You are on page 1of 1

Mentafsir Guna Tanah Yang Terdapat Di Kawasan

Kajian
Guna tanah merujuk kepada semua aktiviti mengubah dan menyesuaikan
permukaan tanah untuk memenuhi keperluan manusia. Guna tanah boleh
diklasifikasikan kepada bentuk aktiviti seperti perindustrian, perumahan,
pertanian, bandar, institusi dan sebagainya. Konsep dan definisi aktiviti guna
tanah kebanyakannya tidak mempunyai satu keseragaman yang khusus.

Peta lakar ini menunjukkan jenis-jenis guna tanah yang terdapat di kawasan
kajian. Berikut adalah senarai jenis-jenis guna tanah yang terdapat di kawasan
kajian ……………….. (nama kampung anda) antaranya ialah petempatan, terdapat
banyak rumah didirikan di kawasan kajian saya untuk didiami oleh penduduk di
kawasan tersebut. Selain itu, terdapat juga kemudahan asas yang dibina oleh
pihak kerajaan untuk kegunaan masyarakat di kawasan ini seperti dewan orang
ramai, jaringan jalan raya yang baik untuk kemudahan masyarakat untuk
bergerak ke satu tempat ke tempat yang lain, Klinik Desa, taman rekreasi untuk
masyarakat di sini beriadah seperti padang bola dan gelangang futsal untuk
golongan muda. Pertanian juga merupakan guna tanah yang terdapat di
kawasan kajian seperti penanaman padi, mangga harumanis, pisang , tebu dan
pokok getah. Terdapat juga aktiviti guna tanah yang lain iaitu industri
penternakan seperti penternakan lembu, ayam dan kambing yang diusahakan
secara sederhana oleh masyarakat setempat.

You might also like