You are on page 1of 3

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH,

SMK JELI
17600, JELI KELANTAN

PERLEMBAGAAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SMKJ

1. NAMA RASMI KELAB: KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SEKOLAH


2. ALAMAT SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli, 17600 Jeli, Kelantan, 17600 Jeli, Kelantan
3. FALSAFAH KELAB
Kelab Ini berperanan serta bertanggungjawab melahirkan ahli yang kreatif dan inovatif, mempunyai ketahanan diri,
berani bersaing, prihatin terhadap bidang yang diceburi, mempunyai wawasan dalam bidang ko-kurikulum dan juga
sahsiah, serta menggembelingkan kreativiti diri secara global demi memartabatkan nama kelab dan sekolah di samping
mempunyai keyakinan dan kesedaran diri
4. MOTTO
‘MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMERANGI’

5.. MATLAMAT:
i. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah.

6. OBJEKTIF-OBJEKTIF/TUJUAN-TUJUAN PERSATUAN DAN KELAB:


i. Memupuk rasa patuh kepada peraturan sekolah dan undang-undang Negara.
ii. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah
iii. Menanam nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan pelajar, bahawa pencegahan adalah lebih baik
daripada memerangi jenayah.
iv. Menyediakan garis panduan cara-cara pencegahan jenayah dan menggalakkan mereka menjalankan aktiviti
yang berfaedah.
v. Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa, negara dalam hal-hal pencegahan jenayah.

7. AKTIVITI:
i. Kalendar aktiviti hendaklah mengikut penggal dan siap mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak sekolah
(Rujuk Lampiran 1)

9. AHLI JAWATANKUASA
i. Semua AJK akan dipilih pada Mesyuarat Agong
Pengerusi, Naib pengerusi, Setiausaha, Naib Setiausaha, Bendahari, Naib Bendahari, Ahli Jawatankuasa, Pemeriksa
kira-kira
ii. Syarat-syarat untuk menjadi AJK
Terdiri daripada kalangan murid yang dilantik melalui pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan
iii. Tugas-tugas AJK

(a) Pengerusi Mempengerusikan mesyuarat yang


diadakan

(b Naib Pengerusi Memastikan semua kegiatan dijalankan


) dengan baik

Membantu pengerusi dalam menjalankan


tugas dan tanggungjawab yang diberi

(c) Setiausaha Mencatat minit mesyuarat

Menyediakan laporan semester dan tahunan

(d Naib Setiausaha Membantu Setiausaha menjalankan segala


) tugas dan tanggungjawab yang diberi

(e) Bendahari Mengutip wang sumbangan daripada ahli

Memastikan akaun sentiasa dikemaskini

(f) Naib Bendahari Membantu bendahari menjalankan tugas


dan tanggungjawab yang diberi

iv. Hak-hak ahli:


(a) Ahli berhak mengundi untuk pemilihan ahli jawatankuasa
(b) Ahli boleh menyertai aktiviti-aktiviti persatuan
(c) Setiap ahli yang menghadiri mesyuarat atau perjumpaan yang dianjurkan oleh persatuan hendaklah mengikut
tatatertib mesyuarat atau persatuan dan berpakain yang sesuai

8. MESYUARAT:
i. Mesyuarat Agong akan diadakan setiap tahun pada hari yang ditetapkan oleh sekolah ataupun jika perlu pada
hari dan masa yang ditetapkan oleh Ketua Guru Penasihat

9. KEWANGAN
iMendapatkan sumber kewangan melalui yuran tahunan, derma dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
ii.Jumlah yuran yang ditetapkan untuk setiap ahli adalah RM 6.00 setahun sepertimana yang telah ditetapkan oleh
Jawatankuasa.
iii.Kuasa membelanjakan kumpulan wang hanya untuk perkara-perkara yang perlu dan berfaedah bagi mencapai
objektif aktiviti kelab.
iv. Bendahari tidak boleh menyimpan wang kelab dalam tangannya melebihi RM 10.00 pada satu-satu masa dan
wang selebihnya hendaklah diserahkan kepada Guru Penasihat.
v. Setiap perbelanjaan wang kelab hendaklah dengan kelulusan Jawatankuasa.

10. KEAHLIAN
i. Keahlian terbuka kepada semua murid
ii. Pelajar yang tidak menghadiri perjumpaan tidak akan dilucutkan keahlian tatapi kehadiran akan
mempengaruhi
markah kokurikulum tahunan

12. PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB


i. Pindaan perlembagaan kelab boleh diusulkan oleh ahli dan diluluskan dengan mendapatkan
persetujuan 2/3 ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Tergempar.
ii. Persetujuan Penaung, Penasihat dan Guru Penasihat Kelab adalah perlu sebelum sesuatu pindaan
perlembagaan kelab dilakukan.
13. LAIN-LAIN:
Kelab ini adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang telah dan akan dikeluarkan oleh
Kerajaan, kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan pelajaran Negeri masing-masing

You might also like