You are on page 1of 6

EMBARGO : Hanya boleh diterbit atau disebarkan pada jam 1200, Khamis, 15 Disember 2016

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

SIARAN AKHBAR
STATISTIK KANAK-KANAK MALAYSIA, 2016

PENGENALAN

Statistik Kanak-kanak, Malaysia, 2016 memaparkan statistik kanak-kanak1 terpilih sebagai asas pengukuran kualiti hidup dan
kesejahteraan kanak-kanak di peringkat nasional dan negeri. Penyusunan statistik dalam penerbitan ini meliputi empat bidang
utama iaitu penduduk, kesihatan, pendidikan dan perlindungan kanak-kanak. Statistik diperoleh daripada sumber sekunder
melibatkan pelbagai kementerian/jabatan/agensi kerajaan. Statistik kanak-kanak terpilih dalam bidang Pendidikan dan
Perlindungan Kanak-kanak dibentangkan seperti berikut:

(A) PENDIDIKAN

Pada 2015, bilangan pelajar prasekolah di sekolah kerajaan & bantuan kerajaan meningkat 1.2 peratus kepada 198,574
daripada 196,264 (2014). Pelajar perempuan mencatatkan peningkatan lebih tinggi iaitu 1.6 peratus berbanding lelaki
(0.8%).

Bilangan pelajar sekolah rendah di sekolah kerajaan & bantuan kerajaan menunjukkan penurunan 0.9 peratus daripada
2,709,340 (2014) kepada 2,683,992 (2015). Pelajar lelaki dan perempuan masing-masing mencatatkan penurunan 1.0
peratus dan 0.9 peratus.
Bilangan pelajar sekolah menengah di sekolah kerajaan & bantuan kerajaan menunjukkan penurunan 4.1 peratus daripada
2,159,906 (2014) kepada 2,072,162 (2015). Pelajar lelaki dan perempuan masing-masing mencatatkan penurunan
sebanyak 4.8 peratus dan 3.3 peratus.

(B) PERLINDUNGAN KANAK-KANAK

Bilangan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan meningkat 3.7 peratus daripada 4,295 (2014)
kepada 4,453 (2015). Kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing mencatatkan peningkatan 104 dan 54 orang.

Bilangan pesalah juvana menurun 10.3 peratus daripada 5,096 kes (2014) kepada 4,569 kes (2015). Kesalahan pertama
turut mencatatkan penurunan 12.1 peratus. Sebaliknya, kesalahan berulang mencatatkan kenaikan 12.4 peratus daripada
371 kes (2014) kepada 417 kes (2015).
Peratus tertinggi kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah adalah yang bersabit harta benda iaitu 36.0 peratus (2015)
berbanding 42.9 peratus (2014). Ini diikuti kesalahan dadah (29.7%) dan bersabit dengan orang (13.4%).
Maklumat terperinci mengenai laporan ini boleh diakses melalui aplikasi eStatistik di laman web Jabatan Perangkaan Malaysia,
www.dosm.gov.my.
Dikeluarkan Oleh:

PEJABAT KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA


JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
15 Disember 2016

Pegawai dihubungi:
Ho Mei Kei
Pegawai Perhubungan Awam
Bahagian Korporat & Khidmat Pengguna
Jabatan Perangkaan Malaysia
Tel : +603-8885 7942
Faks : +603-8888 9248
Emel : mkho[at]stats.gov.my

You might also like