You are on page 1of 21

TAHUN KOD NILAI TAJUK

1 1 Mengucap Dua Kalimah Syahadah


2 Rukun Islam
3 Rukun Iman
4 Beristinjak
2 6 Cara Berwuduk
10 Solat Fardu
a) Lafaz niat Solat Subuh,Zuhur,Asar,Maghrib dan Isyak
b)Takbiratul Ihram
c) Semua Rukun Fi'li
d) Surah Al-Fatihah
3 10 Solat Fardu
Semua Rukun Fi'li & Semua Rukun Qauli
13 Adab Terhadap Ibu Bapa
4 5 Membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis.
8 Cara mandi wajib
10 Solat Fardu
a) Rukun-rukun solat
b) Sunat Ab'ad & Hajat
16 Kewajipan Menutup Aurat
5 7 Tayamum
9 Azan,Iqamah, Jawapannya dan doa selepas Azan dan Iqamah
10 Solat Fardu
a) Rukun-rukun solat
b) Sunat Ab'ad & Hajat
c) Dua Surah (Pilihan Murid)
6 10 Solat Fardu
a) Rukun-rukun solat
b) Sunat Ab'ad & Hajat
c) Dua Surah (Pilihan Murid)
KOD : 01
MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
SOALAN Sebutkan Dua Kalimah Syahadah dengan sempurna.

L1.1

JAWAPAN

(-----------------------------------------------)

SOALAN Nyatakan erti Dua Kalimah Syahadah.

L1.2

JAWAPAN Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi

bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah.

KOD : 02
RUKUN ISLAM

SOALAN Sebutkan Rukun lslam satu persatu.

L2.1

JAWAPAN Rukun lslam lima Perkara:

a) Mengucap Dua Kalimah Syahadah.


b) Menunaikan Solat Lima Waktu sehari semalam.
c) Mengeluarkan Zakat.
d) Berpuasa bulan Ramadan.
e) Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan.
KOD : 03
RUKUN IMAN
SOALAN Sebutkan Rukun lman satu persatu :

L3.1

JAWAPAN Rukun lman enam perkara :

a) Beriman kepada Allah.


b) Beriman kepada Malaikat.
c) Beriman kepada Kitab.
d) Beriman kepada Rasul
e) Beriman kepada Hari Akhirat.
f) Beriman kepada Qadha' dan Qadar.(------------------------------)

SOALAN Bagaimana anda beriman kepada Allah SWT?


L3.2

JAWAPAN Mengaku bahawa Allah SWT ada dan melaksanakan perintah-Nya dengan sempurna.

KOD: 4

BERISTINJAK(-------------)

S0ALAN Terangkan cara beristinjak dengan menggunakan air.


L4.1

JAWAPAN Membasuh qubul dan dubur ( ------------ ) dengan menggunakan air


mutlak sehingga diyakini bersih.

SOALAN Sebutkan benda-benda yang boleh digunakan untuk beristinjak selain air.
L4.2

JAWAPAN a) Batu
b) Benda kesat
SOALAN Terangkan cara beristinjak dengan menggunakan batu atau benda kesat.

L4.3

JAWAPAN Menyapu qubul dan dubur dengan menggunakan sekurang-kurangnya

tiga biji batu atau benda yang kesat sehingga diyakini bersih.

KOD : 05

MEMBERSIHKAN ANGGOTA BADAN, PAKAIAN DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS

SOALAN Kain ini terkena najis Mukhaffafah(---------------------)

Terang dan tunjukkan cara menyucikannya.

JAWAPAN Percikkan air mutlak di kawasan yang terkena najis.

SOALAN Kaki anda terkena naiis Mutawassitah(-------------------)


Terang dan tunjukkan cara menyucikannya.

JAWAPAN 1. Buangkan najis.


2. Basuh bahagian yang terkena najis dengan menggunakan air
mutlak sehingga hilang bau, warna dan rasa.

SOALAN Di lantai ini terdapat najis Mughallazah(--------------------------)


Terang dan tunjukkan cara menyucikannya.

JAWAPAN 1. Buangkan najis,


2. Basuh dengan air mutlak yang bercampur tanah ( satu kali ).
3. Basuh dengan air mutlak ( enam kali ) sehingga diyakini bersih.
KOD : 06

CARA BERWUDUK

SOALAN Tunjukkan cara berwuduk dengan betul dan sempurna


A6.1
JAWAPAN

1. Membaca (------------------------------)
2. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan (tiga kali)
3. Berkumur (tiga kali)
4. Memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya (tiga kali)
5. Menyebut lafaz niat wuduk, seperti :
(--------------------------)
6. Membasuh muka (tiga kali). Basuhan pertama disertakan
dengan niat, seperti : "sahaja aku berwuduk kerana Allah Taala"

Catatan:
Kawasan muka ialah: Dari gigi rambut hingga ke bawah dagu eian dari anak telinga
kanan hingga ke anak telinga kiri.

7. Membasuh tangan kanan hingga ke siku (tiga kali) Kemudian


8. membasuh tangan kiri hingga ke siku (tiga kali).
9. Menyapu sebahagian kepala dengan air (tiga kali).
10. Menyapu kedua-dua telinga dengan air (tiga kali)
11. Membasuh kaki kanan hingga ke buku lali (tiga kali) Kemudian
12. membasuh kaki kiri hingga ke buku lali (tiga kali).
13. Membaca doa wuduk.

(-------------------------------------------)

Ertinya:
Saya naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Tuhan Yang
Maha Esa, tiada sekutu bagiNya dan saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan
pesuruhNya. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami dari kalangan yang bertaubat, suci bersih dan
jadikanlah kami dari kalangan hambaMu Yang salih.
KOD : 07

CARA BERTAYAMUM

SOALAN Tunjukkan cara bertayamum dengan betul dan sempurna.


A7.1
JAWAPAN Cara bertayamum ialah :

1.
1. Sediakan debu yang suci.
2. Menghadap Kiblat
3. Membaca (-------------------------------)
4. Menyebut lafaz niat tayamum seperti:
(-------------------------------)
5. Menepuk debu dengan dua tapak tangan secara perlahan dan jari terbuka sambil berniat

(-------------------------------------)
"sahaja aku bertayamum untuk mengharuskan solat fardu kerana Allah Taala"

dan mengekalkan niat sehingga menyapu muka.


6. Menipiskan/mengurangkan debu dengan meniup atau menengkuh kedua-dua tangan di luar
tempat debu.
7. Menyapu debu ke muka.

Catatan.
Kawasan muka ialah dari gigi rambut ke bawah dagu dan dari
anak telinga kanan ke anak telinga kiri.
8. Membuangkan debu yang telah digunakan/Mustakmal (----------)yang masih melekat di tapak
tangan.
9. Menepuk debu dengan dua tapak tangan secara perlahan dan jari
terbuka untuk kali kedua di tempat yang lain kemudian menipiskannya dengan meniup atau
menengkuh kedua-dua
tangan.
10. Menyapu tangan kanan dengan cara:

10.1 Meletakkan jari tangan kiri di bawah jari tangan kanan


kecuali ibu jari.
10.2 Lurutkan jari tangan kiri hingga ke pergelangan tangan
kanan.
10.3 Genggamkan sedikit jari kemudian melurutkannya hingga
ke siku.
10.4 Pusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku.
10.5 Lurutkan tapak tangan hingga ke pergelangan tangan
dengan kedudukan ibu jari terangkat.
10.6 Lurutkan ibu jari kiri di belakang ibu jari kanan.

11. Menyapu tangan kiri dengan cara :

11.1 Meletakkan jari tangan kanan di bawah jari tangan kiri


kecuali ibu jari.
11.2 Lurutkan jari tangan kanan hingga ke pergelangan tangan
kiri.
11.3 Genggamkan sedikit jari kemudian melurutkannya hingga
ke siku.
11.4 Pusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku.
1 1.5 Lurutkan tapak tangan hingga ke pergelangan tangan
dengan kedudukan ibu jari terangkat
11.6 Lurutkan ibu jari kanan di belakang ibu jari kiri.
12. Menyelatijari kanan dan kiri.

KOD : 08
CARA MANDI WAJIB (MENGANGKAT HADAS BESAR)

SOALAN Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan mandi.


18.1
JAWAPAN Sebab-sebab yang mewajibkan mandi ialah:

a) Keluar mani

b) Haid (-----------)

c) Jimak (-------------)

d) Wiladah (----------------)

e) Nifas (-------------)

f) Mati selain dari mati syahid


SOALAN Terangkan cara mandi wajib yang betul dan sempurna.
L8.2

JAWAPAN Cara mandi wajib ialah:

1. Bersihkan badan daripada segala kekotoran.


2. Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke anggota badan.
3. Disunatkan berwuduk.
4. Sebut lafaz niat, seperti :
(---------------------------------------)
5. Jiruskan air ke kepala berserta niat.

Niatnya ialah :

"sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala"

5.1 Jirusan air ke kepala (tiga kali).


5.2 Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan (tiga kali).
5.3 Jiruskan pula air ke anggota badan sebelah kiri (tiga kali).

6. Ratakan air ke seluruh anggota badan dengan cara :

6.1 Selati rambut, janggut dan semua bulu supaya air sampai
ke kulit.

6.2 Ratakan juga air ke pelipatan dan celah anggota badan yang zahir seperti telinga ,
hidung, mata, ketiak, pusat,celah paha, qubul dan dubur dalam keadaan
mencangkung.

Perinqatan

Wuduk terlaksana sekiranya sepanjang mandi tidak menyentuh qubul dan dubur dan perkara-
perkara lain yang membatalkan wuduk.
KOD : 09

AZAN (------), IQAMAT (------), JAWAPANNYA


DAN DOA SELEPAS AZAN DAN IQAMAT
SOALAN Soalan kepada murid lelaki.
A/L9.1 Anda dikehendaki melaksanakan Azan dengan betul dan sempurna.

Soalan kepada murid perempuan.


Anda dikehendaki menerangkan cara melaksanakan Azan dengan
betul dan sempuna.

JAWAPAN

1. Berwuduk, makruh Azan tanpa wuduk.


2. Berdiri dan menghadap Kiblat.
3. Meletakkan jari telunjuk di telinga.
4. Melaungkan Azan.

AZAN

(---------------------------------------------------------)

PERINGATAN:
a) Sunat Tarji’,iaitu menyebut secara perlahan terlebih dahulu kalimah

(-------------------------------------------------)
a) Azan Subuh hendaklah ditambah kalimah :

(---------------------------------------------------------)

Selepas melaungkan kalimah :

(----------------------------------------------------------)

SOALAN Dengar Azan dan jawab dengan betul dan sempurna.


49.2
JAWAPAN Murid dikehendaki menjawab azan secara perlahan satu persatu
hingga akhir.

Jawapan Azan adalah sama seperti lafaz yang dilaungkan


oleh Muazzin(-------------------------) kecuali pada Azan Subuh.

(-------------------------------------------------)
SOALAN Anda dikehendaki memperdengarkan lqamat dengan betul dan sempurna
A9.3

JAWAPAN
1. Berdiri mengadap Kiblat.
2. Menyebut lafaz lqamat :

(-----------------------------------------------------)
SOALAN Dengar lqamat dan jawab dengan betul dan sempurna.
A9.4

JAWAPAN Murid dikehendaki menjawab lqamat secara perlahan satu persatu


hingga akhir.

(---------------------------------------------------------)

SOALAN Anda dikehendaki membaca doa selepas Azan dan lqamat.


A9.5
JAWAPAN Doa Azan dan lqamat:
Erti doa selepas Azan dan lqamat :

Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan


sembahyang yang didirikan, kurniakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad SAW
ketinggian dan kelebihan serta kedudukan yang
terpuji yang Engkau' telah janjikan. Sesungguhnya Engkau tidak
pernah memungkiri janji.

KOD : 10
SOLAT FARDU
SOALAN Anda dikehendaki memperdengarkan (Tasmi’) bacaan-bacaan berikut :

L10.1 a) Lafaz Niat solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak

b) Takbiratul Ihram
c) Doa Iftitah
d) Surah al-Fatihah
e) Dua Surah(pilihan murid)
f) Bacaan Rukuk
g) Bacaan Iktidal
h) Bacaan Sujud
i) Bacaan Duduk Antara Dua Sujud
j) Bacaan Tahiyat
k) Salam
l) Bacaan Qunut

JAWAPAN Bacaan-bacaan tersebut ialah :

1. Solat Subuh.

(------------------------------------------------)
Ertinya: Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat tunai kerana Allah Ta’ala.

2. Solat Zuhur.

(-----------------------------------------------)
Ertinya: Sahaja aku Solat Fardu Zuhur empat rakaat tunai kerana Allah Ta’ala.
3. Solat Asar.

(-----------------------------------------)

Ertinya : Sahaja aku Solat Fardu Asar empat rakaat tunai kerana Allah Ta’ala.

4. Solat Maghrib

(-------------------------------------)

Ertinya : Sahaja Aku Solat Fardu Maghrib tiga rakaat tunai kerana Allag Ta’ala.

5. Solat Isyak

(-----------------------------------)

Ertinya : Sahaja aku Solat Fardu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah Ta’ala.

b) Takbiratul Ihram : (----------------------------)


c) Doa Iftitah (-----------------------)

(----------------------------------------------------)
d) Surah Al-Fatihah :

(-----------------------------------------------)

e) Dua Surah : (Surah Al-Kafirun dan Surah Al-Ikhlas)

(-----------------------------------------------)

(------------------------------------------------)

f) Bacaan Rukuk : (------------------------------)


g) Bacaan I’tidal : (------------------------------)
h) Bacaan Sujud : (--------------------------)
i) Bacaan Dududk Antara Dua Sujud :

(---------------------------------------------------------)

j) Bacaan Tahiyat :

Bacaan Tahiyat Awal :

(-------------------------------------)

Bacaan Tahiyat Akhir :

(------------------------------------)

k) Bacaan Salam : (--------------------------------------------)


l) Bacaan Doa Qunut :

(-----------------------------------------------)

SOALAN Anda dikehendaki melakukan cara solat dengan betul dan sempurna.

A10.2 (Soalan ini hanya layak dijawab/dilakukan apabila calon telah Berjaya menjawab SOALAN

L10.1 di atas)

JAWAPAN Calon melakukan solat dengan betul dan sempurna seperti yang dinyatakan di bawah.

Contoh Solat Zuhur :

1. Berwuduk
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat
4. Berdiri bagi yang berkuasa

Rakaat yang pertama


5. Menyebut Lafaz niat :
6. Takbiratul Ihram sambal mengangkat kedua-dua tangan dengan menyamakan ibu jari ke paras
cuping telinga dan jari yang lain separas bahagian atas telinga dab kedua-dua tapak tangan
menghadap kiblat, berserta dengan niat : “Sahaja aku Solat Fardu Zuhur empat rakaat tunai
kerana Allah Ta’ala”
7. Meletakkan kedua-dua tangan di antara pusat dan dada, dan tangan kanan menggenggam
pergelangan tangan kiri , jari telunjuk dan jari tengah diluruskan.
8. Membaca doa Iftitah (----------------------)
9. Membaca Surah Al-Fatihah.
10. Membaca ayat-ayat atau surah daripada Al-Quran
11. Takbir Intiqal (-----------------) dengan mengangkat kedua-dua tangan seperti No.6 di atas dan
Rukuk serta Tomakninah (---------------------) sambal membaca bacaan rukuk tiga kali.

Rukuk ialah membongkokkan badan dengan menyamakan belakang dengan tengkuk. Kedua-dua
tapak tangan diletakkan di atas lutut dengan jari terbuka sambal memnadang tempat Sujud.

12. Iktidal (----------------------) serta Tomakninah dengan membaca bacaan Iktidal.

Iktidal ialah berdiri semula selepas Rukuk sambal mengangkat kedua-dua tangan dan kemudian
meluruskannya ke bawah.

13. Takbir Intiqal dan Sujud serta Tomakninah dengan membaca bacaan Sujud.
Sujud ialah menurunkan lutut dahulu, kemudian diikuti dua tapak tangan, jari dirapatkan supaya
menghadap Kiblat. Dahi pula diletakkan di tempat Sujud. Sementara jari kaki ditegakkan.
14. Takbir lntiqal dan Duduk Antara Dua Sujud secara lftirasy seria Tomakninah dengan membaca
Bacaan Duduk Antara Dua Sujud.
15. Takbir lntiqal dan Sujud serta Tomakninah seperti No. 13 di atas.
16. Takbir lntiqal dan bangun dari Sujud dan duduk sebentar sekadar Tomakninah, kemudian terus
berdiri untuk rakaat kedua tanpa mengangkat tangan.

Rakaat Yang Kedua

17. Membaca Surah Al-Fatihah.


18. Membaca ayat-ayat atau surah daripada Al-Qur'an.
19. Melakukan Rukuk, lktidal, Sujud, Duduk Antara Dua Sujud dan Sujud yang kedua seperti rakaat
pertama.
20. Takbir lntiqal dan Duduk Tahiyat Awal secara lftirasy seperti No. 14 di atas, kecuali jari tangan
kanan digenggam, manakala jari telunjuk diluruskan. Pada masa ini dibaca Bacaan Tahiyat Awal.
Ketika menyebut perkataan :

(-------------------------------------------------------)

Jari telunjuk hendaklah diangkat sedikit.

21. Takbir Intiqal dan bangun berdiri untuk rakaat yang ketiga serta mengangkat tangan.

Rakaat Yang Ketiga

22. Membaca Surah Al-Fatihah.


23. Melakukan Rukuk, lktidal, Sujud, Duduk Antara Dua Sujud, Sujud yang kedua.

Rakaat Yang Keempat

24. Membaca Surah al-Fatihah.


25. Melakukan Rukuk, lktidal, Sujud, Duduk Antara Dua Sujud, Sujud yang kedua.
26. Takbir Intiqal dan Duduk Tahiyat Akhir Secara Tawarruk(--------------------) dan membaca Bacaan
Tahiyat Akhir.

Duduk Tawarruk ialah meletakkan punggung ke lantai dan melentikkan jari kaki kanan serta
menyilangkan kaki kiri ke bawah kaki kanan. Tangan kanan diletakkan di atas lutut kanan dan jari
digenggam kecuali jari telunjuk diluruskan. Manakala tangan kiri pula diletakkan di atas lutut
kiri, jari diluruskan dan hujung jari menyamai lutut.

27. Mengucapkan Salam sambil memalingkan muka ke kanan dan kemudian mengucap Salam
Kedua sambil memalingkan muka ke kiri .
28. Meletakkan tangan di kepala sambil berdoa :
(--------------------------------------------------------------)
KOD : 13
ADAB TERHADAP IBU BAPA

SOALAN Terangkan jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh
L13.1 seorang anak.

JAWAPAN Jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh seorang anak ialah:
a) Mengandung
b) Melahirkan
c) Menyusukan
d) Mengasuh
e) Mendidik
f) Memberi nafkah
g) Mengasihi

SOALAN Apakah perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap
113.2 ibu bapa ?
JAWAPAN Perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap ibu bapa
ialah kasih sayang.

SOALAN Bagaimanakah cara menghormati ibu bapa ?


L13.3
JAWAPAN Cara menghormati ibu bapa :
a) Beradab sopan seperti bercakap baik, berlemah lembut, bergaul
mesra dan sentiasa menjaga perasaan mereka.
b) Mendoakan mereka.
c) Menziarahi mereka, sekiranya anak tinggal di tempat yang berasingan.
d) Menghormati sahabat-sahabat mereka.

SOALAN Bagaimanakah cara mentaati ibu bapa ?


113.4
JAWAPAN Cara mentaati ibu bapa ialah :
a) Mematuhi setiap arahan ibu bapa yang tidak bertentangan dengan lslam.
b) Tidak membantah dan kasar tutur kata terhadap ibu bapa.

You might also like