You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN (2) SULTAN ALAM SHAH

JALAN BUKIT 11/2


46200 PETALING JAYA, SELANGOR

KERTAS KERJA

LAWATAN MEMBINA KENDIRI


KE CAMERON HIGHLAND

16 – 17 NOVEMBER 2017

ANJURAN:
UNIT KO-KURIKULUM , PANITIA SEJARAH, SAINS DAN TEKNOLOGI DENGAN
KERJASAMA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SK (2) SULTAN ALAM SHAH
1.0 PENDAHULUAN
Unit Ko-kurikulum , Panitia Sejarah, Sains dan TReknologi dengan kerjasama
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) akan mengadakan satu lawatan
membina kendiri murid ke Cameron Highland yang akan melibatkan semua
murid pendidikan khas dan murid tahun 6 perdana. Lawatan yang akan
dijalankan pada kali ini memberi pengalaman baharu kepada murid-murid untuk
hidup berdikari dan menimba pengalaman luar. Selain itu, mata pelajaran
Sejarah, Sains dan teknologi juga merupakan mata pelajaran yang akan diguna
pakai sepanjang lawatan kali ini. Murid akan ke Cameron Highland yang terkenal
dengan keindahan alam dan struktur buminya yang berada di kawasan tanah
tinggi. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti panitia Pendidikan
Khas SK (2) Sultan Alam Shah, Petaling Jaya.

2.0 RASIONAL
2.1 Memberi pendedahan kepada murid tentang apa yang telah dilihat dan
meluaskan pengetahuan yang berkaitan.
2.2 Menyemai semangat ingin tahu dan meneroka dalam kalangan murid.
2.3 Meningkatkan keyakinan diri semasa melakukan aktiviti.
2.4 Tahap kesedaran dalam diri masih boleh dibentuk dan dibina untuk
melahirkan pelajar yang proaktif dalam tindakan mereka.
2.5 Perubahan tempat memberikan satu suasana baru dan membuka minda
terhadap murid-murid.
2.6 Memberikan gambaran tentang alam persekitaran dan tumbuh-tumbuhan

3.0 MATLAMAT PROGRAM

3.1 Untuk menjadikan murid lebih berpotensi


3.2 Untuk melahirkan murid lebih sayngkan alam sekitar
3.3 Untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim dan bersatu padu dalam apa jua
program yang dilakukan
3.4 Memberikan kesedaran tentang pentingnya tumbuh-tumbuhan
4.0 OBJEKTIF LAWATAN
Lawatan sambil belajar yang akan dijalankan ini adalah bertujuan :
4.1 Memperkenalkan murid dengan haiwan sambil mengetahui kod isyarat.
4.2 Memberi peluang kepada murid untuk belajar berdikari.
4.3 Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid tentang struktur bumi
yang berbeza di Malaysia.

5.0 PELAKSANAAN
5.1 Butiran lawatan yang akan dijalankan adalah seperti berikut:
5.2 Tarikh : 16–17 NOVEMBER 2017 (Khamis & Jumaat)
5.3 Tempat lawatan : Cameron Highland
5.4 Bilangan Peserta : 31 orang
5.5 Bilangan Guru : 14 orang
5.6 Negara Yang Dilawati : Malaysia

6.0 KUMPULAN SASARAN


Aktiviti yang dijalankan selama satu hari ini disasarkan kepada murid-murid
Pendidikan Khas bermasalah pendengaran SK (2) Sultan Alam Shah iaitu
seramai 16 orang dan juga murid tahun 6 perdana seramai 15 orang.
7.0 JAWATANKUASA LAWATAN

Penasihat : Pn.Rozita Binti Othman @ Ali


(Guru Besar SK (2) Sultan Alam Shah)
Pengerusi : En.Mohd Fuad bin Abdul Aziz (GPK Ko-Kurikulum)
Naib Pengerusi Pn. Zaiharah bt Ngojar (GPK Pendidikan Khas)
Setiausaha : Pn. Nur Aisyah bt Nordin
Bendahari : Pn. Nur Suhailah bt Shahril
Penyelaras lawatan : En. Zul Akmal Ahnaf bin Mohamad Napiah
Jawatankuasa Kecil : Pn. Rohanizan bt Jaafar (Pengangkutan)
Pn. Nur Suhailah bt Shahril (Pengangkutan)
En. Muhammad Fahmi bin Hassim (Dokumentasi)
Pn. Izyan Diyana bt Neemat (Makanan)
Pn. Nur Aisyah bt Nordin (Makanan)
En. Muhammad Nur bin Mat Akhir (Disiplin dan Keselamatan)
En. Mohd Syaiful bin Mohd Razali (Disiplin dan Keselamatan)
Guru aliran perdana ( Displin dan Keselamatan)
8.0 PENGISIAN PROGRAM

8.1 12.10.2017 (Khamis)


7.00 am – Berkumpul di Sekolah
7.30 am – Taklimat Lawatan
8.15 am – bertolak ke Cameron Highlands
11.15 am – Dijangka Tiba di Cameron Highlands
11.30 am – Lawatan ke Mardi Agrotech Park
2.00 pm – Makan Tengahari
3.00 pm – Lawatan ke ladang Strawberi
5.00 pm – Bertolak ke Homestay
5.30 pm – Solat Asar Jamak/ rehat
7.00 pm – Solat maghrib Jamak
8.00 pm – Makan Malam
10.00 pm – rehat / Tidur

8.2 13.10.2017 (Jumaat)


7.00 am – sarapan
8.30 am – mengemas barang
9.30 am – lawatan ke Bharat Tea Plantation
11.00 am – Melawat Bee Farm
12.30 pm – Melawat Cactus Valley
2.00 pm – Makan Tengahari
3.00 pm – Lawatan Ke Time Tunnel.
4.30 pm – Bertolak ke SK (2) Sultan Alam Shah.
8.00 pm – dijangka Tiba
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
9.1 Anggaran kos lawatan adalah seperti berikut :
Bil. Perkara Kos Jumlah (RM)
1. Pengangkutan 1 buah bas RM 2000.00
2. Tiket masuk (lain-lain) RM 20.00 x 31 orang RM 620.00
4. Makanan (3 kali) RM 30.00 x 31 orang RM 930.00
5. Penginapan RM 540 RM 540.00
6. Bas ke Kilang Boh RM 100.00 x 1 buah RM 100.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 4190.00

10.0 PENUTUP
Diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai
matlamat yang telah ditetapkan. Penganjur berharap, aktiviti ini dapat memberi
manfaat kepada murid-murid dalam proses pembelajaran mereka sekaligus
melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa
akan datang. Oleh itu kerjasama daripada pihak tuan amatlah kami hargai.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

__________________________ .........................................

(ZUL AKMAL AHNAF BIN (PN. ROZITA BINTI OTHMAN @ ALI)


MOHAMMED NAPIAH) Guru Besar
Penyelaras Lawatan SK (2) Sultan Alam Shah
Guru PPKI SK (2) Sultan Alam Shah

You might also like