You are on page 1of 1

Kepada:

09 Januari 2018

Tuan / Puan,

MEMOHON TAJAAN UNTUK PROGRAM TITIAN ILMU KE BRUNEI

Perkara di atas dirujuk.


2. Sehubungan dengan itu, pihak Majlis Persatuan Tingkatan Enam, SMK St. George ingin
memohon tajaan dalam bentuk kewangan atau barangan bagi menjalankan Program Titian
Ilmu ke Brunei. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, program ini merupakan program
merentas negara yang akan disertai oleh para guru dan para pelajar bagi peningkatan ilmu.

3. Berikut merupakan butiran mengenai program tersebut:

Tarikh : 22 – 26 Mac 2019


Hari : Jumaat - Selasa

4. Dalam usaha memupuk semangat integrasi yang tinggi, program ini merupakan saluran
yang tepat untuk memperkukuh persefahaman dan permuafakaan antara dua buah negara.
Maka, untuk merealisasikannya pihak kami amat mengharapkan tajaan daripada pihak tuan
bagi membantu pera pelajar yang masih kekurangan dana kerana kos yang diperlukan di luar
kemampuan mereka dan keluarga. Di sini diserta Kertas Kerja Konsep bagi rujukan pihak tuan.

5. Segala kerjasama dan pertimbangan pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

_________________________________
(ZURANI BINTI MUKAPIT)
Penolong Kanan Tingkatan 6,
SMK ST George,
Taiping,
Perak Darul Ridzuan.

You might also like