You are on page 1of 7

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN ................................................................................................................................. 2
1.0 PENGENALAN ......................................................................................................................... 3
2.0 ANALISIS TEORI KONSTRUKTIVISME DAN KESESUAIAN TEORI INI UNTUK
DIAPLIKASIKAN DALAM BILIK DARJAH. ................................................................................... 4
2.1 Pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain. .................................. 4
2.2 Pembelajaran bermakna berlaku dalam konteks tugasan berasaskan alam
nyata. 5
2.3 Murid membina pengetahuan yang bermakna kepada diri mereka. .................... 5
3.0 KESIMPULAN .......................................................................................................................... 6
4.0 RUJUKAN ................................................................................................................................. 7

1
PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya setelah bertungkus lumus dapat
saya menyiapkan tugasan secara individu bagi kursus Murid dan Pembelajaran (EDUP3033)
mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Terlebih dahulu, jutaan terima kasih diucapkan
kepada pensyarah bagi kursus ini iaitu Encik Zulkifly Bin Hussin kerana beliau telah banyak
membantu saya dalam menjalankan tugasan ini dan telah berusaha memastikan agar segala
penyampaian pengajarannya difahami oleh saya dan juga rakan-rakan yang lain.

Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi sokongan dan
kerjasama yang erat kepada saya semasa proses menyiapkan tugasan ini.Tanpa budi baik
mereka mungkin saya tidak akan menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Selain itu,
sekalung penghargaan terima kasih juga kepada ibu saya yang tercinta iaitu Puan Azimah
Binti Abdul Rahman atas dorongan semangat yang diberikan oleh beliau kepada saya
sepanjang menyiapkan tugasan ini sehingga selesai.

Akhir sekali, ucapan terima kasih juga kepada sesiapa yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung sepanjang proses menyelesaikan tugas yang telah diamanahkan kepada
saya ini. Jadi, saya ucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada
mereka yang terlibat. Sekian, terima kasih.

2
1.0 PENGENALAN

Teori pembelajaran amat berkait rapat dengan psikologi dan ilmu dalam bidang
pendidikan khususnya. Terdapat pelbagai teori pembelajaran contohnya Teori Pembelajaran
Behavioris, Kognitif, Sosial, Konstruktivis dan Humanistik yang menjadi sumber rujukan bagi
menghasilkan idea-idea dan prinsip tertentu yang boleh diguna pakai dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Jadi, teori yang telah saya pilih untuk dianalisis bagi
menyiapkan tugasan ini adalah Teori Pembelajaran Konstruktivis. Teori ini dipelopori oleh
Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Jean Piaget telah memperkenalkan konstruktivisme psikologi,
individu dan kognitif manakala Lev Vygotsky memberi pandangan mengenai konstruktivisme
sosial.

Menurut Noriati A. Rashid (2016), Jean Piaget telah mengemukakan pendapat bahawa
keupayaan seseorang dalam mengurus maklumat dan pengetahuan berlku secara
berperingkat dan pengetahuan dibina dan perolehi melalui proses adaptasi. Proses adaptasi
merupakan proses menyesuaikan diri untuk menerima maklumat yang baharu. Adaptasi ilmu
pengetahuan terbahagi kepada dua proses iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi adalah
sesuatu maklumat barharu akan mudah difahami sekiranya maklumat tersebut mempunyai
ciri-ciri yang sama dengan maklumat sedia ada dalam diri seseorang. Akomodasi pula adalah
penyerapan maklumat hanya akan berlaku sekiranya terdapat perubahan skema sama ada
melalui pembacaan, perbincangan dan sebagainya terhadap maklumat baharu yang tidak
mempunyai ciri persamaan dengan maklumat sedia ada.

Selain itu, teori konstruktivis sosial pula dikemukan oleh Lev Vygotsky. Menurut beliau,
pembelajaran dapat berlaku melalui bermain, penyampaian secara formal atau kerjasama
dengan antara murid yang lebih berpengalaman. Jadi. tokoh ini bermaksud bahawa
pembelajaran berlaku bukan sahaja setelah diberitahu oleh guru, namun pembelajaran juga
turut boleh berlaku melalui pengalaman mereka sendiri di luar bilik darjah. Pengalaman yang
telah mereka peroleh di luar bilik darjah dapat mereka gunakan dalam membantu memahami
pengajaran yang diajar oleh guru di dalam kelas tentang sesuatu perkara yang berkait dengan
topik pembelajaran.

3
2.0 ANALISIS TEORI KONSTRUKTIVISME DAN KESESUAIAN TEORI INI UNTUK
DIAPLIKASIKAN DALAM BILIK DARJAH.

Prinsip-prinsip kepada teori ini amat berkait rapat dengan Pembelajaran Abad Ke-21
(PAK-21). Pembelajaran abad ke-21 merupakan pembelajaran yang bukan hanya
berpaksikan teknologi semata-mata namun lebih menjurus kepada pembelajaran
berpusatkan murid iaitu kolaboratif, kreativiti, pemikiran kritis, komunikasi serta nilai murni
dan etika. Antara prinsip teori konstruktivisme adalah:

2.1 Pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain.

Dalam proses pembelajaran, guru menyampaikan maklumat kepada murid melalui


komunikasi atau interaksi di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Setiap aktiviti yang
dilakukan oleh guru dalam memupuk kemahiran bertutur murid, interaksi merupakan
platform utama bagi memudahkan urusan penyampaian maklumat agar mudah diserap
oleh murid selain daripada menggunakan kaedah simbol atau perlambangan bagi murid
yang berkelainan upaya. Jadi, oleh kerana interaksi adalah penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, guru harus memainkan peranan penting dalam
memastikan setiap murid mampu untuk bertutur atau berinterkasi dengan baik. Hal ini
kerana, elemen komunikasi juga turut terkandung dalam salah satu daripada 5 asas
standard PAK-21 bagi membantu para pelajar untuk menguasai pembelajaran dengan
lebih berkesan. Guru dapat mengaplikasikan prinsip teori konstruktivisme ini dalam
pengajaran dan pembelajran dengan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan
dan memastikan mereka berbincang dan beinteraksi sesama ahli bagi menyelesaikan
sesuatu masalah. Hal ini dapat memastikan murid mempelajari sesuatu melalui interaksi
dengan orang lain selaras dengan prinsip konstruktivis dan PAK-21.

4
2.2 Pembelajaran bermakna berlaku dalam konteks tugasan berasaskan
alam nyata.

Pembelajaran bermakna dalam konteks tugasan berasaskan alam nyata bermaksud


penerangan yang dilakukan oleh guru di dalam bilik darjah tentang sesuatu isi
pembelajaran harus dijelmakan dalam bentuk maujud kepada para pelajar. Hal ini kerana
pembelajran pada alaf ini lebih menekankan tugasan secara ‘hands on’ bagi membantu
pelajar untuk lebih memahami tentang topik yang diajarkan terutamanya bagi mata
pelajaran Sains di sekolah. Jadi, aplikasi teori konstruktivis yang selaras dengan PAK-21
adalah sekiranya guru mengajarkan cara-cara untuk menanam pokok, guru perlu
menayangkan video terlebih dahulu kemudian barulah demostrasi yang sebenar tentang
cara menanam pokok yang betul kepada pelajar dilaksanakan. Seterusnya, pelajar pula
perlu mencuba untuk merasai sendiri pengalaman menanam pokok secara berkumpulan
seperti yang telah ditunjukkan oleh guru. Kaedah ini sesuai dengan elemen PAK-21 iaiatu
kolaboratif dan nilai murni serta etika kerana semasa proses menanam pokok secara
berkumpulan mampu mewujudkan nilai kerjasama dan etika sesama ahli kumpulan
sepanjang proses pelaksanaan amali menanam pokok berlangsung.

2.3 Murid membina pengetahuan yang bermakna kepada diri mereka.

Pengetahuan murid tentang sesuatu perkara terutamanya dalam topik pembelajaran


kebiasaannya disampaikan oleh guru kepada murid. namun, pengetahuan yang
bermakna turut boleh dibina oleh pelajar melalui ransangan oleh guru sebagai
pembimbing. Sebagai contoh, sekiranya memasuki pertandingan inovasi, pastinya
mereka memerlukan guru pembimbing bagi membantu mereka dalam memantapkan idea
utama mereka sebelum sesuatu inovasi dicipta. oleh itu, prinsip pengetahuan bermakna
melalui yang dibina oleh murid yang terkandung dalam teori konstruktivis ini bertepatan
dengan dua daripada lima standard asas PAK-21 iaiatu elemen kreativiti dan pemikiran
kritis. Pengaplikasian elemn dan prinsip ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran
adalah guru perlu meminta murid membina peta minda atau peta pemikiran bagi
memudahkan mereka memahami dan mengingat sesuatu perkara contohnya kronologi
peristiwa kemerdekaan negara Malaysia mengikut kreativiti masing-masing. Aktiviti ini
mampu membantu murid membina pengetahuan yang bermakna dalam diri mereka
dengan kaedah mengingat kronologi peristiwa menggunakan peta pemikiran sejajar
dengan prinsip konstruktivisme dan elemen PAK-21.

5
3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, dapat diandaikan bahawa teori Konstruktivis ini amat menekankan


pembelajaran merupakan suatu pross yang aktif dan dinamik. Hal ini kerana pelajar dapat
membina konsep dan pengetahuan baru berasaskan pengalaman-pengalaman yang mereka
perolehi. Jadi, melalui pengalaman yang telah mereka perolehi, mereka mampu
mengaplikasikan ilmu tersebut bukan sahaja dalam bilik darjah malah di luar bilik darjah juga
dalam urusan kehidupan seharian. Sesungguhnya, teori ini amat sesuai untuk diaplikasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerana seiring dengan matlamat
sistem pendidikan di Malaysia kini yang menekankan pembelajaran berpusatkan pelajar,
murid, guru dan bahan bagi mencapai keberkesanan yang optimum dalam suatu pengajran
dalam bilik darjah.

6
4.0 RUJUKAN

Kamus dewan edisi keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Standard kurikulum bahasa Melayu sekolah


rendah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khairiah Ahmad . (1980). Teknik-teknik mengajar. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Noriati A. Rashid. (2016). Murid dan pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

You might also like