You are on page 1of 1

Pendahuluan

Hubungan etnik merupakan elemen yang penting terutamanya di negara Malaysia yang

terdiri daripada pelbagai kaum. Malaysia bukan sahaja terdiri daripada tiga kaum utama iaitu

Melayu, Cina, dan India malah turut termasuk kaum-kaum lain seperti Bidayuh, Iban,

Kadazandusun. Oleh itu, konsep harmoni amat penting supaya semua kaum dapat hidup

secara aman dan bersama-sama menyumbangkan tenaga untuk pembangunan negara.

Mengimbas kembali sejarah kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia bermula semasa

zaman penjajahan kuasa asing. Sebelum kuasa asing bertapak di Tanah Melayu, penduduk

asal hanya terdiri daripada orang Melayu. Tujuan kedatangan orang India pada zaman

Kesultanan Melayu Melaka pada mulanya adalah untuk menyebarkan agama Hindu dan

Buddha dan mereka mula mendirikan petempatan awal di Melaka. Semasa penjajahan

British, kekurangan pekerja di sektor perladangan dan perlombongan menyebabkan British

membawa masuk buruh-buruh dari China dan India untuk menampung kekurangan pekerja.

Zaman darurat ekoran daripada zaman pemerintahan Jepun telah mewujudkan kerjasama

antara semua kaum Melayu, Cina, dan India untuk menentang kuasa komunis. Pembentukan

Malaysia pada tahun 1963 dengan penyertaan Sabah dan Sarawak membentuk masyarakat

majmuk yang terdiri daripada pelbagai etnik.

Walaupun berbeza bangsa dan agama, penduduk di Malaysia hidup aman hormoni dan

bersatu padu kerana mereka sering mengamalkan nilai-nilai moral seperti saling menghormati

dan bertoleransi antara satu sama lain.

You might also like