You are on page 1of 5
GLUL3113 SULIT PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JANUARI SESI 2012/2013 KOD/ NAMA KURSUS : GLUL3113/ UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS (PLK) TARIKH 246 MEI 2012 (RABU) MASA 30 PETANG 5.30 PETANG (3 JAM ) TEMPAT : UUM DAN SEMUA PUSAT PLK ARAHAN : hadapan, 2. Anda dikehendaki menjawab SEMUA scalan 3. Semua jawapan hendakiah ditulis di dalam kertas jawapan yang disediakan. PERATURAN BERKENAAN KECURANGAN AKADEMIK ADALAH TERPAKAI DALAM PEPERIKSAAN INI 1. Kertas soalan ini mengandungi EMPAT (4) soalan ai dalam TIGA (3) halaman bercetak tidak termasuk kulit ee || (dengan perkataan) (dengan angka ) NCO NO. KAD PENGENALAN NAMA PENSYARAH : KUMPULAN: 7 | NO. MEJA : JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERI ARAHAN SULIT GLUL3113 Undang-Undang Pentadbiran SOALAN SATU Huraikan perkara-perkara berikut: i, TUJUH (7) perkara yang perlu wujud dalam tribunal seperti yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Franks. (15 markah) ii. LIMA (5) sebab keperluan ombudsman. (10 markah) SOALAN DUA i. Habeas corpus merupakan satu remedi bagi orang yang dilucutkan kebebasan dirinya. la merupakan writ prerogatif yang bermaksud, orang yang ditahan secara salah hendaklah dibebaskan dengan serta merta sebaik sahaja mahkamah mengeluarkan perintah tersebut. Huraikan TIGA (3) keadaan yang membolehkan writ habeas corpus dipohon. Sokong, jawapan anda dengan SATU (1) kes bagi setiap keadaan, (15 markah) ji, Nyatakan LIMA (5) syarat yang perlu semasa memohon mandamus. (10 markah) GLUL3113 Undang-Undang Pentadbiran SOALAN TIGA Gopal merupakan seorang kakitangan Koperasi Guru yang tinggal di sebuah perumahan yang disediakan oleh Koperasi Guru-Guru Kebangsaan. Suatv hari, dia menerima sepucuk surat menyatakan bahawa dia perlu mengosongkan rumah tersebut dengan serta-merta kerana gagal membayar jumlah tunggakan sewa yang ditetapkan. Gopal berpendapat bahawa tindakan Koperasi menghalaunya adalah tidak wajar kerana dia tidak diberi masa yang munasabah untuk menyelesaikan tunggakan tersebut. Gopal juga menghadapi masalah di tempat kerjanya, di mana dia telah dibuang kerja oleh Koperasi tempat dia bekerja kerana didakwa telah menggelapkan wang sebanyak RM30,000.00. Gopal telah bertemu Pengarah Urusan Koperasi tersebut dan mendakwa bahawa dia telah dihukum tanpa diberi notis dan dilakukan penyiasatan terlebih dabulu. Pengarah Urusan tetap bertegas dengan keputusannya serta menyatakan bahawa tindakan Koperasi adalah betul. Sementara itu, Yaya yang berkhidmat di koperasi yang sama turut mendapat surat_yang menyatakan bahawa dia telah diturunkan pangkat kerana prestasi kerja yang tidak memuaskan. Yaya tidak berpuas hati dengan penurunan pangkat tersebut. Ini kerana dia tidak diberitahu bahawa perbuatannya yang selalu lewat sampai ke pejabat dan terlalu banyak mengambil cuti sakit telah dikenakan tindakan tersebut Nasihatkan Gopal dan Yaya dalam kes di atas. Sokong jawapan anda dengan merujuk prinsip keadilan asasi dan kes-kes yang berkaitan, (25 markah)

You might also like