You are on page 1of 7

CONTOH SURAT MINTA MAKLUMAT

KEPALA SURAT MENGIKUT FORMAT PEKELILING PENYERAGAMAN KEPALA SURAT


RASMI
_________________________________________________________________
(PENERIMA) (RUJUKAN)
Semua Guru Besar, Ruj. Tuan :
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Ruj. Kami : PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 30 )
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Tarikh : 13 September 2003
Daerah Kuala Kangsar.

Tuan,

MAKLUMAT GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH,GURU KURSUS DALAM CUTI


DAN GURU KONTRAK ( TAJUK SURAT)

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan memaklumkan bahawa pihak Pejabat
Pendidikan Daerah sedang mengemaskinikan maklumat tersebut . (PENANDA RUJUKAN)

2. Sehubungan dengan ini, tuan diminta menghantar maklumat tersebut untuk perhatian
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah pada18 September 2003.
(PENANDA PERINTAH)
3. Bersama-sama ini, disertakan Lampiran A,B,C, dan D untuk tindakan tuan
selanjutnya. (PENANDA PENYERTAAN)

Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahulukan ucapan ribuan terima
kasih. (PENANDA ANTISIPASI)

Sekian. (PENANDA PENAMAT)


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (COGAN KATA)

Saya yang menurut perintah, (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)

(ABD. RASHID BIN OMAR )


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ( R ),
b. p. Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.

CONTOH SURAT PANGGILAN MESYUARAT


KEPALA SURAT MENGIKUT FORMAT PEKELILING PENYERAGAMAN KEPALA SURAT
RASMI

_________________________________________________________________
(PENERIMA) (RUJUKAN)
Semua Guru Besar, Ruj. Tuan :
Sekolah Rendah, Ruj. Kami : PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 31 )
Daerah Kuala Kangsar. Tarikh : 15 September 2003

Tuan,

MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH RENDAH DAERAH KUALA KANGSAR KALI


KEENAM TAHUN 2003( TAJUK SURAT)

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan memaklumkan bahawa mesyuarat
tersebut akan diadakan seperti yang berikut:
(PENANDA RUJUKAN)
Tarikh : 24 September 2003 ( Rabu ).
Masa : 9.00 Pagi.
Tempat : Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Tsung Wah,Kuala Kangsar.

2. Sehubungan dengan ini, tuan diundang hadir dalam mesyuarat tersebut.


(PENANDA PERINTAH)
3. Bersama-sama ini, disertakan agenda mesyuarat dan minit mesyuarat yang lalu
untuk makluman dan tindakan tuan.
( PENANDA PENYERTAAN)
Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahulukan ucapan ribuan terima
kasih. (PENANDA ANTISIPASI)
Sekian. (PENANDA PENAMAT)

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (COGAN KATA)

Saya yang menurut perintah, (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)

(ABD. RASHID BIN OMAR)


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah( R ),
b.p. Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.

CONTOH SURAT JEMPUTAN


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
JALAN TUN ABDUL RAZAK, Telefon : 05-7761184
PETI SURAT 84, 05-7766354
33007 KUALA KANGSAR. Faks : 05-7761188

_____________________________________________________________________________
___
(PENERIMA) (RUJUKAN)
Yang Berbahagia, Ruj. Tuan :
Dato’ Haji Adnan bin Haji Ibrahim, Ruj. Kami : PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 13 )
Pengarah Pendidikan Perak, Tarikh : 3 Mac 2003
Jabatan Pendidikan Perak,
Jalan Tun Abdul Razak,
30640 Ipoh,Perak.

Yang Berbahagia Dato’,

PERASMIAN PEMBUKAAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN DAERAH KUALA


KANGSAR KALI KE-20 TAHUN 2003 ( TAJUK SURAT)

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sehubungan dengan itu, Kejohanan Olahraga Tahunan Daerah Kuala Kangsar Kali Ke-20
akan diadakan seperti yang berikut : (PENANDA RUJUKAN)

Tarikh : 7 - 9 Mac 2003.


Masa : 8.30 Pagi hingga 5.00 Petang.
Tempat : Padang Kolej Melayu, Kuala Kangsar.
3. Dengan sukacitanya pihak kami menjemput Yang Berbahagia Dato’ untuk merasmikan
majlis pembukaan kejohanan tersebut pada 7 Mac 2003, pukul 2.30 petang di Padang Kolej
Melayu,Kuala Kangsar.
(PENANDA PERINTAH- PERMINTAAN )

Atas kesudian Yang Berbahagia Dato’ menerima jemputan ini amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan jutaan terima kasih. (PENANDA ANTISIPASI)

Sekian.. (PENANDA PENAMAT)

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (COGAN KATA)

Saya yang menurut perintah, (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)

(HAJAH ZAWIYAH BINTI AHMED, AMN.)


Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

CONTOH SURAT “LAMPIRAN”


_________________________________________________________________
(PENERIMA) (RUJUKAN)
Ketua Unit Sekolah Rendah, Ruj. Tuan :
Jabatan Pendidikan Perak, Ruj. Kami : PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 25)
Jalan Tun Abdul Razak,
30640 Ipoh,Perak. Tarikh : 2 Ogos 2003

Tuan,

DATA GURU ,MURID DAN KELAS DAERAH KUALA KANGSAR PADA 31 JULAI 2003
( TAJUK SURAT)
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan bersama-sama ini disertakan Data Guru,
Murid dan Kelas Daerah Kuala Kangsar Pada 31 Julai 2003 untuk tindakan tuan.
(PENANDA RUJUKAN DAN PENANDA PENYERTAAN)

Sekian terima kasih. (PENANDA PENAMAT)

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (COGAN KATA)

Saya yang menurut perintah, (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)

(ABD. RASHID BIN OMAR)


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ( R ),
b.p. Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

You might also like