You are on page 1of 11

1.

0 Pengenalan

Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk
menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan
yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, sikap dan psikomotor. Taksonomi
dalam bidang pendidikan sejak lahirnya kurikulum memberi kesedaran kepada para guru
bahawa tujuan pembelajaran harus dirumuskan sebelum proses pembelajaran dan pengajaran
berlangsung. Tujuan pembelajaran perlu diketahui oleh para pelajar bagi mengenal pasti
pembelajaran yang penting dan mana yang tidak penting. Keperluan kepada pembangunan
taksonomi berkaitan pengajaran, pembelajaran dan penilaian. Apabila setiap guru memahami
kegunaan rumusan tujuan ini maka guru dapat mengajar secara efektif. Ada yang berpendapat
bahawa jika hasil pendidikan merupakan sesuatu yang penting tetapi ia tidak dapat diukur
jadi tujuan itu yang harus diubah.

Bermula pada tahun 1948, di Boston, Amerika Syarikat, sekumpulan ahli psikologi
telah berbincang tentang kesulitan melaksanakan penilaian dalam pendidikan. Hal ini
disebabkan oleh tiadanya rangka rujukan yang dipersetujui bersama semasa menilai aspek-
aspek yang terdapat dalam bidang tersebut. Dalam hal yang berkaitan, proses pembentukan
ujian dilihat sebagai satu pelan induk yang akan menjelaskan kandungan, pengalaman
manusia atau aspek kendiri orang yang dinilai. Tambahan pula, objektif pendidikan seringkali
dinyatakan sebagai ungkapan yang menjemukan dan klise yang tidak bermakna. Ungkapan
seperti ’berfikir’ atau ’menyelesaikan masalah’ seringkali mempunyai definisi yang pelbagai
serta kabur menyebabkan berlaku ketidakseragaman dalam menyediakan pengalaman
pembelajaran dan instumen penilaian kepada murid yang terlibat. Mereka juga berpendapat
bahawa objektif pendidikan perlu diubah agar lebih jelas dan bermakna.

Objektif pendidikan boleh didefinisikan sebagai istilah yang memperihalkan matlamat


terhadap proses pendidikan iaitu hasil pembelajaran yang disebabkan oleh aktiviti
instruksional (pengajaran). Objektif-objektif ini pula seringkali dipanggil standard oleh
pakar-pakar pendidikan dalam menetapkan hala tuju sesebuah organisasi pendidikan.

1
Sehubungan dengan perbahasan ahli-ahli psikologi pendidikan di Amerika Syarikat
tersebut, maka muncullah tiga domain pembahagian objektif pendidikan iaitu kognitif, afektif
dan psikomotor. Objektif domain kognitif merupakan objektif yang berubah-ubah daripada
mengingati semula bahan yang telah dipelajari sehinggalah mensintesis bahan baru dengan
cara yang kreatif dan asli. Objektif domain afektif pula memfokuskan perasaan atau emosi.
Minat, sikap, apresiasi, nilai dan emosi merupakan contoh elemen yang terdapat dalam
domain afektif ini. Objektif domain psikomotor pula menekankan kemahiran otot dalam
mengendalikan objek atau tindakan yang memerlukan koordinasi otot.

Ahli psikologi juga berpendapat bahawa tidak ada satu objektif pendidikanpun yang
mempunyai hanya satu jenis domain khusus. Sebagai contohnya, jika kita menguji objektif
kognitif, di dalamnya juga terdapat elemen afektif dan elemen psikomotor. Jika kita menguji
domain psikomotor, elemen kognitif dan afektif juga akan wujud bersama penilaian tersebut.
Pengwujudan ketiga-tiga domain ini hanya untuk memudahkan ahli psikologi memberikan
penekanan terhadap domain yang paling dominan dalam sesuatu penilaian.

Kebanyakan objektif pendidikan di peringkat sekolah, institusi perguruan dan


universiti menekankan kepada konsep pengukuran, pengujian, pentaksiran dan penilaian
terhadap murid atau pelajarnya. Dalam hal ini, kebiasaannya peperiksaan digunakan untuk
menentukan tahap penguasaan kemahiran mereka selepas belajar sesuatu kandungan mata
pelajaran yang khusus. Dengan itu, objektif bagi domain kognitif menjadi suatu keutamaan
kepada organisasi pendidikan dalam mengukur kemahiran yang diperoleh oleh murid atau
pelajarnya. Objektif ini didefiniskan, disertakan dengan tingkah laku yang perlu dikuasai oleh
murid dan juga mengandungi instrumen penilaian.

2
2.0 Sejarah dan latar belakang Taksonomi Bloom

Menurut Retno Utari, dalam Apa dan Bagaimana menggunakan Taksonomi Bloom
menyatakan bahawa taksonomi berasal daripada dua perkataan dalam bahasa Yunani iaitu
tassein yang bererti mengklasifikasikan dan nomos yang bermakna aturan. Taksonomi
merupakan hierarki yang klasifikasi atas prinsip dasar atau aturan. Benjamin Samuel Bloom
iaitu seorang psikologi dalam bidang pendidikan menggunakan istilah ini dan kemudian
melakukan penelitian dan pengembangan mengenai kemampuan berfikir dalam proses
pembelajaran. Bloom, lahir pada 21 Februari 1913 di Lansford, Pennsylvania dan
melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD dalam bidang pendidikan dari The University of
Chicago pada tahun 1942.

Beliau juga sebagai perunding dan aktivis antarabangsa dalam bidang pendidikan dan
berjaya membuat perubahan besar dalam sistem pendidikan di India. Beliau menubuhkan The
International Association for the Evaluation of Educational Achievement, the IEA dan
membangunkan the Measurement, Evaluation, and Statistical Analysis (MESA) program di
University of Chicago. Bloom pernah memegang jawatan sebagai pengerusi Research and
Development Committees of the College Entrance Examination Board dan The President of
the American Educational Research Association. Bloom meninggal dunia pada 13 September
1999.

Sejarah taksonomi Bloom bermula ketika awal tahun 1950-an, dalam Persidangan
Persatuan Psikologi Amerika, Bloom dan kawan-kawan mengemukakan bahawa penaksiran
hasil pembelajaran yang banyak disusun di sekolah, peratusan soalan yang diajukan hanya
meminta pelajar menyatakan apa yang mereka hafal sahaja. Persidangan tersebut merupakan
lanjutan dari persidangan yang dilakukan pada tahun 1948. Menurut Bloom, teknik
menghafal sebenarnya merupakan peringkat rendah dalam kemampuan berfikir. Terdapat
banyak peringkat atau tahap yang lebih tinggi yang harus dicapai agar proses pembelajaran
dapat menghasilkan pelajar yang mahir dalam bidangnya.

Pada tahun 1956, Bloom, Englehart, Furst, Hill dan Krathwohl memperkenalkan
Taksonomi Bloom atau konsep kemampuan berfikir.Taksonomi Bloom adalah struktur
hierarki yang mengenal pasti kemahiran dari peringkat yang rendah sehingga peringkat yang
tinggi.

3
Bagi mencapai ke peringkat yang lebih tinggi, terlebih dahulu peringkat yang rendah perlu
dipenuhi. Benjamin Bloom (1956) telah mengklasifikasikan aras tingkah laku keintelektualan
dalam pembelajaran kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif, dan domain
psikomotor dalam tujuan pendidikan ini.

Taksonomi bermaksud satu set pengelasan yang disusun dan disesuaikan atas dasar
yang konsisten (Bloom, 1964). Dalam perkataan lain, taksonomi merupakan sistem
pengelasan objektif pendidikan yang merupakan set yang didefinisikan dengan seberapa tepat
yang mungkin serta disusun daripada konsep yang ringkas kepada yang kompleks. Susunan
daripada objektif pendidikan yang konkrit kepada yang abstrak menyediakan satu rangka
bagi kategori matlamat pendidikan yang akan memudahkan guru untuk menentukan tahap
penguasaan murid mereka.

Taksonomi perlu diuji agar selaras dengan bukti secara teoritikal dan empirikal.
Dalam bidang pendidikan, pengelasan dalam aspek objektif pendidikan adalah perlu dalam
usaha membantu membincangkan penilaian dengan lebih tepat lagi. Soalan-soalan seperti:
Apakah murid benar-benar tahu?, Adakah murid benar-benar faham? Adakah mereka mampu
menghitung jumlah sesuatu masalah matematik? Sering kali kita anggap mempunyai
pengelasan yang sama. Jika kita teliti lebih lanjut, terdapat perbezaan antara murid yang
benar-benar tahu, benar-benar faham dan yang boleh menghitung jumlah. Oleh itu,
pengwujudan satu sistem pengelasan standard (taksonomi) akan memudahkan guru dan
pensyarah mendefinisikan istilah objektif pendidikan agar dapat difahami oleh mereka
semua.

Taksonomi seharusnya menjadi sumber bantuan terhadap perkembangan kurikulum


dan instrumen penilaian. Perspektif mengenai penekanan kepada tingkah laku murid yang
tertentu (Contohnya: kebolehan menghitung) akibat daripada penglibatan dalam sesi
pengajaran, dapat dikenal pasti oleh guru. Oleh itu guru akan dapat mengelompokkan
matlamat sesuatu pengajaran ke dalam kategori yang spesifik. Dengan itu, pengalaman
pembelajaran dan instumen penilaian dapat digubal dengan lebih mudah kerana matlamat
pendidikan diketahui dengan jelas oleh guru.

4
Pada tahun 1959, Benjamin S. Bloom telah menyunting sebuah buku berjudul
Taxonomy of Educational Objectives Book 1 – Cognitive Domain yang mencadangkan
pengelasan objektif domain kognitif kepada enam komponen. Enam komponen ini adalah
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Enam komponen ini
disusun berdasarkan hirarki daripada yang mudah kepada yang susah dan lebih dikenali
sebagai Taksonomi Bloom.

3.0 Klasifikasi Aras Tingkah Laku Intelektual

3.1 Domain Kognitif

Blooms telah mengidentifikasikan enam aras kognitif iaitu; aras pengetahuan, aras,
kefahaman, aras aplikasi, aras analisis, aras sintesis dan aras penilaian. Adalah didapati
keenam-enam arah domain kognitif didapati relevan dalam membentuk objektif dalam
melaksanakan program pembangunan pelajar. Aras Pengetahuan memerlukan seseorang itu
mengingati dan mengeluarkan maklumat berbentuk fakta yang telah diperoleh hasil daripada
pembelajaran yang telah berlaku. Dalam aras ini seseorang itu berupaya untuk
mengidentifikasikan, menyenaraikan, menerangkan, memberitahu dan sebagainya.

3.1.1 Aras Pengetahuan

Aras Pengetahuan memerlukan seseorang itu mengingati dan mengeluarkan maklumat


berbentuk fakta yang telah diperoleh hasil daripada pembelajaran yang telah berlaku.
Komponen pengetahuan melibatkan murid mengingat kembali perkara khusus dan universal,
mengingat semula kaedah dan proses atau mengingat semula sesuatu corak struktur atau latar
belakang. Dalam aras ini seseorang itu berupaya untuk mengidentifikasikan, menyenaraikan,
menerangkan, memberitahu dan sebagainya.

3.1.2 Aras Kefahaman

Aras Kefahaman memerlukan seseorang memahami maklumat yang diperoleh. Dalam


aras ini seseorang itu berupaya untuk menerangkan, menganggarkan, meramal, membezakan
dan sebagainya. Komponen kefahaman melibatkan murid menggunakan bahan yang
dikomunikasikan tanpa perlu menghubungkannya dengan bahan lain. Hal ini tercapai apabila
murid mampu membuat terjemahan, penafsiran dan ekstrapolasi apa yang dipelajari oleh
mereka.

5
3.1.3 Aras Aplikasi

Aras Aplikasi memerlukan seseorang itu mengaplikasikan pembelajaran yang telah


diperoleh. Dalam arah ini seseorang itu berupaya untuk membuat aplikasi pengetahuan,
membuat ilustrasi, menunjukkan, menyelesaikan mengklasifikasikan, membuat uji kaji dan
sebagainya. Komponen aplikasi pula melibatkan murid menggunakan apa yang telah
dipelajari dalam satu situasi baru yang khusus dan konkrit.

3.1.4 Aras Analisis

Aras komponen analisis pula melibatkan pemecahan sesuatu perkara kepada


bahagian-bahagian kecil agar persamaan dan perbezaan dapat menghuraikan dengan
memberikan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Aras analisis juga memerlukan
seseorang itu merungkaikan bahagian atau meneliti (bagi memahami sesuatu struktur) hasil
daripada pembelajaran yang telah diperoleh. Dalam aras ini seseorang itu, berupaya membuat
analisis, membuat banding beza, membuat perbandingan, mengklasifikasikan, menyusun dan
sebagainya.

3.1.5 Aras Sintesis

Komponen sintesis memungkin murid untuk menggabungkan unsur atau bahan


supaya membentuk satu keseluruhan atau kesimpulan. Dengan ini satu pola atau struktur
akan terbentuk akibat daripada unsur atau bahan yang digabungkan. memerlukan seseorang
itu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran untuk mencantumkan elemen-elemen yang
telah dipelajari. Dalam aras ini seseorang itu berupaya mencantumkan, menyusun semula,
mengganti, mencipta, mereka bentuk, dan sebagainya.

3.1.6 Aras Penilaian

Komponen terakhir adalah penilaian di mana murid akan menggunakan pertimbangan


kualitatif dan/atau kuantitatif mengenai nilai bahan dan kaedah spesifik untuk sesuatu kriteria
yang telah ditetapkan. Seterusnya, memerlukan seseorang itu membuat penghakiman ataupun
penilaian berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Dalam arah ini seseorang itu berupaya
membuat kesimpulan, menerangkan, mengukur, membanding, rumusan, keputusan dan
sebagainya.

6
3.2 Domain Afektif

Domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan
kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga dalam
pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk sistem dan
sebagainya. Dalam domain afektif merangkumi aspek emosi misalnya perasaan, nilai,
penghargaan, semangat, minat, motivasi dan sikap. Lima kategori domain afektif dari tingkah
laku sederhana hingga kompleks. Antaranya, kategori penerimaan, responsif, nilai diri,
organisasi dan perwatakan

3.2.1 Kategori Penerimaan

Kemampuan untuk menunjukkan penerimaan dan penghargaan terhadap orang lain.


Sebagai contoh, mendengar pendapat orang lain, mengingat nama seseorang. Antara kata
kerja kunci dalam kategori penerimaan ialah menanyakan, mengikuti, memberi, menahan
atau mengendalikan diri, mengenal pasti, memperhatikan, menjawab.

3.2.2 Kategori Responsif

Responsif ialah kemampuan turut serta secara aktif dalam pembelajaran dan selalu
motivasi untuk segera bereaksi dan mengambil tindakan atas suatu perbincangan. Contohnya,
dalam perbincangan sesuatu topik di kelas. Kata kerja kuncinya ialah menjawab, membantu,
mematuhi, memenuhi, menyetujui, membincang, melakukan, memilih, mempersembahkan,
melaporkan, menceritakan, menulis, menginterpretasikan, menyelesaikan, mempraktikkan.

3.2.3 Nilai Diri

Manakala kategori milai diri merupakan kemampuan menunjukkan nilai yang


diamalkan untuk membezakan mana yang baik dan buruk terhadap suatu kejadian atau objek,
dan nilai tersebut ditunjukkan dalam perilaku. Antara kata kerja kunci dalam kategori ini
ialah menunjukkan, memilih, membezakan, mengikuti, meminta, memenuhi, menjelaskan,
membentuk, berinisiatif, melaksanakan, menjustifikasikan, mengusulkan, melaporkan,
menginterpretasikan, membenarkan, menolak, menyatakan dan mempertahankan pendapat.

7
3.2.4 Kategori Organisasi

Organisasi ialah kemampuan membentuk sistem nilai dan budaya organisasi dengan
mengharmonikan perbezaan nilai. Contohnya, bersepakat dan mematuhi etika profesion,
mengakui keseimbangan antara kebebasan dan tanggungjawab. Kata kerja kunci yang
terdapat dalam kategori organisasi ialah mematuhi, merancang, mengatur, mengenal pasti,
mengkombinasikan, mengorganisasikan, merumuskan, menyamakan, mempertahankan,
menghubungkan,mengintegrasikan, menjelaskan, mengaitkan, menggabungkan,memperbaiki,
menyusun, menyempurnakan, menyatukan pendapat, menyesuaikan, melengkapi,
membandingkan.

3.2.5 Kategori Perwatakan

Kemampuan mengendalikan tingkah laku berdasarkan nilai murni dan memperbaiki


hubungan intrapersonal, interpersonal dan sosial. Sebagai contoh, menunjukkan kepercayaan
ketika bekerja sendiri, bekerjasama dalam kelompok. Kata kerja kuncinya ialah Melakukan,
melaksanakan, memperlihatkan membezakan, memisahkan, menunjukkan, mempengaruhi,
mendengarkan, mempraktikkan, mengusulkan, semakan semula, memperbaiki, membatasi,
bertanyakan, mempersoalkan, menyatakan, bertindak, membuktikan, dan
mempertimbangkan.

3.3 Domain Psikomotor

Domain psikomotor merangkumi pergerakan dan penyelarasan jasmani, keterampilan motor


dan kemampuan fizikal. Keterampilan ini dapat diasah jika melakukannya dengan acap kali.
Perkembangan Psikomotor di ukur dari sudut kepantasan, ketepatan, jarak, cara atau teknik
pelaksanaan. Terdapat tujuh kategori dalam domain psikomotor iaitu persepsi, persiapan,
reaksi yang diarahkan, reaksi neutral, reaksi kompleks, adaptasi dan kreativiti.

3.3.1 Kategori Persepsi

Kemampuan menggunakan saraf sensor dalam menginterpretasikan nya dalam


mengirakan sesuatu. Contohnya, menurunkan suhu penyaman udara ketika suhu di kawasan
itu panas. Antara kata kerja kunci mengesan, mempersiapkan diri, memilih, menghubungkan,
menggambarkan, mengenal pasti, membezakan memilih.

8
3.3.2 Kategori Persiapan

Kemampuan untuk mempersiapkan diri, baik dari segi mental, fizikal, dan emosi,
dalam menghadapi sesuatu. Contohnya, melakukan pekerjaan yang sesuai, menerima
kelebihan dan kekurangan seseorang. Kata kerja kuncinya ialah Memulai, mengawal,
membantu, memperlihatkan mempersiapkan diri, menunjukkan.

3.3.3 Kategori Reaksi yang Diarahkan

Kemampuan untuk memulakan keterampilan yang kompleks dengan bantuan atau


bimbingan dengan meniru dan uji. Sebagai contoh, mengikuti arahan dari orang atasan.
Meniru, mentafsir, mengikuti, mencuba, mempraktikkan, mengerjakan, membuat,
memperlihatkan, memasang, bereaksi, menanggapkan.

3.3.4 Kategori Reaksi Natural (mekanisme)

Kemampuan untuk melakukan kegiatan pada tingkat keterampilan tahap yang lebih
sulit. Melalui tahap ini diharapkan pelajar akan biasa melakukan tugas hariannya. Contohnya,
menggunakan komputer. Mengoperasi, membangun, memasang, membongkar, memperbaiki,
melaksanakan sesuai standard, mengerjakan, menggunakan, mengendalikan, mempercepat,
mempertajam, menangani.

3.3.5 Kategori yang Kompleks

Kemampuan untuk melakukan kemahirannya dalam melakukan sesuatu, di mana hal


ini terlihat dari kepantasan, ketepatan, dan keberkesanan. Semua tindakan dilakukan secara
spontan, lancar, cepat, tanpa ragu. Contohnya, keahlian bermain piano. Mengoperasi,
membangun, memasang, membongkar, memperbaiki, melaksanakan sesuai standard
mengerjakan, menggunakan, mengendalikan, mempercepat, mencampur, menangani,
mengorganisasikan, membuat draft/sketsa, mengukur.

3.3.6 Kategori Adaptasi

Kemampuan mengembangkan keahlian, dan modifikasi pola sesuai dengan yang


diperlukan. Contohnya melakukan perubahan secara cepat dan tepat terhadap kejadian tak
terduga tanpa merosak pola yang ada. Mengubah, mengadaptasikan, memvariasikan,
mengatur kembali, merancang kembali dan memodifikasi.

9
3.3.7 Kategori Kreativiti

Kemampuan untuk menciptakan pola baru yang sesuai dengan keadaan/situasi


tertentu dan juga kemampuan mengatasi masalah dengan eksplorasi kreativiti diri. Sebagai
contoh, membuat formula baru, inovasi dan produk baru. Antara kata kerja kuncinya ialah
merancang, membangun, menciptakan, mengkombinasikan, dan membuat.
RUJUKAN

Bloom, B.S., (Ed.). 1956. Taxonomy of educational objectives: The classification of


educational goals: Handbook I, cognitive domain. New York: Longman.

Retno Utari. (20.04.2018). Taksonomi Bloom: Apa dan Bagaimana Menggunakannya?.


Diambil daripada http://setiabudi.ac.id/web/images/files/Revisi-
Taksonomi%20Bloom%20.pdf

You might also like