You are on page 1of 1

SKRIP PERASMIAN BULAN MEMBACA 2019

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA YANG BERUSAHA


CIKGU PAAT BIN POOTO, GURU BESAR SK KEMPAS, CIKGU YOSNIZAAN B JOPRI,
GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN, CIKGU SHAMSUDIN B IBRAHIM GURU
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, CIKGU ZULKIFLEE B ASHARI GURU
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, KETUA-KETUA PANITIA, GURU-GURU SERTA
MURID-MURID YANG DIKASIHI SEKALIAN.

PADA PAGI INI, KITA AKAN melaksanakan PERASMIAN BULAN MEMBACA BAGI
TAHUN 2019.
Kementerian Pendidikan berhasrat untuk menjadikan tempoh masa 10 tahun
iaitu dari tahun 2021 sehingga 2030 sebagai Dekad Membaca Kebangsaan.
Dengan itu kementerian pendidikan mensasarkan tempoh tiga tahun iaitu
2018 hingga 2020 sebagai tempoh mempergiatkan kempen Dekad
Membaca Kebangsaan,” Pelbagai aktiviti telah dirangka oleh PusatSUmber
Sekolah dengan kerjasama panitia-panitia seperti Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Pendidikan Seni, Pendidikan Islam, Matematik serta RBT.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Kini telah menjadi satu ‘trending’ atau ikut-ikutan dimana novel
diketengahkan menjadi telemovie atau perfileman. Pusat Sumber SK Kempas
juga tidak ketinggalan menjadikan novel kami sebahagian daripada
telemovie. Majlis dengan ini mempersilakan salah seorang pelakon
pembantu terbaik, Cikgu Azman untuk merasmikan sebuah telemovie yang
diadaptasikan dari sebuah novel bertajuk Bossku Cikgu Paat sempena Bulan
Membaca 2019 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Seterusnya pemberian cenderahati kepada perasmi sebagai kenang-
kenangan.

Terima kasih diucapkan kepada cikgu Azman dan barisan pentadbir kerana
sentiasa memberi sokongan dalam menjayakan aktiviti pss. Terima kasih juga
kepada ketua-ketua panitia atas kerjasama yang diberikan. Semoga
kerjasama yang erat dan baik ini dapat dikekalkan. Sekolah kita dapat
menjadikan membaca satu budaya di sk kempas. Dengan ini saya akhiri
majlis dengan serangkap pantun.

Hampir tertutup kelopak mata


Bila cahaya menusuk panas
Jadikan membaca budaya semesta
Menjana minda idea yang bernas

You might also like