You are on page 1of 49

1

KAJIAN TERHADAP STRES


DIKALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH DI ZON PERMAS JAYA,
JOHOR BAHRU DARI ASPEK PERSONALITI

NOORNAZIFAH BINTI MD SUANDI

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi


Sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik).

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2008
2

ABSTRAK

Stres dan personaliti adalah perkara yang lumrah dalam kehidupan kita pada
masa kini. Oleh yang demikian, kajian punca dan tahap stres dikalangan guru
merupakan satu senario yang agak subjektif. Ianya merupakan satu kajian tinjauan
bagi melihat punca, tahap stres dan tahap stres dari aspek personaliti dikalangan guru
sekolah rendah di zon Permas Jaya, Johor Bahru. Seramai 118 orang responden telah
dipilih secara rawak berstrata (kuota) dalam menjayakan kajian ini. Enam buah
sekolah rendah di zon ini telah dijadikan oleh penyelidik sebagai tempat kajian.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik, skala likert 5 mata
digunakan bagi tahap stres manakala bagi tahap stres dari aspek personaliti skala
berpandukan kepada set ujian Malek Mukamat Said (2004). Data di analisis
menggunakan perisian komputer “Statistical Packages for Social Science” (SPSS
15.0). Hasil dapatan kajian dinyatakan dalam bentuk diskriptif (frekuensi dan
peratusan). Dapatan kajian menunjukkkan bahawa guru sekolah rendah mengalami
tahap stres yang rendah dan mereka juga menghadapi tahap stres dari aspek
personaliti yang sederhana tinggi. Ini menunjukkan bahawa tahap stres tidak
dipengaruhi oleh personaliti responden. Faktor-faktor seperti bebanan kerja,
hubungan interpersonal dan masalah pelajar tidak mempengaruhi tahap stres guru.
3

ABSTRACT

It is important nowadays, for every individual to know their level of stress


and personality. This research on the causes and the level of stress is very subjective.
It is the survey researches that focus on causes, level and stress from the personality
aspects among teachers in Permas Jaya zone. Altogether, they were 118 stratified
random sample, involved in this research. The instrument used in this research were
sets of questionnaire, five points likert scale were used to evaluate the level of stress
while the level of personality stress was adapted from the test instrument by Malek
Mukamat Said (2004). Data was collected and analysed by “Statistical Packages for
Social Science” (SPSS 15.0). The finding showed that the level of stress among the
primary school teachers was low, but at the same time they also had medium levels
of personality stress. This showed that the level of stress was not dependent on the
personality of the respondent. Generally, the stress among teacher was not influenced
by several factors such as the workload, interpersonal relationship and students
problem.
4

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i
PENGAKUAN ii
PENGESAHAN PENYELIA iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv

I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 2
1.2 Penyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Hipotesis Kajian 7
1.6 Batasan Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Guru-guru 9
1.8.2 Stres 9
5

1.8.3 Punca Stres 9


1.8.4 Personaliti 10
1.8.5 Demografi 10
1.9 Penutup 11

II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 12
2.1 Kajian-kajian Faktor dan Tahap Stres 12
2.2 Teori Personaliti
2.2.1 Teori Personaliti Carl Jung 19
2.2.1.1 Personalti Ekstrovert 19
2.2.1.2 Personalti Introvert 20
2.2.1.3 Personalti Ambivert 20
2.3 Kajian Tentang Personaliti 21
2.4 Penutup 22

III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 23
3.1 Reka Bentuk Kajian 23
3.2 Populasi dan Sampel Kajian 24
3.3 Pembentukan Instrumen Kajian 25
3.4 Insturmen Kajian 26
3.4.1 Bahagian A
- Maklumat Peribadi /Demografi 26
3.4.2 Bahagian B
- Ujian Tahap Stres 26
3.4.3 Bahagian C
- Ujian Stres dari Aspek Personaliti 27
3.5 Tatacara Kajian 29
6

3.6 Kajian Rintis 30


3.7 Penganalisaan Data 30
3.8 Penutup 31

IV ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 32
4.1 Latar Belakang Responden 33
4.2 Tahap Stres 35
4.2.1 Analisis Stres (Lebihan Kerja) 36
4.2.2 Analisis Stres (Hubungan Interpersonal) 38
4.2.3 Analisis Stres (Masalah Pelajar) 40
4.2.4 Analisis Tahap Stres 42
4.3 Stres Dari Aspek Personaliti 43
4.3.1 Analisis Tahap Stres Dari Aspek Personaliti
Berdasarkan Item 43
4.3.2 Analisis Tahap Stres Dari Aspek Personaliti 46
4.4 Hubungan Tahap Stres Dan Stres Dari Aspek
Personaliti 48
4.5 Penutup 50

V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 51
5.1 Ringkasan Kajian 52
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 53
5.3 Perbincangan Analisis Latar Belakang Responden 53
5.4 Perbincangan Analisis Tahap Stres Mengikut 54
Faktor Stres (Lebihan Kerja, Hubungan
Interpersonal, Masalah Pelajar)
5.4.1 Perbincangan Analisis Stres
(Lebihan Kerja) 55
7

5.4.2 Perbincangan Analisis Stres (Hubungan


Interpersonal) 55
5.4.3 Perbincangan Analisis Stres
(Masalah Pelajar) 56
5.5 Perbincangan Analisis Tahap Stres 56
5.6 Perbincangan Analisis Tahap Stres Dari Aspek
Personaliti 57
5.7 Perbincangan Analisis Hubungan Tahap Stres
Dengan Stres Dari Aspek Personaliti 58
5.8 Kesimpulan 59
5.9 Implikasi Kajian 60
5.10 Cadangan Kajian 61
5.11 Cadangan Kajian Lanjutan 62
5.12 Penutup 63

Bibliografi 64

Lampiran 70
8

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Kamus Oxford mendefinisikan stres sebagai satu tekanan atau desakan,


usaha, tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental. Ini bermaksud stres adalah
suatu keadaan dimana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji
melampaui keupayaan tubuh dan mindanya yang tidak mampu menahan dan
menanggungnya lagi. Seorang ahli psikologi terkenal, Walter Cannon (1920),
menyatakan bahawa stres bermaksud gerak balas lawan atau lari ( fight or flight ).

Hans Selye (1963), telah memberikan maksud yang baru mengenai stres
dengan membuktikan di dalam kajiannya terhadap binatang. Beliau menunjukkan
bahawa stres boleh menyebabkan penyakit, seterusnya penyakit yang dihidapi akibat
daripada stres yang berlebihan boleh membawa maut. Ini boleh berlaku ke atas
manusia.

Sebenarnya stres adalah sebahagian daripada kehidupan setiap insan, setiap


gologan masyarakat tidak mengira usia akan berisiko untuk mengalami stres, cuma
yang membezakannya adalah mengetahui kehadirannya atau tidak dan cara
mengendalikan stres di dalam kehidupan seharian seseorang itu.
9

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Institut Of Stress di New York,
Amerika, didapati bahawa 90 peratus daripada lelaki dewasa mengalami stres yang
amat tinggi sekurang-kurangnya dua kali seminggu, manakala 25 peratus mengalami
stres setiap hari.

Perangkaan ini menunjukkan bahawa stres dalam kehidupan seseorang


individu yang semakin menjadi trend semasa. Kebanyakan dari kita hanya
mengetahui atau mengganggap stres dari aspek yang negatifnya sahaja. Ini
termasuklah kecenderungan untuk melakukan keganasan serta meningkatkan risiko
penyakit mental. Tetapi jika dilihat dari satu aspek lagi, sebenarnya stres juga
mempunyai kebaikan apatah lagi dalam kehidupan yang serba moden dan canggih
kini.

1.1 Latar Belakang Masalah

Peranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu
dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu
kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi dalam multimedia, menuntut warga
pendidik untuk membangunkan diri, sama ada secara rela atau tidak dalam bidang
pendidikan yang sering berubah dan mempunyai pembaharuan dari masa ke semasa.
Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik terpaksa
berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar, lebih
berat dan semakin terbeban.

Justeru itu, stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan tahap
kesihatan mental dan sering menyerang warga pendidik khasnya. Bahkan selagi
bernama manusia, setiap daripada kita pastinya pernah merasai pengalaman tertekan
atau stres dalam kehidupan seharian.
10

Dipetik daripada Utusan Online oleh Tajaiyah Ihsan di dalam artikelnya yang
bertajuk Tekanan melawan atau lari: Pakar Psikitri Kanak-kanak, Remaja dan
Dewasa, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Subash Kumar berkata,
"Walaupun stres atau tekanan dikategorikan sebagai penyakit yang serius tetapi
sayangnya ia tidak diberi perhatian. Ini mungkin kerana masyarakat bertanggapan
bahawa stres hanya memberikan kesan seketika tanpa menyedari bahawa stres boleh
menjejaskan seluruh badan dan minda”. Beliau juga menyatakan bahawa kanak-
kanak boleh mengalami stres, lebih menyedihkan apabila ibu bapa tidak mengambil
peduli atau memberikan perhatian terhadap masalah ini.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan mental


didefinisikan sebagai kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang
lain, “Kebolehan dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan
kebolehan menyumbang khidmat kepada masyarakat”, (Kempen Cara Hidup Sihat,
Kementerian Kesihatan Malaysia). Menurut Anthony Yeo (1985), berpendapat stres
adalah bentuk tekanan yang memberi kesan dalam kehidupan individu, kesan positif
atau negatif bergantung kepada reaksi individu.

Selain itu, stres adalah tindakbalas bagi memenuhi tuntutan bagi


menyesuaikan diri ke arah keadaan yang stabil (Shepherd P.C, 1987). Justeru itu,
stres warga pendidik boleh didefinisikan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif
seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek
kerja sebagai seorang guru (Kyriacou & Sutcliffe, 1978).

Setiap insan diciptakan oleh Allah yang maha esa ada keistimewaannya yang
tersendiri. Malahan keistimewaan inilah telah menyebabkan tiada insan yang
dilahirkan dengan ciri yang sama. Kamarudin Hj. Hussin (1996, dalam Yong, 1998),
tiada seorang pun termasuk kembar seiras yang benar-benar menyamai antara satu
sama lain khasnya tingkahlaku. Ini menunjukkan bahawa setiap insan mempunyai
personaliti yang tersendiri. Personaliti individu dapat dibayangkan melalui
kecenderungannya untuk bertingkahlaku mengikut cara tertentu. Personaliti adalah
sesuatu yang kompleks dan boleh beubah-ubah mengikut peredaran masa, malahan
ianya juga boleh ditentukan oleh pengaruh luaran dan dalaman.
11

Menurut Asmawati Baharudin dan Norhalim Ibrahim (1996, dalam Yong,


1998), personaliti merupakan natijah kepada interaksi faktor genetik dan faktor
persekitaran. Faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi personaliti seperti baka dan
keturunan, aspek-aspek fizikal, fisiologi dan biokimia, pengaruh endokrin, proses
pertumbuhan dan kematangan.

Manakala faktor luaran yang mempengaruhi personaliti pula termasuklah


pengaruh ibu bapa dan keluarga, guru-guru, media massa, faktor sosial dan budaya,
pengalaman hidup, kerencatan fizikal dan mental serta reaksi terhadap penyakit.

Habibah dan Noran (1997, dalam Nooraini, 2002) melaporkan bahawa


personaliti seseorang bergantung kepada interaksi terhadap beberapa faktor
termasuklah faktor baka dan pengaruh persekitaran yang mempengaruhi cara didikan
keluarga seperti ibu bapa, budaya dan perbezaan kaum.

Secara umumnya personaliti individu boleh diukur dan dikategorikan kepada


11 aspek utama, iaitu asertif, analitikal, keterbukaan, kritik diri, kepimpinan, jati diri,
prihatin, intelektual, pencapaian, integriti, dan ketidakselarasan. Namun aspek ini
hanya akan dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu jenis A meliputi individu
yang agresif, bertenaga, bercita-cita tinggi dan berdaya saing dan jenis B iaitu bagi
individu yang penyabar, sederhana dan kurang daya saing.

Personaliti memainkan peranan penting bagi seseorang dalam menangani


stres. Ia merupakan satu cara bagi setiap individu khususnya guru untuk
mengekalkan daya kerja disamping mengawal emosi melalui trait personaliti yang
mereka miliki. Biasanya suasana kerja, tindakbalas psikologikal ( keletihan dan
kemurungan ), fisiologi ( penyakit seperti sakit kepala dan darah tinggi ) dan sikap
sering diberi perhatian. Sebenarnya trait personaliti juga turut mempengaruhi
seseorang itu terdedah kepada stres yang kritikal atau sukar diatasi.
12

Seterusnya, faktor stres turut menyumbang kepada suasana kerja yang kurang
memuaskan di ikuti dengan tiada kepuasan bekerja dan keinginan untuk
meninggalkan kerjaya guru semakin meningkat. Akibatnya, guru menjadi agresif,
bimbang mengalami kekecewaan, sifat suka mengelak, tahap kehadiran yang kurang
memuaskan dan prestasi kerjanya juga merosot.

1.2 Penyataan Masalah

Apakah faktor utama yang menjadikan guru stres ( lebihan kerja, hubungan
interpersonal, dan persekitaran kerja) dan faktor yang paling dominan
mempengaruhi tahap stres yang tinggi.

Kajian sejauh mana personaliti individu mempengaruhi stres dan jenis


personaliti yang bagaimana menyebabkan seseorang individu itu mudah terdedah
kepada stres. Persoalan yang sering timbul, personaliti yang dimiliki oleh guru
mempengaruhi mereka dalam menghadapi stres.

Menurut Hans Selye (1936), punca stres berkait rapat dengan masalah
rumahtangga dan juga sosial. Melalui pembacaan pengkaji, didapati tiga punca stres
yang dominan berlaku di kalangan guru. Ini akan dijadikan asas dalam membina
item soal selidik yang akan dilaksanakan kemudian. Tiga punca stres itu ialah
bebanan kerja, hubungan interpersonal dan masalah pelajar yang dikenalpasti
daripada kajian yang lalu.

Apakah faktor ini masih menjadi punca utama yang menyebabkan guru stres
sama ada lebihan kerja, hubungan interpersonal dan masalah pelajar. Masalah yang
ingin dikaji oleh pengkaji adalah adalah faktor stres iaitu lebihan kerja, hubungan
interpersonal dan masalah pelajar dari aspek jenis personaliti seperti jenis A (agresif,
bertenaga, bercita-cita tinggi, berdaya saing) dan jenis B (penyabar, sederhana,
kurang daya saing). Ini berikutan kedudukan sekolah di zon Permas Jaya adalah di
13

pinggir bandar dan memungkinkan fenomena stres berlaku di kalangan guru. Ini
ditambah lagi dengan latarbelakang pelajarnya yang tinggal di kawasan setinggan.

Tambahan pula, bilangan guru yang tidak mencukupi berbanding dengan


nisbah pelajar di dalam sebuah kelas. Secara amnya bilangan pelajar dalam sebuah
kelas di zon Permas Jaya di antara 44 hingga 47 orang. Ini menyukarkan guru untuk
mengurus dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan
dan efektif.

Disamping itu, jumlah waktu mengajar guru juga bertambah dan sekurang-
kurangnya 32 waktu seminggu, selain dari menguruskan hal yang berkaitan dengan
tugas pengkeranian, ko-kurikulum termasuklah organisasi dan berpersatuan.

Kajian ini juga diharapkan agar dapat mengesan serta memperbaiki masalah
stres yang dialami oleh para guru dari aspek personaliti, seterusnya dapat mencapai
wawasan pendidikan.

1.3 Objektif Kajian

Secara keseluruhannya, kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor, tahap


dan stres dari aspek jenis personaliti yang dimiliki oleh guru. Oleh itu, objektif
kajian ini adalah untuk:

1.3.1 Mengenalpasti tahap stres ( lebihan kerja, hubungan interpersonal dan


masalah pelajar ) di kalangan guru sekolah rendah.
1.3.2 Mengenalpasti jenis personaliti guru sama ada jenis A - agresif,
bertenaga, bercita-cita tinggi, berdaya saing atau jenis B - penyabar,
sederhana, kurang daya saing.
1.3.3 Mengenalpasti perkaitan antara tahap stres guru dengan personaliti
guru.
14

1.4 Persoalan Kajian

Untuk memenuhi objektif kajian yang dinyatakan beberapa persoalan


dikemukakan di dalam kajian ini.

1.4.1 Apakah tahap stres ( lebihan kerja, hubungan interpersonal dan


masalah pelajar ) di kalangan guru sekolah rendah ?
1.4.2 Apakah jenis personaliti guru sekolah rendah yang dikaji?
1.4.3 Adakah terdapat perkaitan di antara tahap stres dengan personaliti
guru?

1.5 Hipotesis Kajian

1.5.1 Hipotesis
H0 : Tiada terdapat hubungan yang signifikan antara stres dari aspek
personaliti.
H1 : Terdapat hubungan yang signifikan antara stres dari aspek
personaliti.

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini dilaksanakan di beberapa buah sekolah di zon Permas Jaya,


daerah Johor Bahru. Responden yang di pilih secara rawak berstrata (kuota) adalah
seramai 118 orang guru sekolah rendah. Tumpuan kajian adalah untuk melihat faktor
stres yang paling dominan di kalangan guru sekolah rendah dan seterusnya melihat
adakah terdapat hubungan di antara stres dari aspek personaliti.
15

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah penting kepada para guru, pihak pentadbiran sekolah dalam
pendidikan mahupun di peringkat Jabatan Pelajaran. Ia amat penting kepada :

1.7.1 Guru-guru

Ia boleh dijadikan sebagai panduan dan maklumat kepada warga guru tentang
cara menangani stres dengan berkesan mengikut persekitaran yang dihadapi
khususnya mengenai aspek personaliti.

1.7.2 Pihak Pentadbiran Sekolah

Dapatan ini dapat membantu pihak pentadbir sekolah membuat pertimbangan


dalam merancang aktiviti-aktiviti staf di sekolah.

1.7.3 Pihak Jabatan Pelajaran

Boleh menggunakan maklumat daripada dapatan kajian ini untuk membantu


warga guru menangani persoalan stres. Selain itu, pihak Jabatan Pelajaran boleh
merangka suatu program secara menyeluruh kepada warga guru dalam menangani
stres agar ia akan dijadikan perangsang serta memberi kesan yang positif dalam
memperkasakan profesion perguruan.

1.8 Definisi Istilah

Terdapat beberapa definisi istilah dalam kajian ini dan akan diperbincangkan
dengan terperinci sebagaimana yang berikut :
16

1.8.1 Guru-guru

Guru boleh ditakrifkan sebagai orang yang mengajar, mendidik, pengajar


dan pengasuh (Noresah Bahrom, 1995:420). Dalam Kajian ini guru yang
dimaksudkan adalah guru sekolah rendah tanpa mengira tahap pendidikan.

1.8.2 Stres

Menurut Za’ba (1963), stres adalah satu paksaan atau desakan kepada sesuatu
perkara yang diutamakan atau yang terpenting. Hans Selye (1963) pula,
mendefinisikan stres sebagai suatu tindakbalas tubuh kepada tuntutan-tuntutan
dalaman dan luaran terhadap dirinya sehingga melibatkan kadar ’Wear and tear of
the living body’ . Menurutnya lagi, stres merupakan satu komponen kehidupan yang
memberikan kesan positif mahupun sebaliknya terhadap seseorang. Kesan yang
positif disebut sebagai ’eutress’ dan kesan negatif pula dipanggil ’distress’. Stres
boleh menjadi positif sekiranya dipandang sebagai satu cabaran yang boleh
meningkatkan potensi diri dan produktiviti.

1.8.3 Punca Stres

Punca stres dikenali sebagai ’stressor’ adalah rangsangan yang bertindak


terhadap seorang individu yang melebihi keupayaannya atau kebolehannya untuk
mengawal, menurut Nariah (1994).

Tanggapan individu terhadap punca stres adalah berbeza-beza di mana suatu


peristiwa boleh bertindak sebagai punca stres kepada individu A, tetapi tidak kepada
individu B. Antara punca-punca stres adalah sesuatu yang berkaitan dengan
personaliti seseorang, persekitaran tempat tinggal, situasi semasa dan peristiwa hidup
seseorang itu.
17

Dalam kajian ini, ia merujuk kepada punca-punca stres dari aspek personaliti
guru sama ada mereka mudah terdedah kepada stres atau sebaliknya.

1.8.4 Personaliti

Personaliti biasanya digambarkan sebagai diri individu. Ia berasal daripada


perkataan Latin iaitu ’persona’, yang merujuk kepada topeng yang digunakan oleh
pelakon dalam pementasan. Disini ianya bermaksud ciri-ciri yang dinamik dan
tersusun yang dimiliki oleh seseorang yang unik mempengaruhi kognitif, motivasi
dan tingkahlakunya dalam pelbagai situasi (Ryckman, 2000).

Menurut Allport (1973), beliau mentafsirkan personaliti sebagai :

- Keseluruhan kualiti peribadi yang ada pada seseorang.


- Satu cara penampilan seseorang pada pandangan orang lain
dan mungkin bukan dirinya yang sebenar.
- Peranan yang dimainkan oleh seseorang dalam kehidupan.
- Kualiti perubahan pada individu.

1.8.5 Demografi

Demografi yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah latar belakang


responden yang meliputi jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman mengajar.
18

1.9 Penutup

Stres adalah sebahagian daripada kehidupan setiap individu, semua lapisan


tidak mengira usia berisiko untuk mengalami stres, Cuma yang membezakannya
ialah mereka mengetahui atau tidak tentang kehadirannya di dalam kehidupan.
Adalah kurang bijaksana sekiranya seseorang individu yang mengalami stres pada
peringkat awal tidak dapat mengawalnya atau membiarkannya sahaja. Pengkaji
berminat untuk mengkaji mengenai stres dari aspek personaliti di kalangan guru
sekolah rendah khususnya untuk membantu para guru mengenalpasti personaliti
mereka terdedah kepada stres atau tidak. Perlu difahami bahawa stres yang
berlebihan atau tidak ditangani akan menjejaskan kesihatan mental dan fizikal.
19

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan

Di dalam bab ini, akan membincangkan dan meninjau kajian-kajian yang lalu
berkaitan dengan tajuk kajian iaitu faktor stres, tahap stres dan personaliti. Kajian
yang berkaitan dengan stres atau tekanan memang banyak dilaksanakan sama ada di
dalam mahupun luar negara. Malah ianya dibincangkan secara meluas terutamanya
stres pekerjaan dan stres belajar. Kedua-dua cabang stres ini adalah berbeza dari segi
situasi. Walaubagaimanapun, belum ada kajian yang berkaitan tahap stres dari aspek
personaliti dilaksanakan khususnya di kalangan guru sekolah rendah. Tujuan utama
tinjauan ini dibuat adalah untuk melihat persamaan, perbezaan dan hubungan yang
akan didapati dari dapatan yang akan dijalankan.

2.1 Kajian-Kajian Faktor dan Tahap Stres

Terdapat banyak kajian terhadap stres telah dilaksanakan tetapi


kebanyakkannya di luar negara. Menurut Gerhard Vossel (1987), peristiwa
kehidupan yang berbeza akan membawa kepada konsep stres yang berbeza. Bagi
membuat perbandingan kajian yang lepas masalah ini boleh dilihat dari aspek yang
terhampir, memandangkan tiada kajian terhadap stres dari aspek personaliti terhadap
guru sekolah rendah.
20

Borget, et al (1991) telah membuat kajian ke atas 1074 orang guru sekolah
rendah di Malta dan mendapati 32.6 peratus atau 710 responden mengakui pekerjaan
mereka menyebabkan stres yang tinggi kepada diri. Justeru itu, Dodge, D. Dan
Martin (1993) juga telah menggunakan kajian yang sama ke atas guru-guru sekolah
menengah di Malta dan mendapati bahawa 50 peratus responden mengalami tahap
stres yang sederhana, 30.7 peratus pada tahap rendah dan 15 peratus responden
bertanggapan bahawa pekerjaan mereka mendatangkan stres yang tinggi.

Menurut Freeman, Longan dan Mc Coy (1989) telah menyenaraikan bahawa


wanita bekerja sepenuh masa lebih terdedah kepada stres yang lebih tinggi iaitu 90
peratus manakala bagi pekerja lelaki pula hanya 10 peratus. Ini mungkin disebabkan
atau berpunca dari masalah kewangan, keadaan tempat kerja, diskriminasi di tempat
kerja, bidang tugas, ”hypertension” dan kesukaran mendapat kepuasan yang sama
dengan pasangan.

Tidak dapat dinafikan bahawa stres dan pertukaran perasaan (mood) biasanya
akan berlaku serentak. Ia adalah faktor semulajadi, hanya cara individu
mengawalnya akan menjadikan ianya positif atau sebaliknya. Ini telah disokong oleh
fakta yang dinyatakan oleh WHO bahawa stres merupakan pembunuh terbesar
penduduk dunia. Statistik menunjukkan bahawa stres adalah ”penyakit gaya hidup
moden”.

Kajian stres dari segi pekerjaan dan staf akademik oleh Kyriacou & Sutcliffe
(1977,1978 &1979) di England telah dijadikan sebagai rujukan. Dari kajian ini
didapati bahawa guru mengalami masalah stres iaitu antara 29.3 peratus hingga 30.7
peratus dan seterusnya mendapati bahawa stres guru wanita lebih tinggi daripada
guru lelaki.

Fletcherdan Payne (1982) dalam Ahmad Shakri, (1998) telah membuat kajian
terhadap stres di kalangan guru di United Kingdom dan hasilnya didapati bahawa 44
peratus responden mengalami stres dan ianya boleh diatasi sendiri. Manakala 25
peratus mengalami stres dan menyukainya. Dua puluh lima peratus lagi yang
21

mengalami stres beranggapan ia sebahagian dari kehidupan dan selebihnya enam


peratus menginginkan stres dalam pekerjaan agar tidak bosan.

Donald Meichenbaum dan Matt E. Jaremho (1983), menunjukkan bahawa


punca stres guru yang paling utama ialah beban tugas. Beban tugas pula boleh
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

i. Tugas Kuantitatif ( jumlah banyak kerja dilakukan )


ii. Tugas Kualitatif (kurang keupayaan untuk melaksanakan tugas).

Kedua-duanya berbeza tetapi mempunyai perkaitan. Ini bermaksud bahawa


jika seorang guru diberikan tugas yang banyak, kesannya ialah mengalami stres yang
tinggi. Kesannya akan bertambah buruk sekiranya ia berpunca dari daya upaya guru
itu sendiri. Hasilnya stres guru berganda disebabkan guru tidak mampu melakukan
beban tugas untuk dilaksanakan.

Selain itu kajian oleh Mc Cormick & Solmon (1992), di New South Wales
Mendapati bahawa guru-guru yang memegang kelas mempunyai tahap stres lebih
tinggi berbanding guru yang berjawatan pengetua atau penolong kanan. Seterusnya
didapati bahawa guru-guru di sekolah menengah mengalami stres lebih tinggi
berbanding guru-guru di sekolah rendah.

Di Malaysia, kajian mengenai stres telah mula dijalankan walaupun sebelum


ini tidak ramai pengkaji yang berminat. Antaranya Siti Radziah (1982), dalam
kajiannya ke atas 71 orang guru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapati
bahawa guru-guru mengalami stres pada tahap sederhana. Chang Fui Chin (1996)
pula membuat kajian terhadap pentadbir sekolah di George Town dan mendapati tiga
perpuluhan dua peratus responden mengalami stres pada tahap amat tinggi, 57.1
peratus alami tahap stres yang tinggi, 38.1 peratus tahap stres sederhana dan satu
perpuluhan enam peratus tahap rendah.
22

Majalah Skudai Post ( Januari 2000 ), stres boleh mengawal hati, perut dan
tekanan darah. Stres boleh berlaku disebabkan :

 Faktor intrinsik pekerjaan seperti panas, kebisingan, kemudahan yang


tidak lengkap atau kurang sesuai.
 Struktur organisasi.
 Pembangunan karier / pekerjaan yang terhalang
 Peraturan organisasi yang mengongkong.
 Perhubungan di tempat kerja.

Steven Bellman, Nick Forster, Leonie, Cary L.Cooper (2002) telah melaku-
kan kajian terhadap 204 orang pengurus di Australia dan mendapati 55 peratus
adalah wanita dengan purata umur 41.4 tahun mempunyai perbezaan stres dari segi
jantina. Selain dari itu, satu kajian yang dilakukan di New York State (1979)
mendapati punca stres yang paling tinggi adalah menangani masalah kenakalan
murid, pengurusan yang tidak cekap dan pengawalan diri apabila marah.

Ini sokong dengan adanya satu lagi kajian yang dibuat di Chicago oleh
Cichon dan Koff (1980), mendapati bahawa antara punca stres yang tertinggi di
kalangan guru-guru di situ ialah perpindahan yang terpaksa, masalah murid yang
nakal, dan tiada kepuasan kerja.

Satu kajian telah dibuat oleh NUTP, pada tahun 2005 mengenai stres di
kalangan kakitangan perguruan. Seramai 9328 guru telah memberikan maklumbalas
terdiri daripada guru kelas, pengetua, pensyarah dan pegawai jabatan pelajaran.
Daripada kajian itu, didapati seramai 69 peratus responden bersetuju bekerja dalam
keadaan stres dan faktor utama yang menyebabkan stres ialah tekanan daripada ibu
bapa dan pelajar yang sering menimbulkan masalah sehingga ada yang ingin
menyaman dan membawa kes kesalahan guru ke mahkamah. Faktor lain seperti
bebanan kerja dan prospek kenaikan pangkat yang tidak mencukupi iaitu daripada
320 000 orang guru, hanya 40 000 kekosongan sahaja untuk kenaikan pangkat.
23

Oleh yang demikian, ramai guru yang kecewa sehingga mereka bersara. Ini
ditambah lagi dengan ketidakadilan dalam penilaian kenaikan gaji oleh pengetua
sedangkan prestasi guru cemerlang. Akibatnya stres berpanjangan ketidakpuasan
dalam bekerja menyebabkan guru ingin berhenti kerja atau meluahkan ketidakpuasan
melalui tingkahlaku yang tidak sepatutnya.

Senario yang lain pula ialah tahap menghadapi tekanan kerja tidaklah
bergantung pada jenis jantina sama ada lelaki ataupun wanita. Sebaliknya ia
bergantung kepada indvidu itu sendiri. Ini telah disokong oleh ungkapan ucapan
sempena Hari Guru tahun 1998, yang menyatakan bahawa :

“.........warga pendidik selaku tunggak yang akan berdepan dengan pelbagai


masalah tentu akan lebih tabah dan yakin apabila seluruh anggota masyarakat
berdiri teguh dibelakangnya. Warga pendidik sebenarnya tidak perlu bersendirian
memperjuangkan nasib anak-anak didiknya kerana tanggungjawab yang berat itu
boleh dipikul bersama bagi melahirkan generasi pewaris yang kental daya
saingnya, berbudaya ilmu serta berani mengharungi apa jua gelombang yang
melanda........”.

Y. Bhg. Dato’ Dr. Abdul Shukor Abdullah


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

Menurut Schafer (1987), stres boleh dikategorikan kepada empat faktor


utama iaitu fizikal, mental (pemikiran), emosi dan tingkahlaku. Fizikal biasanya
merujuk kepada keletihan, kemalasan, pening kepala, sakit pinggang, hilang selera
makan dan sakit perut. Mental atau pemikiran pula berkaitan dengan kesukaran untk
memberikan tumpuan. Emosi pula merujuk kepada perasaan sedih, bimbang, takut
gagal, dan tidak sabar. Seterusnya ialah tingkahlaku yang sering dikaitkan dengan
suka marah, bergaduh dan sifat yang agresif.
24

Dilaporkan oleh Berita Harian 30 Mac 1985, lebih 3 000 orang guru di
sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia telah bersara awal untuk berkhidmat
di sektor swasta di antara tahun 1982 hingga 1985. Ini disebabkan oleh stres
pekerjaan itu sendiri disamping peluang berniaga, masalah keluarga dan kehendak
pasangan. Kesetiaan guru terhadap kerjayanya adalah alat pengukur kepada tahap
stres yang rendah.

Dalam satu temuramah bersama Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Najib Tun
Razak oleh wartawan Berita Harian pada 5 Februari 1998, beliau menyatakan bahawa;

”Kementerian memahami ada guru berasa tertekan (stres) dengan bebanan


tugas yang diberikan terlalu banyak, sehinggakan ianya mengganggu kelancaran proses
pembelajaran di bilik darjah”.

Ini menunjukkan bahawa memang terdapat masalah stres di kalangan guru.

Secara keseluruhnya, stres membawa maksud tindakbalas dan bukan


rangsangan. Ini adalah petunjuk tekanan termasuklah aspek fizikal, psikologi, dan
sosial. Tahap tekanan pula sebagai tahap amaran, tahap penahanan yang maksimum
dan tahap tenat. Kesan negatifnya hingga boleh menyebabkan hilang pertimbangan
dan membunuh diri. Kaedah psikoterapi boleh digunakan untuk mengatasi masalah
stres.

Kini tidak dapat dinafikan lagi, bahawa tugas dan tanggungjawab Menteri
Pelajaran Malaysia, YB Dato’ Seri Hihamuddin Tun Hussien, adalah untuk
menjamin kebajikan guru tanpa kompromi. Ini berikutan tanggapan sesetengah pihak
kerjaya guru adalah kakitangan kerajaan kelas kedua bukan kakitangan kerajaan
yang tulen. Hak mereka telah diumumkan untuk menikmati kerja lima hari
seminggu, tetapi masih menerima aduan mengenai kerja pada hari Sabtu.
25

Kajian terbaru oleh NUTP bagi tahun 2006 mendapati bahawa inventori stres
guru telah meningkat walaupun masih berada pada tahap sederhana. Jumlah sampel
yang terlibat 9 300 orang guru terdiri daipada pelbagai peringkat termasuk guru
besar dan pengetua. Malah faktor-faktor yang menyebabkan stres juga turut
bertambah. Ini dapat dilihat daripada jadual di bawah:

Setuju Tidak Setuju


Bil. Faktor-faktor Stres Sampel (%) (%)
1. Tekanan Ibu Bapa / Pelajar 9 300 83 17
2. Beban Tugas 9 300 79 21
3. Kenaikan Pangkat dan Laluan Kerjaya 9 300 74 26
4. Ketidakadilan Penilaian Prestasi 9 300 72 28
5. Minat 9 300 60 40
6. Infrastruktur 9 300 60 40
7. Lokasi Sekolah 9 300 32 66

Jadual 2.1 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Stres

Lantaran itulah, NUTP telah bekerjasama dengan Pusat Perundingan dan


Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menjalankan satu kursus iaitu
“Kursus Pengurusan Stres dalam Kerjaya Perguruan” , pada Jun 2006 di Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur. Di antara topik yang
diperbincangkan adalah “ Pengurusan Stres Dalam Organisasi, Kejuruteraan Semula
Sikap Dan Budaya Dalam Menghadapi Stres, Derita Dalam Diam, Stres: Sejauh
Mana Memusnahkan Kehidupan dan Membina Jati Diri Dalam Menangani Stres”.
Seramai 45 orang pemimpin NUTP telah menyertai kursus ini dan program ini akan
dijadikan acara tahunan serta terbuka kepada ahli NUTP pada tahun berikutnya.

Tanggungjawab Kesatuan (NUTP) untuk membela nasib warga guru masih


tidak padam walaupun menghadapi pelbagai masalah akibat ledakan semasa dalam
pendidikan.
26

2.2 Teori Personaliti

Setiap individu mempunyai cara yang berbeza untuk bertindak mengikut


situasi yang dihadapi oleh mereka. Psikologi personaliti telah mengklasifikasikan
sikap dan personaliti manusia kepada beberapa teori dan model. Ianya wujud
disebabkan manusia dan pengkaji terdahulu mempunyai pendapat dan pandangan
yang berlainan. Justeru itu, pengkaji telah mengambil beberapa teori dan model yang
mempunyai kaitan dengan stres dan personaliti bagi melihat hubungan diantara kedua-
duanya.

2.2.1 Teori Personaliti Carl Jung

- Telah diperkenalkan pada tahun 1971


- Telah memperkenalkan personaliti individu boleh dikategorikan kepada 3
kumpulan utama iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert (Jung, 1971).
- Pengelasan ini memudahkan untuk diperhatikan perkaitannya dalan
kehidupan seharian seseorang individu berdasarkan ciri-ciri yang
condong kepada sesuatu kategori yang melampau.
- Individu yang normal pula, personaliti dizahirkan dalam keadaan yang
biasa dilakukan atau menerusi pengalaman lampau yang dilaluinya.
( Alsagoff, 1984 ).

2.2.1.1 Personaliti Ekstrovert

Individu yang memiliki personaliti ini biasanya akan menonjolkan ciri-ciri


yang boleh menyesuaikan diri dari aspek sosial dan amat berminat dengan orang lain
( Alsagoff, 1987 dalam Ee Ah Meng, 1995 ). Ciri-ciri lain yang amat ketara seperti :

- Lancar pertuturan
- Bebas daripada risiko
- Tidak mudah malu
- Konservatif
27

- Mempunyai minat kepada aktiviti luar


- Peramah
- Cepat bertindak
- Gemar kepada perubahan

2.2.1.2 Personaliti Introvert

Merujuk kepada individu yang bersifat introvert yang dikatakan sebagai


kurang berminat dari aspek sosial tetapi berminat kepada perasaan dan dirinya
sendiri ( Alsagoff, 1987 dalam Ee Ah Meng, 1995 ). Ciri-ciri individu yang introvert
adalah cenderung kepada :

- Lebih baik dalam bidang penulisan daripada pertuturan


- Bersifat pemalu, pasif, sensitif dan suka bersendirian
- Kurang berminat bergaul dengan orang atau bersosial
- Mudah merasa bimbang
- Minat membaca majalah dan buku-buku
- Sentiasa berfikir sebelum membuat keputusan.

2.2.1.3 Personaliti Ambivert

Ambivert pula merujuk kepada personaliti yang menunjukkan bukti


berlakunya perubahan dalam keadaan yang sebenar, sentiasa berubah dan
berkemungkinan seseorang individu itu akan bersikap introvert dan ekstovert pada
waktu lain ( Crow & Crow, 1983 dalam Ee Ah Meng 1995). Ini bermaksud individu
yang mempunyai kedua-dua ciri, sama ada introvert dan ekstovert.
28

2.3 Kajian tentang Personaliti

Menurut Holland ( 1985 ), melihat faktor keupayaan menyesuaikan diri


dengan persekitaran kerja dalam bentuk jenis personaliti seseorang dengan
persekitarannya. Jenis personaliti yang tidak kongruen atau tidak sepadan dengan
persekitaran dianggap sebagai punca kepada sikap tiada minat terhadap kerjaya
mahupun perkembangnnya.

Faktor-faktor seperti tugas yang dilaksanakan, tanggungjawab, kemahiran


yang diperlukan, peranan yang perlu dimainkan, kemudahan-kemudahan yang
disediakan dan individu di sekitar tempat bertugas perlulah bersesuaian dengan ciri-
ciri personaliti yang ada pada diri seseorang individu. Atau sekurang-kurangnya ia
berkaitan dengan apa yang dipersepsikan tentang dirinya sendiri.

Individu yang terlibat dalam bidang pendidikan mempunyai personaliti


berbentuk ‘sosial’, menurut Holland (1973). Ini bermaksud mereka (warga guru)
menyukai aktiviti-aktiviti yang melibatkan memberitahu, memahami, melatih,
mengajar dan membantu orang lain. Tetapi hari ini, tidak semua guru yang ada
dalam sistem pendidikan Malaysia mempunyai personaliti tersebut, malah
sebaliknya.

Ini berikutan, mereka (warga guru) menceburi bidang ini hanya untuk
mempunyai sumber pendapatan yang stabil, personaliti mereka tidak sepadan dengan
persekitaran kerja pendidikan. Adalah tidak wajar untuk mengharapkan guru yang
tidak berminat dalam profesionnya untuk memperkembangkan kerjayanya kerana
pengembangan kerjaya memerlukan pengorbanan yang besar.

Kajian yang dilakukan sebelum ini lebih memberi penekanan terhadap trait
personaliti dan ciri personaliti dengan pencapaian akademik. Namun yang demikian,
terdapat pengkaji yang mengambil berat tentang stres guru khususnya dari aspek
personaliti.
29

Satu laporan dari New Straits Times bertarikh 29 Mac 1990 menyatakan
bahawa, seramai 1175 guru-guru bukan siswazah yang kebanyakkannya mengajar di
sekolah rendah dilaporkan mengalami masalah sakit mental (psikosis atau
neourosis). Walaupun bilangannya kecil tetapi jika dilihat daripada sudut nisbah
seorang guru dengan jumlah murid yang diajarnya maka implikasinya adalah sangat
besar dan penting. Guru merupakan model, pemikiran, sikap dan tingkahlakunya
mempunyai kesan terhadap muridnya sama ada secara langsung atau tidak.

Menurut Furhan dan Schaeffer (1984), Albert dan Levina (1990) serta
Noraini (1984), telah mendapati keadaan yang dikaitkan dengan tidak kongruen
antara personaliti individu dengan persekitaran kerja akan menyebabkan keupayaan,
bakat dan minat yang dimiliki adalah bukan keupayaan yang sebenar. Atau dalam
erti kata lain, ia bukanlah keupayaan, bakat dan minat yang diperlukan oleh tugas
yang dilaksanakan.

Oleh yang demikian, cabaran-cabaran dalam tugas yang terpaksa dilakukan


tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Seterusnya jika individu
tersebut menghadapi masalah kerja ia sukar untuk menanganinya, ini akan
menyebabkan kekecewaan dan tekanan yang tidak terkawal. Faktor ini juga didapati
mempunyai kaitan dengan tindakan berhenti kerja (mengajar).

2.4 Penutup

Bab ini telah membincangkan kajian stres yang lepas dan kajian tentang
kerjaya dari aspek personaliti. Dari kajian-kajian yang lalu didapati bahawa
kebanyakkan guru mengalami stres dan ianya berpunca dari pelbagai masalah.
Antaranya ialah tekanan daripada ibu bapa, kenakalan murid, ketidakadilan dalam
kenaikan pangkat atau kenaikan gaji, jawatan yang disandang, pengurusan yang
tidak cekap, bebanan kerjaya yang bertambah dan sebagainya. Dalam kajian yang
akan dilaksanakan oleh pengkaji, pengkaji berminat untuk melihat hubungan stres
dari aspek personaliti. Adakah ianya signifikan atau sebaliknya?.
30

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Metadologi kajian adalah merujuk kepada cara yang paling berkesan untuk
mendapatkan maklumat yang berguna dengan kos yang sangat minimum, bagi
mendapatkan keputusan sesuatu penyelidikan. Ia juga merupakan komponen yang
penting dalam usaha untuk mencapai keputusan yang objektif, jelas, tepat dan boleh
dipercayai. Peranan bab ini adalah untuk membincangkan kaedah yang digunakan
dalam menjalankan kajian. Ia merangkumi aspek reka bentuk kajian, sampel dan
populasi, kaedah pengumpulan data dan instrumen yang digunakan serta kaedah
analisis yang diguna pakai.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Simon (1978), menyatakan bahawa analisis data yang baik adalah analisis
yang dapat menunjukkan data-data yang penting dalam bentuk yang mudah difahami
oleh pembaca. Kajian berbentuk diskriptif iaitu tinjauan. Kajian tinjauan ini adalah
proses pengumpulan data dimana sekumpulan individu tertentu perlu menjawab
soalan yang disediakan. Tinjauan diskriptif bertujuan mendapatkan ukuran ataupun
gambaran berkaitan keadaan dan ciri populasi.
31

Soal selidik dibina sebagai alat ukur untuk mendapatkan data. Soal selidik
merangkumi aspek yang berhubung dengan latarbelakang responden, tahap stres
(yang meliputi faktor-faktor stres) dan stres dari aspek personaliti. Menurut Mohd
Najib (1998), kajian diskriptif hanya untuk menerangkan keadaan atau perhubungan
antara pembolehubah. Melalui kaedah soal selidik, semua maklumat yang diperolehi
diklasifikasikan mengikut aspek yang telah ditentukan seterusnya ditafsirkan secara
kuantitatif.

Marshall & Rossman (1995), analisis diskriptif digunakan untuk kajian yang
hanya menjelaskan sesuatu fenomena yang hendak dikaji. Kaedah yang digunakan
dalam kajian ini ialah kaedah korelasi yang menguji hubungan di antara stres dari
aspek personaliti. Pengkaji juga mengkaji faktor stres yang mempengaruhi
personaliti dengan melihat perkaitan/ hubungan.

3.2 Populasi dan Sampel Kajian

Kajian dijalankan di beberapa buah sekolah rendah di zon Permas Jaya, Johor
Bahru. Jumlah populasi sebenar ialah 170 orang guru tetapi hanya 118 yang dipilih,
ini berdasarkan Jadual Krejcie, R.V and Morgan D.W yang telah menetapkan kadar
tertentu jumlah sampel daripada populasi bagi kajian pendidikan dan pengukuran
psikologi, 1970. Saiz sampel kajian seramai 118 orang yang dipilih secara rawak
berstrata (kuota). Dimana sekolah yang mempunyai ramai guru maka pecahan
sampel yang diambil adalah lebih ramai ini dapat menunjukkan bahawa semua guru
mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden kajian ini.
32

Pecahan sampel adalah seperti berikut :

Jadual 3.1 Pecahan Sampel Responden

SK. Zon Permas Jaya, Johor Bahru Sampel


Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya 1 30
Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya 2 24
Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya 3 20
Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya 4 20
Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya 5 16
Sekolah Kebangsaan Senibong 8
Jumlah Responden 118 orang

Kaedah persempalan yang digunakan bagi kajian ini ialah kelompok atas
kelompok.

3.3 Pembentukan Instrumen Kajian

Alat ukur tahap stres ialah Job Related Tension Index dibentuk oleh Khn,
Wolfe dan Resenthel (1964) diterjemah oleh Lem Boon (1981) dengan
menggunakan markat index. Ini telah dibuktikan oleh pengkaji yang lalu yang telah
menggunakan alat ukur ini ialah :

Jadual 3.2 Nilai Alpha alat ukur pengkaji yang lalu

Pengkaji Tempat Responden Nilai Alpha


Noriah (1994) UUM 180 0.8110
Anuar Md Som (1999) UTM 46 0.8315
Halan Malaka & rakan-rakan (2005) UTM 35 0.7781

Alat ukur stres dari aspek personaliti pula dibentuk oleh Friedman, M dan
Rosenman, R.H dan diterjemah oleh Malek Mukamat Said.
33

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen ialah cara atau alat untuk mengumpulkan data. Kaedah yang
digunakan untuk mendapatkan data ialah

3.4.1 Bahagian A : Maklumat Peribadi / Demografi

Pada bahagian ini, ia mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan


maklumat peribadi atau latarbelakang responden. Antaranya ialah jantina, umur,
status dan pengalaman mengajar.

3.4.2 Bahagian B : Ujian Tahap Stres

Berpandukan kepada Anuar Mohd Som (1999), dengan pengubahsuaian


sebanyak 15 item telah dibentuk berkaitan dengan tahap stres. Pengubahsuian dibuat
kerana kajian yang dibuat oleh pengkaji sebelumnya dijalankan ke atas guru elektrik
yang berkhidmat di sekolah menengah teknik. Semua pengubahsuian item soalan
adalah berdasarkan situasi guru di sekolah rendah yang mungkin berlaku. Semua
responden yang terlibat dikehendaki menjawab semua soalan berdasarkan arahan
yang lengkap telah diberikan di dalam borang soal selidik.

Skala yang digunakan ialah skala likert 5 mata seperti jadual di bawah:

Jadual 3.3 Skala Likert 5 Mata

Amat Setuju Tidak Tidak Amat Tidak


Setuju Pasti Setuju Setuju
1 2 3 4 5
34

Secara keseluruhannya skala likert yang digunakan mempunyai peranannya


sama ada ia bersifat positif atau negatif. Jika responden merasakan mereka
mengalami stres yang rendah atau sedikit skor 4 atau 5 akan diberikan, tetapi
sebaliknya jika responden merasakan mereka mengalami stres yang serius atau kuat
skor 1 atau 2 akan diberikan dan ianya bersifat negatif. Skor 3 pula diberikan
sekiranya mereka tidak pasti sama ada mereka mengalami stres atau tidak.

3.4.3 Bahagian C : Ujian Stres dari aspek Personaliti

Berpandukan kepada Malek Mukamat Said (2004), sebanyak 20 item akan


diguna pakai sebagai alat ukur stres dari aspek personaliti. Tiada pengubahsuian
dibuat kerana kajian yang dibuat oleh pengkaji sebelumnya dikhaskan untuk guru.
Semua responden yang terlibat dikehendaki menjawab semua soalan berdasarkan
arahan yang lengkap telah diberikan di dalam borang soal selidik. Skala yang
digunakan pula telah ditetapkan seperti berikut :

Jadual 3.4 Skala Likert 4 Mata

Kerapkali Selalu Kadang- Tidak


kadang Pernah
1 2 3 4

Secara keseluruhannya skala yang digunakan mempunyai peranannya.


Responden perlu tahu keadaan yang mereka alami dan skor 1 akan diberikan
sekiranya ia acapkali berlaku (terlalu kerap), skor 2 jika dialami selalu, skor 3 jika
jarang mengalami situasi yang diberikan dan skor 4 bagi tidak pernah
mengalaminya.
35

Cara pemarkatan indeks stres dari aspek personaliti telah ditetapkan seperti
berikut :

Jadual 3.5 Pemarkatan Skala Likert 4 Mata

Skala Darabkan dengan Jumlah


1 Kerapkali 5 Jumlahkan
2 Selalu 4 untuk menentukan
3 Kadang-kadang 2 jenis
4 Tidak Pernah 0 personaliti guru

Berdasarkan 20 item yang digunakan untuk mengukur stres dari aspek


personaliti responden akan dikategorikan mengikut skor yang ditetapkan iaitu :

Jadual 3.6 Alat Ukur Stres Dari Aspek Personaliti Mengikut Skor

Skor Penerangan
0 - 49 Memiliki personaliti jenis B
Lebih 50 Memiliki personaliti jenis A
50 - 70 Memiliki personaliti jenis A Positif
Lebih 70 Memiliki personaliti jenis A dan berpotensi
menghadapi pelbagai risiko
Lebih 80 Memiliki personaliti jenis A Negatif

Tret atau ciri personaliti yang dimaksudkan jenis A dan B adalah seperti :

Jadual 3.7 Tret / Ciri Personaliti

Personaliti Ciri –ciri (tret-tret) Personal


Jenis A Agresif, bertenaga, bercita-cita tinggi, terdorong serta
berdaya saing.
Individu yang terdedah kepada stres.
Jenis B Penyabar, sederhana, kurang daya saing.
Individu yang memberi stres kepada orang lain.
36

3.5 Tatacara Kajian

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji perlu mendapat kelulusan dari pihak
tertentu supaya memudahkan lagi proses pengambilan data atau maklumat. Kajian
ini melibatkan responden dari luar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus
Skudai. Antara prosedur yang perlu diikuti ialah :

(i) Mendapatkan kelulusan daripada pihak EPRD.

(ii) Mendapatkan kebenaran daripada pihak Pengarah Pendidikan Negeri


Johor dan guru besar sekolah-sekolah rendah yang terlibat.

(iii) Membuat pemilihan sampel

(iv) Membuat kajian rintis

(v) Membuat kajian sebenar. Penyelidik mengedarkan soal selidik sendiri


kepada responden (guru sekolah rendah) untuk dijawab dalam masa
yang ditetapkan dan diawasi oleh penyelidik.

(vi) Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian


Statistical package of Social Science ( SPSS ) for Window version
15.0.

(vii) Menyiapkan laporan dan dihantar kepada penyelia.


37

3.6 Kajian Rintis

Tujuan utama kajian rintis dijalankan adalah bagi menentukan


kebolehpercayaan soalan soal selidik. Selain itu, ia juga dapat menguji kefahaman
responden terhadap struktur ayat dan item-item tertentu dalam soal selidik dan dapat
meninjau masalah sebelum kajian sebenar dijalankan. Menurut Mohd Najib (1998),
sekiranya mendapat nilai koefisien yang tinggi iaitu 0.8 ke atas, maka
kebolehpercayaan adalah tinggi. Nilai kebolehpercayaan alat kajian yang diperolehi
adalah seperti berikut :

Jadual 3.8 Nilai Alpha alat ukur pengkaji

Item Nilai Alpha


Tahap Stres 0.874
Stres dari aspek Personaliti 0.844

3.7 Penganalisaan Data

Program Statistical package of Social Science ( SPSS ) for Window version


15.0 digunakan untuk mendapatkan kekerapaan dan peratusan. Item-item pada
bahagian A diuji berdasarkan ujian statistik frekuensi bagi mendapatkan nilai
kekerapan dan peratusan.

Item pada bahagian B pula ia berkaitan dengan tahap stres yang merangkumi
faktor-faktor stres yang telah ditetapkan oleh pengkaji iaitu beban kerja, masalah
interpersonal dan masalah pelajar yang menjadi keutamaan diuji berdasarkan
statistik frekuensi.

Pada bahagian C, stres dari aspek personaliti pengkaji melihat jenis


personaliti guru dan mengkategorikannya kepada dua jenis yang utama yang telah
ditetapkan.
38

3.8 Penutup

Kajian ini dilakukan kepada 118 orang responden di kalangan guru sekolah
rendah di Zon Permas Jaya, Johor bahru. Kajian ini berbentuk deskriptif dan
penganalisian secara berkomputer dengan menggunakan perisian “Statistical
Package Social Science (SPSS) versi 15.0 bagi peratusan data yang diperolehi tepat
dan jitu. Soal selidik yang dijalankan menggunakan mengikut skala yang telah
ditetapkan. Instrumen kajian pula pernah dijalankan dan diakui kesahannya. Dengan
menggunakan prosedur yang betul dalam kajian ini diharap dapat menghasilkan
kajian yang menepati tujuan penyelidikan.
39

BIBLIOGRAFI

Allport. ( 1973 ). The New Direction in Educational research . Alterable Variables


Phi Delta Kappa

Ahmad Shakri. ( 1998 ). Tinjauan Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru
Sekolah Menengah Di negeri Perlis. Kertas Projek Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Anthony Yeo. ( 1985 ). A Helping Hand : Coping With Personal Problem.


Singapura : Time Books International.

Anuar Mohd Som. ( 2000 ). Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru
Elektrik Sekolah Menengah Teknik, Negeri Johor. Kertas Projek Sarjana
Muda Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Asmawati Baharudin dan Norhalim Ibrahim (1996, dalam Yong, 1998). Ciri-ciri
Personaliti dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar : Satu
Tinjauan Di SMK Bahau, Bahau, Negeri Sembilan. Kertas Projek Sarjana
Muda Pendidikan, Universiti Utara Malaysia.

Azlina Abu Bakar @ Mohd. ( 2002 ) . Psikologi Personaliti Individu, Siri


Pendidikan Karisma. Shah Alam : Karisma Publication Sdn. Bhd.

Borget, M. G & Fazlon, J. M. ( 1991 ). Sources of Teachers Stress in Maltese


Primary’s School. Research in Education. Volume 4: 44-49.

Chang Fui Chin. ( 1996 ). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.

Cichon & Koff ( 1980 ), An introduction to the sociology of learning. USA :


Houghton Mitlin Co.
40

Crow & Crow. ( 1980 ). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan .Kuala Lumpur :
Penerbitan Fajar Bakti.

Dodge, D. & Martin (1993 dalam Anuar Mohd Som 2000 ). Tahap dan Punca
Stres Di Kalangan Guru-guru Elektrik Sekolah Menengah Teknik, Negeri
Johor. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.)

Fletcher & Payne (1982 dalam Ahmad Shakri 1998). Tinjauan Tahap dan Punca
Stres Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di negeri Perlis. Kertas
Projek Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.

Freeman, Logan & Mc Coy. ( 1989 ). The New Direction in Educational Research.
Alterable Variables Phi Delta Kappa.

Friedman, M & Rosenman, R.H. ( 1996 ). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Furhan & Schaeffer (1984), Albert dan Levina (1990) serta Noraini (1984 dalam
Anuar Mohd Som 2000 ). Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru
Elektrik Sekolah Menengah Teknik, Negeri Johor. Kertas Projek Sarjana
Muda Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.,

Ghazali Othman, ( 1998 ). Kesilapan Biasa Dalam Penyelidikan Pendidikan. Institut


Aminudin Baki. Jilid 08, Bil 02. 31-50.

Habibah Elias, Noran Fauziah. ( 1997, dalam Nooraini, 2002 ). Gaya Hidup Sebagai
Ciri Personaliti, Faktor-faktor yang Mempengaruhinya dan Hubungannya
Dengan Pencapaian Akademik. Tesis Sarjana Muda, Universiti Teknologi
Malaysia.
Hassan b. Hashim. ( 1994 ). Pengurusan Stres dan Kesan Terhadap Kualiti Kerja.
Buletin PKPSM Perak, 1 (3), 15-17.
41

Holland, J.L. ( 1973 ). Making Vocation Choices : A Theory of Career. Englewood


Cliffs, N.J. Prentice - Hall.

Holland, J.L. (1985). Personality dynamics, Development and Assessment . New


York : Harcourt, Brace & World, Inc.

Kamarudin Hj. Hussin (1996, dalam Yong, 1998). Ciri-ciri Personaliti dan
Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar : Satu Tinjauan Di
SMK Bahau, Bahau, Negeri Sembilan. Kertas Projek Sarjana Muda
Pendidikan, Universiti Utara Malaysia.

Khn, Wolfe & Resenthel. ( 1964 ). The Personality Puzzle. 2nd Edition : New
York.

Kyriacou, C & Sutcliffe, J. ( 1979 ). Jurnal Pendidikan. The Stress And


Satisfaction. Volume 21 ( 2 ), 89-96.

Kyriacou, C & Sutcliffe, J. ( 1978 ) . A Model of Teacher Stress Educational


Review, Volume 53 (1), 27-35.

Lem Boon. ( 1981 ). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.

Malek Muhamat Said. ( 2004 ). Siri Motivasi : Studi Smart. Kuala Lumpur : PTS
Publication and Distributors Sdn. Bhd.

Marshall, C., & Rossman G. G. ( 1995 ). Designing Qualitative Research, 3rd


Edition. Thousand Oaks: Sage.

Mc Cormick & Solmon. ( 1992 ). Pengujian Dalam Psikologi dan Kaunseling.


Serdang : Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
42

Meichenbaum, D . & E. Jaremho, M. (1983 dalam Anuar Mohd Som 2000 ). Tahap
dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Elektrik Sekolah Menengah Teknik,
Negeri Johor. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.),

Mohd Majid Konting. ( 1994 ) . Kaedah Penyelidikan Pendidikan . Kuala Lumpur :


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Najib Abdul Ghafar. ( 1999 ) . Kaedah Penyelidikan Pendidikan . Skudai :


Universiti Teknologi Malaysia.

Nariah. (1994). Pola Pemilihan ResponMenangani Ketegangan Dan Hubungan


Dengan Punca Ketegangan Di Kalangan Guru-guru. Kertas Projek Ijazah
Sarjana Pendidikan : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Othman b. Lebar. ( 2006 ). Penyelidikan Kualitatif : Pengenalan Kepada Teori dan


Metod. Tajung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ryckman. ( 2000 ). Behavior Modification : What it is and How to do it. Englewood


Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc.

Schafer. ( 1987 ). Stress Management for Wellness. Chicago : Holt, Rinehart


and Winston, Inc.

Sharifah Alwiah Al- Sagoff. ( 1990 ). Sosiologi Pendidikan . Kuala Lumpur : Utusan
Publication and Distributors Sdn. Bhd

Selye, H. (1963). The Stress of Life. N. York : McGraw-Hill Book Co.

Shepherd P.C, ( 1987 ). Organize Your Way to Greater Success. 2nd Edition. Kuala
Lumpur : The Credo Trust.

Sidang Pengarang. ( 2000 ). Tekanan dan Cara Mengendalikannya Dengan


Berkesan. Skudai Post: Universiti Teknologi Malaysia, Skudai ( Januari ).
43

Simon. (1978), Teacher Stress and Burnout. Organizing Systems to Support


Competent Social Behaviour In Children and Youth : Volume III.

Siti Radziah. ( 1982 ). Stress and Mental Health in Society. Singapura : Heinemann
Publishers Asia Pte. Ltd.

Subash Kumar, ( 2005 ). Tekanan melawan; Pakar Psikitri Kanak-kanak,


Remaja dan Dewasa. Utusan Online.

Vossel, G. (1987), The Relationship of Home Environment and Home Classroom


performance. London : University of Wisconsin.

Zuria Mahmud et. al . ( 1999 ). Perkembangan Kerjaya Dalam Sistem Pendidikan Di


Malaysia. . Institut Aminudin Baki. Jilid 08, Bil 02. 51- 66.
44

LAMPIRAN A
BORANG SOAL SELIDIK
45

Universiti Teknologi Malaysia

SOAL SELIDIK
KAJIAN TERHADAP STRES DIKALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH
DI ZON PERMAS JAYA, JOHOR BAHRU, JOHOR
DARI ASPEK PERSONALITI.

Soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan


dengan kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya,
johor bahru, johor dari aspek personaliti.. Jawapan yang diberikan adalah sangat
penting dalam membantu kesahihan kajian ini. Penyelidik memberi jaminan bahawa
segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan. Jangan tulis nama anda supaya
jika berlaku keciciran tiada siapa yang dapat mengenali kertas soal selidik anda.
Tiada jawapan yang betul atau salah. Jawablah dengan jujur supaya kajian ini dapat
menunjukkan keadaan sebenar yang berlaku.

Soal selidik ini mengambil masa 10 hingga 15 minit untuk disempurnakan.


Pastikan anda menjawab kesemua soalan dan pulangkannya kepada penyelidik.
Sebelum menjawab , sila baca dan fahami setiap arahan dan perkataan yang
diberikan.

Terima kasih di atas masa yang diberikan dan menjayakan kajian yang
penting ini.

Disediakan Oleh :
Noornazifah Md Suandi
4 SPT PKPG
46

Bahagian A - Demografi

ARAHAN : Sila tandakan ( √ ) pada petak yang disediakan.

20 hingga 29 tahun

1. Umur 30 hingga 39 tahun


40 hingga 49 tahun
Lebih 50 tahun

Lelaki
2. Jantina
Perempuan

Bujang

3. Status Berkahwin
Duda / Janda

Kurang 1 tahun

4. Pengalaman 1 tahun hingga 5 tahun


mengajar 6 tahun hingga 10 tahun
Lebih 10 tahun

Bahagian B- Tahap Stres


Kenyataan di bawah menunjukkan beberapa situasi di persekitaran yang anda hadapi.
Sila BULATKAN nombor pada jawapan yang anda fikirkan paling sesuai dengan
kenyataan ynag disediakan.

Amat Setuju Tidak Tidak Amat Tidak


Setuju Pasti Setuju Setuju

1. Saya merasakan yang saya silap 1 2 3 4 5


memilih kerjaya.

2. Saya berfikir yang diri saya disisihkan 1 2 3 4 5


oleh rakan sekerja.

3. Saya cepat marah jika diarahkan oleh 1 2 3 4 5


pihak pentadbiran termasuklah ketua
panitia.
47

Amat Setuju Tidak Tidak Amat Tidak


Setuju Pasti Setuju Setuju

4. Saya tidak akan berjumpa pihak 1 2 3 4 5


pentadbiran jika mempunyai masalah
tugas.

5. Saya menolak pandangan dan 1 2 3 4 5


pendapat orang lain di sekolah.

6. Saya merasakan tugas yang saya 1 2 3 4 5


lakukan tidak dihargai.

7. Saya merasakan tidak selesa jika 1 2 3 4 5


dibebani tugas yang banyak.

8. Saya berfikir yang saya mungkin perlu 1 2 3 4 5


untuk membunuh diri.

9. Saya berfikir untuk meletakkan 1 2 3 4 5


jawatan.

10. Saya rungsing memikirkan masa depan 1 2 3 4 5


saya selepas bersara.

11. Saya merasakan tugas pengkeranian 1 2 3 4 5


yang saya lakukan adalah amat
berat.

12. Saya berfikiran yang saya terpaksa 1 2 3 4 5


datang ke sekolah untuk bertugas.

13. Saya merasa bimbang untuk 1 2 3 4 5


bertugas.

14. Saya merasakan tugas di dalam bilik 1 2 3 4 5


darjah membebankan.

15. Saya merasakan bahawa pelajar akan 1 2 3 4 5


sentiasa mendatangkan masalah
kepada saya.
48

Bahagian C : Ujian Personaliti Stres

Arahan : Sila tandakan [ √ ] pada kotak yang sesuai di sebelah setiap pernyataan
(item) yang berkaitan dengan anda. Jawab semua soalan.

Bil. Item Kerapkali Selalu Kadang- Tidak


kadang pernah
1. Saya lebih suka bermain ataupun menonton
sukan yang pantas / lasak.
2. Pemandu yang memandu perlahan di
hadapan saya menjijikkan saya.
3. Saya hanya bercakap perkara penting sahaja
pada diri saya.
4. Saya makan sambil membaca akhbar
ataupun menonton TV.
5. Saya rasa bersalah apabila tidak melakukan
apa-apa.
6. Saya suka pertandingan atau sukan yang
mencabar.
7. Saya selalu mengambil berat untuk
menyiapkan tugasan tepat pada masanya.
8. Saya makan lebih cepat daripada orang lain
9. Saya suka berjalan atau bergerak dengan
pantas.
10. Saya boleh melakukan dua atau lebih
tugasan pada masa yang sama.
11. Saya cuba menghabiskan semua tugas
dalam masa yang ada.
12. Saya menggigil apabila bercakap di
khalayak ramai.
13. Saya suka memotong percakapan orang lain
semasa perbincangan/ perbualan.
49

Bil. Item Kerapkali Selalu Kadang- Tidak


kadang pernah
14. Saya tidak suka berbaris ataupun menunggu
lama.
15. Saya lebih banyak tidur berbanding orang
lain.
16. Saya suka bercakap lebih laju daripada
orang lain.
17. Bagi memastikan sesuatu perkara itu dibuat
dengan betul, saya akan menyemak semula
kerja yang telah disiapkan.
18. Saya ada alasan untuk menepati masa temu
janji yang telah ditetapkan.
19. Saya mengukur kejayaan saya dalam hidup
dengan keupayaan saya mengumpul harta.
20. Saya tidak sabar apabila melihat orang lain
melakukan sesuatu yang dapat saya lakukan
dengan cepat ataupun lebih baik.
Untuk kegunaan : Penyelidik sahaja

1. Bilang jumlah yang ditandakan ( √ ) pada


setiap lajur.

2. Darabkan bilangan ruang yang ditandakan 5 4 2 0


dengan

3. Jumlahkan semua skor bagi setiap lajur bagi


mendapatkan skor keseluruhan.

You might also like