You are on page 1of 9

SYARAT DAN PERATURAN

PERTANDINGAN DEBAT ANTARA SEKOLAH MALAYSIA KALI KE-10 2011


Anjuran
JABATAN KOMUNIKASI DAN PENGEMBANGAN PENGUCAPAN (SPICE),
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)
Dengan Kerjasama
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
______________________________________________________________________

1. AM

1.1 Peraturan ini diterima pakai untuk Pertandingan Debat Antara Sekolah-
sekolah Menengah Malaysia 2011 anjuran Jabatan Komunikasi dan
Pengembangan Pengucapan (SPICE), Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia

1.2 Tafsiran peraturan ini adalah hak mutlak Pengerusi Jawatankuasa


Pertandingan. Keputusan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah
muktamad.

1.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mempunyai hak untuk meminda


sebarang peraturan sebelum permulaan pertandingan sebagaimana yang
difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa.

2. TAFSIRAN

2.1 ‘Ketua Hakim’ dan ‘Panel Hakim’ bermaksud individu yang dilantik
oleh pihak penganjur untuk memegang jawatan-jawatan tersebut.

2.2 ‘Sekolah’ bermaksud semua sekolah menengah di Malaysia.

2.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah individu yang dilantik


oleh pihak penganjur.

3. STRUKTUR KEJOHANAN

Kejohanan ini dijalankan dalam kategori Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan
Bahasa Arab.

4. PENYERTAAN

Setiap sekolah boleh menghantar tidak lebih daripada satu (1) pasukan untuk
kategori Bahasa Melayu, tidak lebih daripada satu (1) pasukan untuk kategori
Bahasa Inggeris, dan tidak lebih daripada satu (1) pasukan untuk kategori
Bahasa Arab.

5. KELAYAKAN

5.1 Untuk layak memasuki pertandingan debat ini, peserta mestilah terdiri
daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sekolah yang
diwakili. Semua anggota pasukan mestilah terdiri daripada pelajar
sekolah yang sama. Pengesahan bahawa mereka adalah pelajar sekolah
berkenaan hendaklah dibuat oleh pihak sekolah.

5.2 Peserta hanya boleh berdebat untuk pasukan yang mendaftarkannya


sahaja.

6. SISTEM PERTANDINGAN

6.1 Pertandingan ini akan menggunakan kaedah sistem ‘power match


berkumpulan’ (kaedah ‘Swiss Bracket’) untuk pusingan awal.

Sistem ini akan digunakan untuk menentukan pasukan yang akan


berlawan dan juga peranan mereka (kerajaan / pembangkang).

6.2 Penentuan perlawanan untuk perdebatan yang pertama akan dilakukan


oleh komputer secara rawak. Selepas perdebatan yang pertama, setiap
pasukan akan ditentukan kedudukan mereka. Penentuan perlawanan
untuk perdebatan yang kedua akan ditentukan mengikut kedudukan
pasukan selepas pusingan pertama.

Kriteria-kriteria yang akan diambil kira untuk menentukan kedudukan


pasukan adalah seperti yang berikut:

a) menang / kalah
b) juri (jika sesuai)
c) margin
d) markah

6.3 Penentuan peranan (kerajaan / pembangkang) untuk perdebatan


pertama akan ditentukan secara undian atau melalui komputer.

6.4 Penentuan peranan (kerajaan / pembangkang) untuk perdebatan yang


seterusnya akan ditentukan mengikut peranan setiap pasukan dalam
perdebatan sebelumnya. Selalunya penentuan pasukan adalah
berdasarkan kepada jumlah sesebuah pasukan itu menjadi kerajaan atau
pembangkang.

6.5 Penentuan peranan (kerajaan / pembangkang) untuk perdebatan bagi


pusingan ‘double-octo final’, pusingan ‘octo-final’, pusingan suku akhir,
pusingan separuh akhir dan pusingan akhir adalah berdasarkan undian
atau lambungan duit syiling di hadapan ketua pasukan masing-masing.

6.6 Kedudukan pasukan akan ditentukan selepas selesai enam (6) pusingan
awal. Ini adalah untuk menentukan pasukan yang layak ke pusingan
seterusnya. Kedudukan pasukan ditentukan mengikut kriteria berikut:

a) menang / kalah
b) juri (jika sesuai)
c) margin
d) markah

6.7 Lapan (8) pasukan teratas akan layak secara automatik ke pusingan
‘octo-final’.

6.8 Pasukan di tempat ke-9 hingga tempat ke-24 akan mara ke pusingan
‘double-octo final’. Pemenang pusingan ‘double-octo final’ akan mara ke
pusingan ‘octo-final’ untuk bertemu dengan 8 pasukan teratas. (Sila rujuk
Lampiran 1)

6.9 Pertandingan pusingan 'double-octo final’, ‘octo-final’, suku akhir, separuh


akhir dan akhir akan dijalankan mengikut sistem kalah mati.

7. MASA PERSEDIAAN

7.1 Usul perdebatan akan dimaklumkan 30 minit sebelum permulaan


perdebatan. Sebarang masa perjalanan ke tempat perdebatan adalah
termasuk dalam 30 minit berkenaan. Semua pasukan adalah diharapkan
dapat menepati waktu.

7.2 Mana-mana pasukan yang gagal menghadiri perdebatan selepas lima


belas minit (15 minit) dari masa permulaan perdebatan akan dikira kalah.

8. STRUKTUR DEBAT

8.1 Perdebatan dijalankan dalam Bahasa Melayu mengikut gaya Perdebatan


ala-Parlimen Malaysia.

8.2 Setiap pusingan debat mempunyai dua pasukan iaitu pasukan kerajaan
(pencadang) dan pembangkang. Setiap pasukan terdiri daripada tiga
orang pendebat dan seorang pendebat simpanan (jika ada).

8.3 Pasukan Kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri dan dua orang
anggota kerajaan manakala pasukan Pembangkang terdiri daripada Ketua
Pembangkang dan dua orang anggota pembangkang.

8.4 Setiap pendebat perlu menyampaikan ucapan substantif. Ucapan


gulungan bagi pihak Kerajaan dan Pembangkang boleh disampaikan
sama ada oleh pendebat pertama atau kedua dari pihak masing-masing.

8.5 Had waktu dan susunan ucapan bagi setiap peserta adalah seperti
berikut:

Ucapan Substantif:

Perdana Menteri / pencadang pertama 7 minit

Ketua Pembangkang / pembangkang pertama 7 minit

Anggota Pertama Kerajaan / pencadang kedua 7 minit


Anggota Pertama Pembangkang /pembangkang kedua 7 minit

Anggota Kedua Kerajaan / pencadang ketiga 7 minit

Anggota Kedua Pembangkang / pembangkang ketiga 7 minit

42 minit

Ucapan Gulungan:

Gulungan Pembangkang 4 minit

Gulungan Kerajaan 4 minit

Keseluruhan 50 minit

8.6 Untuk setiap ucapan substantif, loceng akan dibunyikan sekali selepas
seminit masa berlalu bagi menandakan pasukan lawan sudah boleh
melakukan celahan/meminta penjelasan, dan sekali lagi pada permulaan
minit terakhir bagi menandakan masa untuk membuat celahan sudah
tamat. Loceng akan dibunyikan dua kali apabila masa tamat.

8.7 Untuk ucapan gulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada permulaan
minit terakhir dan dua kali apabila masa tamat.

8.8 Pendebat yang melebihi had masa lebih daripada 30 saat akan diberi
amaran oleh Yang DiPertua Dewan (Speaker). Pendebat akan diminta
menamatkan ucapan dan boleh dikenakan penalti.

9. PERANAN SETIAP PASUKAN

9.1 Peranan pihak Kerajaan adalah untuk menyokong usul. Mereka perlu
mendefinisikan usul, memberi hujahan/kes yang menyokong usul dan
membidas sebarang cabaran yang dibuat oleh pihak Pembangkang
terhadap usul mereka.

9.2 Peranan Pihak Pembangkang adalah untuk membangkang usul. Mereka


perlu menjawab definisi Kerajaan (jika perlu) membina hujahan/kes
bangkangan terhadap usul dan membidas hujahan yang dikemukakan
oleh pihak Kerajaan.

10. PENGHAKIMAN

10.1 Seboleh-bolehnya, setiap perdebatan akan dihakimi oleh satu panel


hakim. Bilangan ahli panel mestilah ganjil.

10.2 Pada pusingan awal, seorang hakim akan bertindak sebagai Yang
DiPertua Dewan dan akan digelar sebagai Tuan Yang DiPertua. Dalam
pusingan ‘double-octo final’, ‘octo-final’, suku akhir, separuh akhir dan
akhir, Yang DiPertua tidak semestinya dilantik dari kalangan hakim.

10.3 Yang DiPertua Dewan bertanggungjawab menjemput pendebat berucap,


menjaga ketertiban majlis dan tertakluk kepada peraturan ini, membuat
keputusan tentang sebarang aspek tatacara dan prosedur perdebatan
yang mungkin dipertikaikan.

10.4 Para Hakim mestilah:

a. Mencapai keputusan menang/kalah, keputusan seri tidak


dibenarkan.

b. Tidak menyampuk atau membuat sebaran komen semasa


perdebatan berjalan.

10.5 Ketua Hakim mesti mengisytiharkan keputusan kepada pasukan yang


bertanding dan memberi alasan terhadap keputusan yang dicapai oleh
panel dalam komentar yang tidak melebihi 10 minit.

10.6 Ahli-ahli panel tidak boleh berbincang dan mesti mencapai keputusan
dengan sendiri.

10.7 Jika tiada keputusan secara sebulat suara dapat dicapai, maka keputusan
majoriti akan diterima pakai. Pindaan terhadap sebarang keputusan tidak
akan dibenarkan selepas penyerahan undi.

10.8 Hakim hendaklah berlaku adil dalam menilai fakta. Hujahan yang
disampaikan harus diterima seadanya selagi ia tidak dibuktikan sebaliknya
oleh pihak lawan.

10.9 Keputusan hakim adalah muktamad.

11. PEMARKAHAN

11.1 Setiap ucapan substantif akan diberikan markah maksimum 100


berdasarkan kepada:

Isi 40 markah
Gaya/Penyampaian 40 markah
Tatacara 20 markah

11.2 Isi akan diadili dari segi kesesuaian dengan usul perdebatan,
pengembangan dan penjelasan hujah, fakta dan contoh yang digunakan
serta bidasan yang berkesan terhadap hujahan pihak lawan.

11.3 Tatacara akan diadili dari segi:

a. Keberkesanan penyusunan dan struktur ucapan pendebat.


b. Keberkesanan penyusunan dan struktur kes sesuatu pasukan
secara keseluruhan.
c. Kesinambungan hujah/fakta.
d. Kerja sepasukan.

11.4 Gaya penyampaian akan diadili dari segi kesesuaian dan keberkesanan
gaya penyampaian hujahan. Penyampaian yang mempunyai nilai
bujukan yang tinggi serta dapat menarik perhatian penonton akan
dipandang positif oleh hakim (dengan syarat ia membantu hujahan).

11.5 Ucapan gulungan akan diberikan markah maksimum 50 berdasarkan


nisbah pemarkahan ucapan substantif seperti yang disebut diatas.

11.6 Kriteria utama pemarkahan adalah nilai hujahan (isi) yang diberikan iaitu
sejauh mana hujahan itu relevan kepada tajuk perdebatan serta nilai
bujukannya yang meyakinkan dan memberi sokongan terhadap usul yang
diperdebatkan.

11.7 Penggunaan bahan bantuan luar (buku, carta, majalah dan lain-lain)
semasa perdebatan berlangsung adalah dilarang sama sekali.

11.8 Semua peserta hendaklah berkelakuan dengan tertib dan penuh sopan
semasa pertandingan.

12. FAKTA BARU

Tiada sebarang ‘fakta baru’ dibenarkan bagi disampaikan dalam ucapan


substantif pendebat ketiga dan ucapan gulungan mana-mana pasukan. Contoh
baru adalah bukan fakta baru. Hujahan atau fakta adalah dikira ‘baru’ kecuali:

a. ia telah digunakan dalam mana-mana hujahan terdahulu


b. ia merupakan bidasan terhadap hujahan pasukan lawan

13. DEFINISI

13.1 Tugas memberi definisi usul perbahasan yang wajar dan boleh
didebatkan adalah hak dan tanggungjawab pihak Kerajaan.

13.2 Pihak Pembangkang boleh:

a. menerima definisi Kerajaan secara keseluruhan/mutlak, atau


b. menolak secara keseluruhannya/mutlak dan mengemukakan
definisi alternatif.

Pihak Pembangkang boleh menolak definisi pihak Kerajaan secara


keseluruhannya hanya jika;

a. definisi pihak Kerajaan tidak mempunyai kaitan yang kuat dengan


maksud sebenar usul.
b. definisi pihak Kerajaan adalah ‘truistik : iaitu tidak boleh
dibangkang dengan hujahan rasional’

14. PENJELASAN

Penjelasan (celahan) dalam konteks ini bermaksud penjelasan yang diminta oleh
pihak lawan bagi membetulkan pendebat yang sedang berucap atau
menimbulkan fakta penting. Ia hendaklah ringkas dan bersangkutan dengan apa
yang sedang dibincangkan oleh pendebat tersebut. Markah akan diberi untuk
penjelasan dan jawapan terhadap penjelasan yang efektif.

Pendebat yang sedang berucap mempunyai hak mutlak sama ada untuk
menerima atau menolak penjelasan yang cuba diberikan. Bagaimanapun,
penolakan penjelasan yang berterusan atau penerimaan yang keterlaluan
sehingga menjejaskan kualiti ucapan pendebat tersebut harus dipandang serius
oleh hakim. Adalah disyorkan setiap pendebat menerima sekurang-kurangnya
dua penjelasan. Walau bagaimanapun, pertandingan ini tidak mengenakan had
maksimum atau minimum bagi menerima penjelasan.

Penjelasan tidak boleh melebihi 15 saat. Loceng akan dibunyikan selepas 15


saat. Jika penjelasan belum selesai, pendebat yang meminta penjelasan
hendaklah duduk serta merta.

Penjelasan tidak boleh diminta sebelum berakhir minit pertama dan pada minit
terakhir mana-mana ucapan substantif. Loceng akan dibunyikan sekali lagi
menandakan permulaan dan sekali lagi pada pengakhiran waktu meminta
penjelasan dibenarkan. Penjelasan tidak boleh diminta dalam ucapan gulungan.

Hanya ahli dari pihak lawan boleh meminta penjelasan. Pendebat hendaklah
memberi isyarat jika ingin mencelah (berdiri, mengangkat tangan dan
sebagainya).

Pendebat yang sedang berucap boleh menerima atau menolak penjelasan


dengan memberi isyarat fizikal atau memberitahu secara lisan. Jika ditolak,
pendebat yang ingin meminta penjelasan hendaklah duduk dan menunggu
peluang yang lain.

Apabila penjelasan diterima, pendebat yang sedang berucap tidak boleh


menjawab selagi pendebat yang meminta penjelasan belum selesai mencelah
atau peruntukan masa 15 saat yang diberi belum tamat (yang mana dahulu).
Pendebat tidak wajar memotong penjelasan yang diminta oleh pasukan lawan
apabila penjelasan telah diterima.

15. BANTAHAN SEMASA PERDEBATAN SEDANG BERLANGSUNG

Bantahan dalam konteks ini bermaksud bantahan yang diajukan oleh pendebat
kepada Yang DiPertua Dewan semasa perdebatan berlangsung bagi menarik
perhatian beliau terhadap pelanggaran sebarang peraturan perdebatan seperti:
a. penggunaan aksi atau bahasa yang kurang sopan dalam perdebatan,
atau

b. pengenalan fakta baru semasa dalam ucapan substantif pendebat ketiga


dan/atau ucapan gulungan, atau

c. mana-mana pendebat yang melebihi had masa daripada 30 saat.

Adalah tanggungjawab setiap pasukan untuk menyuarakan bantahan terhadap


sebarang pelanggaran peraturan. Keputusan Yang DiPertua Dewan sama ada
untuk menerima atau menolak bantahan yang dikemukakan adalah muktamad.

Jika bantahan diterima, Yang DiPertua Dewan boleh mengarahkan pendebat


yang terbabit agar mematuhi peraturan yang dibangkitkan dan masa yang
digunakan untuk membuat bantahan akan dikira daripada masa pendebat yang
sedang berucap.

16. RAYUAN

16.1 Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi


Jawatankuasa Pertandingan secepat mungkin selepas selesai sesuatu
perdebatan.

16.2 Jika Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mendapati berlaku sebarang


kesilapan atau kecacatan dalam pengendalian sesuatu perdebatan, usaha
akan dibuat agar tidak ada mana-mana pihak yang terjejas. Sekiranya
perlu, hakim dan peserta akan diberitahu tentang isu berbangkit agar ia
tidak berulang.
LAMPIRAN 1

Carta Penentuan Pasukan Bagi Pusingan Kalah Mati


(Bermula dari pusingan ‘double-octo final’)

Tempat pertama

‘Double-octo final’ 1 ‘Octo-


Tempat ke-16 lwn Tempat ke-17 final’ 1
Suku
Tempat kelapan Akhir 1

‘Double-octo final’ 2 ‘Octo-


Tempat ke-9 lwn Tempat ke-24 final’ 2

Tempat keempat Separuh


Akhir 1
‘Double-octo final’ 3 ‘Octo-
Tempat ke-13 lwn Tempat ke-20 final’ 3
Suku
Tempat kelima Akhir 2

‘Octo-
‘Double-octo final’ 4
final’ 4

Pusingan Akhir
Tempat ke-12 lwn Tempat ke-21

Tempat kedua
‘Octo-
‘Double-octo final’ 5 final’ 5
Tempat ke-15 lwn Tempat ke-18
Suku
Akhir 3
Tempat ketujuh
‘Octo-
‘Double-octo final’ 6
final’ 6
Tempat ke-10 lwn Tempat ke-23 Separuh
Akhir 2
Tempat ketiga
‘Octo-
‘Double-octo final’ 7 final’ 7
Tempat ke-14 lwn Tempat ke-19
Suku
Akhir 4
Tempat keenam
‘Octo-
‘Double-octo final’ 8 final’ 8
Tempat ke-11 lwn Tempat ke-22

You might also like