You are on page 1of 5

Minggu praktikum: 2

Tarikh: 20 Jun 2019

Tajuk: Murid kurang persediaan dan kesungguhan untuk belajar

1. Isu yang difokuskan

Pada minggu kedua, saya telah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Sepanjang minggu ini saya telah mendapati
bahawa terdapat segelintir murid yang sering tidak membawa buku sains ke sekolah sama
ada buku teks ataupun buku aktiviti. Mereka sering memberi alasan terlupa untuk membawa
buku ke sekolah. Situasi ini berterusan pada setiap hari sepanjang minggu ini. Hal ini
menjelaskan bahawa murid di kelas saya tidak mempunyai persediaan dan kesungguhan
untuk datang ke sekolah bagi menimba ilmu pengetahuan.

Dalam petikan akhbar sinar online bertarikh 26 Oktober 2014 telah mengatakan bahawa
seramai 72 orang murid telah tercicir dalam mata pelajaran disebabkan ketidaksungguhan
mereka untuk belajar. Situasi ini telah menjadi lebih rumit lagi apabila kekurangan minat
terhadap pelajaran ini merupakan antara penyebab utama kebanyakan murid telah berhenti
ke sekolah. Sekiranya fenomena ini dibiarkan berterusan, ia bakal meruntuhkan sistem
persekolahan di negara kita. Oleh itu, langkah proaktif hendaklah diambil dengan segera bagi
membendung gejala ini daripada berterusan dengan memastikan setiap murid membawa
buku yang berkaitan ke sekolah dan membuat persediaan untuk belajar serta belajar dengan
bersungguh-sungguh.

2. Analisis isu yang difokuskan

Motivasi kendiri memainkan peranan yang sangat signifikan bagi mengekalkan minat dan
kesungguhan murid untuk belajar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi
dianggap sebagai salah satu unsur penting yang membolehkan murid untuk melibatkan diri
secara aktif bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut bermakna,
berfaedah dan menggembirakan. Dengan wujudnya motivasi sebegini, maka minat dan
kesungguhan murid untuk belajar dapat dikekalkan sekaligus dapat menjadikan murid
bersedia untuk hadir ke sekolah pada setiap hari. Oleh itu, inisiatif pragmatik hendaklah
dirangka dengan segera dengan menekanakn aspek motivasi kendiri murid bagi memastikan
semua murid dapat membawa buku yang berkaitan ke sekolah, membuat persediaan
sebelum ke sekolah dan bersungguh-sungguh untuk belajar.

Berdasarkan temu bual saya bersama beberapa orang murid yang tidak membawa buku
sains ke sekolah, saya mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
mereka tidak membawa buku ke sekolah. Antaranya ialah mereka tidak menyiapkan tugasan
yang diberikan oleh guru, mereka tidak mengemaskini buku di dalam beg mengikut jadual
waktu yang ditetapkan pada setiap hari atau mereka telah menghilangkan buku tersebut.
Situasi ini jelas menunjukkan bahawa, murid-murid tidak mempunyai persediaan dan
kesungguhan untuk datang belajar di sekolah. Mereka hanya datang ke sekolah disebabkan
paksaan dan arahan daripada ibu bapa dan guru guru. Oleh itu, kesedaran perlu diterapkan
kepada murid agar sentiasa berminat untuk menimba ilmu pengaetahuan dengan
memberikan motivasi kendiri kepada merek agar mereka sentiasa bersedia dan bersemangat
untuk belajar.

3. Kajian Lampau terhadap isu

Berdasarkan temu bual saya bersama guru di Sekolah Kebangsaan Pulau Nyior, saya dapat
simpulkan bahawa isu kurang persedian dan kesungguhan murid untuk belajar ini
sememangnaya antara isu yang dialami oleh murid-murid di sekolah ini. Mereka kerap kali
tidak membawa buku ke sekolah dan alasan yang sama diberikan kepada guru apabila tidak
membawa buku latihan iaitu buku hilang, latihan tidak disiapkan dan tidak mengemaskini
buku mengikut jadual waktu harian. Hal ini menunjukkan bahawa sememangnya murid
kurang membuat persediaan dan tidak bersemangat untuk belajar. Oleh itu, sebagai guru,
saya perlulah mengambil tindakan proaktif dan efektif bagi mengatasi masalah ini.

4. Cadangan dan idea penyelesaian masalah

Merujuk kepada model modifikasi tingkah laku B.F. Skinner, model ini telah menggunakan
prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah
laku yang diingini (Malek Said, 2007). Sebagai contoh, apabila murid melakukan tingkah laku
yang diingini, maka peneguhan positif bakal diberikan kepada mereka. Justeru bagi
menangani masalah ini daripada berlaku, peneguhan positif hendaklah disediakan kepada
murid apabila mereka bersedia dan bersungguh-sungguh untuk belajar. Misalnya, guru
menyediakan hadiah apabila murid membawa dan menghantar buku kepada guru. Dengan
adanya penerimaan hadiah ini dapat meningkatkaan motivasi ekstrinsik murid untuk terus
melaksanakanya kerana mendapat dorongan daripada persekitaran serta mendapat ganjaran
yang nyata (Ibrahim Ahmad, 2002). Hal ini dapat membantu mempersiapkan murid untuk
terus bersedia dan bersemangat untuk belajar. Kesanya, murid akan sentiasa membawa buku
ke sekolah sekaligus berjaya menangani masalah ini.

Selain itu, maklum balas yang berterusan merupakan salah satu prinsip pembelajaran Ewell
juga memainkan peranan penting yang signifikan bagi menangani isu ini. Sebagai contoh,
guru boleh memberikan maklum balas kepada murid dengan mengecop perkataan-perkataan
yang sesuai seperti baik atau teruskan usaha anda sewaktu menyemak hasil kerja murid.
Dengan adanya maklum balas sebegini, murid-murid akan berasa seronok dan berlumba-
lumba untuk membawa dan menghantar buku bagi mendapatkan cop disamping dapat
mengetahui perkembangan diri mereka. Hal ini dapat membantu mengatasi masalah kurang
persedaiaan dan kesungguhan murid untuk belajar serta dapat menarik minat murid untuk
terus belajar dengan tekun.

5. Tempoh masa penyelesaian

20 jun 2019- 15 julai 2019

6. Tindakan susulan

Saya akan menyediakan hadiah berupa penanda buku sebagai penghargaan kepada murid
kerana berjaya membawa dan menghantar buku. Saya telah memilih penanda buku untuk
dijadikan hadiah kerana pada hemat saya kesannya akan lebih berpanjangan. Sebagai
contoh, dengan melihat penanda buku tersebut dapat memotivasikan murid untuk sentiasa
membawa dan menghantar buku apabila diminta oleh guru. Hal ini juga selaras dengan model
modifikasi tingkah laku B. F. Skinner yang menekankan peneguhan positif bagi tingkah laku
yang diingini supaya murid akan terus melakukannya (Ruhani Mat Zain, 2009). Situasi ini juga
dapat meningkatkan kesedaran murid untuk lebih bersemangat dan sentiasa bersedia untuk
belajar.

Selain itu, saya juga akan sentiasa menyemak buku murid dan memberikan maklum balas
kepada mereka dengan mengecop perkataan -perkataan seperti baik dan teruskan usaha
anda pada lembaran kerja murid. Menerusi kaedah ini, murid-murid akan berasakan bahawa
guru menghargai hasil kerja mereka. Hal ini bukan sahaja dapat menagani isu kurang
persediaan dan kesunguhan murid untuk belajar, malahan dapat mewujudkan hubungan yang
posiitif antara guru dan murid serta dapat mengekalkan minat murid untuk belajar. Saya
berharap agar dengan adanya usaha-usaha ini dapat menangani masalah ini dengan segera
sekaligus dapat mewujudkan sebuah sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkuliti tinggi
serta memberikan kesan yang mendalam kepada murid.

7. Ulasan guru pembimbing/ pensyarah pembimbing

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
Disemak oleh, Disahkan oleh,

_____________________ ________________________

Guru Pembimbing, Pensyarah Pembimbing,

(PN. ROSLINA BT ARIFF) (DR NORLIZA BT KUSHAIRI)


Rujukan

Ibrahim Ahmad. (2002). Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah. Kuala

Lumpur: Utusan.

Malek Muhamad Said. (2007). Mengurus khidmat bimbingan dan kaunseling sekolah. Kuala

Lumpur: PTS

Ruhani Mat zin. (2009). Budaya sekolah: Implikasi terhadap proses pembelajaran secara

mengalami. Jurnal kemanusian. 13,63-78.

You might also like