You are on page 1of 26

PEMARKAHAN

1 TUGASAN 1


RIS

KPR 4063

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN



Penambahbaikkan Komunikasi Guru Yang berkesan
Dalam Bilik Darjah Terhadap Tingkah Laku Murid


ISI KANDUNGAN

BAB SATU

1 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

1.2 LATAR BELAKANG

1.3 PERNYATAAN MASALAH

(REFLEKSI TERHADAP AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN)

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

1.5 SOALAN KAJIAN

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

1.7 BATASAN KAJIAN

BAB DUA

2 TINJAUAN LITERATUR

BAB TIGA

3 METODOLOGI

3.1 METODOLOGI KAJIAN

3.2 REKA BENTUK KAJIAN


BAB EMPAT
4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN
4.1 PERSAMPELAN
4.2 INSTRUMEN KAJIAN

BAB LIMA
5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 PERBINCANGAN
5.2 KESIMPULAN
BAB SATU

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Komunikasi Guru

Berkomunikasi merupakan suatu aktiviti yang tidak dapat dielakkan di dalam kehidupan seharian
dan tanpa adanya komunikasi kita akan berada di dalam kesunyian dan tertinggal dalam pelbagai
bidang. Oleh itu, komunikasi sering dianggap sebagai satu proses biasa yang sentiasa berlaku
dalam kehidupan manusia seharian. Namun begitu tidak ramai yang ingin berfikir atau belajar
untuk menjadikan komunikasi mereka menjadi lebih berkesan supaya mesej yang hendak
disampaikan dapat diterima, difahami dan mencapai matlamat seperti mana yang dikehendaki.
Komunikasi merupakan suatu proses seseorang individu berkongsi ataupun bertukar-tukar
fikiran, idea maklumat dan perasaan dengan orang lain. Sekolah merupakan tempat yang paling
banyak berlakunya proses komunikasi khususnya dalam bilik darjah iaitu semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Proses komunikasi dalam bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan di mana
pengetahuan, sikap dan kemahiran yang disampaikan bertujuan untuk mendapatkan gerak balas
yang dikehendaki. Komunikasi lisan berlaku apabila guru berinteraksi dengan murid ketika
bercakap, memberi penjelasan, menyoal, meneguh, menegur, mengarah, menghampiri,
mengenakan denda dan sebagainya. Sementara komunikasi bukan lisan berlaku melalui
hubungan mata, pergerakan badan, air muka, pakaian, keterampilan, penglibatan pendengar,
penggunaan gurau senda dan sifat semula jadi guru.

Pengucapan Awam

Pengucapan Awam merupakan sebahagian daripada kaedah komunikasi guru dalam bilik darjah.
Menurut Eddie Risyadie (2007), pengucapan awam didefinisikan sebagai seni menyampaikan
maklumat dengan bahasa dan gaya yang menarik. Mengikut T. Hunt (1987), pengucapan awam
merupakan proses penyampaian buah fikiran, maklumat, pandangan, dan perasaan kepada audien
dengan menggunakan lambang-lambang bahasa.

Mengikut Mohd Effendi (2010), ucapan merupakan komunikasi sehala yang melibatkan proses
pelahiran idea secara lisan yang diujarkan berdasarkan agenda majlis dan disampaikan secara
individu kepada khalayak. Ucapan itu bertujuan untuk mencapai matlamat serta tindakan.
Pengucapan awam pula ialah satu proses komunikasi melibatkan penghantaran mesej daripada
seorang pengirim kepada sekumpulan pendengar.

Tambahan lagi, fakta yang disampaikan oleh guru berdasarkan objektif pembelajaran perlulah
disampaikan dengan cara yang pelbagai dan sesuai untuk menarik perhatian murid. Blandford
(2004) menyatakan, antara halangan dalam pengucapan awam adalah masalah penerimaan mesej
yang tidak sampai ke kelompok sasarannya. Tumpuan daripada diri individu itu sendiri
mempengaruhi penerimaan mesej yang disampaikan dalam komunikasi. Ini kerana komunikasi
yang berkesan seharusnya memberi kesan kepada pemikiran pendengar. Menurut Jumali (2012)
tabiat terlalu banyak bercakap adalah antara faktor yang menjadi halangan dalam komunikasi
kerana kebiasaannya ia agak sukar difahami oleh pendengar berikutan terlalu banyak perkara
yang ingin disampaikan dalam satu masa.

Khairuddin Mohamad et al. (2012), menjelaskan ucapan merupakan satu bentuk saluran
komunikasi pertuturan dan karangan berformat yang menggunakan teks bertulis sebagai landasan
penyampaiannya. Ucapan adalah medium untuk menyampaikan mesej kepada umum melalui
pemberi ucapan mengikut tujuan dan matlamat yang berbeza.

Terdapat empat unsur dalam ucapan awam iaitu:

1. Pengucap ialah individu yang barcakap di hadapan, meluahkan isi bicara dengan tujuan
tertentu.

2. Ucapan adalah isi kandungan yang disampaikan.

3. Khalayak iaitu sekumpulan manusia yang mendengar ucapan tersebut. Boleh jadi
bilangannya 20 hingga 30 orang.

4. Situasi pula adalah keadaan ucapan tersebut disampaikan.


Selain itu, antara sifat – sifat pengucap yang berkesan adalah seperti berikut:

1. Jujur dari hati


2. Berpengetahuan
3. Yakin apa yang disampaikan
4. Peka kepada situasi pendengar dan persekitaran

Terdapat pelbagai halangan kepada seseorang yang belum menguasai kemahiran ucapan umum
antaranya, gugup ketika berucap, kata tidak tersusun dan tergagap-gagap. Sebagai contoh, jika
seseorang yang gugup, secara fisiologikal, lutut akan berketar, nafas tidak teratur dan berpeluh.
Secara psikologikal pula, mata tidak berani melihat penonton.

Unsur suara yang boleh dikawal:

1. Kelantangan (volume)
2. Nada (pitch)
3. Kelajuan (rate)
4. Jeda (pause)
5. Lafaz Sebutan
6. Ulangan (repetition)

Dengan ini, pengucapan awam memiliki pelbagai aspek yang diperlukan. Ia berperanan untuk
menarik perhatian pendengar dengan mengaplikasi pelbagai kaedah semasa berucap. Seterusnya,
atas perhatian yang telah diberikan pendengar akhirnya membawa kepada tindakan dan
perubahan tingkah laku.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kepelbagaian pelajar dari sudut latar belakang mereka memberi kesan yang besar terhadap
pelajar yang sering melakukan kesalahan yang sama berulang kali.

Justeru, kepentingan komunikasi guru terhadap pelajar tersebut amatlah penting supaya
sikapnya berubah menjadi lebih baik pada masa mendatang.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

(REFLEKSI TERHADAP AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN)

Melalui beberapa pemerhatian yang telah saya lakukankan dalam Pdpc di bilik darjah, saya dapat
melihat pelbagai tindak balas atau tingkah laku murid terhadap arahan yang saya berikan.
Ironinya dalam pada akhir Pdpc guru akan melaksanakan pentaksiran formatif atau pengukuhan
bagi mengukur pencapaian objektif pengajaran pada hari tersebut. Selain itu, dalam aktiviti
pengajaran yang berlangsung terdapat beberapa arahan yang diberi oleh guru. Namun begitu,
pelbagai tindak balas yang telah saya peroleh dalam situasi tersebut. Contohnya setelah guru
memberi arahan dan tugasan kepada murid. Ada murid yang melaksanakan tugasan tersebut, ada
yang separuh siap, dan ada yang tidak buat langsung. Sepanjang tempoh saya mengendalikan
kelas Tahun 2 Arif, saya dapati setiap penerimaan adalah berbeza mengikut tahap pemahaman
dan kemampuan mereka dalam menerima arahan dan melaksanakannya.

Sebagai contoh, di dalam kelas 2 Arif terdapat empat orang pelajar yang saya dapati sering
melakukan kesalahan yang sama dalam bilik darjah terutama dalam proses Pdpc yang saya
laksanakan. Kesalahan yang mereka lakukan ialah gagal patuh pada arahan atau yang lebih tepat
ialah tidak melaksanakan tugas yang saya berikan seperti, latihan harian, soal jawab dan
sebagainya. Hampir setiap hari mereka melakukan kesalahan tersebut walaupun saya sudah
menegurnya berkali-kali sama ada secara marah ataupun menegurnya secara lembut.

Arahan yang sama saya berikan, waktu yang sama dan lokasi yang sama, namun tindak balas
yang diterima oleh saya adalah berbeza dan saya dapati mereka dapat melaksanakan tugasan
dengan sempurna kecuali sepuluh orang murid ini.

Dapat saya tegaskan di sini, masalah yang saya hadapi ialah murid gagal untuk menyiapkan
tugasan yang diberi berdasarkan kelemahan saya sebagai guru dalam berkomunikasi.
Sebagai seorang guru saya seharusnya memikirkan bagaimanakah cara untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Selain itu, dalam pemerhatian yang saya lakukan melalui analisis
dokumen saya mendapati sebahagian murid ini yang memiliki kekerapan paling tinggi dalam
kegagalan melaksanakan tugasan yang diberi.

Pelbagai faktor yang boleh saya andaikan. Adakah komunikasi saya bersama murid dalam bilik
darjah berkesan? Mengapa sebahagian murid saya tidak berjaya menyempurnakan tugasan?
Sememangnya terdapat pelbagai kelemahan pada guru dalam masalah ini.

Umum mengetahui, seseorang akan beroleh tindak balas atas ucapan atau arahan yang diberikan.
Tindak balas akan tepat jika mesej yang disampaikan jelas dan difahami. Pada pendapat saya,
kegagalan saya memberi arahan, huraian dan penerangan dengan baik, menyebabkan sebahagian

murid saya mengalami masalah ini. Blandford (2004) menyatakan, antara halangan dalam
pengucapan awam adalah masalah penerimaan mesej yang tidak sampai ke kelompok
sasarannya. Tumpuan daripada diri individu itu sendiri mempengaruhi penerimaan mesej yang
disampaikan dalam komunikasi. Jelas menunjukkan bahawa komunikasi guru yang berkesan
adalah sangat penting ketika pengajaran dijalankan.

Dengan ini saya mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah dengan memilih untuk
melakukan tambah baik kualiti komunikasi saya dalam bilik darjah melalui latihan ucapan
umum. Saya akan memberi tumpuan kepada tiga jenis pengucapan awam iaitu, pemujukan,
penegasan dan menghibur dalam kajian ini.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN

1. Meningkatkan tahap kualiti komunikasi guru dalam bilik darjah dengan menggunakan
kaedah Latihan Ucapan Awam.

1.5 SOALAN KAJIAN

1. Sejauh manakah tahap kualiti komunikasi guru bertambah baik dengan Latihan Ucapan
Awam?

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Komunikasi guru yang berkesan adalah menjadi keutamaan untuk guru sentiasa berusaha kearah
itu. Sesebuah proses pengajaran dan pembelajaran juga dikira berjaya.

Guru berkesan perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang hebat. Ini kerana melalui
komunikasi, mereka akan dapat menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih jelas, lancar dan
mudah difahami oleh pelajar. Oleh sebab itu, kemahiran komunikasi penting kepada seseorang
guru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka (Teven et al. 2004).

1.7 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Agama Parit Bunga Tangkak Johor. Ianya hanya melibatkan
persampelan daripada sebahagian pelajar Tahap Dua. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini
hanya mewakili beberapa orang pelajar yang dipilih.

Selain itu, kajian ini hanya menggunakan Latihan Pengucapan Awam sebagai kaedah dalam
usaha untuk meningkatkan kualiti komunukasi guru yang berkesan. Pengucapan Awam
merupakan salah satu medium komunikasi guru dengan murid semasa dalam bilik darjah.
BAB DUA

1.1 TINJAUAN LITERATUR

Dalam artikel Disposisi Guru Berkesan: Personaliti dan Kemahiran Komunikasi, Khairul Anuar
A. Rahman, Universiti Putra Malaysia, 2012. Menyatakan bahawa kemahiran komunikasi perlu
dikuasai oleh guru dengan baik kerana ia akhirnya berperanan kepada perubahan tingkah laku
murid. Komunikasi didefinisikan sebagai suatu proses interaksi antara manusia yang melibatkan
pertukaran maklumat melalui pergerakan isyarat simbol atau pertuturan (Hovlan, Janis & Kelley
1953). Jenis-jenis komunikasi ialah komunikasi lisan dan bukan lisan (Capstone 2001; Teven et
al. 2004). Komunikasi lisan merangkumi penggunaan bahasa, pertuturan dan suara manakala
komunikasi bukan lisan pula melibatkan jenis-jenis interaksi seperti penggunaan bahasa badan,
ekspresi muka, postur dan hubungan mata.

Menurut Maimunah (2000), dalam mewujudkan komunikasi berkesan terdapat beberapa perkara
yang perlu diberikan perhatian oleh guru iaitu:

a. Melakukan persediaan yang mencukupi supaya mesej menjadi jelas dan mudah difahami.

b. mengenal pasti dan memisahkan penghantar dan penerima antara pemerhatian, sangkaan dan
mesej sebenar.

c. pemilihan perkataan yang tepat supaya tafsiran tidak berbeza-beza.

d. mewujudkan kefahaman yang sama mengenai ayat-ayat dan perkataan.

Kajian oleh Kuehne, Twardochleb, Fritschies, Mims, Lawrence, Gibson dan Olden (2014)
menyokong dapatan kajian oleh Liao (2014) dengan menunjukkan bahawa perkembangan dalam
jurang kemahiran berkomunikasi ini diakui dalam kalangan siswazah. Kajian menunjukkan
kegagalan berkomunikasi memberi kesan kepada kerjaya dan manfaatnya kepada masyarakat
kerana pelajar tidak mempelajari teknik berkomunikasi secara berkesan. Bagi membantu
mengatasi halangan ini, maka pendekatan yang praktikal untuk menggabungkan komunikasi
secara meluas ke dalam mana-mana pelajar sekolah perlu dibangunkan. Kegagalan mencapai
komunikasi berkesan akan memberi kesan kepada tingkah laku murid. Tambahan lagi, ia akan
menjadi faktor kemerosotan prestasi pencapaian murid.
BAB TIGA

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Agama Parit Bunga, Tangkak Johor. Responden kajian terdiri
daripada 4 orang pelajar daripada kelas 2 Arif. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah kerana
untuk melihat sejauh mana penambahbaikkan komunikasi guru yang berkesan dalam bilik darjah
terhadap tingkah laku murid.

3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian tindakan yang dijalankan ini menggunakan Model Kemmis & McTaggart (1998) yang
menyarankan empat langkah kajian tindakan iaitu mereflek, merancang, bertindak, dan
memerhati.

1 MEREFLEK 2 MERANCANG

4 MEMERHATI 3 BERTINDAK

Rajah 1: Model Kitaran Stephen Kemmis (1983)


Menurut Kemmis (1983) kajian tindakan adalah pembentukan refleksi kendiri oleh
penyelidik di dalam situasi sosial untuk mempertingkatkan secara rasional amalan pendidikan.
Kajian tindakan ini lebih berkesan sekiranya dilakukan secara kolaboratif namun ia masih boleh
dilakukan secara individu dan kadangkala kerjasama dari pihak luar. Dalam sistem pendidikan,
kajian tindakan dilakukan untuk perkembangan kurikulum sekolah, perkembangan professional,
perkembangan program sekolah dan perkembangan sistem perancangan dan polisi.

Dalam model Stephen Kemmis ini, ianya bermula dengan menjalankan refleksi ke atas
satu isu atau masalah yang dihadapi oleh guru. Kemudian guru perlu merancang satu pelan
tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang telah dikenal pasti. Seterusnya guru mesti
melaksanakan pelan tindakan yang dirancang dan semasa proses pelaksanaannya guru juga perlu
membuat pemerhatian terhadap tahap kemajuan tindakan yang sedang dijalankan. Keseluruhan
pelaksanaan ini disifatkan sebagai Gelungan Pertama dan jika masalah itu tidak dapat diatasi,
maka guru perlu mengulang semula proses tersebut yang dikenali sebagai Gelungan Kedua
sehingga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan.

Untuk fasa pertama iaitu mereflek, saya telah mengenalpasti masalah utama yang perlu
saya buat penambahbaikan dalam amalan pdpc saya khususnya. Setelah membuat refleksi, saya
dapati bahawa terdapat empat orang pelajar yang sering melakukan kesalahan yang sama dalam
bilik darjah terutama dalam proses Pdpc yang saya laksanakan. Kesalahan yang mereka lakukan
ialah ingkar arahan atau yang lebih tepat ialah tidak melaksanakan tugas yang saya berikan
seperti, latihan harian, soal jawab dan sebagainya. Hampir setiap hari mereka melakukan
kesalahan tersebut walaupun saya sudah menegurnya berkali-kali sama ada secara marah
ataupun menegurnya secara lembut.

Untuk fasa yang kedua iaitu merancang, saya mula menyusun satu perancangan untuk
membantu empat murid tersebut disamping menambahbaik komunikasi saya dalam pengucapan
awam terhadap mereka didalam kelas. Saya telah menggunakan tiga kaedah yang berbeza
mengikut minggu selama tiga minggu iaitu pada minggu pertama, saya menggunakan kaedah
Pengucapan Awam Pemujukan, minggu kedua pula kaedah Pengucapan Awam Penegasan, dan
minggu ketiga adalah kaedah Pengucapan Awam Menghibur. Dalam fasa ini, saya telah
menyediakan tiga borang pemerhatian yang berbeza serta beberapa lembaran kerja untuk murid
laksanakan sepanjang tempoh kajian tindakan ini berlangsung.
Untuk fasa ketiga iaitu bertindak, saya telah melakukan tiga kaedah yang berbeza
mengikut mingguan didalam kelas semasa sesi pdpc sedang berlangsung. Dalam fasa ini juga,
saya telah meminta bantuan guru penilai untuk membuat pemerhatian terhadap empat murid
berkenaan semasa saya sedang mengajar sebagai satu langkah terakhir dalam model Kemmis.
Dalam kaedah pemerhatian ini, saya telah membuat catatan jurnal mengikut minggu secara
bertulis.

BAB EMPAT

4.1 PERSAMPELAN

Dalam kajian ini, saya menggunakan empat orang murid daripada kelas 2 Arif dan dua
orang rakan sekerja saya. Tujuan utama persampelan dibuat adalah supaya saya dapat
mengenalpasti kekurangan dan kelemahan saya iaitu komunikasi diantara murid yang
mempunyai masalah terhadap tingkah laku khususnya semasa sesi pdpc sedang dijalankan
didalam kelas.

4.2 INSTRUMEN KAJIAN

i. pemerhatian

Saya telah meminta bantuan guru penilai membuat pemerhatian selama tiga minggu berturut-
turut ke atas tingkah laku empat orang murid Tahun 2 Arif semasa saya sedang mengajar bagi
mengukur tahap komunikasi saya terhadap mereka semasa sesi pdpc sedang berlangsung
mengikut tiga kaedah pengucapan yang berbeza.

Berdasarkan pemerhatian dan hasil dapatan kajian tersebut, saya dapati segala kelakuan dan
reaksi murid semasa sesi pdpc sedang berlangsung dimana dari minggu pertama, kedua dan
ketiga masing-masing memberikan respon yang berbeza. Dalam kajian ini, saya menggunakan
kaedah pemerhatian yang dilakukan oleh guru penilai secara berstruktur dari awal sehingga ke
akhir kajian. Jadual dibawah menunjukkan borang senarai semak komunikasi guru yang diisi
oleh rakan sebaya bekerja.

Borang Senarai Semak komunikasi guru oleh rakan sebaya

Kaedah 1: Pengucapan Awam Pemujukan (MINGGU PERTAMA)

(Diisi oleh: Ustaz Zurkarnain Bin Radiman)

Jawatan: Guru Besar Sekolah Agama Parit Bunga

BIL Perkara Status


Bahagian Suara Ya Tidak
1 Guru menggunakan tekanan suara sederhana rendah semasa memberi /
arahan kepada murid
2 Suara guru dapat didengar dengan baik sehingga kedudukan pelajar yang /
paling belakang
3 Guru mengucapkan perkataan dengan sebutan yang jelas /
4 Bunyi bagi setiap perkataan disebut dengan sempurna /
5 Guru menggunakan kaedah pengulangan semasa huraian isi dalam /
pengajaran
6 Guru menggunakan perkataan yang lemah lembut semasa dalam ucapan /
Bahagian Bahasa Badan
1 Penampilan guru menarik perhatian pelajar, kemas dan sesuai /
2 Guru menggunakan mimik muka rayuan /
3 Guru melemparkan senyuman selepas memberi salam pada permulaan Pdp /
4 Guru menyentuh murid dengan lembut dalam menegur /
Tindak Balas Murid
1 Murid memberi perhatian kepada penerangan guru /
2 Murid melaksanakan tugasan selepas arahan diberikan /
3 Bilik Darjah dalam keadaan terkawal sehingga selesai Pdp /
4 Murid berminat mendengar ucapan yang disampaikan oleh guru /
Prinsip Ucapan
1 Guru Menyediakan Bahan Ucapan (Persedian Pengajaran) /
2 Guru Menghafal bahan ucapan /
3 Guru menggunakan perkataan yang sesuai dengan aras pemahaman pelajar /
4 Ucapan yang telah disampaikan dengan yakin /
5 Perkataan dapat disebut dengan lancer /
6 Guru tergagap-gagap dalam memberi arahan kepada murid /

Refleksi Minggu Pertama:


Pada 7 hingga 11 Oktober 2018, saya melaksanakan Pdpc di Kelas 2 Arif bagi mata pelajaran
Ibadah. Dalam kajian ini saya menggunakan Latihan Pengucapan Umum bagi meningkatkan
kualiti komunikasi antara saya dengan murid. Dengan ini saya menggunakan kaedah yang
pertama iaitu Kaedah Pengucapan Awam Pemujukan. Sepanjang pdpc saya telah menggunakan
kaedah tersebut selama lima hari. Hasilnya sangat mendukacitakan kerana empat murid yang
telah saya kenalpasti masalah tingkah lakunya masih mengulang kesalahan yang sama serta
senarai semak yang saya terima daripada guru pemerhati juga menunjukkan hasil yang negatif.

Kaedah 2: Pengucapan Awam Penegasan (MINGGU KEDUA)

(Diisi oleh: Ustaz Ab Rahman Bin Ab Rahim)

Jawatan: Guru Penolong Kanan 1, Sekolah Agama Parit Bunga

BIL Perkara Status


Bahagian Suara Ya Tidak
1 Guru memberi tekanan kepada suaranya dengan melantangkan suara /
semasa memberi arahan
2 Suara guru dapat didengar dengan baik sehingga kedudukan pelajar yang /
paling belakang
3 Guru mengucapkan perkataan dengan sebutan yang jelas /
4 Bunyi bagi setiap perkataan disebut dengan sempurna /
5 Guru menggunakan kaedah pengulangan semasa huraian isi dalam /
pengajaran
Bahagian Bahasa Badan
1 Penampilan guru menarik perhatian pelajar, kemas dan sesuai /
2 Guru menampilkan gaya tegas /
3 Guru mempamerkan wajah marah apabila ada pelajar yang tidak /
mematuhi peraturan bilik darjah
4 Komunikasi mata bersama murid /
Tindak Balas Murid
1 Murid memberi perhatian kepada penerangan guru /
2 Murid melaksanakan tugasan selepas arahan diberikan /
3 Bilik Darjah dalam keadaan terkawal sehingga selesai Pdp /
Prinsip Ucapan
1 Guru Menyediakan Bahan Ucapan (Persedian Pengajaran) /
2 Guru Menghafal bahan ucapan /
3 Guru menggunakan Bahasa yang sesuai dengan aras pelajar /
Ciri Khas Ucapan
1 Ucapan yang telah disampaikan dengan yakin /
2 Perkataan dapat disebut dengan lancer /
3 Guru tergagap-gagap dalam memberi arahan kepada murid /
4 Bilik darjah dapat dikawal dengan baik /

Refleksi Minggu Kedua:

Pada 14 hingga 18 Oktober 2018, saya melaksanakan Pdpc di Kelas 2 Arif bagi mata pelajaran
Ibadah. Dalam kajian ini saya menggunakan Latihan Pengucapan Umum bagi meningkatkan
kualiti komunikasi antara saya dengan murid. Dengan ini saya menggunakan kaedah yang kedua
iaitu Kaedah Pengucapan Awam Penegasan. Sepanjang pdpc, saya telah menggunakan kaedah
tersebut selama lima hari. Hasilnya keempat-empat murid yang telah saya kenalpasti masalah
tingkah lakunya tidak mengulang lagi masalah yang serupa, bahkan mereka mampu
menyelesaikan segala latihan yang saya beri dengan sempurna dari hari pertama saya
menggunakan kaedah ini sehingga hari kelima. Mereka dapat menerima arahan yang diberi
dengan baik sekaligus mewujudkan suasana kelas yang lebih harmoni dan teratur.

Kaedah 3: Pengucapan Awam Menghibur (MINGGU KETIGA)

(Diisi oleh: Ustaz Ab Rahman Bin Ab Rahim)

Jawatan: Guru Penolong Kanan 1, Sekolah Agama Parit Bunga

BIL Perkara Status


Bahagian Suara Ya Tidak
1 Guru menggunakan kepelbagaian suara semasa memberi arahan untuk /
membawa unsur kecindan
2 Suara guru dapat didengar dengan baik sehingga kedudukan pelajar yang /
paling belakang
3 Guru mengucapkan perkataan dengan sebutan yang jelas /
4 Bunyi bagi setiap perkataan disebut dengan sempurna /
5 Guru menggunakan kaedah pengulangan semasa huraian isi dalam /
pengajaran
Bahagian Bahasa Badan
1 Penampilan guru menarik perhatian pelajar, kemas dan sesuai /
2 Guru menampilkan gaya santai dan ceria /
3 Guru mempamerkan wajah yang ceria dan senyum semasa memberi /
arahan kepada murid
4 Komunikasi mata bersama murid /
Tindak Balas Murid
1 Murid memberi perhatian kepada penerangan guru /
2 Murid melaksanakan tugasan selepas arahan diberikan /
3 Bilik Darjah dalam keadaan terkawal sehingga selesai Pdp /
Prinsip Ucapan
1 Guru Menyediakan Bahan Ucapan (Persedian Pengajaran) /
2 Guru Menghafal bahan ucapan /
3 Guru menggunakan Bahasa yang sesuai dengan aras pelajar /
Ciri Khas Ucapan
1 Ucapan yang telah disampaikan dengan yakin /
2 Perkataan dapat disbut dengan lancar /
3 Guru tergagap-gagap dalam memberi arahan kepada murid /
4 Bilik darjah dapat dikawal dengan baik /

Refleksi Minggu Ketiga:

Pada 21 hingga 26 Oktober 2018, saya melaksanakan Pdpc di Kelas 2 Arif bagi mata pelajaran
Ibadah. Dalam kajian ini saya menggunakan Latihan Pengucapan Umum bagi meningkatkan
kualiti komunikasi antara saya dengan murid. Dengan ini saya menggunakan kaedah yang ketiga
iaitu Kaedah Pengucapan Awam menghibur. Sepanjang pdpc saya telah menggunakan kaedah
tersebut selama lima hari. Hasilnya kurang memuaskan kerana empat murid yang telah saya
kenalpasti masalah tingkah lakunya mengulang semula kesalahan yang sama serta senarai semak
yang saya terima daripada guru pemerhati juga menunjukkan hasil yang negatif. Dalam
pemerhatian saya selama menggunakan kaedah ini, saya dapati murid tidak serius dalam belajar
dan perkara ini telah memberi keempat-empat murid tersebut satu peluang untuk bermain
didalam kelas semasa pdpc sedang dijalankan.

Petunjuk: Kaedah 1: Pengucapan Awam Pemujukan

Kaedah 2: Pengucapan Awam Penegasan

Kaedah 3: Pengucapan Awam Menghibur

Graf diatas menunjukkan hasil dapatan kajian yang telah dibuat pemerhatian oleh guru penilai
semasa saya sedang menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Untuk
kaedah 1 iaitu kaedah pengucapan awam pemujukan, sebanyak 20% untuk keputusan ya dan
80% mengatakan tidak dalam kaedah ini. Bagi kaedah 2 iaitu kaedah pengucapan awam
penegasan, 90% adalah hasil ya dan 5% untuk tidak. Manakala 55% ya dan 40% tidak bagi
kaedah 3 iaitu kaedah pengucapan awam menghibur. Kesimpulan yang didapati menunjukkan
bahawa secara keseluruhannya pencapaian terbaik antara ketiga-tiga kedah ini adalah kaedah 2
iaitu kaedah pengucapan awam penegasan. Penilaian ini berdasarkan kepada Borang Senarai
Semak komunikasi guru oleh rakan sebaya yang telah diisi oleh dua orang guru sebagai penilai.
Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian ini, usaha dari diri saya sendiri perlu dipertingkatkan
supaya saya boleh berkomunikasi dengan baik kepada murid-murid khususnya semasa
pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan didalam kelas.

ii. Analisis Dokumentasi / Konten

Dalam kajian tindakan ini, saya menggunakan pendekatan analisis dokumentasi kerana ianya
boleh digunakan secara meluas serta segala perincian juga boleh dibuat berdasarkan hasil kerja
secara teliti. Analisis dokumentasi merupakan hasil kerja yang dihasilkan oleh murid secara
individu. Segala data yang diterima bukan ditumpukan terhadap betul atau salah jawapan yang
diberikan oleh murid, tetapi sebaliknya penekanan diberikan terhadap hasil kerja yang dilakukan
oleh murid sama ada separa siap, sempurna, dan tidak lengkap dalam membuat latihan. Berikut
adalah dokumentasi yang telah diperolehi.

Kaedah 1: Pengucapan Awam Pemujukan (MINGGU PERTAMA)


M01 M02

M03 M04

Penerangan dapatan kajian:

M01 : Peserta kajian melaksanakan tugasan dengan sempurna.

M02 : Peserta kajian tidak melaksanakan tugasan yang diberi dan melakukan kerja lain semasa
pelaksanaan tugasan.

M03 : Peserta kajian tidak melaksanakan tugasan yang diberi.

M04 : Peserta kajian tidak melaksanakan tugasan yang diberi.

Kaedah 2: Pengucapan Awam Penegasan (MINGGU KEDUA)



M01 M02

M03 M04

Penerangan dapatan kajian:

M01 : Peserta kajian melaksanakan tugasan dengan sempurna.

M02 : Peserta kajian melaksanakan tugasan dengan sempurna tetapi melakukan kerja lain semasa
pelaksanaan tugasan.

M03 : Peserta kajian melaksanakan tugasan dengan sempurna.

M04 : Peserta kajian melaksanakan tugasan dengan sempurna.

Kaedah 3: Pengucapan Awam Menghibur (MINGGU KETIGA)


M01 M02

M03 M04

Penerangan dapatan kajian:

M01 : Peserta kajian melaksanakan tugasan separa siap dan melakukan kerja lain semasa
pelaksanaan tugasan.

M02 : Peserta kajian melaksanakan tugasan separa siap.

M03 : Peserta kajian melaksanakan tugasan separa siap.

M04 : Peserta kajian melaksanakan tugasan dengan sempurna.

BAB LIMA

5.1 PERBINCANGAN

Hasil yang saya perolehi dalam kajian tindakan yang dilaksanakan merupakan beberapa
data yang dapat membantu saya untuk bertindak dalam masalah yang saya hadapi. Sebagai
seorang guru pelatih saya mestilah mempunyai presepsi dan sikap suka akan penambahbaikan
dan melihat sesuatu masalah itu sebagai satu peluang. “Penyelidikan tindakan membolehkan
seseorang penyelidik itu pada dasarnya mengkaji amalan kendiri”, kata Chuah (2010). Dengan
ini, saya melihat masalah yang saya hadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah adalah berpunca daripada kelemahan saya. Pelbagai perkara yang kosong dan perlu
diisi atas kekurangan yang ada, lebih-lebih lagi dalam fasa yang baharu dalam melaksanakan
tugasan sebagai seorang pendididik. Antaranya, persediaan sebelum mengajar, penguasaan
kandungan pembelajaran, pengawalan bilik darjah, kaedah berucap di khalayak umum dan
sebagainya. Selain itu, ia juga dapat menjadi sebuah medium saya untuk mengenali mereka
dengan lebih rapat. Dalam kajian ini, saya telah dapat membuka mata dan menerima kenyataan
bahawa keupayaan, tingkah laku dan pencapaian murid-murid adalah berbeza-beza. Kini saya
mula faham, maklumat melalui data yang saya perolehi dalam bilik darjah dapat diaplikasikan
mengikut kepelbagaian murid yang diperkenalkan oleh Gardner (1987).

Dalam kajian tindakan ini saya telah dapat melaksanakan beberapa kaedah yang
digunakan dalam Pengucapan Awam dalam dalam beberapa proses tindakan. Dalam Tindakan
yang pertama, saya telah menggunakan kaedah pemujukan dalam Pengucapan Awam saya yang
difokuskan kepada kenyataan semasa memberi arahan dalam bilik darjah. Setelah dilaksanakan,
saya dapati bahawa mereka gagal melaksanakan kerja yang saya berikan dalam bilik darjah
dengan sempurna. Mereka melakukan aktiviti-aktiviti yang bukan daripada perancangan guru.
Apabila saya jalan berdekatan dengan tempat duduk mereka, mereka hanya berpura-pura senyap
dan sedang sibuk menulis, namun setelah beberapa minit saya melihat hasilnya sama dan tidak
bertambah. Di sini, saya merasakan kaedah ini kurang berkesan untuk saya teruskan dan
mungkin perwatakan saya juga tidak cenderung kepada kaedah pemujukan yang memerlukan
pelbagai kelebihan, seperti, suara, intonasi yang sesuai dengan keadaan, laras suara,
penggunakan kosa kata, dan kesabaran yang tinggi sebenarnya, kerana meraka boleh dikatakan
masih lagi dalam fasa kanak-kanak. Saya melakukan catatan untuk penambahbaikan.

Seterusnya dalam tindakan yang kedua, saya telah menggunakan kaedah Penegasan
dalam Pengucapan Awam saya semasa memberi arahan kepada murid. Sebagai bakal seorang
guru, saya sememangnya cendorong kepada kaedah penegasan. Ini kerana, dalam zon mendidik
murid, dalam pelbagai aspek kemenjadian murid, sikap, tingkah laku, presepsi cara berfikir dan
budaya memerlukan penekanan dan sedikit penegasan. Kali ini, saya berperanan sebagai watak
yang membawa perwatakan garang dan tegas. Ketegasan diri juga digambarkan sebagai
keupayaan seseorang itu meluahkan perasaan sama ada positif atau negatif dengan penuh
keyakinan (Shan Rees & Roderick 1991; Townend 1991). Guru dilihat bersifat lebih yakin
semasa memberi arahan kepada pelajar. Dalam proses ini, saya mendapati mereka dapat
mendengar arahan dengan baik dan melaksanakan tugasan dengan sempurna seperti yang diberi.
Pelbagai kebarangkalian yang boleh saya buat atas tindak balas tingkah laku mereka pada kaedah
penegasan ini. Mungkin, ibu bapa atau penjaga mereka di rumah menggunakan kaedah ini untuk
mengawal mereka, atau mungkin juga mereka tidak pernah berhadapan dengan situasi yang
penuh denga ketegasan. Namun begitu, saya tidak akan memilih cara yang kedua ini dengan
berpanjangan kerana bagi saya murid ini perlu dirai mengikut peringkat umur mereka, lebih lagi
kepada murid tahap rendah, Tahun Satu, Dua dan Tiga. Saya terus memperbaiki amalan kendiri
saya dalam hal tersebut.

Unsur menghibur menjadi pilihan untuk digunakan dalam Pengucapan Awam saya
semasa memberi arahan kepada murid. Saya memulakan kelas dengan menyanyikan sebuah lagu
bersama-sama murid bagi membentuk suasana yang santai dan ceria. kaedah penyampai dalam
proses pengajaran juga dimasukkan unsur-unsur hiburan dan kecindan. Ketika murid
melaksanakan tugasan saya memainkan instrumen muzik dengan kadar suara yang sederhana
rendah agar tidak mengganggu fokus mereka. Berdasarkan dapatan, saya mendapati sebahagian
daripada mereka masih tidak memberi tumpuan kepada tugasan, malah mereka memukul meja
mengikut tempo muzik yang sedang dimainkan, dan tugasan tidak disempurnakan. Saya akan
terus memperbaiki kaedah pengajaran saya bagi menyelesaikan masalah ini.

Sebagai bakal seorang guru, kajian tindakan mestilah dilakukan bagi membantu
meningkat kualiti pengajaran dan pembelajaran seseorang. Tambahan lagi, berhadapan dengan
tingkah laku murid yang pelbagai. Walaupun begitu, sebelum melaksanakan kajian, pastinya
guru memiliki kecenderongan atau persepsi sendiri. Dalam kajian ini, pada mulanya saya
menyangka peserta kajian saya akan berubah tingkah laku dengan menggunakan kaedah
menghibur, akan tetapi berdasarkan dapatan saya berpendapat bahawa guru perlu lebih bijak
dalam mengawal murid dan memilih kaedah didik hibur yang sesuai dengan tahap murid.

Merujuk kepada dapatan kajian, saya mendapati bahawa kaedah penegasan dapat
membawa murid kepada tingkah laku mengikut tujuan kajian. Kesimpulannya disini, penegasan
dalam mengajar tetapi masih dalam kawalan adalah kaedah pengucapan awam yang sesuai untuk
saya lakukan untuk murid-murid tahun 2 Arif khususnya.

5.2 KESIMPULAN

Selepas melakukan kajian tindakan ini bagi melihat peningkatan dan penambahbaikan
komunikasi pengucapan awam saya, keputusan menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara
dalam ketiga-tiga kaedah yang saya lakukan didalam kelas. Untuk kaedah pertama iaitu Kaedah
Pengucapan Awam Pemujukan, hasilnya kurang memuaskan pada permulaannya kerana tidak
semua murid boleh menerima jenis pengucapan ini lebih-lebih lagi pada tahap umur mereka
yang masih muda. Untuk kaedah yang kedua iaitu kaedah Pengucapan Awam Penegasan, saya
dapati murid-murid menunjukkan hasil yang positif walaupun ada masanya mereka bermain-
main didalam kelas. Tetapi objekif saya tercapai dimana, keempat-empat pelajar yang saya telah
kenal pasti berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sempurna. Untuk kaedah yang
ketiga iaitu Kaedah Pengucapan Awam Menghibur, hasilnya juga kurang memuaskan. Ini kerana
jika saya menggunakan kaedah ini, murid akan berterusan rasa seronok tetapi hilang tumpuan
dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

Berdasarkan dapatan kajian ini juga, dapatlah dirumuskan bahawa kaedah pengucapan awam
berbentuk penegasan tetapi masih dalam kawalan adalah satu kaedah yang lebih berkesan
berbanding dua kaedah yang lain. Walau bagaimanapun, saya tetap akan menyelitkan unsur
pengucapan awam berbentuk pemujukan dan menghibur kerana ianya juga turut membantu saya
dalam mendekati murid dengan lebih dekat.
Rujukan

1. Pengucapan Awam, ABDUL MUA’TI @ ZAMRI BIN AHMAD, Ph.D Jabatan


Komunikasi Universiti Putra Malaysia
2. http://awaken-image.com/kursus-pengucapan-awam-berkesan
3. http://www.pengucapanawam.my/cgi-sys/suspendedpage.cgi
4. Fobia Pengucapan Awam dalam Kalangan Pelajar, Maziah binti Muda,
5. Abdul Mua’ti @Zamri Ahmad, (20015) Panduan Pengucapan Awam, Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Ainon Mohammad (2003). Komunikasi Berkesan. Penerbit Fajar Bakti, Kuala Lumpur.
7. Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2001). Teori dan Teknik Ucapan Berpengaruh. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
8. Arshad Md. Ghaus. (2003). Teknik Pengucapan Berkesan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd
9. Kamus Dewan. (2005). Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
10. Shannon, C.E & Weaver, W. (1971). The Mathematical of Theory of Communication.
Illinois: University of Illinois.
11. Verderber, Rudolph F. (1996). Communicate. Wadsworth
12. Blandford, S. (2000). Panduan pengurus peringkat pertengahan di Sekolah. Terj.
Bahariah Yusof. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia
13. Jumali Hj. Selamat., Khaidzir Hj. Ismail, Shahruddin Hj. Ahmad, & Mohd. Helmi Abd.
Rahim. (2012). Pengucapan awam: strategi dan kemahiran. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia Press.
14. Mohd Effendi, & Ewan Mohd Matore. (2010). Hubungan antara faktor demografi
terhadap fobia pengucapan awam dalam kalangan pelajar politeknik: Suatu kajian awal.
Journal of Human Capital Development, 3(1), 85-98. Retrieved from
http://www.myjurnal.my/ filebank/published_article/19057/vol_3_No_1_06.pdf.
15. Kuehne, L. M., Twardochleb, L. A., Fritschie, K. J., Mims, M. C., Lawrence, D. J.,
Gibson, P. P., & Olden, J. D. (2014). Practical science communication strategies for
graduate students. Conservation biology, 28(5), 1225-1235.

You might also like