You are on page 1of 1

Kitar Semula

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baharu.
Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah yang
baharu, mengurangkan pencemaran, dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau. Bahan kitar
semula termasuklah kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan barang-barang elektronik. Bahan kitar
semula akan dikumpulkan, disusun, dan dibersihkan lalu diproses untuk menjadi barang-barang yang
baharu.
Kitar semula banyak memberikan manfaat seperti mengatasi masalah pelupusan sampah yang
semakin kritikal sekarang ini. Kaedah pelupusan sampah melalui pembakaran atau menimbus sampah ke
dalam tanah bukan sahaja boleh memberikan kesan yang buruk terhadap alam sekitar, malahan
memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Manakala, sampah sarap yang dibuang di merata- rata tempat
akan mengundang pelbagai masalah kepada alam sekitar.
Kempen kitar semula harus dilakukan dari masa ke masa bagi menggalakkan orang awam
menjadikan amalan kitar semula sebahagian daripada tugas harian. Kejayaan program kitar semula di
beberapa negara luar menjadi contoh kepada kita bahawa budaya ini patut dilaksanakan di negara ini.

You might also like