang murid dapat mengingat


(AH)
kembali formula atau kemahiran yang perlu dikuasai sekiranya soalan
AYAT HURAIAN
tersebut keluar dalam peperiksaan.
(BAGAIMANA)
Contohnya, seorang murid yang sedang mengulang kaji pelajaran
matematik tentulah perlu mengingati formula yang digunakan dan
(AC) sekiranya masih kurang difahami murid tersebut boleh lagi
AYAT CONTOH menanyakan guru-guru atau rakan-rakan untuk mengukuhkan
kefahaman sebelum menduduk peperiksaan pada hari sebenar.

Kesan mengulang kaji pelajaran ini ialah seseorang murid dapat


(AK) menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan tepat kerana pelajaran
AYAT KESAN tersebut telah diulang kaji sebelum menduduki peperiksaan .

(AP) Jelaslah bahawa, mengulang kaji pelajaran membantu seseorang


AYAT PENEGASAN murid menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin.
4 Kelas Cikgu Zainudin (1/2019)
Kelas Tuisyen Bahasa Melayu 2019

Tajuk:
Huraikan pendapat anda tentang persediaan-persediaan yang boleh dilakukan oleh
murid untuk menghadapi peperiksaan.

KANDUNGAN AYAT

(AR) Kesimpulannya terdapat banyak persediaan yang boleh dilakukan oleh


AYAT RUMUSAN murid bagi menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tiba.

Kesannya, melalui persediaan awal, murid-murid dapat menetapkan


(AK)
sasaran dan mengetahui tahap persediaan mereka serta menambah
AYAT KBAT / KESAN
keyakinan mereka terhadap sesuatu pelajaran.

Saya mencadangkan supaya murid-murid tidak culas ketika mengikuti


(AC) jadual waktu mengulang kaji pelajaran kerana hanya murid yang
AYAT CADANGAN berdisiplin tinggi sahaja yang akan melepasi gangguan dan halangan
belajar.

(AH) Diharapkan dengan persiapan awal tersebut murid-murid dapat


AYAT HARAPAN menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan mudah dan tepat.

(AM) Maka hasrat negara yang ingin melahirkan masyarakat yang pintar dan
AYAT MATLAMAT berdaya saing di peringkat global akan tercapai.

5 Kelas Cikgu Zainudin (1/2019)


Kelas Tuisyen Bahasa Melayu 2019

6 Kelas Cikgu Zainudin (1/2019)

You might also like