You are on page 1of 7

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk Kajian

Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan antara kepimpinan instruksional

guru besar dengan komitmen guru di sekolah rendah harian bercampur jantina dan

sekolah rendah harian tidak bercampur jantina. Kajian ini juga ingin melihat perbezaan

tentang kepimpinan instruksional dan komitmen guru di sekolah rendah harian bercampur

jantina dan sekolah rendah harian tidak bercampur jantina.

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan termasuklah

penggunaan pengujian statistik deskriptif dan inferensi berasaskan soal selidik. Kajian

melalui kaedah tinjauan dilihat tidak menggunakan masa yang terlau lama serta lebih

berkesan berbanding kaedah – kaedah yang lain (Mohamad Najib, 2003). Kajian ini juga

berbentuk analisis korelasi.

Sampel Kajian

Kajian ini melibatkan seramai 75 orang guru di dua buah sekolah harian bercampur

jantina dan 74 orang guru di dua buah sekolah harian tidak bercampur jantina dipilih

sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan bertujuan dalam

pemilihan sampel. Pendekatan ini dijalankan adalah untuk memastikan kesemua 149

orang guru dalam sampel mempunyai kriteria mengikut konteks yang dijalankan.

Responden adalah melebihi 30 orang dan menurut Chua (2006), andaian bahawa taburan

adalah normal biasanya dipenuhi kerana saiz sampel melebihi 30 orang.


Instrumen

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

a) Bahagian A ialah maklumat demografi.

b) Bahagian B untuk mengukur tingkah laku kepimpinan instruksional guru besar

yang mempunyai 50 item.

c) Bahagian C untuk mengukur komitmen guru yang mempunyai 17 item.

Kebolehpercayaan

Kajian ini akan menggunakan ‘Statiscal Package For The Social Sciences’ (SPSS) Versi

21.0 untuk mendapat nilai pekali kebolehpercayaan, Alpha Cronbach’. Menurut Mohd

Najib (1999) pula, pekali ‘Alpha Cronbach’ untuk instrumen kajian diukur mengikut

criteria. Nilai maksimum bagi pekali kebolehpercayaan ialah 1. Setelah melakukan ujian

‘Alpha Cronbach’, nilai pekali yang diperolehi kurang dari 0.6 maka bolehlah dianggap

instrumen yang digunakan di dalam kajian mempunyai nilai kebolehpercayaan yang

sederhana. Sekiranya mendapat nilai koefisyen yang tinggi iaitu 0.8 keatas maka

kebolehpercayaan adalah tinggi. Oleh yang demikian, item soal selidik yang dibina

mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Prosedur Pengumpulan Data

Soal selidik ini telah dihantar sendiri kepada guru- guru di sekolah terlibat. Guru akan

diberikan penjelasan tentang cara pengendalian soal selidik ini. Guru diberikan tempoh

masa selama tujuh hari untuk melengkapkan soal selidik.


Analisis Data

Data-data dan maklumat yang diperolehi dari soal selidik yang dijawab oleh guru- guru

dan diproses dengan menggunakan pengaturcaraan Statistical Package For the Social

Science (SPSS) 21.0. Analisis data melibatkan penggunaan statistik deskriptif dan

statistik inferensi. Aras signifikan yang ditetapkan ialah .05 (p˂ .05). Aras signifikan ini

secara umumnya diterima dalam membuat keputusan statistik oleh kebanyakan pengkaji

(Sekaran, 1992).
DAPATAN KAJIAN

Data kajian dikemukakan berdasarkan soal selidik ke atas 149 orang guru.

Analisis dapatan kajian dibentangkan dalam tiga bahagian. Bahagian pertama merujuk

kepada profil latar belakang responden kajian. Bahagian kedua pula merupakan perihalan

statistik deskriptif yang digunakan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan instruksional

guru besar dan komitmen guru di sekolah rendah harian bercampur jantina dan sekolah

rendah harian tidak bercampur jantina. Bahagian ketiga pula melibatkan statistik inferensi

untuk menjawab hipotesis yang telah dibentuk dalam kajian ini.

Analisis Profil Responden

Sampel kajian ini terdiri daripada 4 buah sekolah kebangsaan. Dua buah merupakan

sekolah rendah harian bercampur jantina. Dua buah lagi adalah sekolah rendah harian

tidak bercampur jantina.

Analisis Deskriptif

Menurut Mohd Majid Konting (2004), julat skor min yang diperoleh adalah antara

1.00 hingga 5.00. Bagi tujuan analisis, tahap analisis min telah dibahagikan kepada 3

bahagian. Bagi skor min antara 1.00 hingga 2.33 dianggap sebagai tahap rendah,

manakala bagi min antara 2.3 hingga 3.67 tahap sederhana dan min 3.68 hingga 5.00

adalah tahap tinggi.


Analisis Tahap Min Kepimpinan Instruksional.

Bagi kajian ini, ujian deskriptif telah dijalankan dengan mengkaji tahap min dan sisihan

piawai. Berdasarkan pada jadual di atas, tahap min bagi kesemua dimensi

(mendefinisikan matlamat sekolah, menguruskan program instruksional dan mewujudkan

iklim pembelajaran yang positif) berada pada tahap tinggi. Skor min keseluruhan juga

pada tahap tinggi iaitu 3.96 di sekolah rendah harian bercampur jantina dan 3.97 di

sekolah harian tidak bercampur jantina. Oleh itu, skor min bagi sekolah harian tidak

bercampur jantina adalah lebih tinggi daripada skor min sekolah harian bercampur jantina.

Analisis Tahap Komitmen Guru

Tahap min bagi sekolah rendah harian bercampur jantina mengikut dimensi

komitmen terhadap murid dan komitmen terhadap kerja mengajar adalah pada tahap

tinggi. Manakala tahap min bagi dimensi komitmen terhadap sekolah dan komitmen

terhadap profesion berada pada tahap sederhana. Sebaliknya, kesemua dimensi

(komitmen terhadap sekolah, komitmen terhadap muris, komitmen terhadap kerja

mengajar dan komitmen terhadap profesion) bagi sekolah rendah harian tidak bercampur

jantina berada pada tahap tinggi. Skor min keseluruhan juga pada tahap tinggi iaitu 3.95

di sekolah rendah harian tidak bercampur jantina dan 3.83 di sekolah rendah harian

bercampur jantina.Skor min keseluruhan bagi sekolah rendah harian tidak bercampur

jantina adalah lebih tinggi daripada sekolah rendah harian bercampur jantina.
Analisis Inferensi

Statistik inferensi yang digunakan untuk menguji hipotesis nol adalah dengan

menggunakan Ujian-t sampel bebas serta ujian korelasi Pearson. Terdapat empat

hipotesis nol yang dikemukakan dalam kajian ini iaitu:

i. Analisis perbezaan tentang kepimpinan instruksional guru besar dan

komitmen guru di sekolah rendah bercampur dan tidak bercampur jantina.

ii. Analisis hubungan yang signifikan antara kepimpinan instruksional guru besar

dan komitmen guru di sekolah rendah bercampur jantina.

iii. Analisis hubungan yang signifikan antara kepimpinan instruksional guru besar

dan komitmen guru di sekolah rendah harian tidak bercampur jantina.

Ujian-t sampel bebas telah dijalankan untuk membandingkan kepimpinan

instruksional antara sekolah rendah harian bercampur jantina dan sekolah

rendah harian tidak bercampur jantina. Dapatan menunjukkan tidak terdapat

perbezaan yang signifikan antara kepimpinan instruksional di sekolah rendah

bercampur jantina dan tidak bercampur jantina.


Rumusan

Analisis skor min bagi gaya kepimpinan instruksional guru besar di sekolah

rendah bercampur jantina dan sekolah rendah tidak bercampur jantina berada pada tahap

tinggi. Analisis skor min bagi komitmen guru sekolah rendah tidak bercampur jantina

berada pada tahap tinggi. Manakala bagi sekolah rendah bercampur jantina, skor min bagi

dua dimensi iaitu komitmen terhadp sekolah dan komitmen terhadap profesion adalah

pada tahap sederhana. Walaubagaimana pun, min keseluruhan untuk komitmen guru

adalah pada tahap tinggi. Melalui pengujian hipotesis kolerasi, dapatan kajian

menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan

instruksional guru besar dengan komitmen guru di sekolah rendah bercampur jantina dan

sekolah rendah tidak bercampur jantina. Manakala untuk pengujian hipotesis perbezaan

min, dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi

kepimpinan instruksional dan komitmen guru di sekolah rendah bercampur jantina dan

sekolah rendah tidak bercampur jantina.

You might also like