You are on page 1of 2

UJIAN TATABAHASA

NAMA: …………………………………….

Tandakan betul( / ) atau salah( X) pada petak yang disediakan.

1. Saya suka cikgu Thiaga. Beliau seorang guru yang rajin.


2. Abang saya membela seekor anjing. Ia suka makan tulang.
3. “Patik mencemar duli untuk melawat mangsa banjir” kata Bendahara
kepada Hang Jebat.
4. Tun Doktor Mahathir Bin Muhammad merupakan negarawan yang terunggul
5. Cikgu menghadiahkan Jaya senaskhah kamus.
6. Dia terkejut bila mendengar bunyi letupan itu
7. Irwan sedang menyiram pokok bunga tatkala saya menziarahinya.
8. Baju kebaya itu dijahit oleh ibu Mona.
9. Kasut sekolah yang kotor itu dicuci oleh saya.
10. Irfan membeli dua setengah kilogram bawang di pasar mini.
11. Farah duduk antara Firah dan Shila.
12. Bryan ialah anak kandung Encik Xavier.
13. Dia meneruskan pelajarannya di dalam bidang kejuruteraan.
14. Buah-buahan ini ialah untuk jiran kami.
15. Ibu membancuh ayah secawan kopi.
16. Rumah banglo kepunyaan Encik Malik akan diperbesar lagi.
17. Dia masih bercuti walhal penyakitnya sudah pulih sepenuhnya.
18. Datuk menceritakan tentang zaman silamnya dengan penuh khusyuk.
19. Mira tidak menyertai lawatan itu oleh sebab demam.
20. Karthik ialah murid yang paling cerdik sekali di dalam kelas 6 Excellent.
21. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas sumbangan itu.
22. Layang-layang Praba tersangkut di dahan pokok rambutan.
23. Kelas itu sangat riuh-rendah semasa ketiadaan guru.
24. Beberapa murid terlibat dalam kemalangan itu.
25. Orang asli tinggal di kawasan pendalaman

You might also like